O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Thursday, April 30, 2009

Ibu Madrasah Pertama Ku

Bismillahirrahmanirraheem

Alhamdulillah, it's finally out! I almost abandoned the idea of writing when it suddenly struck me that this could be my highest attribute to my beloved mom - MOK!
There was so much to write yet it would never justify my real feelings - my everlasting love for Mok who had been my guiding star, whom I believe had loved me unconditionally... Oh how I missed her..

During the course of writing this short narration, tears just freely flowed as I recalled all those memories &.events. Putting them into words were so hard that at times I had to stop writing, for reminiscing really hurt - my heart ached for her presence. How could I not feel so, we shared so much during her final years.
Together we went thru the good & the bad times, together we shared our joys &  sorrows, hopes & despair.

Thank you Allah for blessing me with a wonderful mother, for the beautiful times we spent together , for allowing me to be with her till the end...
Ya Allah, ya Rabb, please place my mother, and father, and dear brother, among the muttaqeen. Let us be reunited in your Jannah ya Allah. Ameen

Here's an excerpt from Roha's blog

Ibu Madrasah Pertama Ku Adalah Sebutir Permata (1)

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, sebutir lagi pertama ilmu diterbitkan untuk kita semua hayati dan mengambil segala kebaikan darinya.



Nama Buku : Ibu Madrasah Pertama Ku
Penyusun : Roha Hassan
Penerbit : Tinta Ori Enterprise
Usaha sama : Wanita JIM Pusat dan Tinta Ori Enterprise
Editor : Nazirah Idris dan Roha Hassan
Tebal Buku : 306 muka surat
Harga : RM25 sahaja / RM28 untuk Sabah dan Sarawak




Ibu Madrasah Pertama Ku adalah Sebutir Permata


Ibu Madrasah Pertama Ku! Begitulah indahnya tajuk buku ini. Namun ia tidak seindah kasih sebenar seorang ibu. Namun kami yakin buku ini mampu membuatkan anda tersenyum disirami kasih ibu atau ketawa terkenangkan kisah lama atau menangis mengenangkan wajah ibu yang kini sudah berkedut dimamah usia atau mengalir air mata dek kerinduan pada bonda tercinta.

Anggaplah buku ini sekadar sebutir permata. Bukan yang terbaik tapi cahayanya cukup untuk menyuluh kehidupan generasi kita dan selepas kita dalam melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang insan soleh wa musleh.

Tips daripada ibu madrasah pertama ku ini akan memberikan kita pelbagai pengajaran suka duka seorang ibu mendewasakan anak-anaknya. Sudah tentu tips tersebut dapat pula dimanfaatkan oleh kita untuk menyantuni anak-anak dan generasi muda di zaman kita dan akan datang.

Buku ini mengandungi kisah dua puluh tiga orang ibu membesarkan anak-anak yang kini sudah berjaya di bidang masing-masing.

Kerana kebahagiaan dan kejayaan yang mereka kecapi hasil sentuhan ibu, kini mereka ingin berkongsi dengan kita semua. Khususnya anda para pembaca. Banyak sekali kebaikan dalam bentuk pesanan atau perkongsian daripada para penulis tentang ibu masing-masing untuk kita ambil manfaatnya.

Mari kita hayati bersama setiap keindahan yang dinukilkan dalam buku, Ibu Madrasah Pertama ku ini.

Kandungan Buku

Bahagian I :
1) Fight For Your Right
Anfaal Saari

”Mama sentiasa tegas mengingatkan aku dan adik-adik untuk berani bangkit memperjuangkan hak kebebasan Ayah. Pengalaman ini mendidik kami adik-beradik menjadi lebih peka dan sensitif dengan hak-hak kami. Hak sebagai pengguna, sebagai mahasiswa dan sebagai warganegara.”...Fight For Your Right!....


2) Biar Miskin Dunia, Tapi Kaya di Akhirat Sana!
Anita Ali

“Tak apa kita miskin dunia, tetapi biarlah kita kaya di akhirat sana! Kita bukan orang kaya tetapi emak percaya satu hari nanti “Chek” pasti akan keluar juga dari kampung kita. Pada masa itu, “Chek” pasti akan tengok “dunia” di luar sana!”

3) Ibu! Oh Ibu! Engkaulah Ratu Hatiku
Azlina Isa

“Long, zikrullah nak ye, istiqamah, usrah jangan tinggal dan jalankan amanah yang Allah berikan dengan ikhlas dan jujur, istighfar dan selawat selalu. Buat baik dan bantu orang yang minta tolong. Jangan buat salah dengan orang. Biar dan maafkan orang yang buat salah kat kita. Kita jangan balas kejahatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya dan biarlah Dia yang uruskan segalanya”.

