hari ni ada HISYAJ - sayang x dpt join semua rumah, sempat rumah md besah/noraziah & zaid johan/latifah je.rumah kassim/sharifah & syed z/aiza x dpt ikut. suami bawa anak-anak teruskan berHISYAJ!
hari ni juga ada meeting pertama WJS sesi 07/09. alhamdulillah diadakan di PKJ,bolehlah juga join HISYAJ walaupiun setengah jalan!
aduhai, beratnya amanah & tanggungjawab kali ni - nak kena jaga TPSM Wanita Selangor.
Ya Allah Engkau permudahkanlah, ikhlaskanlah hatiku & berikanlah kekuatan untuk memikul amanah yang amat berat ini
selesai mtg, jemput semua ke rumah untuk lunch - alhamdulillah banyak rezeki.. nasi dagang(sumbangan kami untuk HISYAJ kali ni) dan makanan lain yang di tapau :)
jzkk pada yg dapat datang - sila, hasnor, ro & sarimah
petang isnin ke ipoh, teman suami lagi. kesian dia drive sorang2. alhamdulillah peluang bonding dgn anak2 lagi! tidur di hotel syuen, ok jugak, ingat chinaman hotel!
petang selasa smapai just in time utk liqa' & jamuan raya umah k nor. banyak jugak bincang, banyak lg makan....
khamis dan jumaat HISYWAJ! total 8 rumah!
khamis tu mula breakfast rumah RA di hulu langat. pastu ke umah k marianah d sri ukay. lamalah plak kat sini... anak2 terjun kolam.. terpaksalah tunggu sampai puas mandi.singgah rumah latifah utk ahmad salin baju.
next rumah sila. pastu g rumah su kat atas bukit. last skali gi umah yah d wangsa melawati.
hari jumaat late breakfast umah jun d ampang.terus gi lunch umah yan anidin. siap makan birthday cake lagi.. moga panjang umur, murah rezeki, berkat hidup insyaAllah!
lepas solat, gi ziarah ustzh zai. sambil tu bagi sumbangan pada anak-anak yatim yang dijemput sama kerumah ustzh.
syukur alhamdulillah, terlaksana sudah tuntutan ziarah, moga bertambah erat ukhuwwah.
malamnya ada majlis raya rumah adik/ning. kepenatan tapi alhamdulillah hadir dapatlah jumpa sedara mara, esp abang & ina yang akan menunaikan haji pada 19 nov ni. moga dapat haji mabrur! tak dapatlah nak hantar sebab akan keperlis sabtu depan...
hari sabtu ke majlis raya TMESA di tasik ttwangsa. janji ngan k sah, kecoh sikit sbb lewat sana-sini. jalan pun banyak tutup sebab perhimpunan BERSIH. apalah polis ni...merata2 sekat jalan, menyusahkan orang je!
sementara tunggu lan meeting, gi ampang point.pasni nak gi umah moksu, dia buat open house - rajin sungguh adik bongsu ku nih! lepas solat 'asr terima call dari safwan....
gi umah moksu kejap je, dah penat, jalan balik pun jauhhhhhhhhh..............
















No comments:
Post a Comment