O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Monday, March 17, 2008

TAIPING 15 MAC & WALIMAH BARA' 16 MAC 08

Bismillahirrahmanirraheem
15 mac ada jemputan walimah sepupu afan di Taiping, Jauh tu, tapi mengenangkan 'keluarga baru', we have to go.
lepas hantar anak2 naik bas di Greenwood, niatnya nak terus bertolak. dung dang, dung dang, akhirnya bertolak pukul 12 lebih...aduhai, pukul berapa nak sampai ni? congak2 sempatlah insyaAllah sebelum pukul 4 . makan, sembang2 kejap, terus bertolak balik, nak kejar meeting pukul 9.... itu yang dirancang lah! konon...
The journey was smooth & pleasant, alhamdulillah. Afan tak ikut, ada kelas. kalu kami lah.... sure ponteng punyer!!
sampai Taiping around 3, taklah pecut sangat... jalan all the way clear, jd tak de tersekat kat mana2.
Sekali lagi, sampai je depan pintu, hujan turun dengan amat lebatnya!! memanglah Taiping tempat paling 'basah' di Malaysia, tapi tak sangka plak, sambutan begitu mengharukan! yang herannya, masuk je rumah, hujan pun reda..... masa tu dah hampir basah kuyup, walaupun guna payung.. apalah nasib..
niat nak duduk sekejap, akhirnya pukul 6 baru bertolak balik...... By the time sampai KL dah pukul 10 - masa balik banyak berhenti, beli jambu lah, makan lah, solat lah.... By the time sampai, too pooped to go for the meeting, Lan je lah tang pegi...

Hari ahad 16 Mac walimah Bara' pulak, d Masjid Salahuddin Al Ayyubi. Ramai jumpa kawan2 lama, alhamdulillah.

CEPAT MASA BERLALU - apa bikin masa cuti:2

Bismillahirrahmanirraheem

Pagi2 lagi afan & lan dah balik melawati - kerja. tinggallah kami terkulat2 takde transport, takde makanan.... korek punya korek, jumpa maggi, beli masa last visit. Makanan kenduri yang dibekalkan mak mok pun ada, alhamdulillah.

memang bonding betul dengan anak2, lepak2 baca buku, surat khabar lama, magazines lama.... aman damai tak de tv!

Malam kuar makan kat bangi, tapi tak best sebab terjadi episod yang tak dirancang... tak leh gi situ dah, nanti teringat balik cerita sedih.

Selasa janji nak ke MISA bila k long bawa balik van. tunggu punya tunggu punya tunggu... pukul 2 baru sampai. frust jugak, kalau2 tak sempat. meleset rupanya.

Bunyi je gah, Malaysia International Space Adventure, harga masuk pun gah jugak! Tak de adventure pun, banyak display/exhibits yang dah rosak & malfunction.. perrgh!! tapi boleh lah, something rather than nothing.





pastu gi cari makan di Taman Warisan Pertanian. Ingat nak explore sikit, lewat lagi.... dah tutup , kecuali tempat makan.

CEPAT MASA BERLALU - apa bikin masa cuti:1

Bismillahirrahmanirraheem
Alhamdulillah, seminggu berlalu begitu cepat... Anak2 yang dikasihi terasanya begitu pendek masa bersama , menghabiskan cuti . Kehadiran semua anak2 begitu menggembirakan hati ini, ditambah dengan kehadiran menantu yang dikasihi. Riuh tetap riuh, namun keriuhan ini umpama halwa telinga, menggawatkan suasana, menambahkan kegirangan dihati.
Tidak dapat dibayangkan kehidupan tanpa anak2. Tentu sunyi dan lara. Ya Allah, terima kasih atas kurniaan ni'mat ini. ku mohon Engkau peliharalah keimanan mereka & keturunan kami. Berilah kami petunjuk untuk mmembimbing mereka kejalan yang Engkau redhai. Ameen

'Atif,'Arif & Ahmad sampai pagi jumaat. semua nampak keletihan. alhamdulillah 'arif sanggup tengokkan adik2 - terus ke taman medan bersama jannah dengan k long & 'atif. moga2 penglibatan ini menjadi kenangan manis bagi anak2 walaupun belum lg layak mengundi kali ini!