4) Sikap Optimis Mu Pendorong Kejayaan Ku
Azlina Roszy Mohamad Ghaffar

”Emak adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan ku seperti apa yang aku jadi pada hari ini. Emak adalah seorang yang berfikiran positif dan optimis. Dengan sikap sedemikian, emak sering mendorong dan memberikan respons yang positif dan optimis dalam apa jua permasalahan hidup yang aku hadapi”.

5)Emak Aku Adalah ‘Woman Of Substance’
Ir. Endok Sempo Mohd Tahir

”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

6)Ibu Madrasah Tarbiah Ku Yang Pertama
Fakhrul Anuar Zulkawi

"Tidak mampu ku gambar dan ungkapkan pengorbanan ibu dengan hanya sekadar lembaran penulisan ini. Namun, ku abadikan penulisan ini sebagai menunjukkan kasih sayang ku pada ibu yang tercinta. Kami bersyukur mempunyai ibu sebegini dan sudah pastinya ibu pula bertuah memiliki ayah yang berwawasan dan penyayang yang sentiasa berada di sisi. Ibu bukanlah seorang yang ternama apalagi berpendidikan tinggi namun jasa dan pengorbanan beliau bersama ayah mendidik ku serta adik-beradik ku yang lain sungguh tidak ternilai”.


7) Biar Miskin Harta, Jangan Miskin Ilmu -Faridah Maludin

8) Umi Penghibur, Pelindung Ku - Dr Hafidzah Mustakim

9) Ibu Madrasah Pertama - Hafizah @ Pen Aija

10) Apa Yang Ku Pelajari Dari Madrasah Hjh Siti Ramlah Anuar -Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj

11)Kalau Kau Hendak Senang, Belajar Rajin-rajin - Haron Mohd Yusof (Hamdy)

12)Ibu Adalah Madrasah Pertama - Ibni Khalid Jurait

13)Kepercayaan Mu Penguat Semangat Ku - Kerisisiah Mohd Daud

14)Ibu Ku, Sahabat Ku…Pendamai Jiwa Ku - Norhayati S

15)Engkaulah Ibu, Engkaulah Ayah - Noor Faizah Sidek

16)Ibu Terlalu Istimewa Di Hatiku - Mahani Yusof

17)Ibu Madrasah Pertama Kami Sekeluarga - Ramlah Hussin

18)Sentuhan Ajaib Ibu - Roha Hassan

19)Pemergian Mu Tiada Pengganti - Rosnah Ahmad

20)Terima Kasih Mak - Salina Hassan

21)Ibu Madrasah Pertama Ku - Siti Aishah Mahamad

22) Ibu Permata Hati Ku - Prof Madya Dr Umi Kalthom Ngah

23) Ibu Permata Hatiku, Madrasah Pertama Ku - Ummu Mukhlis

24) Kasih Ibu Tidak Bertepi - Wan Fauziah Wan Kadir

Bahagian II : Puisi Dan Panduan Tentang Ibu

1) Tip Buat Ibu Dan Bakal Ibu
2) Puisi Indah Buat Mu Ibu
3) Tika Saat Ini
4) Tentang Dia – Madrasah Pertama Kami
5) Selendang Merah Ibu

Wednesday, April 08, 2009

YA ALLAH, YA RAZZAQ...

Bismillahirrahmanirraheem

ya Rabb...
this is so heart-wrenching....

Sunday, April 05, 2009

THAQAFAH DA`IYAH 29 Mac 09

Bismillahirrahmanirraheem

Alhamdulillah, attended Halaqah Thaqafah on March 29th, presented by our beloved Ustazah Dr Anisah. For sharing & archive purpose, this was what was discussed.
May the blessings of Allah be upon those who strive to seek knowledge

THAQAFAH DA`IYAH
Ilmu Pengetahuan Du`at


1. MUQADDIMAH

Dakwah kepada Allah tugas
- Para rasul dan anbiya’
- Ulamak, al-amilin, Rabbaniyyin al-sadiqin

Dakwah kepada Allah paling baik selepas beriman kepada Allah, kerana dakwah:
- memimpin manusia mengenali Allah
- menunjukkan kepada manusia jalan kebenaran dan kebaikan
- mengeluarkan manusia dariada kegelapan jahiliyah kepada nur iman:
o ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال إننى من المسلمين – فصلت 33

Maksud dakwah kepada Allah:

- mengajak manusia berintima’ kepada Allah, petunjuknya, menjadikan manhaj Allah sebagai hakim/ pemutus di bumi
- dakwah kepada Islam yang syamil dan kamil, tidak bercampur aduk dengan perkara batil, bukan mengamal sebahagian dan tidak mengamalkan sebahagian yang lain.

