Bismillahirrahmanirraheem
Petang semalam tengah buat kerja kat depan, anak2 pun ada, 'terbuka' TV. Tiba2 terdengar berita kumpulan HINDRAF akan kekal diKamunting... tercetus dari mulut 'kenapalah zalim sangat kerajaan..' berdebar juga , janganlah yang 6 dizalimi tu nanti terus ditahan. Ya Allah,kesianlah hamba2 mu itu, kaum keluarga yang banyak menderita... kemudian ada ulasan sidang dewan rakyat - ada disebut kerajaan akan terus guna ISA. Terkejut sekejap dengan keputusan tu, walaupun dah agak dah..... panjang lebarlah pulak ulasan nak justify tindakan tu...tak sedar mulut asyik keluarkan "lembu! lembu!'---bull! tiap kali dihurai. astaghfirullahal'azim.... tiba2 terdengar disebut 'ISA tak zalim', ya Allah! tanpa disedari terkeluar juga 'tahi' kat belakang lembu....! ----bull ****!astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim! geram sungguh rasa dengar statement tu, Kita yang tak ada kena mengena ni pun rasa terkesan dengan statement macam tu, wallahua'lam macamana agaknya persaan cg laila & lain2 ahli keluarga yang sememangnya terpaksa menanggung segala macam penderitaan & kesengsaraan. apa lagi yang boleh kita buat, boleh kita bantu??? mari cari peluang bantu, dalam apa bentuk sekali pun.
Terkini, mari segera tandatangani 'petition on-line' di http://www.petitiononline.com/NoISA/petition.html, tulis surat kepada Menteri Dalam Negeri dan UN High Commissioner for Human Rights dan tandatangani poskad bantahan.
----- Original Message -----
From: hamdy
To: hamdy065@gmail.com
Sent: Thursday, May 15, 2008 1:43 PM
Subject: [NaqibNet Diskusi] Ketua Polis Negara Sesat- ISA tidak zalim
Salam,Kenapa saya katakan IGP sesat. Kerana beliau mengatakan ISA tidak zalim. Menahan seseorang tanpa bicara itu satu kezaliman. Allah pun tidak humban seseorang keneraka tanpa timbangan di padang mahsyar. Dia boleh menggunakan isu keselamatan negara. Tapi bila IGP mengatakan ISA tidak zalim, maka beliau sesat. Sesat kerana mengatakan yang zalim itu tidak zalim. IGP pengangkat tilam! Mudah mudahan Allah sempitkan kuburnya dimasa beliau akan memasuki liang lahad nanti, melainkan beliau meminta ampun pada setiap orang yg ditahan semasa beliau menjadi IGP.Mudah kerja, tak boleh buktikan then humban dalam ISA.www.n32.blogspot.com
ISA tidak zalim?Akhbar THE SUN hari ini memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai berkata bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA sebagi suatu undang-undang yang tidak zalim. Menurut akhbar berkenaan:Dismissing the notion that the ISA is cruel, IGP says it is still needed to safeguard national security.Memang keselamatan negara adalah suatu aspek yang sangat penting. Sesiapa sahaja yang berhasrat atau merancang menganggu-guggat keharmonian dan kestabilan negara tercinta ini tidak haurus dilepaskan. Tetapi masalahnya mengapa perlu guna ISA? Menahan seseorang tanpa bicara untuk tempoh yang ditentukan oleh pemimpin politik yang berkuasa itulah yang zalim dan perlu dihapuskan.Kalau benar seseorang itu bertindak sedemikian, mengapa tidak disiasat dan diseretnya ke mahkamah. Pasti rakyat jelata akan menyokong usaha kerajaan itu, kerana tidak ada diantara kita yang mahu melihat negara ini terancam keselamatannya. ISA menjadi zalim kerana seseorang itu dituduh tetapi tidak pernah diberi peluang untuk membela diri, kalau itu bukan zalim, apa lagi isitlah yang sesuai baginya?Pemimpin selembut dan sangat disegani dan dihormati seumpama Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, bekas Yang Dipertua Agung PAS (kini Presiden) pun pernah menjadi mangsa merengkuk dalam tanah kerana kononnya dituduh mahu mencetuskan huru-hara, sehingga kini segala pertuduhan terhadap Almarhum tidak pernah dibuktikan di mahkamah terbuka, apakah dosa beliau? (Almarhum kemduiannya dibebaskan pada lewat tahun 60an tetapi meninggal dunia kerana kesan penderitaan semasa dalam tahanan)Berapa ramai bekas tahanan ISA yang mengakui dibelasah dan dikenakan berbagai tekanan saikologi, disoal-siasat bertalu-talu diluar perikemanusiaan, tetapi Ketua Polis Negara boleh mengatakan yang ISA tidak zalim? Malah bekas-bekas tahanan ini ada menukilkan pengalaman mereka termasuklah bab penderaan fizikal dan saikologi, sila lihat buku karangan Ahmad Boestamam, Kasim Ahmad, Dr Syed Hussin Ali, Suhaimi Said, Said Zahari, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain.Keselamatan dan keharmonian negara penting, rakyat mahu hidup sejahtera dan hak semua warganegara perlu dihormati dan dipertahankan, oleh itu hapuskanlah ISA yang zalim dan tidak menghormati hak rakyat itu, bicarakan semua tahanan yang masih ada atau segera bebaskan mereka!
Posted by roslan sms at 11:48:00 AM
O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful
Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!
Thursday, May 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
















No comments:
Post a Comment