O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Tuesday, July 29, 2008

HARI INI HARI SANTAI...

Bismillahirrahmanirraheem
Alhamdulillah, satu hari lagi berlalu.
Baru selesai Pemantapan Nuqaba' Ampang Jaya. Penat sungguh malam ni tapi Ust Muhaimin ni memang pandai tackle orang mengantuk.. tak kering gusi dengar cerita ceritinya dicelah-celah penyampaian yang amat berguna sebagai bekalan untuk move forward. Kehadiran amat OK alhamdulillah! penuh PKJ - ikhwah akhawat hampir sama ramai.
Berbaloi berkejar2 'sedia' mee hoon! Dah agak dah Dr Ahmad mesti call tanya ttg makanan malam ni... tapi tak sangka plak lewat benarnya. dah pukul 6 lebih baru minta orderkan! Memang tak sempat, sape sanggup nak sediakn untuk 30 orang at short notice macam tu!
Ting! ting! idea datang! worry not, hari ni kan hari selasa.... terus call Lan kat ofis minta belikan mee hoon ke apa2 ke kat pasar malam.. nanti kami bawakan bekas dari rumah.... wahhh lega.. yang jadi penatnya nak angkut 3 askar kat umah ni, semua dah lentok!

3 hari lepas Lan Wani telefon bgtau flight Olah malam isnin. Aik! cepat pulak nak balik , hari tu kata lepas raya.. rupa2nya..... dia kantoi 3 papers... nak kena resit tengah ogos ni... alahai Olah.... olah...
tak terfikir plak nak ke airport.. banyak benda nak kena settle kat umah.
Tup tup etang semalam dapat sms Kak Soh, 'minta tolong jampi2 sikit olah tu...c u there pukul 11!' alamak! kena gi lah nampaknya... call Lan, dia kata ok, lepas discussion nanti. ingatkan flight pukul 11, dapat sms pukul 8! wah! ni betul2 kena pecut ke airport kalu tidak tak sempat.. kecoh kejap bundle anak2 ke kereta.
Teringat pulak nak call K Soh nak confirm pukul berapa flight. Laa... pukul 2 pagi! boleh lah relax dulu, anak2 pun masuk balik.....
Kalu dah pukul 2, sure lambatnya balik. just to be safe bawaklah satu beg apa2 yang perlu kalau2 nak tidor d putrajaya....... baju tak bawa sebab esoknya nak balik terus, anak2 sekolah... itu rancangan kita lah...

Olah ni, masa pegi dulu botak, balik kali ni mak datok! rambut dah panjang ke bahu. Rimas betul tengok rambut kat depan asyik jatuh tutup sebelah mata! macamana dia nak concentrate belajar ni, kerja menepis rambut je! orang muda... tentu rasa macho habis tu! he he
Lepas kena jampi sikit, olah masuk & kami pun beredar. Ajak K Soh, Lan & Wani tidor di putrajaya. Esok pagi2 boleh balik PJ nak gi kerja. Lan kata dia tengah cuti . Orait! just nice kalu gitu tak payah rush pagi esok.. bertolak balik pukul 9, insyaAllah sempatlah kejar pcik bas Ulfah!

Pagi ni lepas subuh Ulfah complain sakit tekak, rasa macam nak demam je... hmmm.....
Akhirnya....... sms pada Anfal & pcik bas, Zharif & Ulfah tak gi skolah hari ni........ kami pun tak lah kecoh2 nak balik... gi pusing2 putrajaya & cyberjaya, gi shopping sikit pastu gi makan, raikan Lan( Wani) dah confirmed kerja, alhamdulillah! Santai sungguh, rasa macam tgh doliday lah pulak....
By the time sampai balik Melawati dah hampir pukul 6. pastu lah dapat call dari dr ahmad....

Alhamdulillah atas kelapangan masa yang Allah kurniakan. Dapatlah eratkan silaturraheem dengan Kak Soh& anak2 & cucu2 sedara. Dah lama betul tak berpeluang berbual2 macam ni, especially dengan Kak Soh. It really had been a very loooooong time. Masing2 sibuk memanjang.. kalu balik kampung pun jarang boleh jumpa, kalu jumpa pun tak sempat nak duduk2 berbual... namum begitu kasih sayang tetap utuh..cuma masa tidak begitu mengizinkan.
Ya Rabb! Engkau kurniakanlah kepada kami kelapangan masa agar dapat kami terus bertemu mempertautkan hati-hati kami demi Mu ya Allah...

