O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Friday, September 19, 2008

HARI-HARI YANG DILALUI

Bismillahirrahmanirraheem
Hari ni hati rasa berbunga.... pagi esok insyaAllah Lan akan sampai dari Jeddah - lamanya kali ni, pegi sejak 10 Sept lagi :(
muuuaaaahhhh..... ijah rindu baba...
Perit juga rasa semua benda kena handle sendiri, dari hal kewangan hingga ke hal anak2 & segala urusan harian. Kena pulak dalam masa sepuluh hari ni lah segala macam berlaku...
bila Ijah buat hal.... aduuuhhh, tu yang jadi payah!
Sejak lan takde, solat dirumah je, gerun jugak nak ke Masjid KLCC sendiri.
When it comes to travel & direction, i am awful & hopeless... Kalu tempat tak biasa memang hati berdebar je kalau2 tersesat. Bila berdebar dah tak boleh concentrate driving, bahaya tu!
Jumaat 12 sept 'Arif balik untuk appointment mata di HUKM. Alhamdulillah, anak2 hantar ke rumah Hanny, kalu tidak haru nak bawa semua. Bertolak pukul 8 am & sampai ngam2 5 to9.
Hari tu banyak test yang dibuat - boleh kira 1st class service - very friendly & professional! By 1pm dah siap, not bad for a govt hospital - kalu gi private hospital pun kena tunggu giliran jugak, bukan pegi terus dapat jumpa doktor pun. So kira ok lah - no complaint kali ni.... :)
glamournya 'Arif..............



Sampai balik Melawati just on time habis azan Jumaat. Amek anak2 & terus gi ke masjid UTM untuk hantar kurma pada Zairul. Masa kat HUKM dia call minta hantarkan ke carpark KLCC.... oh oh.. cakap kat dia tak reti... pastu dia tanya kalu jumpa kat Wisma Getah boleh?? he he "tak tahu lah nak ke situ""Kat mana tahu? " "masjid KLCC boleh?" " tak practical, ramai sangat orang, kat mana lagi tahu?" wah, ni sudah bagus... "masjid UTM boleh?" "ok boleh!" senang cerita..masjid UTM memanglah tahu, sebab selalu gi jumpa 'Iffah kat situ.. alhamdulillah....
Malamnya beranikan diri bawa anak2 ke Masjid KLCC - nak bagi 'Arif rasa. Suka dia - makan sedap, imam bagus. 'Arif siap tapau moreh lagi! keh keh
seronok iftar jamai'e..
Sabtu pagi hantar 'Arif kat bas - kurang tension kali ni sebab sorang saja, barang pun tak ada. Lepas tu terus ke UIA untuk MPWN. Pastu stayed back untuk MPN, ganti Lan. Kali ni MPWN & MPN kurang menyengat.
MPWN mungkin sebab pegi dah half way through - tak dapat hayati rohnya dari awal!
MPN pulak mungkin sebab dah letih, satu hari duduk di Audi A tu.
Apa-apa pun, alhamdulillah kedua2nya berjalan lancar.
Dr Har dengan cenderahati dari kami, masa bagi tak sempat amek gambar!
Amek anak2 lepas tu dari rumah Hanny (again!) & terus ke Iftar K'ga AJK WJS. Yang jauh2 tak datang, jadi kami2 yang berdekatan je yang enjoy, alhamdulillah. Peluang untuk kenal keluarga & anak2 masing2... Terawikh Sila jadi imam - suara dia memang merdu, jadi seronoklah berterawikh. Agak santai jugak sebab yang tinggal hanya kami & Dr Roy & anak2. Memang jarang dapat duduk2 sembang2 macam tu..Alhamdulillah atas ni'mat masa yang dikurniakan Allah.
Anak-anak Dr Roy 3/5, Maryam, Hudzaifah & sikecik Italiano...

Ahad ke al Amin KL untuk tadarrus & usrah gabungan. Hari minggu ok sebab banyak aktiviti. Tapi sepanjang minggu memang terasa Lan tak de, esp bila malam - bangun sahur pun dengan Ulfah saja... Tu pun, 3 kali terlajak, tak bangun sahur, kesian ulfah.................

Semalam Zharif demam, hari ni Filzah pulak. Mungkin cuaca panas sangat sekarang. Cuaca pun dah tak menentu, kiamat makin hampir.....
Ijah demammmm..........
Ke demam sebab potong rambut...... semalam khamis pagi potong rambut Ijah, petang potong rambut Zharif.... persediaan AidilFitri!! he he

rambut lama...............

rambut baru............... baba mesti terkezut esok....

Thursday, September 04, 2008

AHLAN RAMADHAN!

Bismillahirrahmanirraheem
AHLAN RAMADHAN KAREEM!

