Setiausaha Unit Kebajikan-WJIMAJ.
Noorazian Anidin 012-211 5749
Bismillahirrahmanirraheem
Salam,
...Untuk perkongsian sahabat-sahabat sekelian....
Dhuha yang hening,menunggu MPV Wan Fauziah bersama rombongan Ukhti Latifah...yang akhirnya tiba jam 10.45pg untuk kami meneruskan perjalanan ke RS Sg.Buloh......Melantunlah segala peralatan makanan yang sarat dalam MPV ukhti Uji...bagai nak rak!...kami memecut ke sana..al-maklumlah berlumba dengan KW siapa sampai dulu...sejurus tiba di perkarangan RS....lega disambut dengan senyuman manis anak RS yang menunggu kedatangan kami...rupanya KW dibelakang kami...huh! Menang!!! :)
Program kami agak santai & bersahaja...seperti biasa anak-anak RS menyambut dengan ucapan salam, senyuman dan dakapan kasih sayang
ukhti Noormala Daud memulakan bicara...lembut & bersahaja..mesra & lunak bicara.....ukhti Hamisah selaku tuan rumah dijemput membuka kata.....mengungkap kembali pengalaman adik2 RS beraya bersama beliau sekali di musim ini ..rupanya beliau juga beraya di RS... ...semangat sungguh adik ini berbakti dengan niat yang murni....
Seterusnya KW ukthi Zarina Azhari memberikan ucapan aluan menyatakan matlamat kedatangan kami ..pengisian juga diberi...(anak2 Rs berdebar menanti...program apa agaknya hari ni!!!)
Ana memberi Tazkirah pendek 25min,bertajuk Kasih Sayang Nabi Muhammad saw..diselitkan juga kisah Ikramah bin Abu Jahal yang menentang diawal & membela diakhir...kisah tauladan para sahabat..yang mendapat hidayah akhirnya.Anak2 Rs mendengar dengan tekun....doa dihati moga hidayah Allah membuka pintu2 hati mereka..
Ukhti Zarina rupa2nya ada satu kejutan yg dirancang.....Berbalas pantun program beliau. kesemua 10 rangkap pantun yang beliau karangkan sendiri habis di jual pada anak2 Rs (kami cuma beraksi...mengalunkan dengan rentak sendiri... cerpen,sajak semua bakat kreatif masing2 ...hai! cik gu Junaida xsangka pandai berdondang sayang...orang melaka penuh misteri...anak2 Rs girang sekali membeli pantun2 kami....
Ukhti Latifah,Jawaher,Noriah Yusof,Marlina,Sue ,Jeriah ,Noormala...Wan Fauziah dengan loghat trenggganu! kite...kang!,kang! semuanya membuat anak2 Rs terhibur di hati..ana kagum dengan beberapa rangkap pantun yang penuh maksud diselitkan dengan teguran dan nasihat) 1.15tghari barulah kami menjamah makanan...leka diatas keseronokan !.Berakhirlah misi WJIMAJ Beraya Bersama Anak2 RS.Syawal 1428H(Khamis 1hb. November 2007)
...sempat juga kami melakukan "tahnik"(amalan pecah mulut cara Rasulullah saw..dengan memberikan kurma dan air sejuk) serta mendoakan seorang bayi lelaki yang berusia 3 hari..semoga menjadi anak yang soleh...berbakti kepada kedua ibubapa dan diberkati Allah sepanjang hayatnya..Amin ya rabbal 'aalamin.
"Segala yang baik itu dari Allah dan segala kekurangan dari diri kami,wallahu a'lam"
sekian
hari juga birthday 'arif. HAPPY BIRTHDAY 'ARIF YG KE 14! wish himthru sms sj. moga jadi anak soleh wa musleh...
hari jumaat ahmad ada lawan bowling anjuran KK6U. enjoy ye mad!
sabtu makan lagi.... KK6U buat jamuan raya di al amin kl. pastu ke PERKIM Melawati , majlis raya juga sambil lancar rumah untuk saudara baru. macam Hidayah Centre JIM gitu.
















No comments:
Post a Comment