Thursday, July 24, 2008

TENTU ADA HIKMAHNYA.....

Bismillahirrahmanirraheem
Dapat berita abg zainal (pok ngoh) di HDU Pantai Medical Ctr.
Hari ni juga brother Hilal akan terbang ke NZ, alhamdulillah.
So we decided to send him off di KLIA, bila dia dah masuk around 7, we'll head to Pantai. cantik perancangan kita..
Tapi Allah ada perancangan lain, yang hikmah disebaliknya hanya Dia yang maha Mengetahui...

Pagi pukul 9 ada kelas Bahasa Arab dengan Nadia di PKJ. Sedap depan komputer, sedar2 dah pukul 9.10!!! berkejar kesana & alhamdulillah sempat ikut sejam, alhamdulillah hari ni banyak benda baru yang dapat
-> maf'ul almutlaq
-> maf'ul al ajlih
dan beberapa lagi jenis2 maf'ul


teranglah sikit, nampaklah apa kaedah2 yang diguna, selama ni baca tp tak perasan pun!! :(
Starting next week insyaAllah kita akan request ada hiwar at least setengah jam, mg tambah lancar percakapan & bertambah vocab. mudah2an... ameen

Kemudian ke bank uruskan t.t duit k long. Semalam tak buat sebab dah agak lewat jadi no point , transaction akan dibuat hari ni juga.... semalam agak sibuk, lega lah bila urusan ke bank boleh tunda kehari ni.
Must get used to this new routine..kalu tak kebulur k long... :(

Sampai umah, Lan & anak2 baru nak gi hantar Ulfah. Lambat pulak, ingatkan latihan pukul 10.30... rupa2nya Ulfah tertidor, pukul 10.30 baru sedar, kawan2 yang dah tiba disekolah untuk berlatih called bagitau latihan cancelled hari ni.. fuh! lega... tu yang lambat tu.. Terus gi hantar Ulfah & juga Zharif . Ulya dah keluar awal lagi ikut Anfal.

Lan janji nak amek Bro Hilal & Ridhuan di HC untuk lunch. so i came back home, nak cari kunci bag purple yang bagi pada bro Hilal.

Aduuuuhhh... pening , loya, nak pitam pun ada mencari... lepas balik OZ hari tu rasanya simpan elok dah.. (as usual..) Rasa macam terbayang2 masa simpan tu. Rasa macam dalam kotak, tapi tak sure kotak mana. Yang dua kat luar tu ada kangaroo & koala je...
Atas bawah depan belakang, semua selongkar! semua cerok korek! rupa2nya....selepas 3 jam mencari(!) kotak tu kat belakang curtain dalam bilik! huh!! geram betul, dah nampak sebenarnya bekas biskut tu, tak sangka plak kotak tu ada atas tu... apa pun alhamdulillah.. ringan sket kepala.

Lepas solat 'asr terus pecut ke Al Amin Gombak, nak amek Ulfah. Janji bertolak dari ofis pukul 5.30 insyaAllah. Tiba di ofis 5.50 terus bertolak ke KLIA.

Dalam perjalanan, banyak bro Hilal ceritakan kisah hidup dia, bagaimana boleh memeluk Islam & apa cabaran yang terpaksa di lalui.

rancak bercerita..

Berasal dari Rep of Burundi, Afrika. Ayah seorang kuat ugama Kristian. Tak miss ke church.

Dia selalu nampak seorang tua berbangsa Belgium mengambil wudhu'. Satu hari dia tanya apa yang orang tua tu buat. "saya bersihkan diri cara Jesus" katanya. Pada satu masa yang lain beliau terjumpa orang tua ni solat didalam gereja,selepas memastikan semua pintu sudah dikunci. Dia tahu itu solat orang Islam.

Orang tua tu minta dia rahsiakan apa yang dia nampak, kalu tidak katanya sesuatu yang dahsyat akan menimpa mereka.


Mulai dari saat itu, dia selalu berbincang dengan orang tua ni ttg Islam. Dia juga kemudiannya berbincang dengan orang2 Islam yang hanya 1% dari jumlah penduduk Burundi. Dia menceritakan pada paderi di gereja apa yang dia buat(kecuali ttg orang tua tadi) Dia kemudiannya diminta mendalami ttg Islam dan keluar berdebat dengan orang Islam dengan tujuan menarik mereka masuk Kristian! Dia mengatakan sebenarnya dia banyak belajar tentang Islam digereja!


