Hari ni genap 5 tahun umur Zharif. Moga besar menjadi anak soleh wa musleh,mujahid yg akan menegakkan deenMu ya Allah.
untuk kakak2 & abang2 yg tak dapat bersama, tenunglah kek ni lama-lama,bayangkan.... yumyum!
"Hai anakku, sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam didalamnya.Oleh itu jadikanlah
ketaqwaan kepada Allah itu sebagai kapal mu,
keimanan itu sebagai muatannya dan
tawakkal itu sebagai layarnya.
Mudah2an engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihat mu melainkan dalam keadaan yang selamat"
Luqmanul Hakim
Setiap anak amat istimewa. Tentunya juga Zharif ! Di umur begini, anakku ini adalah penyejuk mata & penyejuk hati. Keletahnya kadang amat mencuit hati, terutama semenjak duamenjak dah masuk tadika.
Mula masuk tadika hari tu, bila tanya sekolah kat mana, laju je jawab dengan bangganya "HIDAYAH PRESKULL"!!! brutalnya!!
sekarang dah pandai, preschool, bukan lagi preskull..., hehe
Anak2 umur ni, teacher's words are everything. kita sebagai ibu pun dah jadi nombor 2!
itu pentingnya anak2 dihantar ke pusat pendidikan yang guru2 berakhlak islami, agar fikrah anak tidak tersasar.
Hari tu sabtu 5 julai '08 hari sukan Tadika. hari Jumaat, bila balik umah, macam biasa main dengan Filzah. tengah main tiba2 Zharif berhenti & gi baring di sofa. senyap je... risau tengok, terus tanya, "nape zharif? penat ke?"
" tak lah... teacher cakap balik rumah rehat, esok sukan.." :)) laaa.... innocent sungguh...
Alhamdulillah, sukan main lari bawa bola,dapat nombor 1!! 'Atif hutang satu coklat !!!
perhatikan betul2 pelari ke 3!!! dan suara pengulas sampingan...
beratur nak amek hadiah
wahhh!! banyaknya! satu pushchair penuhhhhh..
