Dakwah dalam pengertian tersebut bukan mudah untuk dicapai kerana da`ie berdepan dengan mad`u yang berbagai ragam.: pemikiran jumud, hati sakit, tamak kuasa, sesat dalam kehidupan dunia dan terlalu kasihkan dunia.

Da`ie yang mampu mengajak dan berbicara dengan hati, fikiran dan jiwa para mad`u ialah da`ie yang:
- kuat iltizam dengan fikrah islamiyah, mengamalkannya dan berilmu pengetahuan
- sanggup menjadikan dirinya sebagai pengurus, pentaujih, pengamal manhaj, guru dan murabbi dalam semua urusan.

Untuk melahirkan da`ie yang sanggup memikul tanggungjawab risalah yang besar ini
- perlu kepada penyusunan pada peringkat dan manhaj tertentu
- perlu kepada senjata yang penting iaitu iman, akhlak, dan ilmu pengetahuan
o sabda Rasulullah saw: أكمل المؤمنين ايمانا أحسنهم خُلُقا

Ilmu pengetahun yang perlu dilengkapi da`ie ialah thaqafat:

- al-islamiyah
- al-tarikh
- al-adabiyah
- al-lughah
- al-insaniyah
- al-`ulum (sains)
- al-waqi`iyah


2. THAQAFAH ISLAMIYAH

Maksudnya; semua tsaqafah ini mestilah berpaksikan Islam baik dari sudut sumber, prinsip dan ilmu berasaskan Islam.

Da`ie yang berdakwah kepada Islam mestilah mengetahui, memahami dengan jelas dan yakin Islam yang hendak disampaikan. Pengetahuan Islam itu mestilah diambil, dicedok dari sumber asal yang tidak diseleweng dan ditakwil.

Da`ie dan dakwahnya mestilah sentiasa berada di jalan yang benar dan basirah بصيرة :
قل هذه سبيلى أدعو إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعنى وسبحان الله وما أنا من المشركين – يوسف 108

“ Katakanlah: inilah jalan (agama) ku, aku dan pengikut-pengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tidak tergulung (kedalam) orang-orang musyrikin”.


2.1. Sumber Utama al-Qur'an dan Tafsirnya
Al-Qur'an sumber pengetahuan dalam Islam. Al-Qur'an meletakkan asas-asas aqidah, ibadat, akhlak, undang-undang, syariat, kefahaman, nilai dan neraca. Kemudia al-Sunnah didatangkan untuk menjelas dan memperincikan asas-asas itu supaya lebih terang dan jelas lagi.

Uslub Qur'an mu`jiz, al-Quran disifatkan sebagai nur yang menyinari ruh yang menghidupkan manusia
وكذلك أوحينا إليك روحا من أمرنا ما كنت تدرى ما الكتاب ولا الإيمان ولكن جعلناه نورا يهدى من يشاء من عبادنا وإنك لتهدى إلى صراط مستقيم – الشورى 52


2.1.2. Da`ie dan al-Qurqn.

Da`ie mesti menghfal Quran sekadar yang mampu, lebih baik jika mampu menghafal kesemuanya supaya mudah mengemukakannya ketika membicarakan topik yang perlu kepada penghujahan dari Qur'an. Selain menghafal da`ie juga mesti membaca Qur'an dangan penuh tadabbur terhadap maksudnya.

2.1.3. Ciri khusus Qur'an

a. Kalam Allah.
Qur'an kalam Allah lafaz dan maknanya. Jibril menerimanya dari Allah. Rasulullah saw menerimanya dari Jibril dan menghafalnya. Kemudian menyampaikan dan menjelaskannnya kepada sahabat dan umatnya

وإنه لتنزيل رب العالمين نزل به الروح الأمين على قلبك لتكون من المنذرين بلسان عربى مبين – الشعراء 192- 195

Qur'an mengandungi cerita, nasihat, perintah, larangan, syariat yang bersifat benar dan hukum hakam yang bersifat adil, rahmat, nikmat. Semuanya datang dari Allah.


وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلماته وهو السميع العليم - الأنعام 115
الّر ، كتاب احكمت آياته ثم فصلت من لدن حكيم خبير – هود 1
وإنك لتلقى القرآن من لدن حكيم عليم – النمل 6

b. Memudahkan التيسير
Ciri Qur'an kedua ialah memudahkan. Mudah diturunkan, dibaca, difahami dan mudah diamalkan bagi mereka yang mahu mengamalkannya

ولقد يسرنا القآن فهل من مدكر – القمر 17، 22، 23
ولقد يسرناه بلسانك لعلهم يتذكرون – الدخان 58

Sifat mudah Qur'an tidak membolehkan da`ie sewenang-wenangnya melakukan takwil. Tidak juga boleh diperdebatkan tanpa hasil kajian ilmiyah.

c. I'jaz اعجاز

• Qu'ran adalah kitab yang mu`jiz (melemahkan) . Rasulullah saw telah mencabar orang Arab supaya mengemukakan sesuatu yang sama kualitinya dengan Qur'an dari berbagai aspek. Cabaran ini telah dirakamkan dalam alQur'an

قل لئن اجتمعت الإنس والجن على أن يأتوا بمثل هدا القرآن لا يأتون بمثله ولو كان بعضهم لبعض ظهيرا – الإسراء 88

c.1. Bentuk i'jaz Quran

• i'jaz Balaghi. اعجاز بلاغى
Ia berkaitan dengan bakaghah, susunan, uslub, ibarat dan lafaz- lafaz Quran.

• i'jaz al-maudu`ie اعجاز موضوعى
Ia bermaksud i'jaz Qur'an dari sudut kandungannya. Qur'an mengandungi berbagai bentuk hidayah, hikmah, nasihat, syariat, islah, taujih dan tarbiyah.

Ia ditujukan untuk individu, keluarga, jamaah, masyarakat dan kerajaan.

Ia berkaitan agama dan dunia.

Ulamak mengembangkan kandungan Qur'an mengikut topik tertentu.
Contohnya;
Abd Rasyid Rida menulis kitab bertajuk: Wahyu Muhammadiyah

Abu Zahrah menlis makalah bertajuk: Dalil Syariat al-Quran Datang Dari Allah.
Syikh Syaltut buku: Quran dan Peperangan. Quran dan Wanita.
Banyak lagi penulisan lain berkaitan Quran.

• i'jaz al-`ilmi اعجاز العلمى
Banyak ayat Qur'an mengisyaratkan supaya melakukan penyelidikan dalam berbagai bidang yang tidak pernah dilakukan di zaman nubuwah

d. Kekal.

• Tidak hilang selama-lamanya oleh apa-apa sebab sejalipun. Allah telah menjamin pemeliharaannya
إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون – الحجرات 9

• Bukan untuk generasi tertentu, bukan untuk masa tertentu, bukan untuk tempat tertentu
• Diturunkan sejak 14 kurun yang lalu, kekal hingga ke hari ini dan sampai bila-bila.

e. Syumul.

• Quran untuk semua manusia
• Untuk semua kehidupan
• Perlembagaan untuk semua manusia
o ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شىء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين – النحل 89
o Kata Abu Bakar al-Siddiq:
Jika aku kehilangan tali unta, aku pasti akan mendapatnya dalam kitab Allah”.


• Qur'an bukan menerangkan masalah aqidah dan ibadat sahaja, malah menerangkan permasalahan adab, fadilah, akhlak, syariah, dan undang-undang. Setiap isi Qur'an saling berkait kukuh antara satu sama lain. Ia amat indah.
o وإذا طلقتم النساء فبلغن أجلهن فامسكوهن بمعروف أو سرحوهن بمعروف ولا تمسكوهن ضرارا لتعتدوا ، ومن يفعل ذلك فقد طلم نفسه ولا تتخذوا آيات الله هزوا واذكروا نعمة الله عليكم وما أنزل عليكم من الكتاب والحكمة يعظكم به واتقوا الله واعلموا أن الله بكل شىء عليم ، وإن طلقتم النساء فبلغن أجلهن فلا تعضلوا هن أن ينكحن ازواجهن إذا تراضوا بينهم بالمعروف ذلك يوعظ به من كان منكم يؤمن بالله واليوم الآخر ذلكم أذكى لكم واطهر والله يعلم وأنتم لا تعلمون – البقرة231-232
o Kedua-dua ayat ini mengandungi
 Hukum berkaitan kekeluargaan
 Tarbiyah, taujih, akhlak, arahan beriman kepada Allah dan hari kiamat, menjelaskan bahawa Allah mengetahui apa yang tidak diketahui manusia.

• Quran tidak ditujukan kepada akal dan hati manusia sahaja, malah ditujukan kepada keseluruhan diri manusia itu sendiri ( الكيان الإنسانى)
o يا أيها الإنسان ما غرك بربك الكريم الذى خلقك فسواك فعدلك فى أى صورة ماشاء ركبك – الإنفطار 6-8

• Khitab dalam agama al-lahut اللآهوت ditujukan kepada hati nurani sahaja. Kitab falsafah mesejnya ditujukan kepada akal fikiran sahaja. Quran ditujukan kepada semua sendi-sendi dan cirri-ciri yang membentuk manusia.


o Dalam Quran terdapat tidak kurang dari
 58 kali perkataan akal dan terbitannya; يعقلون ، تعقلون
 17 kali perkataan al-fikr الفكر
 16 kali perkataan al-albab الألباب

Penggunaan perkataan tersebut menyebabkan manusia bertindak memikir, mengkaji dan mengnalisis sesuatu tidak mengikut nafsu dan bertaklid, sebaliknya berpegang dengan hujjah dan dalil yang jelas.