Dia keluar dan lakukan apa yang ditugaskan oleh paderi. Namun dengan kuasa Allah, alhamdulillah, sebaliknya yang terjadi. Dia semakin tertarik dengan Islam & akhirnya mereka berjaya menariknya kembali pada agama fitrah & meninggalkan Kristian.
Bila diberitahu pada orangtua tadi, beliau ingatkan agar jangan dihebahkan jika ingin terus berada di Burundi. Jika dia declare keislamannya,sesuatu yang buruk akan terjadi.

Biasanya jika mereka yang selalu ke gereja didapati keluar dari Kristian, mereka akan diracun.

Untuk terus dapat tinggal diBurundi & nikmati segala kemudahan, mereka tidak akan isytihar keluar ugama. tapi somehow, jika terhidu oleh pihak gereja, amat buruk padahnya.

Menjamu makan adalah amalan biasa pihak gereja. Menariknya mengikut cerita beliau, digereja ada satu set pinggan berbeza, khas digunakan untuk meletak makanan beracun yang diberi pada si 'murtad' tadi.Hal ini hanya diketahui oleh mereka2 yang power digereja sahaja, jadi pengunjung gereja tidak akan perasan hal ini

mengimbau suka duka masa silam..


Dalam kes beliau, 'hukuman' amat berbeza..... Bila diketahui beliau telah memeluk Islam. paderi2 & orang kuat gereja amat marah sekali, terutama pada ayahnya yang merupakan salah seorang dari mereka, kerana membenarkan anak 'murtad'. Sungguh kejam! ayahnya telah disembelih, anggota badan dipotong2 & dimasukkan ke dalam plastik. Tidak dapat dia ceritakan perasaannya masa tu, yang pasti dia merasakan mereka ini bukan manusia lagi - yang sedihnya,they were the people he grew up with, the people who had been good to him, his father & family all these years....
Semua ahli keluarga tidak lagi mengaku sedara, putus hubungan kekeluargaan , untuk mengelak dari diperlakukan seperti keatas ayahnya. Segala asset keluarga dibekukan.
Kini ibunya yang sudah tua menderita disana, sebatang kara, kehilangan suami & keluarga, setiap saat merindui anak tunggal yang kini dalam pelarian. Semua itu berlaku pada tahun 2002.

Alhamdulillah minggu lepas beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di New zealand dengan segala kos ditanggung. Dia hanya perlu kesana.. namun dalam situasi beliau, mana mungkin dapat kesana kerana kos penerbangan adalah beyond his means. Namun Allah itu maha Kaya, HC memain peranan & Alhamdulillah, dengan usaha serta sumbangan mereka2 yang rindukan syurga, tiket berjaya dibeli.


setiba di KLIA

Riang sungguh bro Hilal sepanjang perjalanan ke KLIA.Terpancar kegirangan. Tempiasnya mengenai kami....

kita merancang, namun Allahlah sebaik2 perancang.

Ujian datang lagi... beliau tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana tidak mempunyai visa.... katanya beliau telah mohon untuk membuat visa, namun dikatakan tidak perlu.Hanya perlu bawa borang khas yang telah siap diisi dengan surat tawaran universiti. Namun segala dokumen tersebut telah tidak diterima pakai...

beg & kerenah kuncinya....


Dengan longlai kami menolak troli ke kereta untuk membawa bro Hilal pulang ke HC. Tiada lagi suara ria disepanjang perjalanan pulang.Makanan kegemaran juga nampak begitu pahit untuk ditelan. Kami hanya mampu memberi kata perangsang
InsyaAllah esok kita cuba selesaikan ... Doakan dipermudahkan

Hasbunallahu wani'mal wakeel

..dan rancangan kami untuk ke Pantai juga hanya tinggal perancangan. Allah jua yang maha Mengetahui hikmah disebalik segala apa yang ditetapkan untuk hamba2Nya. Dan perancangan Allah itulah yang terbaik....

Tuesday, July 22, 2008

UMMI

Bismillahirrahmanirraheem

Found this today. Lagunya tak lah best sangat - not to the oldies' taste anyway.. haha. But i like the lyrics, moga2 begitulah perasaan & pandangan anak2 terhadap diri ummi.
dedikasi khas untuk diri ku (ehem....husnuzon..mungkin anak2 tak come across ni lagi, tu yg tak dedicate kat ummi... ehem), ibu2 yang solehah & juga bakal2 ibu, sebagai panduan....