Syukur sangat diketemukan Allah sekali lagi dengan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan didalamnya dijanjikan rahmah, keampunan & pembebasan dari api neraka! InsyaAllah tidak akan dipersiakan peluang yang terbentang luas, peluang mengutip pahala & ganjaran dimana pada bulan mulia ini Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi setiap amalan hambaNya.

Seperti Ramadhan yang lepas, kami berazam menghabiskan masa di Masjid AsSyakirin, KLCC seawal waktu berbuka sehingga selesai tarawikh. Anak-anak juga sudah bersedia & menunggu-nunggu kedatangan bulan mulia ini.
InsyaAllah bila berada dimasjid, masa-masa luang dipenuhi dengan tadarrus al Qur'an. Berbuka dimasjid juga mengajar kami dan anak-anak tidak mengutamakan juadah yang beraneka macam semasa iftar. kalau nak dihitung, memang banyak kelebihan berbuka & seterusnya berada di masjid sehingga selesai terawikh - untuk menikmatinya, cubalah!

Satu kenyataan yang perlu kita faham & terima hakikatnya adalah kita hanya akan lepas dari neraka dan masuk kesyurga dgn rahmat Allah yg maha besar,kerana kalau kita ingin masuk syurga dengan amal kita, sebiji mata yg diberi Allah tidak dapat kita bayar dengan semua amal2 kita.

Berikut juga adalah satu kenyataan yang juga perlu difahami...

Perutusan Mursyid ‘Am Ikhwan sempena bulan Ramadan

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna…” (al-Anfal:24)

Wahai ikhwan dan akhawat

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba’d

Moga-moga setiap tahun kamu dilimpahi kebaikan. Kini kamu dipayungi bulan mulia lagi berkat. Di dalamnya kebaikan berantai-rantai tiada putus, hembusan rahmat bertali arus, limpahan kasih al-Rahman mengalir laksana arus. Sesungguhnya Ramadan benar-benar bulan rahmah, maghfirah dan bebas dari belanggu api neraka. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” (al-Baqarah:185)

Ketahuilah sesungguhnya perjalanan yang panjang itu memerlukan bekalan. “….dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”. (al-Baqarah:197)

Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan siam (puasa), qiam, wirid, i’tikaf, sedekah dan solat sebagai bekalan dalam perjalanan mengadap Tuhan. Daripada bekalan itu kita bisa berdiri, membangun cita-cita yang tinggi, memperkuat keazaman yang murni. Saat kita beramal di bulan yang mulia, hati bertaut dengan Kekasihnya, tidak lucut ikatannya, tidak putus pengharapannya, sedang jiwa mencapai keberuntungan berjual beli dengan Allah Yang Maha Esa. ”Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (al-Baqarah:207)

Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan. Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ”.... supaya kamu bertakwa”. (al-Baqarah:183)

Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (al-Baqarah268). Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan dari segala belenggu di dunia dan akhirat. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. ”Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Ahqaf:31)

Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. ”Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Ahqaf:32) “Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira” (al-Rum:4)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

محمد مهدي عاكف

المرشد العام للإخوان المسلمين

Terjemahan Ustazah Maznah Daud

Ramadhan 1429.

Wednesday, September 03, 2008

BERTAMBAH LAGI USIA

HAPPY BIRTHDAY, DARLING!!
Hari ni genap 50 tahun, menghirup ni'mat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Doaku moga terus istiqomah dengan amal2 yang baik & memperbaiki & menampung apa-apa kekurangan dalam menyediakan bekalan menemuiNya nanti.Setiap kita seharusnya keredhaan Allah yang dicari dalam setiap amal perbuatan & tutur bicara, lagi2lah diusia begini.
Moga hidup kita dipayungi rahmat & maghfirahNya.
Ameen


BBQ berjalan lancar, alhamdulillah. TQ Izwan for your help,really appreciate it.
Lepas solat zohor,doa selamat, syukur atas kurniaan Allah & moga di panjangkan umur dalam kebaikan & dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dijalan Mu.

Abang & Ina hadiahkan kek - anak2 sedara ramai2 ucapkan selamat hari lahir pada Ayah Lan - tak pernah2 dalam hidup, hari ni dapat ucapan berlagu!! hehe

verybody turned up alhamdulillah
Ambil peluang promote kurma - alhamdulillah boleh tahan jualan, hehe. harapnya janganlah ada yang beli paksarela......


bersama besan, en sapar & kak satariah + sarah comel

abis dikerjakannya katil.......

bincang-bincang... pasal grill rumah baru...

bincang-bincang...... pasal macam-macam....

Tuesday, September 02, 2008

Phooh! that was a real scare!!!!!

Bismillahirrahmanirraheem
MAD berjalan lancar, alhamdulillah, di Dewan PIBG, al Amin KL. Infact, terlalu lancar, pukul 2lebih baru selesai!!

