O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Friday, June 13, 2008

ANUGERAH KIMB-SUMMERSET RESORT

Bismillahirrahmanirraheem

Masa PPN tahun lepas di USM Transkrian, tanpa di duga, alhamdulillah telah di anugerahkan 'pencarum terbaik/tertinggi' 2007. Memang tak sangka betul!

Masa Muzakarah Nasional di Bangi, KIMB buka kaunter. Dah lama tak masukkan duit, biasanya kami mencarum untuk setahun masa KONTARN atau 'aktifkan' akaun bila anak2 dapat keputusan cemerlang... maklumlah KIMB akan bagi anugerah cemerlang pada anak2 yg ibu/bapa ahli aktif KIMB :) :) - syarat manjadi ahli aktif ialah ada caruman dalam tahun tersebut!

Alhamdulillah, masa tu ada rezeki lebih, Lan masukkan 5K seorang. Actually sebelum tu, terfikir juga nak masukkan rm25, tiap kali lalu KIMB bila nak naik ke pejabat JIM.(Caruman minima adalah RM25 sebulan)
kalulah masa tergerak tu terus buat, sure anugerah tu menang sorang , bukan bersama...kalahkan by RM25!!!! hehe (my caruman would be RM5025, lan's 5000! )
anyway, alhamdulillah... malam tu naik stage dalam rasa tak percaya.... dapatlah voucher penginapan 3hari2malam di Summerset Resort milik KIMB.

Fikir punya fikir, we decided to take up the offer masa cuti sekolah, sebelum k long & afan ke Australia -dapatlah semua berkumpul , relax & santai.

Kebetulan KONTARN tahun ni di JB, cantik tu... boleh terus kesana dari Summerset.
Lepas booking dengan Zai di KIMB, surf internet cari maklumat ttg Summerset. Tak banyak yang ada, kalu ada pun bunyi macam tak best je... x pe lah, bukan kena bayar pun, at least boleh lepaskan lelah..
Antara description : 'a place to go if u have nowhere else to go' , 'in the middle of nowhere' , bring all the boardgames to keep away boredom' , 'a rundown place' dan banyak lagi yang sewaktu dengannya!

of 'cos i didn't tell anyone about this! was a bit disappointed, so got the boys to bring all the boardgames that we have + badminton rackets + table tennis bats + whatever we have that should keep us busy & entertained during the stay..........

To lift our spirit, i invited Nani & Ayob to join us. Hopefully their presence will cheer things up! Nak ajak Lina, dia baru balik dari Korea, furthermore we were going on weekdays. Ajak Ina, dia ada hal diSemenyih. Oh well, we'll get thru the 3 days before we'll head to JB, or so i thought!!

Frankly speaking, we were not really looking forward to the trip... pack barang pun last minute. Anak2 pun rasa macam 'aduh , lamanya....!' So did the father! lamanya nak tinggal office..pasni nak tinggal lagi...aduuuuhhh...mengeluh panjang.. Understandably,we didn't talk much about this trip.........................

Tengahari, Wednesday May 28th 08, kami bertolak. Jalan mana nak amek pun tak sure. Dah sampai halfway atas MRR2, Lan decided to go thru Kuantan. Pusing balik...

Masa nak bertolak, anak2-'Iffah esp - were not in so good mood. Awal2 lagi dah complain in horror " WHAT????ALL of us going in this van????" terjegil mata dia. Can't blame her...... 11 of us + all the stuff..hehehe. But i told her, the more the merrier. Furthermore Afan would be coming home earlier, ada program KONSIS. so nanti taklah sempit sangat...I wasn't that confident actually , everybody, everything would fit in... tapi alhamdulilla we did!!

The journey wasn't too bad. Everybody behaved, or rather slept most of the way to Kuantan. It was OK alhamdulillah, until we reached the Muazzam -Rompin road.....!!
Good grief! rasa macam naik kuda mengawan!! turun naik,turun naik jalan atas tanah gambut... Poor K Long , she kept shrieking! finally , she changed places ngan Afan, seat depan less bumpy & more comfy.

Nani petang lagi dah sampai. Told her to check in first. Called the reception to give the keys to her. Masa call hari tu, was informed that we'll be given 2 villas. tanya villa tu macam mana? Katanya, 2 villas, 2 bilik. So bila ajak Nani, told her so..ada dua bilik..nanti kita sumbat lah ramai2,ek!! as usual, ladies dalam 1 bilik, men can sleep outside... No problem, dia kata, janji boleh holidays! Good ol' Nani! They make good company, no hal bila di ajak -as they say, jenis tak ssolek!!! hehe. Nak gi Rabu, Sabtu semua barang dah ready!! how about that!!

Petang tu masa call Nani dia kata baru balik dari pantai. Comel pantai , katanya. ahhhhh..lega...at least something!! :) kurang sikit bimbang. If nothing else, at least there's the pantai....

Reached the junction to Summerset around 8pm. semua lapar...so we turned back cari kedai makan. Decided to bawa balik & makan dgn Nani. Laaaa.. lama lah pulak tunggu!! segala macam diordernya! Trust Lan, he & his sea food..... by the time we got to Summerset, it was past 9pm.....