Sebuah luahan hati
Dari seorang anak
Untuk semua ibu
Ibu yang banyak berjasa
Dan khas
Buat umiku yang tercinta
Dengarlah


Sejak aku dilahirkan
Tak pernah henti kau berkorban
Mengajar ku menjadi insan
Yang berbudi punya pegangan

Kala ku tak mendengar kata
Tak pernah kau doa ku binasa
Cintamu terhebat di dunia
Tiada lagi yang sepertinya

Bagiku kau segalanya
Kau sentiasa dalam jiwa
Umi engkaulah ratuku
Permaisuri dalam kalbu

Ummiiii….Ummiii…..Ummii….Ummii

Khilaf antara kita lumrah
Buat ku sering rasa bersalah
Wahai umi ketahuilah
Kan ku terus melangkah gagah

Sejuta harapan ku bawa
Semangatmu tetap bersama
Sungguh kau tiada gantinya
Walau ku cari serata dunia

Umi engkaulah maharani
Senyum untukku sekali lagi
Usah bimbang wahai ummi
Andai jatuh ku bangun lagi

Ummiiii….Umiii…..Ummii….Ummiii

Mungkin engkau sangka aku
Tak peduli tak ambil tahu
Sedang aku teringat kan mu
Senyum tangis dalam rindu

Manis pahit legar di minda
Aku harap dikau percaya
Bahwa aku tetap setia
Doakanlah aku bahagia

Bahtera ini kan ku layar
Hidup ini terus mengajar
Wahai umi engkau penawar
Kau tetap nyalakan sinar

Ummi yaa lahnan a\'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ini janji ikrar anakmu
Berjuang betuli yang lalu
Daku ingin engkau tahu
Kan ku penuhi hasratmu

Walau hidup dengan caraku
Dibina dari petunjukmu
Usah kau bimbang dan pilu
Ku kenangmu dalam doaku

Rindu pasti terlerai nanti
Engkau kan tetap ku ingati
Andai ku tiada di sisi
Di hati tetap menemani

Ummiiii….Umiii…..Ummii….Ummiii

Akbar feat Mirwana Anuruddin - Ummi - Akbar feat Mirwana Anuruddin

Sunday, July 20, 2008

BIBIT-BIBIT KASIH SAYANG..

Bismillahirrahmanirraheem

Pukul 5 tadi ada SMS, dari Mr X rupanya..

' Salam. jzkk krn membantu.Ana dgn mak ana sgt gembira dan senang hati dgn bantuan makcik dan pakcik.Terasa mcm ayah ana ada dkt situ bila pakcik ada skali. Ayah ana dah beri persetujuan. Nk cepat2kan pun boleh katanya.."

aik!!! ni macam dah tukar skrip.. ingatkan dua tahun.... kita tunggu.. :)

lepas solat subuh, dengar hp berkokok lagi, tanda ada message masuk ... eh, dari Mr X lagi! kali ni bunyi bersemangat sekali..

"Salam. my answer is YES! i want to proceed..."

wahhh... cepat betul buat keputusan! kalu gini gayanya, betullah kata pakcik, tak nampak tempoh dua tahun tu boleh diterima pakai, heehee

Memang ginilah selalunya urusan bait muslim - sebelum jumpa kata lain, bila dah jumpa skrip akan bertukar! Kalau tiada halangan keluarga, baguslah dicepatkan proses, benda baik tak payahlah ditangguh.... kita tunggu.... :)

inilah bibit2 kasih sayang yang disebut Allah swt dalam alQur'an.

"dan antara tanda kekuasaan & rahmatNya...................dan dijadikan Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang......" arRum:21

Moga permulaan yang baik membawa barakah & rahmat yang berpanjangan insyaAllah

Saturday, July 19, 2008

Hari ini hari sibuk :)

Bismillahirrahmanirraheem

Hari Rabu lepas, tengah usrah dapt call dari no yang tak dikenali
"K Wan ingat lagi tak ana, NARS?" "yang mana satu ni ya?" " yang dok Seremban!" " ya! ya! mesti lah ingat, yang putih melepak tu, ....bla..bla... "

The last time jumpa NARS masa walimah Abu Dzar beberapa tahun lalu. Dia anak usrah diakhir2 tahun 80an dulu.... suaminya pula anak usrah Lan. Sejak pindah dari Ampang Jaya, dah banyak tempat dia merantau, Gombak, Damansara dan beberapa tempat lagi rasanya, sebelum akhirnya menetap di Seremban.

