O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Showing posts with label LIFE. Show all posts
Showing posts with label LIFE. Show all posts

Wednesday, April 08, 2009

YA ALLAH, YA RAZZAQ...

Bismillahirrahmanirraheem

ya Rabb...
this is so heart-wrenching....

Friday, August 08, 2008

dalam sibuk ada kurma..


Bismillahirrahmanirraheem

Syukur alhamdulillah, masih dipanjangkan umur di murahkan rezeki & di berikan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan.

Minggu ni memang sibuk memanjang... alhamdulillah, bila rasa masa tak cukup gini, baru appreciate masa lapang- tertunggu-tunggu, terbayang2 apa nak buat bila ada masa lapang nanti..tunggu lah...... Newspaper jangan sebutlah, dah menggunung tak sempat baca!
Mula Isnin malam, ada meeting WJAJ, nak finalise MAWD ahad. PKJ dah di book, so guna iktisas. ingat nak buat kat bawah je, alih2 petang tu Azmil sms ingatkan ada mtg,juga kat Iktisas...... isy!isy! lupa sungguh! takpelah, gi mtg Wanita 8.30 di bilik anggerik, pastu 9.30 join kat bawah. diorang ni sure lambat.... bolehlah lama sikit ngan Wanita.
Selasa malam ada lagi perjumpaan kat PKJ, angkut lagi budak2! balik dah lewat, tangguh lagi nak buat multi media presentation untuk MAWD... sigh... asyik tertangguh je, tak boleh buat last minute, remehnya nak susunatur.. tu memang dah tahu, tapi apakan daya.

Niat dihati nak buat, tapi bila sampai rumah, anak2 pun dah penat, Ijah meragam... kalu dah sebut "nak tido ummi jugak!" memang tak boleh lariii ...hu hu... bila dah tido Ijah, lelaplah sampai ke subuh....

Pagi2 Rabu dapat sms dari Zairul "kurma untuk pagi ni dah siap?" Call Ra, dia kata on the way, lega.....
Gi jugak rumah Jawaher nak tolong, banyak tu, 100kg! Sampai sana, nampak Ra resah dalam kete, masa dah hampir 8.50, Jawaher blom balik, gi hantar makanan kat Tadika Hidayah. Djah pulak tepon, "lambat lagi makcik?" Aduhhhh.. mana Jawaher ni??
8.55am dia sampai terus angkut 2 kotak untuk majlis penyerahan & terus pecut ke PKJ! Sampai atas, found out yang setting belum sedia, banner blom letak.

Tukar plan, minta Zairul bawa Puan Faridah & Puan Fauziah minum dulu, pastu baru buat majlis penyerahan... hehe, brilliant idea!

Mariami & Munefy - 2 jenis kurma sebagai meraikan permintaan Zairul & K Faridah, pasni semua Munefy, insyaAllah

cantik pulakkk dalam gambar, he he

semua sudah sedia, termasuk 2 beg JIM, sebagai cenderahati untuk tetamu
Sempatlah lekatkan banner & tampal stickers kat kotak masa diorang minum....
Perut pun dah keroncong, tak sempat breakfast tadi. Selesai tugas, kami tunggu giliran nak gi makan, apa2 yang ada.....
Puas signal kat Zairul semua dah ready, tak jugak bergerak ke bilik mesyuarat! Isy! panjang lah pulak bercerita!! Perut kami pun dah rancak bernasyid!

Selesai tampal stickers kat semua kotak2 (29 kotak, 242 kg!) terus balik rumah, Ulfah dah gi sekolah, alhamdulillah.

Lepas Zharif gi Tadika, sempat sekejap mulakan projek MM...hmmm long way to go...
Hari ni kna keluar awal amek Zharif sebab last week usrah kami buat resolusi baru, usrah mula pukul 4, habis paling lewat 6.30 insyaAllah. Alhamdulillah, usrah berjalan as planned...

Syukur, sebab pukul 8 kami semua dah kena tunggu kat rumah Nor untuk ke Bangi dengan kete Mar.... Kecoh lagi.... anak2 hantar ke Iktisas, sampai umah Nor ngam2 pukul 8.....

Malam ni ada sesi perkongsian pengalaman dengan Ibu Yuyuk, ahli Parlimen PKS. Beliau kebetulan ada disini bersama anak ke 11(ada 13 anak, Subhanallah!) yang sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.Seronok dengar pengalaman, doakan kami juga boleh segigih mereka.