2.1.4. Beberapa peringatan kepada da`ie
Berikut adalah beberapa peringatan dalam hubungan du`at dengan Qur'an.

2.1.4.1. Para duat harus sedar bahawa Qur'an adalah bekalan hati, nur akal dan penyubur ruh.

2.1.4.2. Para duat mestilah mengumpul ayat-ayat Qur'an dalam berbagai jenis tajuk-tajuk. Sebagai contoh:

• Ayat berkaitan ilmu
o Orang berilmu sahabat karib malaikat
 شهد الله أنه لا إله إلا هو والملائكة وأولو العلم قائما بالقسط – الأعراف 18
o Ilmu mengangkat darjat orang berilmu
 يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات – المجادلة 11
 قل هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون – الزمر 9
o Orang jahil mesti mengikut orang berilmu sekalipun lebih muda usia
 يا أبت قد جاءنى من العلم ما لم يأتك فاتبعنى أهدك صراطا سويا – مريم 43

• Mendapatkan ilmu daripada orang bawahan

o Kesah Nabi Sulaiman dengan burung hud-hud.
 فمكث غير بعيد فقال أحطت بما لم تحط به وجئتك من سبإ بنبإ يقين – النمل 22
o Kisah Habil dan Qabil mengambil ilmu daripada burung gagak
 فبعث الله غرابا يبحث فى الأرض ليريه كيف يوارى سوأة أخيه – المائدة 31

2.1.4.3. Para du`at mesti mengambil iktibar daripada kisah-kisah Qur'an

Kisah-kisah dalam Qur'an banyak mengandungi hakikat, rahsia ilmiyah, taujihiyah dan tarbiyah yang ditujukan kepada akal dan jiwa secara tidak langsung. Ada empat tempat arahan secara tidak langsung berkaitan ilmu

• Kisah Adam apabila Allah berkata kepada malaikat
o إنى جاعل فى الأرض خليفة ، قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك ، قال إنى أعلم ما لا تعلمون – البقرة 33
o Para malaikat hairan dan mempertikaikan Allah memilih manusia menjadi khalifah dan mendakwa mereka lebih layak. Allah menyedarkan mereka dengan meminta mereka memberikan nama kepada banyak benda. Apabila mereka gagal Allah meminta Adam berbuat demikian. Setelah Adam menyebut nama-nama itu malaikat terus akur.
 قال يا آدم أنبيئهم بأسمائهم ، فلما أنبأهم بأسمائهم قال ألم أقل لكم إنى أعلم غيب السموات والأرض وأعلم ما تبدون وما كنتم تكتمون – البقرة 33
o Sekaligus ayat ini memberi tahu ilmu adalah syarat bagi menjadi khalifah Allah di bumi.

• Kisah Nabi Yusuf.
Kisah Nabi Yusuf membuat perancangan memulihkan ekonomi dan kewangan negara Mesir yang mana pada masa itu penduduk Mesir beranggapan ‘tindakan merancang’ adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap tawakkal kepada Allah. Surah Yusuf 43-49

• Kisah Nabi Sulaiman dengan Raja Saba’.

Salah seorang jin yang menjadi tentera Nabi Sulaiman telah mengangkat singgahsana raja Balqis dengan sekelip mata dengan ilmu yang ada padanya. Nabi Sulaiman di Syam dan Kerjaan Saba’ di Yaman.

o قال الذى عنده علم من الكتاب أنا آتيك به قبل أن يرتد إليك طرفك – النمل 40

• Kisah Zulqarnain

Zulqarnain telah membina benteng yang diperbuat daripada campuran besi dan tembaga. Sains telah membuktikan campuran dua jenis logam ini menambahkan kekuatannya.

o آتونى زبر الحديد حتى إذا ساوى بين الصدفتين قال انفخوا حتى إذا جعله نارا قال آتونى أفرغ عليه قطرا فما استطاعوا أن يظهروه وما استطاعوا له نقبا – الكهف 96-97

