O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Showing posts with label Bait Muslim. Show all posts
Showing posts with label Bait Muslim. Show all posts

Sunday, July 20, 2008

BIBIT-BIBIT KASIH SAYANG..

Bismillahirrahmanirraheem

Pukul 5 tadi ada SMS, dari Mr X rupanya..

' Salam. jzkk krn membantu.Ana dgn mak ana sgt gembira dan senang hati dgn bantuan makcik dan pakcik.Terasa mcm ayah ana ada dkt situ bila pakcik ada skali. Ayah ana dah beri persetujuan. Nk cepat2kan pun boleh katanya.."

aik!!! ni macam dah tukar skrip.. ingatkan dua tahun.... kita tunggu.. :)

lepas solat subuh, dengar hp berkokok lagi, tanda ada message masuk ... eh, dari Mr X lagi! kali ni bunyi bersemangat sekali..

"Salam. my answer is YES! i want to proceed..."

wahhh... cepat betul buat keputusan! kalu gini gayanya, betullah kata pakcik, tak nampak tempoh dua tahun tu boleh diterima pakai, heehee

Memang ginilah selalunya urusan bait muslim - sebelum jumpa kata lain, bila dah jumpa skrip akan bertukar! Kalau tiada halangan keluarga, baguslah dicepatkan proses, benda baik tak payahlah ditangguh.... kita tunggu.... :)

inilah bibit2 kasih sayang yang disebut Allah swt dalam alQur'an.

"dan antara tanda kekuasaan & rahmatNya...................dan dijadikan Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang......" arRum:21

Moga permulaan yang baik membawa barakah & rahmat yang berpanjangan insyaAllah

Saturday, July 19, 2008

Hari ini hari sibuk :)

Bismillahirrahmanirraheem

Hari Rabu lepas, tengah usrah dapt call dari no yang tak dikenali
"K Wan ingat lagi tak ana, NARS?" "yang mana satu ni ya?" " yang dok Seremban!" " ya! ya! mesti lah ingat, yang putih melepak tu, ....bla..bla... "

The last time jumpa NARS masa walimah Abu Dzar beberapa tahun lalu. Dia anak usrah diakhir2 tahun 80an dulu.... suaminya pula anak usrah Lan. Sejak pindah dari Ampang Jaya, dah banyak tempat dia merantau, Gombak, Damansara dan beberapa tempat lagi rasanya, sebelum akhirnya menetap di Seremban.

Sembang punya sembang, rupanya ada cerita tentang anak teruna sulung ..... anak ni sama baya dengan Afrah. Masa tu, ya Rabbi, kecoh sesi usrah, masing2 ada anak kecik, masing2 berlumba2 beranak!! :) Tapi alhamdulillah, dengan segala rencah & rencam, usrah tetap jalan.
K Long , make sure dah beranak pinak nanti jangan jadikan anak2 sebagai excuse nohh...!!

Tugasan Bayt Muslim rupanya yang datang, alhamdulillah. Selepas bersms dengan kedua2 belah pihak, dapatkan detail & history, semua setuju untuk jumpa hari ni....

Pagi ni lepas hantar Ulfah kesekolah untuk latihan Boria Ko-Ku, terus ke ofis iktisas utk meeting WJS.
Dapat message, meeting hari ni di PKJ. Petang semalam masa Atiqah IIC datang amek van, nasib baik tanya program diorang kat mana.Sekali dia jawab "bla..bla.. & pagi esok di PKJ"! Laaa... alhamdulillah dapat tahu awal, sempatlah minta kunci ofis dengan Lan sebelum keluar pagi ni.

Meeting habis pukul 1 lebih. Kesian Ulfah tunggu dari pukul 12 lagi...sampai umah dah dekat pukul 2. Hampir pukul 3 baru boleh ke walimah anak Mas & K Tim... hehehe kesian kami...., sampai2 makanan dah habis!! Perut dah keroncong tapi semua buat muka tabah.....

Miss Y janji nak datang awal sikit, nak kenal2 mcik dulu.... Jadi rush balik umah sebab janji pukul 3.30.Lan bawa anak2 gi amek 'Iffah - minta dia babysit adik2 d JJ. Kalu ada kat umah sure kecohnya...

Hampir pukul 4 terima call dari NARS, sesat entah kemana-mana, mulanya di setapak, pastu di zoo... laa... alhamdulillah lepas bagi direction satu persatu, akhirnya sampai jugak...

Sesi ta'aruf berjalan amat lancar sekali, alhamdulillah. Kami yang veteran ni pun banyaklah menyampuk nak redakan gemuruh! Banyak persoalan terungkai, pengharapan diluah & perancangan di bentang... Moganya selepas istikharah seterusnya, jalan terang akan terbentang & boleh kita proceed ke step seterusnya, insyaAllah.
Selesai bincang, solat 'asr bersama & makan2 sikit - menu special - meehoon goreng, kek lapis, nangka , karipap & badak goreng dengan jus oren! Alhamdulillah, good reward atas ketabahan tak dapat makan masa kenduri! hehe

Sebelum ambil anak2 di JJ, hantar dulu miss Y balik, tak jauh, dikawasan Taman Melawati je..

Quoting Lan dalam kata2 'penggulungan' " Alhamdulillah, moga semua akan berjalan lancar & dimudahkan Allah. Cuma pak cik tak nampak tempoh dua tahun tu boleh diterima pakai...... :) " Sama-sama kita tunggu.....