Alhamdulillah, seminggu berlalu begitu cepat... Anak2 yang dikasihi terasanya begitu pendek masa bersama , menghabiskan cuti . Kehadiran semua anak2 begitu menggembirakan hati ini, ditambah dengan kehadiran menantu yang dikasihi. Riuh tetap riuh, namun keriuhan ini umpama halwa telinga, menggawatkan suasana, menambahkan kegirangan dihati.
Tidak dapat dibayangkan kehidupan tanpa anak2. Tentu sunyi dan lara. Ya Allah, terima kasih atas kurniaan ni'mat ini. ku mohon Engkau peliharalah keimanan mereka & keturunan kami. Berilah kami petunjuk untuk mmembimbing mereka kejalan yang Engkau redhai. Ameen
'Atif,'Arif & Ahmad sampai pagi jumaat. semua nampak keletihan. alhamdulillah 'arif sanggup tengokkan adik2 - terus ke taman medan bersama jannah dengan k long & 'atif. moga2 penglibatan ini menjadi kenangan manis bagi anak2 walaupun belum lg layak mengundi kali ini!
hari mengundi, sabtu 8/3, pagi2 lagi selepas hantar 'Atif ke program KBM di al Amin, ke pj untuk bertugas sebagai polling agent di sekolah sri petaling. lan jadi driver, bw sekali norliah & juneta juga k long yang bertugas satu syif,11am - 2pm.
alahai, macam2 gelagat pengundi - jaga saluran 1, semuanya tua2 belaka..... :) peringkat umur ni mmg dah payah nak swing .... betul pun! bila kiraan dibuat petang tu, saluran 1 kalah by 8 undi..aisey...
ada yg tak tahu mana nak pangkah, alih2 pangkah belakang kertas undi.. alahai...
ada plak yg tak tahu nak buat apa dengan kertas undi yg di bagi...alahai...
bila petugas bgtau apa kena buat, dah.. kena tengking kat anak yg tunggu kat luar..
'hoi! lu cakap sama dia apa pangkah ka???
terkebil2 petugas... sambil tu merungut jg... lain kali ajar lah mak tu apa kena buat..
macam-macam.. tp bila difikirkan, tentunya makcik pakcik tua ni bukan kali pertama mengundi, macamana boleh lupa....
namun,itulah ketetapan Allah, dalam surah al Hajj, ayat 5 yang antaranya bermaksud
"......dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya....."
ya Allah, aku mohon pada Mu agar tidaklah memanjangkan umurku sampai 'pikun' - agar tidak menjadi bebanan pada anak cucu. Namun aku juga takut andai kembali pada Mu dalam keadaan belum bersedia & bekalan yang sedikit....
habis bertugas pukul 2 lebih, terus gi solat & makan di klgcc. kami belum mengundi sbb pegi pukul 8 pagi, barisan dah sampai ke luar pagar..
kejar punya kejar... laaa...jam lah pulak kat ulu kelang. kencang debaran kalau2 tak sempat mengundi... alhamdulillah, sampai kat pusat mengundi d smk taman melawati tepat jam 4.47pm, 13 minit lagi sebelum tutup.... phew!! dalam termengah2 tu saspen jgk kalu2 salah pangkah.. bbrp kali check nak pastikan, baca satu2, pusing kertas kiri kanan.. by the time keluar dah tinggal bbrp minit , tp nampak ada lg yang datang ...
lepas ronda2 taman melawati tengok suasana meriah pondok2 panas & poster2 dimerata tempat,terus balik rumah rehat ngan anak2 - meriahlah pulak rumah, dengan anak2 nashita & anak2 azian. taklah teruk sangat arif jaga, masing2 ada aktiviti sendiri, alhamdulillah
lepas isya' decide nak gi dengar keputusan di sk sungai pusu. ingatkan sekejap je......
pukul 3.30 pagi masih tak nak isytihar.... bladder dah tak tahan, filzah pun dah meragam..
kepala rasa berat satu macam....ingat nak baring kejap je...terus lelap sampai subuh.. hehe
sunday morning, dalam pening-pening lalat, ke al Amin untuk sesi anak2 KBM dengan ibubapa. pusing kiri, pusing kanan, ramai lagi nampaknya yang pening lalat.... lalat pun lalat lah, janji puassss...... alhamdulillah
Hari ni ada 3 walimah, aduuuhh...
janji dengan k long & afan, bawa adik2 dari rumah,jumpa rumah zan (azlin kawin), kitorang terus dari sekolah.
kak long sms kata dah sampai... bila kami sampai, intai2.... manalah diorang ni.....
pastu k long sms lagi, ummi katne? nape lambat sangat???
call dia, alih2 dengar bunyi kompang kat belakang.. eh biar betul, tak de pun orang main kompang kat sini!! laaaaaaa..... diorang gi kenduri lain!!! entah rumah sape... rezeki..rezeki... alhamdulillah..
selesai rumah zan/abg din, kami ke Kelang rumah mak mok, anak dia kawin (sepupu afan). Lewat lagi!! sampai je hujan turun dengan lebatnya...sambut pengantin lama.. antara yg masih ada ialah k satariah & en sapa dan mar sekeluarga.
dari situ terus kami semua ke rumah w lina fauzi - mjlis maryam di shah alam. jumpa ina abang & mc lah ayah man. yang lain semua dah balik - mmg terlalulah lewat, majlis patutnya habis pukul 4, kami sampai pukul 6... tak pelah, at least bolehlah besan berbual lama sikit, kalu ramai orang tak ada peluang nak sembang lama2..alhamdulillah..
Sebelum maghrib, bertolak pula ke Bukit Jelutong - nak ziarah mak ucu yang patah ibu jari kaki... wahhh, bukan main bebas lagi filzah, rupa2nya dia dah pernah datang ngan k long & afan...
Lepas solat maghrib ke taman tun sekejap jenguk tapak rumah baru besan. pastu terus ke Putrajaya. sampai sana semua dah nak pengsan...
















No comments:
Post a Comment