Di awal sesi, persembahan istimewa dari Ammar Sahrim & Hanif Zaid, sungguh bersemangat! mak cik pak cik juga diminta participate, terkenang masa muda2 dulu, dengan semangat juang yang tinggi..pun masih belum luntur, alhamdulillah. Moga semangat tidak akan luntur hingga keakhir hayat, semangat yang diiringi dengan kerja, insyaAllah.

Pelancaran Blog JIM AJ - alhamdulillah gimmick yang menarik & cemerlang dari Khawlah! Thumbs up!! Boleh lah lawati Blog ni, walaupun masih banyak yang perlu di tambahbaik...

http://ampangjaya.jim.org.my/


problem, problem.. dah lupa macamana nak upload gambar..... nak masuk ke FileZilla pun tak boleh..nak kena tanya Aziz lagi nih.....huhu
___________________________________________________________________

Perutusan YDP JIM Ampang Jaya

Sempena Pelancaran Blog JIM Ampang Jaya


Assalamualaikum wrt


Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah diatas keizinan dan kekuatan yang dianugerahkan kepada para penggerak JIM Ampang Jaya (JIMAJ), satu lagi usaha dakwah telah dapat dibina dengan pelancaran Blog JIMAJ ini.


Saya ingin merakamkan tahniah dan jzkk kepada Hjh Wan Fauziah dan team beliau yang dapat merealisasikan satu inisiatif murni ini. Semoga kehadiran blog JIMAJ ini akan menyemarakkan lagi dakwah Islamiah yang kita dokong bersama.


Pada bulan Julai 2008 yang lalu, dengan kesedaran pentingnya impak komunikasi maklumat dan media, JIMAJ telah melantik Sdri Khawlah Sahrim sebagai Pegawai Media JIMAJ. Adalah menjadi pengharapan kita bahawa gandingan beliau dan pelancaran blog JIMAJ akan dapat menyebarluaskan lagi aktivisme dan dakwah kita.


Dengan populariti blog yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya kira pelancaran blog JIMAJ tepat pada masanya dan dapat menjadi satu media yang boleh diarusperdanakan. Ianya menjadi satu wadah sebaran, perkongsian maklumat, takungan ilmu dan medan jalinan ukhuwwah bukan saja dikalangan 390 ahli JIMAJ tetapi sesama rakan taulan dan seluruh ummah. Saya yakin blog ini akan disertai ramai berdasarkan sambutan yang memberangsangkan yang diperolehi pada tahun lepas terhadap portal JIMAJ dimana dalam satu kajian “tracking” yang dilaksanakan oleh JIM-IT Pusat, portal JIMAJ menduduki ranking ke 5 selepas portal-portal yang bersifat nasional iaitu JIM, Karisma, Wanita dan PPN.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan warga JIMAJ diatas kesudian Tuan Haji Mazmi Kamal, Yang DiPertua JIM Selangor untuk merasmikan pelancaran blog JIMAJ pada Mesyuarat Agung Daerah JIM Ampang Jaya pada 28 Syaaban 1429 / 30 Ogos 2008.


Sekian. Wassalam.

Syed Saleh Syed Abdul Rahman

YDP JIMAJ
__________________________________________________________________
PP JIM AJ - modify yang wanita punya..tak cukup masa, idea pun kering..takpelah!



Plannnig awal, lepas MAD terus ke Putrajaya.
Planning akhir, nampaknya jauh lari.... Lepas MAD sampai rumah dah hampir 'asr. Report MPWN belum hantar pada Maznah, so curi masa sikit kat depan computer. Sungguh pun ringkas,ambil masa juga. Dah siap, Lan pulak kena sambung report IRBM. So tunggu lagi!

Ulfah ajak Asma & Asiah sekali. Pastu ajak Aisyah & Abas juga.. Asma' & Asiah sampai petang sebab bagitau nak bertolak lepas 'asr :). Aisyah pulak tak henti2 telefon tanya bila nak amek... Finally, lepas maghrib kami bertolak, alhamdulillah..

Berhenti dulu di Carrefour utk beli bahan2 BBQ - kalu esok baru nak beli memang tak sempat.. Van memang penuh, dengan barang2 & kurma yang nak drop pada Yan di Kajang. Bertambah2 penuh bila tambah barang2 makanan yang baru beli...anak2 tak complain, alhamdulillah, walaupun tenggelam dalam barang!

Lepas drop kurma, lega sikit. By the time sampai Putrajaya dah hampir tengah malam.

Sampai je depan pintu rumah, berderau darah bila teringat bil air lama dah tak bayar. Ya Allah! Ya Allah! habislah kalu kena potong, esok nak ada jamuan...
lan rushed to the kitchen, keluar balik geleng2 kepala..oh My God! air kat dapur takde!