Sembang punya sembang, rupanya ada cerita tentang anak teruna sulung ..... anak ni sama baya dengan Afrah. Masa tu, ya Rabbi, kecoh sesi usrah, masing2 ada anak kecik, masing2 berlumba2 beranak!! :) Tapi alhamdulillah, dengan segala rencah & rencam, usrah tetap jalan.
K Long , make sure dah beranak pinak nanti jangan jadikan anak2 sebagai excuse nohh...!!

Tugasan Bayt Muslim rupanya yang datang, alhamdulillah. Selepas bersms dengan kedua2 belah pihak, dapatkan detail & history, semua setuju untuk jumpa hari ni....

Pagi ni lepas hantar Ulfah kesekolah untuk latihan Boria Ko-Ku, terus ke ofis iktisas utk meeting WJS.
Dapat message, meeting hari ni di PKJ. Petang semalam masa Atiqah IIC datang amek van, nasib baik tanya program diorang kat mana.Sekali dia jawab "bla..bla.. & pagi esok di PKJ"! Laaa... alhamdulillah dapat tahu awal, sempatlah minta kunci ofis dengan Lan sebelum keluar pagi ni.

Meeting habis pukul 1 lebih. Kesian Ulfah tunggu dari pukul 12 lagi...sampai umah dah dekat pukul 2. Hampir pukul 3 baru boleh ke walimah anak Mas & K Tim... hehehe kesian kami...., sampai2 makanan dah habis!! Perut dah keroncong tapi semua buat muka tabah.....

Miss Y janji nak datang awal sikit, nak kenal2 mcik dulu.... Jadi rush balik umah sebab janji pukul 3.30.Lan bawa anak2 gi amek 'Iffah - minta dia babysit adik2 d JJ. Kalu ada kat umah sure kecohnya...

Hampir pukul 4 terima call dari NARS, sesat entah kemana-mana, mulanya di setapak, pastu di zoo... laa... alhamdulillah lepas bagi direction satu persatu, akhirnya sampai jugak...

Sesi ta'aruf berjalan amat lancar sekali, alhamdulillah. Kami yang veteran ni pun banyaklah menyampuk nak redakan gemuruh! Banyak persoalan terungkai, pengharapan diluah & perancangan di bentang... Moganya selepas istikharah seterusnya, jalan terang akan terbentang & boleh kita proceed ke step seterusnya, insyaAllah.
Selesai bincang, solat 'asr bersama & makan2 sikit - menu special - meehoon goreng, kek lapis, nangka , karipap & badak goreng dengan jus oren! Alhamdulillah, good reward atas ketabahan tak dapat makan masa kenduri! hehe

Sebelum ambil anak2 di JJ, hantar dulu miss Y balik, tak jauh, dikawasan Taman Melawati je..

Quoting Lan dalam kata2 'penggulungan' " Alhamdulillah, moga semua akan berjalan lancar & dimudahkan Allah. Cuma pak cik tak nampak tempoh dua tahun tu boleh diterima pakai...... :) " Sama-sama kita tunggu.....

Wednesday, July 09, 2008

SELAMAT HARI LAHIR KE 5 ZHARIF!

Bismillahirrahmanirraheem

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU SAYANG!!





Hari ni genap 5 tahun umur Zharif. Moga besar menjadi anak soleh wa musleh,mujahid yg akan menegakkan deenMu ya Allah.

untuk kakak2 & abang2 yg tak dapat bersama, tenunglah kek ni lama-lama,bayangkan.... yumyum!



"Hai anakku, sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam didalamnya.Oleh itu jadikanlah

ketaqwaan kepada Allah itu sebagai kapal mu,


keimanan itu sebagai muatannya dan


tawakkal itu sebagai layarnya.


Mudah2an engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihat mu melainkan dalam keadaan yang selamat"


Luqmanul Hakim


Setiap anak amat istimewa. Tentunya juga Zharif ! Di umur begini, anakku ini adalah penyejuk mata & penyejuk hati. Keletahnya kadang amat mencuit hati, terutama semenjak duamenjak dah masuk tadika.