Hmmmm... ramai sungguh datang malam ni, akhawat dari seluruh pelusuk Selangor. Peluang lagi untuk jual kurma..hehehe... alhamdulillah, pulangan berbaloi angkut naik tangga 3 tingkat!!

Sampai rumah memang dah terlalu lewat, tak dapat lagi nak hadap komputer......

Thursday, July 24, 2008

TENTU ADA HIKMAHNYA.....

Bismillahirrahmanirraheem
Dapat berita abg zainal (pok ngoh) di HDU Pantai Medical Ctr.
Hari ni juga brother Hilal akan terbang ke NZ, alhamdulillah.
So we decided to send him off di KLIA, bila dia dah masuk around 7, we'll head to Pantai. cantik perancangan kita..
Tapi Allah ada perancangan lain, yang hikmah disebaliknya hanya Dia yang maha Mengetahui...

Pagi pukul 9 ada kelas Bahasa Arab dengan Nadia di PKJ. Sedap depan komputer, sedar2 dah pukul 9.10!!! berkejar kesana & alhamdulillah sempat ikut sejam, alhamdulillah hari ni banyak benda baru yang dapat
-> maf'ul almutlaq
-> maf'ul al ajlih
dan beberapa lagi jenis2 maf'ul


teranglah sikit, nampaklah apa kaedah2 yang diguna, selama ni baca tp tak perasan pun!! :(
Starting next week insyaAllah kita akan request ada hiwar at least setengah jam, mg tambah lancar percakapan & bertambah vocab. mudah2an... ameen

Kemudian ke bank uruskan t.t duit k long. Semalam tak buat sebab dah agak lewat jadi no point , transaction akan dibuat hari ni juga.... semalam agak sibuk, lega lah bila urusan ke bank boleh tunda kehari ni.
Must get used to this new routine..kalu tak kebulur k long... :(

Sampai umah, Lan & anak2 baru nak gi hantar Ulfah. Lambat pulak, ingatkan latihan pukul 10.30... rupa2nya Ulfah tertidor, pukul 10.30 baru sedar, kawan2 yang dah tiba disekolah untuk berlatih called bagitau latihan cancelled hari ni.. fuh! lega... tu yang lambat tu.. Terus gi hantar Ulfah & juga Zharif . Ulya dah keluar awal lagi ikut Anfal.

Lan janji nak amek Bro Hilal & Ridhuan di HC untuk lunch. so i came back home, nak cari kunci bag purple yang bagi pada bro Hilal.

Aduuuuhhh... pening , loya, nak pitam pun ada mencari... lepas balik OZ hari tu rasanya simpan elok dah.. (as usual..) Rasa macam terbayang2 masa simpan tu. Rasa macam dalam kotak, tapi tak sure kotak mana. Yang dua kat luar tu ada kangaroo & koala je...
Atas bawah depan belakang, semua selongkar! semua cerok korek! rupa2nya....selepas 3 jam mencari(!) kotak tu kat belakang curtain dalam bilik! huh!! geram betul, dah nampak sebenarnya bekas biskut tu, tak sangka plak kotak tu ada atas tu... apa pun alhamdulillah.. ringan sket kepala.

Lepas solat 'asr terus pecut ke Al Amin Gombak, nak amek Ulfah. Janji bertolak dari ofis pukul 5.30 insyaAllah. Tiba di ofis 5.50 terus bertolak ke KLIA.

Dalam perjalanan, banyak bro Hilal ceritakan kisah hidup dia, bagaimana boleh memeluk Islam & apa cabaran yang terpaksa di lalui.

rancak bercerita..

Berasal dari Rep of Burundi, Afrika. Ayah seorang kuat ugama Kristian. Tak miss ke church.

Dia selalu nampak seorang tua berbangsa Belgium mengambil wudhu'. Satu hari dia tanya apa yang orang tua tu buat. "saya bersihkan diri cara Jesus" katanya. Pada satu masa yang lain beliau terjumpa orang tua ni solat didalam gereja,selepas memastikan semua pintu sudah dikunci. Dia tahu itu solat orang Islam.

Orang tua tu minta dia rahsiakan apa yang dia nampak, kalu tidak katanya sesuatu yang dahsyat akan menimpa mereka.