• Kisah-kisah Qur'an berkaitan iman

o Kisah Ashab al-Kahfi; (al-Kahfi 13, 14, 15,)
o Kisah Asiah isteri Firaun: (al-Tahrim 11)
o Kisah orang awam beriman yang mengubah cara hidupnya; tukang sihir Firaun; (al-Aaraf 120-126)
o Banyak lagi kisah-kisah lain, seperti Ashab al-Jannah. Ashab al-Ukhdud, Ashab al-Aikah dan……

2.1.4.4. Mengambil iktibar dari contoh-contoh Qur'an
Banyak contoh-contoh yang menggambarkan peribadi seseorang dalam berbagai keadaan

• Orang kaya dan berpangkat yang bersyukur; Nabi Sulaiman sewaktu dia mendengar dan memahami perkataan semut
o رب أوزعنى أن أشكر نعمتك التى أنعمت على وعلى والدى وأن أعمل صالحا ترضاه – النمل 19

• Hakim yang adil; Zulqarnain, dia ada kuasa, tetapi tidak lalai dari beribadat, berkhidmat kepada masyarakat, melaksanakan keadilan, menghukum orang yang bersalah, (al-Kahfi 83-97)

• Pemuda yang `afaf; Nabi Yusuf
• Orang yang reda menerima takdir; Nabi Aiyub
• Bapa soleh anak kafir; Nabi Nuh
• Isteri kafir suami mukmin; Nabi Nuh

2.1.4.5. Bijak menjadikan ayat Qur'an sebagai dalil

2.1.4.6. Awas salah takwil dan menyelewengkan kalam Allah

2.1.5. Ulum al-Quran
Kita dah bincang dalam manhaj, tidak perlu dibincang lagi

2.1.6. Tafsir Quran
Penulis telah mengemukakan nama beberapa bidang penulisan kitab Tafsir. Antara lain:

التفسير بالرأى، تفسير الأحكام، تفسير أه الفقه، تفسير أها الحديث، تفسير الداعى ، تفسير اللغة والنحو

Beberapa wasiat bagi da`ie yang membaca tafsir.

• Ambil berat tentang isi kandungan ayat tafsir tanpa melihat kepada perbezaan yang tidak membawa faedah
• Melihat kepada sesuatu yang boleh menghidupkan jiwa

• Menolak cerita-cerita israiliyat
Cerita-cerita israiliyat bermula di zaman sahabat dan tabi`in. Ia di bawa oleh Kaab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih, kedua-duanya ahli kitab yang menganut Islam.

Cerita-cerita israiliyat juga sampai kepada orang Islam melalui kitab-kitab Yahudi dan Nasrani.

Orang Yahudi merancang memerangi Islam dengan memerangi thaqafah setelah mereka ditewaskan Islam di Madinah. Mereka memasukkan ke dalam pemikiran orang Islam cerita-cerita israiliyat secara halus sehingga tidak disedari ia telah wijud dalam penulisan-penulisan orang Islam.

Quran telah merakamkan hakikat bahawa orang Nasara secara umum dan orang Yahudi secara khusus telah mengubah kitab-kitab mereka

يسمعون كلام الله ثم يحرفونه من بعد ما عقلوه وهم يعلمون – البقره 75

Ada dua sebab orang Islam ambil mudah semasa mengambil sesuatu bahan daripada ahli kitab dan Bani Israil
o Kefahaman mereka tentang hadis Bukhari yang diriwayatkan daripada Abdullah bin `Umr ( hadis marfu`) berikut
o
بلغوا عنى ولو آية وحدثوا عن بنى إسرائل ولا حرج ومن كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
“Sampaikan daripada saya sekalipun satu ayat dan ceritakanlah tentangb Bani Israil dan tiada kesalahan. Dan siapa yang dengan sengaja mendustakan saya dia sediakanlah tempatnya daripada neraka”.

Berdalilkan hadis ini Ibnu Kathir dalam muqaddimah tafsirnya mengemukakan pendapat cerita-cerita israiliyat boleh diterima jika tidak diketahui ia satu pembohongan terhadap agama Islam.

o Kebanyakan cerita-cerita israiliyat dalam kitab-kitab tafsir berkaitan perkara-perkara yang tidak dijelaskan dalam Syariat Islam (مسكوت عنه) , perkara yang diterima orang Islam dari Bani Israil tetapi tidak diketahui sejauh mana kesahihannya. Pada zahirnya nampak ia benar dan tidak menyalahi ajaran Islam. Namun ia tidak mendatangkan apa-apa faedah.