Tuesday, June 10, 2008

ADUHAI, HOSPITAL KERAJAAN

Bismillahirrahmanirraheem
Hari ahad 25 Mei 08, sepanjang hari di Kompleks Warga Emas, Shah Alam untuk Muzakarah Selangor. Program yang sepatutnya tamat pukul 5 telah disambung sehingga melewati jam 6. Banyak perkara yang perlu di bincang, pelan tindakan yang perlu dilakar. By the time selesai, dah tepu rasa....
Singgah rumah Sila untuk solat maghrib, pastu tumpang dr Rad balik. Alhamdulillah, sempat berehat sementara tunggu Rad yang solat dirumah halipah. Banyak cerita ceriti dengan Sila.....
moga Allah permudahkan segala urusan ..

Isnin 26 Mei 08, gi Klinik Dr Nora untuk dapatkan referral letter nak jumpa dr di HUKM. Dulu dah dapat dari dr kat klinik idzham tp tak sempat nak pegi lagi...
hari tu bawa Arif jumpa dia, dia tanya dah gi jumpa pakar mata? bila cakap belum, tak sempat, boleh dia kata
'anak saya pun juling macam dia, dah besar baru bagitau, lantak dialah!!' aisey .... gerun! gerun! doktor yang ada sejarah & reputasi tersendiri ni.. :)

Selasa 27 Mei08, pagi2 lagi (pukul 7 lebih) bertolak ke HUKM. Nurse tu cakap mesti sampai sebelum pukul 9! punyalah kejar... sampai dalam pukul 8.15, masukkan referral letter dalam kotak & tunggu nama dipanggil.

Sempat berbual dengan Ustazah Zai yang datang nak periksa mata kerana diabetes.
Bila nama Arif dipanggil..... dia bagi balik surat (dah di cop) & suruh datang minggu depan...laaaaaaa..... tu je ke???? padanlah kalau yang mampu tu, tak suka ke hospital kerajaan..bayangkan kalau yang datang dari jauh... naik bas ke, teksi ke... aduuuuhai... gi untuk di cop surat tu je! haru.. haru...
tapi terpaksa jugak pergi untuk dapatkan khidmat pakar yang dikatakan 'amat baik'... bukan tak pernah ke pakar sebelum ni, dah pegi jumpa dr (tak ingat nama) di ampang puteri, so called pakar yang selalu masuk paper. Tapi 'hampeh'! Senyum pun tak nak, cakap sambil lewa & tengok anak kita satu macam je.... tahu lah Arif tu juling, tu yang minta dia check. check pun macam nak tak nak je, tapi chargenya, mak datok!!

Silap jugak sebenarnya ke HUKM, sepatutnya ke Hospital Ampang, ada juga eye specialist di situ & patients pun tak ramai. Macamana boleh overlook... baru last 2 weeks ke sana hadir briefing & ramah mesra sukarelawan hospital ampang, tak terfikir pulak nak bawa 'Arif kesitu..

Ala kullihal, baliklah kami lepas dapat cop kat surat!

Petangnya bawa k long, ulfah & filzah ke 4sisters - nak buat treament kutu! once & for all, nak hapuskan!!
By the time selesai, dah maghrib. Lama betul dikerjakan kami 4 kepala!

SAHABAT

Bismillahirrahmanirraheem
Pagi sabtu ke APSH, hantar Iffah ganti Afan teman K Long. Afan ada exam hari ni. Tengahari sebelum ke APSH singgah di Masjid Ridhuan ulu kelang untk walimah anak Ummi Urut. Alhamdulillah lama tak jumpa Ummi yang urut masa bersalin Zharif hari tu. Ni anakUmmi ke 7 dari 10!
Alhamdulillah Lan habis meeting awal, dari APSH sempat pula ke walimah Syamil anak k Poji/Alauddin di Bangi. Ramainya ikhwah akhawat yang datang!! Tautan ukhuwwah terus segar...
Dalam menghadapi saat2 resah semalam, ingatan & doa sahabat amat menenangkan jiwa. Nilai persahabatan tidak mungkin diukur disukat. Pilihlah sahabat, mereka adalah cermin diri kita.

Hargailah mereka dan tentunya, kita sendiri, jadilah sahabat yang baik...

AMBULAN OH AMBULAN: KITA RANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG..

Bismillahirrahmanirraheem

Petang Jumaat 23 Mei 08, awal2 lagi bgtau anak2 - kita ke AlAmin malam nanti - ada Halaqah JIMAJ . Ada penyampaian dari ustaz Major Shukri & penerangan DERU oleh Dr Sam.
Masih berpegang pada prinsip, 'start 'em young' - perlu selalu ingatkan anak2 the importance to be involved - tentunya akan ada bangkangan2 & rungutan2. :(
Moga Allah sentiasa buka hati2 anak2 untuk berada dijalan dakwah - merebut peluang2 yang ada, mengisi ruang2 yang terbuka. Buatlah apa yang mampu agar ada jawapan didepan Allah nanti. Moga kita thabat dijalan ini, dalam kelemahan & halangan yang sentiasa mendatang.
Carilah sudut2 yang boleh kita mainkan peranan. Jangan rasa diri & sumbangan tidak penting. Dimata makhluk mungkin usaha kita nampak kerdil, moga disisi Allah ianya amal soleh yang menjadi tiket ke jannah...ameen. ikhlaskan diri dalam beramal, itu yang utama.