hari mengundi, sabtu 8/3, pagi2 lagi selepas hantar 'Atif ke program KBM di al Amin, ke pj untuk bertugas sebagai polling agent di sekolah sri petaling. lan jadi driver, bw sekali norliah & juneta juga k long yang bertugas satu syif,11am - 2pm.


alahai, macam2 gelagat pengundi - jaga saluran 1, semuanya tua2 belaka..... :) peringkat umur ni mmg dah payah nak swing .... betul pun! bila kiraan dibuat petang tu, saluran 1 kalah by 8 undi..aisey...


ada yg tak tahu mana nak pangkah, alih2 pangkah belakang kertas undi.. alahai...


ada plak yg tak tahu nak buat apa dengan kertas undi yg di bagi...alahai...


bila petugas bgtau apa kena buat, dah.. kena tengking kat anak yg tunggu kat luar..

'hoi! lu cakap sama dia apa pangkah ka???

terkebil2 petugas... sambil tu merungut jg... lain kali ajar lah mak tu apa kena buat..


macam-macam.. tp bila difikirkan, tentunya makcik pakcik tua ni bukan kali pertama mengundi, macamana boleh lupa....


namun,itulah ketetapan Allah, dalam surah al Hajj, ayat 5 yang antaranya bermaksud


"......dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya....."


ya Allah, aku mohon pada Mu agar tidaklah memanjangkan umurku sampai 'pikun' - agar tidak menjadi bebanan pada anak cucu. Namun aku juga takut andai kembali pada Mu dalam keadaan belum bersedia & bekalan yang sedikit....


habis bertugas pukul 2 lebih, terus gi solat & makan di klgcc. kami belum mengundi sbb pegi pukul 8 pagi, barisan dah sampai ke luar pagar..


kejar punya kejar... laaa...jam lah pulak kat ulu kelang. kencang debaran kalau2 tak sempat mengundi... alhamdulillah, sampai kat pusat mengundi d smk taman melawati tepat jam 4.47pm, 13 minit lagi sebelum tutup.... phew!! dalam termengah2 tu saspen jgk kalu2 salah pangkah.. bbrp kali check nak pastikan, baca satu2, pusing kertas kiri kanan.. by the time keluar dah tinggal bbrp minit , tp nampak ada lg yang datang ...


lepas ronda2 taman melawati tengok suasana meriah pondok2 panas & poster2 dimerata tempat,terus balik rumah rehat ngan anak2 - meriahlah pulak rumah, dengan anak2 nashita & anak2 azian. taklah teruk sangat arif jaga, masing2 ada aktiviti sendiri, alhamdulillah


lepas isya' decide nak gi dengar keputusan di sk sungai pusu. ingatkan sekejap je......

pukul 3.30 pagi masih tak nak isytihar.... bladder dah tak tahan, filzah pun dah meragam..

terpaksalah balik. ingat nak balik kejap je...

kepala rasa berat satu macam....ingat nak baring kejap je...terus lelap sampai subuh.. hehe

sunday morning, dalam pening-pening lalat, ke al Amin untuk sesi anak2 KBM dengan ibubapa. pusing kiri, pusing kanan, ramai lagi nampaknya yang pening lalat.... lalat pun lalat lah, janji puassss...... alhamdulillah

Hari ni ada 3 walimah, aduuuhh...

janji dengan k long & afan, bawa adik2 dari rumah,jumpa rumah zan (azlin kawin), kitorang terus dari sekolah.
kak long sms kata dah sampai... bila kami sampai, intai2.... manalah diorang ni.....

pastu k long sms lagi, ummi katne? nape lambat sangat???
call dia, alih2 dengar bunyi kompang kat belakang.. eh biar betul, tak de pun orang main kompang kat sini!! laaaaaaa..... diorang gi kenduri lain!!! entah rumah sape... rezeki..rezeki... alhamdulillah..

selesai rumah zan/abg din, kami ke Kelang rumah mak mok, anak dia kawin (sepupu afan). Lewat lagi!! sampai je hujan turun dengan lebatnya...sambut pengantin lama.. antara yg masih ada ialah k satariah & en sapa dan mar sekeluarga.