Mula masuk tadika hari tu, bila tanya sekolah kat mana, laju je jawab dengan bangganya "HIDAYAH PRESKULL"!!! brutalnya!!


sekarang dah pandai, preschool, bukan lagi preskull..., hehe

Anak2 umur ni, teacher's words are everything. kita sebagai ibu pun dah jadi nombor 2!


itu pentingnya anak2 dihantar ke pusat pendidikan yang guru2 berakhlak islami, agar fikrah anak tidak tersasar.

Hari tu sabtu 5 julai '08 hari sukan Tadika. hari Jumaat, bila balik umah, macam biasa main dengan Filzah. tengah main tiba2 Zharif berhenti & gi baring di sofa. senyap je... risau tengok, terus tanya, "nape zharif? penat ke?"

" tak lah... teacher cakap balik rumah rehat, esok sukan.." :)) laaa.... innocent sungguh...

Alhamdulillah, sukan main lari bawa bola,dapat nombor 1!! 'Atif hutang satu coklat !!!



perhatikan betul2 pelari ke 3!!! dan suara pengulas sampingan...




beratur nak amek hadiah






wahhh!! banyaknya! satu pushchair penuhhhhh..


Tuesday, July 08, 2008

BERBUAT BAIKLAH...

Bismillahirrahmanirraheem

Semalam, hari malang...kelam rasa bila dapat sms dari Edi
" dah cuba mmg x boleh, hard disc rosak, x blh buat apa2"
dengan penuh harapan sms balik " xde ke jalan utk retrieve data tu?"
dibalas balik dgn " mmg x blh langsung sbb hard disc yang rosak"

Ya Allah! habisla... segalanya dalam tu - data, gambar, articles pilihan & bermacam lagi , bertahun punya collection......

Memang rasa lesu, tapi alhamdulillah dalam semangat goyah, mengenangkan banyak perkara yang akan tergendala , teringat ada antara bahan2 yg sempat di backup dlm external hd, jg dalam bbrp thumbdrives disamping dlm cd. alhamdulillah!

Bbrpa hari lepas, screen notebook tiba2 gelap. x blh nak start, keluar message 'irr harddisc error' . Masa tu tak risau sangat sbb pernah terjadi pd pc sebelum ni & Edi dapat retrieve semua data. Namun hati ada juga rasa kurang sedap sebab banyak juga kerja2 sebelum ke Australia hari tu belum smpat di save ke external hd...betul rupanya intuition ni....

Kata Lan ada budak Melayu sebarkan virus Mawar, makan hard disc.....aduhhhh, napelah Melayu suka berlumba dalam hal2 yg merosakkan. Alangkah baiknya kalu kemahiran yang dikurniakan Allah di gunakan untuk kebaikan. Pokok pangkalnya iman, tanpa iman tiada rasa pertanggungjawaban

Dalam kita ingin berbuat sesuatu, ingatlah ayat2 Allah , antaranya dalam surah Al Qashash,ayat 83&84.
  • Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang2 yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan dimuka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang2 yang bertaqwa
  • Barangsiapa yang datang dengan membawa kebaikan, maka baginya pahala yang lebih baik daripada kebaikannya itu, dan barangsiapa yang datang dengan membawa kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang2 yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.
Segala amal perbuatan kita akan dipertanggungajawabkan, dibalas setimpal dengan amalan tersebut.Maka berhati2lah & takutlah pada Allah, yang Maha Mengetahui & Maha Menguasai segala sesuatu.

Hari ni mula operasi retrieve data2 dari pelbagai sources. Bimbang juga kalau ada yang penting tidak ditemui dimana2...... ya Allah, permudahkanlah

Pertama2 search gmails- alhamdulillah semua incoming & ouTgoing mails di arkib - dapatlah kumpul data2 yang pernah dihantar sebagai attachments.... alhamdulillah

Masih jauh lagi perjalanan, banyak lagi sources yang perlu di selongkar!

Tuesday, July 01, 2008

OZ TRIP JUN08 : SYDNEY2ADELAIDE

Bismillahirrahmanirraheem
Hari ni Afan hantar 'berita bergambar' - video clip of our journey from KLIA to Adelaide.
Alhamdulillah di kurniakan Allah kelapangan masa & tenaga untuk merehatkan badan & minda dari tugasan yang tidak pernah surut...
moga ditambah Allah kekuatan & iltizam untuk terus istiqamah..

Enjoy!