Lepas solat maghrib, bersiap2 untuk pergi. sebelum solat dah ajak k long, tapi nampak letih sangat, jadi kami solat dulu. pukul 8.15 k long masih belum solat, panggil tak jawab. Afan kesofa tempat k long baring untuk kejutkan sekali lagi. Tiba2 k long bergolek jatuh kelantai. 'Eh Long, bangunlah! kalu letih sangat nanti Afan wudhu'kan disitu, solat sambil duduk pun ok, bangunlah!'
bila bawak air untuk wudhu, k long tak respon. eh apa jadi ni! Panggil tak jawab, badan dah sejuk. Ya Allah! k long pengsan ke??
Terus panggil ambulance. banyak soal lah pulak... 911 divert ke HKL, HKL pulak divert ke PBSM... Ya Allah lambatnya! dekat pukul 9 belum tiba lagi. K long masih belum sedar.
Call pulak ampang puteri utk notify & minta ambulance kalu ada. diorang pun kena divert ke private ambulance service (mujurlah tak amek yang ni, kalu x, it could have cost us a bomb!!)
alhamdulillah 9.15 baru ambulance sampai.

Malam tu berkampunglah kami di ampang puteri - there goes plan nak ke halaqah... the boys sure happy nyer...

Pengalaman pertama naik ambulance - wahh power driver meredah traffic jam! Glamour lah jugak rasa, orang sume bagi laluan. Hee hee, naik ambulance dah rasa glamour, hebat (entah apa yang hebatnya tak taulah..). Padanlah sultan2 , menteri2 & orang2 yang ada kuasa rasa gah sangat, ada outriders, orang sume bagi laluan........ it could have gotten to their heads!! tu yang setengah nya tak sedar diri... na'udzubillah!

Allah lah yang maha hebat!

CUTI KALI INI

Bismillahirrahmanirraheem
Lama betul tak jenguk sini... banyak yang berlaku since the last entry.

Belum cuti lagi dah ada beberapa jemputan walimah
18/5 walimah anak k jas di RISDA. Laaa.. rupa2nya berbesan ngan abang pak abu.
Janji dengan Sila nak tumpang ke Sepang untuk meeting WJS lepas kenduri. Pastu Nahdia sms nak ikut sekali. cakap kat dia 'mcik gi Esso straight dari walimah, mungkin around 1. jumpa sana lah' . dia pun jawab ' ana pun nak kena ke walimah dulu jugak!'Alih2 jumpa kat RISDA! majlis sama rupanya! so teruslah bawa Nahdia sekali ke Esso..... dunia makin kecil...

24/5 mula cuti sekolah. Ahamd & Arif tiba petang Jumaat. Alhamdulillah sekali-sekala semua berkumpul, macam2 kerenah. Nak kena pastikan masa digunakan sebaiknya. Kesian jugak berbulan2 hadap buku, hadap Qur'an utk hafazan, maybe it's best to let them free sikit. Kalu ada masa, mmg tak lain, hadap komputerlah jawabnya... tapi this time dah jumpa formual baru (harap2nya bagus..) Boleh sentuh komputer dengan syarat - dah selesai solat berjemaah & at least 15 minit hafazan... kalu tak buat, masa in between solat tu, NO COMPUTER!! hehe.. bagus jugak ada rule ni, lajulah solat & hafazannya!!

cuba utk maximise aktiviti bersama masa cuti ni.
1. Kenduri kendara semua kena pegi
2. Program2 sepanjang cuti mesti hadir

jenguk sana jenguk sini, bbrp walimah & prog di identify:

Jumaat - Halaqah JIMAJ
Sabtu - Kenduri X 2
Ahad - Muzakarah Selangor di Shah Alam
Isnin - Futsal
Selasa - HUKM & visit to 4sisters shoppe
Rabu-Jumaat - Summerset, Rompin
Jumaat-Isnin - KONTARN ,Walimah JB
Selasa - HUKM , LEaDERS
Rabu-LeaDERS
Khamis - LEaDERS, Prog Aulad d Setiawangsa
Jumaat - Prog Aulad d Shah Alam
Jumaat - Ahad - TITIAN & KBM
Sabtu - Arif & Ahmad balik ke AlManar. Atif ke Bangi untuk Futsal
Ahad- Atif balik ke Al Manar , RJIM2 gombak & aj
Isnin - k Long & Afan balik KB


Wahhhhhh packed sungguh! Sian Atif , niat dia nak tuition cuti ni terpaksa di tunda.... tuition ngan baba je lah....

alhamdulillah, cuti kali ni cukup ok.. nobody complained.. :)