Dalam muqaddimah tafsirnya Ibn Katsir menyebutkan perkataan yang dinukil daripada risalah syikhnya Ibn Taimiyyah: “Oleh kerana itu para ahli kitab banyak khilaf dalam masalah seperti ini. Oleh sebab itu khilaf juga berlaku di kalangan ahli tafsir, seperti yang mereka sebutkan tentang nama Ashab al-Kahfi, warna anjing mereka, tongkat Nabi Musa diperbuat dari kayu apa, nama burung yang duhidupkan Allah untuk Nabi Ibrahim, nama pokok di mana Allah becakap dengan Nabi Musa…… dan lain-lain lagi yang tidak disebut Allah dalam Quran. Menentukan semua perkara ini tidak membawa sebarang faedah kepada mukallaf , baik untuk agama dan dunia mereka. Namun menukilkan khilaf mufassirin dalam hal ini adalah diharuskan.

• Berhati-hati supaya tidak meriwayatkan riwayat-riwayat hadis maudu` (diada-adakan) dan daif

• Berhati-hati terhadap pendapat yang daif dan fasid.
Sekalipun mereka yang meriwayatkan hadis-hadis terbabit dari kalangan mereka yang terkenal dalam bidang periwayatan hadis.

Kata Ali karramalLah wajhah: “Jangan kenali kebenaran berdasarkan kepada seseorang, tetapi kenalilah kebenaran, anda akan tahu orang yang benar”.

2.2. Sunnah Nabawiyah.

2.2.1. Sunnah sebagai sumber pengetahuan.

Sumber kedua thaqafah diniyah du`at ialah sunnah. Sunnah berperanan
• Memperinci, menerang Qur'an yang berbentuk umum dan ringkas.
• Menjelaskan pelaksanaan hukuim-hukum Qur'an yang bersifat umum
• Sunnah ialah perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah saw
• Sunnah mengandungi sifat, sirah dan jihad Baginda
• Kitab-kitab Sunan Sittah mestilah didahulukan, berikutnya ialah kitab-kitab musnad dan Muwaatta’ Imam Malik.
• Selain kitab-kitab sunnah ada kitab-kitab syarah hadis

2.2.2. Beberapa peringatan kepada para da`ie dalam mempelajari sunnah

• Mengambil berat terhadap sirah nabawiyah
o Terutama amalan sunnah yang berkaitan sirah Baginda, sikap dan petunjuk Baginda dalam urusan agama dan dunia
o Dari segi amalan, sunnah nabi Islam dapat dilihat terjelma dalam diri Rasulullh. Apabila Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah saw, beliau menjawab: “Akhlaknya adalah Qur'an”.
o Sirah Baginda contoh dalam melaksanakan keadilan dalam semua perkara dan terhadap semua orang; diri, keluarga, kawan dan lawan.
o Sirah Baginda penterjemah amali terhadap perinsip syura. Perang Badar, Uhud dan peristiwa-peristiwa lain telah membuktikannya.
o Sirah Baginda pelaksanaan praktik terhadap sifat tawaduk. Baginda menjahit kasut, menampal baju, memerah susu kambing, mengisar tepung, tidak membezakan dirinya dari sahabat lain, pernah memilih tugas mengumpul kayu api untuk memasak bersama sahabat.

• Mengumpul hadis mengikut tajuk dan jenisnya
o Menenerangkan kedudukan ilmu
 Menggalakkan menuntut ilmu dan mengajar
 Memerangi buta huruf; syaratkan bebas tawanan perang Badar mengajar 10 anak Islam menulis
 Menggalakkan belajar bahasa, Baginda perintahkan Zaid bin Thabit menuliskan wahyu
 Mengambil ilmu dari orang bukan Islam untuk faedah Islam; الحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق بها

o Nilai niat dalam Islam

 Niat sebagai ukuran amalan; إن الله لا ينظر إلى صوركم ولكن ينظر إلى قلوبكم
 Niat yang betul menjadikan perbuatan adat jadi ibadat; sesuap nasi kepada isteri sedekah, bersetubuh dengan isteri jadi sedekah
 Niat tidak ikhlas sia-siakan amalan; lelaki berhijrah kerana Ummu Qais, orang berperang jihad hanya dengan niat untuk mendapatkan harta dia akan mendapat apa yang diniatkannya,

tiga kelompok orang bersifat ria’; pembaca Quran, menginfaq, mujahid adalah orang pertma dibakar pada hari kiamat.