Dalam kepala dah ada perancangan... semua akan mandi & lain2 urusan diri di masjid, air tangki simpan utk urusan jamuan..beres!

Went in to check, mmg ya paip dapur kontang! Laaa... kat bilik air pun kering! apa jadi? tangki kering ke??? Lan naik check kalu2 ada paip atas tak tutup masa last datang..ok je, semua tutup, alhamdulillah.

Keluar check, meter intact, lega...belum potong.. Tapi Lan kata potong,they just off the main pipe, tak boleh on kan sendiri, kena guna special gadget..pulakkkk...

Keluar check lagi sekali, ok je...kepala paip masih ada. ohhhh...rupa2nya ada orang tolong tutupkan!! padanlah takde air.

Phooh! that was a real scare!!!!!LEGA!LEGA! LEGA! ALHAMDULILLAH!

Masuk balik & buka semua paip, to create pressure. After sometime, air tangki mula masuk paip, mulanya dripping, pastu laju macam biasa. ALHAMDULILLAH!!

Waduh! dulu letrik, kali ni air plak!! namun ini nothing compared to situasi di Palestin, infact, it is SO SHAMEFUL of me to EVEN THINK of comparing... astaghfirullah...

YA ALLAH,SELAMATKANLAH BUMI PALESTIN, HANCURKANLAH PUAK-PUAK ZIONIS!!

PALESTIN, JANTUNG HATI KITA..

Bismillahirrahmanirraheem

Thursday Aug 28th, pagi2 lagi dah ready. Janji dengan Norazian nak temankan ke Palestin talk di Masjid Mujahideen Damansara. Awal2 lagi dia dah pesan, tak payah puasa hari ni, diorang ada sediakan lunch, kecik hati nanti kalu kita tak makan... ok lah..

Anak2 Lan uruskan - Ulfah hantar kerumah Hanny, Zharif ke rumah Anfal & Filzah ke rumah Latifah. TQ sangat for your understanding & support..... Kerja2 gini kalu tak dapat support dari family & friends memang amat payah. TQ Allah atas kurniaan ini.

Punyalah awal bertolak...8.15 dah hit the road.Ingatkan mula pukul 9.30, rupa2nya 10.30!!
Takpelah ada masa sikit untuk berbual - biasanya kalu jumpa tak pernah sempat nak sembang2, asyik rushing je....
Dah dekat nak sampai, jam teruk! sampai dah hampir 9.30, breakfast dulu, nak pegi terus awal sangat :)

The talk was really good! Pakej "Airmata Palestin" was specifically for the ladies. Salute to team JKPA for coming up with presentation packages for various audiences.
Penyampaian amat lancar, confident & terkesan pada jiwa2 yang hadir. Even me, yang dah berapa puluh kali dengar pun , masih menitiskan airmata. Tak tertanggung rasanya penderitaan yang terpaksa saudara2 kita disana hadapi.

penyampaian yang power dari ahli team JKPA JIM - Norazian Anidin

mak-mak datin yang murahati & prihatin, alhamdulillah

hidangan ala masakan padang...hmmmm sedapppppp.memang suka masakan padang....

sebelah malamnya, penceramah muda, Syed Umar, memberi penyampaian pada anak2 muda MIAT, Bangi

Bantulah apa yang mampu kerana mereka telah menggadaikan keluarga, harta ,jiwa serta nyawa mereka mempertahankan bumi alQuds. Dan kita??? nak keluarkan Rm10 pun amat berkira..

Collection for the day adalah RM2020, alhamdulillah. Moga sumbangan ini akan meringankan bebanan mereka disana & dikira amal soleh para dermawan.

Dengan jumlah ini Alhamdulillah tercapai target JIM AJ untuk menyumbang RM15K ketabung Palestin, Allahuakbar!
Walau pun dah tercapai, kutipan akan tetap diteruskan, insyaAllah.



Malamnya ada Iftar Keluarga di Al Amin. Quite a large turn out - ada majlis perpisahan & ihya' Ramadhan sekali. Menu nasi kerabu. Nice!!! alhamdulillah. lama dah tak rasa yang ori..


Majlis perpisahan was for:
  1. Ahmad Mus & Zarina - moving to Ipoh
  2. Wan Abdullah & Zaidah - moving to Putrajaya
  3. Sofi & Zid - moving to Rawang

Alahai, kehilangan penggerak lagi kami... Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik insyaAllah.
Majlis juga welcome back ahli2 yang baru balik ke Ampang Jaya
  1. Tahir & Faridah - back from US
  2. Mazura & husband - back from Holland
Alhamdulillah, moga kehadiran mereka akan lebih menyemarakkan kerja2 Islah di Ampang Jaya khasnya & di bumi Malaysia umumnya.