Mulai dari saat itu, dia selalu berbincang dengan orang tua ni ttg Islam. Dia juga kemudiannya berbincang dengan orang2 Islam yang hanya 1% dari jumlah penduduk Burundi. Dia menceritakan pada paderi di gereja apa yang dia buat(kecuali ttg orang tua tadi) Dia kemudiannya diminta mendalami ttg Islam dan keluar berdebat dengan orang Islam dengan tujuan menarik mereka masuk Kristian! Dia mengatakan sebenarnya dia banyak belajar tentang Islam digereja!


Dia keluar dan lakukan apa yang ditugaskan oleh paderi. Namun dengan kuasa Allah, alhamdulillah, sebaliknya yang terjadi. Dia semakin tertarik dengan Islam & akhirnya mereka berjaya menariknya kembali pada agama fitrah & meninggalkan Kristian.
Bila diberitahu pada orangtua tadi, beliau ingatkan agar jangan dihebahkan jika ingin terus berada di Burundi. Jika dia declare keislamannya,sesuatu yang buruk akan terjadi.

Biasanya jika mereka yang selalu ke gereja didapati keluar dari Kristian, mereka akan diracun.

Untuk terus dapat tinggal diBurundi & nikmati segala kemudahan, mereka tidak akan isytihar keluar ugama. tapi somehow, jika terhidu oleh pihak gereja, amat buruk padahnya.

Menjamu makan adalah amalan biasa pihak gereja. Menariknya mengikut cerita beliau, digereja ada satu set pinggan berbeza, khas digunakan untuk meletak makanan beracun yang diberi pada si 'murtad' tadi.Hal ini hanya diketahui oleh mereka2 yang power digereja sahaja, jadi pengunjung gereja tidak akan perasan hal ini

mengimbau suka duka masa silam..


Dalam kes beliau, 'hukuman' amat berbeza..... Bila diketahui beliau telah memeluk Islam. paderi2 & orang kuat gereja amat marah sekali, terutama pada ayahnya yang merupakan salah seorang dari mereka, kerana membenarkan anak 'murtad'. Sungguh kejam! ayahnya telah disembelih, anggota badan dipotong2 & dimasukkan ke dalam plastik. Tidak dapat dia ceritakan perasaannya masa tu, yang pasti dia merasakan mereka ini bukan manusia lagi - yang sedihnya,they were the people he grew up with, the people who had been good to him, his father & family all these years....
Semua ahli keluarga tidak lagi mengaku sedara, putus hubungan kekeluargaan , untuk mengelak dari diperlakukan seperti keatas ayahnya. Segala asset keluarga dibekukan.
Kini ibunya yang sudah tua menderita disana, sebatang kara, kehilangan suami & keluarga, setiap saat merindui anak tunggal yang kini dalam pelarian. Semua itu berlaku pada tahun 2002.

Alhamdulillah minggu lepas beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di New zealand dengan segala kos ditanggung. Dia hanya perlu kesana.. namun dalam situasi beliau, mana mungkin dapat kesana kerana kos penerbangan adalah beyond his means. Namun Allah itu maha Kaya, HC memain peranan & Alhamdulillah, dengan usaha serta sumbangan mereka2 yang rindukan syurga, tiket berjaya dibeli.


setiba di KLIA

Riang sungguh bro Hilal sepanjang perjalanan ke KLIA.Terpancar kegirangan. Tempiasnya mengenai kami....

kita merancang, namun Allahlah sebaik2 perancang.

Ujian datang lagi... beliau tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana tidak mempunyai visa.... katanya beliau telah mohon untuk membuat visa, namun dikatakan tidak perlu.Hanya perlu bawa borang khas yang telah siap diisi dengan surat tawaran universiti. Namun segala dokumen tersebut telah tidak diterima pakai...

beg & kerenah kuncinya....


Dengan longlai kami menolak troli ke kereta untuk membawa bro Hilal pulang ke HC. Tiada lagi suara ria disepanjang perjalanan pulang.Makanan kegemaran juga nampak begitu pahit untuk ditelan. Kami hanya mampu memberi kata perangsang
InsyaAllah esok kita cuba selesaikan ... Doakan dipermudahkan

Hasbunallahu wani'mal wakeel

..dan rancangan kami untuk ke Pantai juga hanya tinggal perancangan. Allah jua yang maha Mengetahui hikmah disebalik segala apa yang ditetapkan untuk hamba2Nya. Dan perancangan Allah itulah yang terbaik....