dari situ terus kami semua ke rumah w lina fauzi - mjlis maryam di shah alam. jumpa ina abang & mc lah ayah man. yang lain semua dah balik - mmg terlalulah lewat, majlis patutnya habis pukul 4, kami sampai pukul 6... tak pelah, at least bolehlah besan berbual lama sikit, kalu ramai orang tak ada peluang nak sembang lama2..alhamdulillah..
Sebelum maghrib, bertolak pula ke Bukit Jelutong - nak ziarah mak ucu yang patah ibu jari kaki... wahhh, bukan main bebas lagi filzah, rupa2nya dia dah pernah datang ngan k long & afan...
Lepas solat maghrib ke taman tun sekejap jenguk tapak rumah baru besan. pastu terus ke Putrajaya. sampai sana semua dah nak pengsan...

anak2 sentiasa diingatkan,
jaga silaturrahim, ada peluang pastikan ziarah, ada jemputan wajib pegi kecuali ada sebab2 yang syar'ie. penat memang penat tp hubungan kekeluargaan wajib di utamakan. Moga anak2 akan ingat pesan baba & ummi ini. tidak kita yang menghubungkan, siapa lagi..

Friday, March 07, 2008

Semalam birthday k long - her 21st!

HAPPY BIRTHDAY LONG!!!

ONE SPECIAL DAY, dok fikir2 apa yg special boleh bagi - something to remember by....

Special card for a special daughter on her special day!
Puisi lagi untuk anakku... some special thoughts for a special person.. Moga bait-bait ini akan menjadikan K Long insan yang bertaqwa, sentiasa mensyukuri rahmat dan kurniaan Allah serta lebih menghargai insan-insan yang kan sentiasa kasihkan dirimu.




Tengahari Anfal minta hantarkan Ulya & Zharif, tukar duty, she'll pick them up petang nanti

On the way back, called Lan,tengah jalan balik lepas jumpa Janise.. alhamdulillah! good news.. more on this later, insyaAllah. Janji nak jumpa di Jusco, lunch & ingat nak cari apa2 yg sesuai... nothing...

Tengah makan, Anfal called, tanya Umar ada tak.. oh my gosh! I totally forgot about him! patutnya lepas drop Ulya, amek Umar wat balik.. janji nak gi amek pasni insyaAllah

I had something in mind.. & picking Umar was a good excuse to get away from K Long. Left her in MPH & rushed to Delima Emas after sending Umar home... Hope she likes it .. :)

Tuesday, March 04, 2008

DEMAM PR LAGI.....

Bismillahirrahmanirraheem

Pagi tadi terima SMS, begini bunyinya

"Dollah badawi & samy vellu in helicopter,looking down at KL.Dollah said 'if i throw 2 RM100 notes, 2 ppl are going to be happy'. samy said 'if i throw 200 RM1 notes, 200 ppl will be happy'. pilot heard and said 'if i throw both of u out, 27 million malaysians will be very happy!!!' keh keh keh.....

Petang tadi ke rumah Zai di permata, gotong royong isi surat untuk pengundi kedalam envelopes. Alhamdulillah, sekejap je siap 15000.

Meriahh! meriahh!

Monday morning, pagi2 lagi dah ready nak ke Taman Medan.Hari ni my turn to help out apa yg patut. Janji ke rumah Dah latest 7.30am. aduhai.. nak ke AU4 pun dah jam teruk! dengan orang nak gi keje, budak nak gi sekolah-it took us a good 20 mins to get there, on normal days, 5 min dah sampai...
Naik MRR2, jam lagi... mujurlah Dah tahu jalan & Mus'ab pun cekap. Masuk SMART Tunnel, Federal H'way, pastu entah jalan mana lagi, sedar2 dah sampai Taman Medan alhamdulillah!
Lepas breakfast, joined Niza & Gang di Jalan Templer. Pengalaman baru... berdiri tepi jalan kat traffic lights, kibar bendera, lambai2, senyum, thumbs up, pastu bila kete berenti traffic lights merah, we distributed the flyers! Best jugak!! People kept honking as a show of support, lambai2, thumbs up, wind down windows nak amek flyers. Ada jugak yang berenti tepi jalan minta flyers masa lampu hijau, yang lain kat belakang pun kenalah jugak berenti - bolehlah kami bagi2 pada yg lain gak! Mintaknya janganlah ada yg complain ganggu traffic!!