 Berniat sahaja tanpa buat dapat pahala;

• Berniat dan melakukannya tetapi tidak sempurna; orang yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, kemudian dia mati, dia telah mendapat ganjarannya di sisi Allah

• Berniat dan tidak melakukannya juga dapat pahala; berniat dengan ikhlas untuk mati syahid akan ditempatkan bersama para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katil; lelaki yang sentiasa melakukan qiamullail semasa sihat dan bermukim, sekiranya dia tidak melakukannya kerana sakit atau musafir dia dapat pahala qiyam

 Niat melakukan kejahatan dapat balasan jahat

• Dua muslim saling berbunuhan, si pembunuh dan yang dibunuh masuk neraka

 Berkat niat baik

• Mendapat pertolongan Allah: sesiapa berhutang kepada orang dan berniat untuk membayarnya dan dia mati Allah akan melunaskan hutangnya:
o إن يعلم الله فى قلوبكم خيرا يؤتكم خيرا مما أخذ منكم ويغفر لكم – الأنفال 70
• Mendapat kejayaan
o إن يريدا اصلاحا يوفق الله بينهما – النساء 35
o Hadis; seorang bersedekah kepada pencuri, penzina dn orang kaya, dia bermimpi didatangi seseorang yang berkata: mudah-mudahan sedekahmu kepada pencuri akan memeliharanya dari mencuri, mudah-mudahan sedekahmu kepada penzina memeliharanya daripada zina, mudah-mudahan sedekahmu kepada orang kaya memberinya pengajaran dan mensedekahkah hartanya

 Kesan niat
• Niat baik melakukan perbuatan maksiat tidak mengubahnya menjadi halal
• Niat baik dalam perkara tidak disyariatkan tidak menghasilkan pahala dan qurbah kepada Allah.

• Berhati-hati menggunakan hadis bukan pada tempatnya
Ada sesetengah golongan memesong dan mentakwilkan hadis dari yang sebenar untuk menyokong mana-mana golongan
o Menggunakan hadis kahwinkan tandan tamar sebagai alasan untuk tidak terikat dengan syariat dalam bidang ekonomi dan politik kerana Baginda telah menyerahkannya kepada manusia
o Menggunakan hadis Islam bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang, sebagai hujjah untuk tidak lagi wajib berdakwah

• Menentang gerakan yang menimbulkan keraguan terhadap hadis saheh

• Menjauhi hadis-hadis yang boleh mengelirukan orang awam
o Hadis matahari sujud setiap hari di bawah arasy

• Berhati-hati terhadap hadis-hadis maudu`

2.3. Beberapa ilmu islamiyah lain
Qaradawi mengemukakan beberapa ilmu islamiyah lain yang perlu dipelajari para du`at seperti, Fiqh, Usul Fiqh, Aqidah, Akhlak, Sistem-sistem Islam. Ilmu-ilmu ini tidak dibincang disini.

2.4. THAQAFAH INSANIYAH
Maksud Thaqafah Insaniyah ialah Ilmu Psikologi, Sosiologi, Ekonomi, Akhlak dan Falsafah

2.4.1. Kepentingan ilmu-ilmu jenis ini
• Ada hubungan secara lansung dengan subjek dakwah, iaitu manusia
• Membantu pendakwah memahami manusia
• Mengetahui ilmu-ilmu ini dapat membantu da`ie menolak unsur negatif yang terdapat dalam ilmu terbabit, malah mengelak dirinya daripada terikut-ikut dan terpengaruh
o عرفت الشر لا للشرلكن لتوقيه
o من عرف لغة قوم أمن مكرهم

2.5. THAQAFAH WAQI'IYAH
Maksudnya pengetahuan yang diambil dari reality kehidupan dan apa yang berlaku dalam dunia hari ini
• Da`ie yang mempunyi ilmu-ilmi Islam, sains, bahasa tidak memadai selagi dia tidak menegetahui masyarakat dan negara setempat : (adat, budaya, mazhab, peraturan, susah senang)
• Da`ie tidak akan berjaya dalam dakwah sekiranya dia tidak mengenali mad`unya dan tidak mengetahui pendekatan dakwah, apa yang patut didahulukan dan dikemudiankan
o Baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman dan bersabda:
“ Engkau datang ke ahli kitab. Perkara pertama hendaklah engkau menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadah, sekiranya mereka taat beri tahulah mereka bahawa Allah memfardukan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam, sekiranya mereka taat, beritahulah mereka bahawa Allah telah memfardukan sedekah (zakat) diambil daripada golongan kaya dan diberikan kepada golongan miskin”.

• Da`ie mestilah mempelajari realiti:
o Dunia Islam
o Dunia antarabangsa yang menentang Islam
o Agama-agama semasa
o Aliran politik semasa
o Harakah Islam semasa
o Aliran pemikiran yang menentang Islam
o Persekitaran setempat

3. PENUTUP
• Pembentangan ini ringkas, sebagai pepandu kepada yang lebih terperinci
• Saya kurang pasti apa kah buku ini telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, jika sudah, ia sangat perlu dibaca.
• Sekian, segala kekurangan mohon dima'afkan

Anisah Ab. Ghani
Keramat 24.3.09. 24.00