Chinese & Indians biasanya angkat tangan tinggi2, honk panjang2, sengeh pun memanjang. Tapi ada jugak yang masam mencuka.. hehehe.
Those yang dalam kete kerajaan (syabas, mppj etc) nampak macam nak angkat gak tangan, tapi x berani, last2 angkat kontot je sambil lambai slow2, antara nampak ngan tidak! kelakar!!

Ada abang polis tu, 2,3 kali round. senyum meleret. ada niat nak tangkap kami ke???

After more than 2 hours, beredar ke Restoran Baiduri teman diorang breakfast. Niza berbual panjang dgn En Kamaruzzaman, tuan punya kedai.

Then balik ke bilik gerakan depan masjid. tolong lipat & sort flyers yang berlambak. sian lina tu buat sorang2!

Petang teman Niza ke rumah2 yang 'must visit'. macam2 kerenah manusia

- pak cik nak bendera, ada 15 pengundi kat rumah dia, semua anak(10) menantu mengundi di situ!
- budak pakai baju umno, tukar baju keadilan :)
- rumah yang ada semua bendera sederet!
- m cik tak berapa betul..

kenangan manis PR12! tapi alhamdulillah kali ni tak kena kejar anjing macam PR11 dulu......

By the time sampai umah, dah 'asr.

Thank you Lan for taking care of Filzah, siap bawa ke ofis lagi...
Thank you K Long for picking Zharif & Ulya

banyak lg gambar2 pr -> http://picasaweb.google.com/wfauziah/PRU12MARCH6MARCH9?authkey=BO8Or8jR3kQ

Then Othman sms nak 80 lagi tags! kali ni dah pandai sikit, alhamdulillah almost siap before keluar at 9. Ingat nak bagi terus, tak dapat juga, tak de tali. esok jelah..

Malam ada solat hajat di surau kompleks JIM untuk Syed Uzair followed by majlis di bilik mesyuarat, alhamdulillah.

Dirakamkan doa yang dikirim oleh Sila utk anakanda Uzair....

From: noursila halim
To: JIMAJ-net@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, March 04, 2008 8:17 AM
Subject: Re: [JIMAJ-net] Syed Uzair - kemalangan jalanraya

Dengan nama Allah yang menyembuhkan
dengan nama Allah yang mencukupkan
dengan nama Allah yang menyihatkan
dengan nama Allah yang dengan namaNYA tidak memberi mudarat sesuatu apa jua di bumi dan diatas langit
dan dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Sembuhkanlah dan kembalikanlah kesihatan Adik Uzair
agar dia kembali menjadi hamba yang taat kepadaMu
dan menjadi anak yang berbakti kepada orang tuanya.

Ameen Ya Rabb.
>

Sunday, March 02, 2008

JOM JOIN DEMAM PR!

Bismillahirrahmanirraheem

hee hee hee..enjoy!









dalam banyak2 email, i really like this one... hee hee

In ...@yahoogroups. com, " @... > wrote:
>
> Dari mula hidup hingga sampai ke liang lahat sentiasa kena patuh pada BARISAN..
>
> Bila dah mati .. nak di semayangkan pun kena buat BARISAN.
>
> > Angkat karenda dari rumah ke kubur pun kena patuh pada BARISAN
>
> Nak di tanam di Kubur pun kena pastikan liang Lahat mesti ikut BARISAN
>
> Masuk tiang lahat pun yang mengangkat mayat kena ikut BARISAN juga.
>
> >
> Akhirnya segala BARISAN terpaksa di tinggalkan kerana
>
> Semua yang hadir menghantar ke kubur terpaksa akur dengan
>
> Tok imam dalam satu BULATAN untuk mendengar Talqin si mati...
>
>
>
> Dah mati baru sedar yang BULATAN tu penting...
>
> > Hee hee heee....
>
> > Janganlah kita tunggu dah mati baru nak percatya pada BULATAN..
>
> Ayuhlah sama-sama kita Sokong BULATAN.
>
>