Bismillahirrahmanirraheem
Dapat SMS dari Nizam, ada meeting akhir KSPPJ Khamis 9 malam.
Yang kelakanya, baca SMS tu pukul 10.30 malam selasa lepas balik dari jumpa dr Nora. Kelamkabut sms balik, minta maaf baru baca, ingatkan meeting malam tu! siap minta update lagi... cc pada abu dzar lagi...mesti heran budak berdua tu baca..apalah pulak cerita makcik ni!
Jumpa dr Nora, nak tengok results medical check up last week. Alhamdulillah mine clear, cuma cholestrl ada sikit tak cantik.... :( kena mula balik excercise..urrrrghhh..
Lan punya not too good.. satunya cholstrl, bp pun tak cantik - under observation, give another month, kalu tak turun kena go on medication..alahai. Big blow, all these while nampak macam fit sangat. yang lagi membimbangkan indicator of liver problem. problem ni tak lari2 dari dulu, since kena typhoid balik dari bandung a few years back. Dah macam2 test buat, semua clear. Now nak kena buat test lagi, ulang lagi lah nampaknya jumpa dr Ishak..
Ya Allah, berikanlah kami rahmat kesihatan yang membolehkan kami terus beramal & beribadat pada Mu.
Khamis malam, bersama Sila hadir meeting. Tiba2 je last meeting..... tak pernah pun panggil kami ke meeting2 sebelum ni. Bila dah duduk dalam tu & dengar perbincangan... Ya Allah!! banyaknya maklumat tak sampai!!!
Bila diamati... diorang ni bincang, tukar itu tukar ini, tak maklumkan pun pada kami! yang parah, akhawat tak de coordinator langsung!! Nampak gaya bercelarulah Sabtu ni, no PIC acara, no info, nothing.. berasap kepala Sila!!
Malam tu terus email & SMS apa yang patut, pada siapa yang patut... ramai terkezzzut dengan berita mutakhir, ttg tugasan2. Dah agak, mesti kena bashing, last minute info.. terima je lah. tapi alhamdulillah, ada juga yang boleh terima, kita buatlah apa yang boleh...
Jumaat pagi the boys sampai, pukul 5. The whole day cuba selesaikan apa yg patut, niat nak gi tido putrajaya - dekat sikit pagi esoknya.
Semua barang dalam checklist dah masukkan dalam van, baru nak bertolak 'Iffah called,ajak dinner sekali. Tengah jalan dapat sms Zu DHL 'ya ampun! tak jumpa cari bola baling, dah round habis bangi.. Last option ke tesco (isyyy! bencinya nak gi beli kat situ!!!) sebab 'Iffah kata kat jusco, giant & carrefour takde. Lan masuk beli, kami order makanan di kedai asam pedas row klinik dr nora. Tak banyak choice makanan , tapi kami pun takde choice, dah lewat. among other things kami order ikan kembung bakar (rm10). order pun jimat2 sebab harga minyak mahal..hehe.
Bila ikan kembung bakar tiba..... aduuuh keciknya.... geram betul! 'Arif kata " ummi , ni ikan kembung ke ikan kempis!!" hee hee.. terhiburlah sikit hati ni. Malam ni semua licin.. takde tapau2 macam biasa..alhamdulillah! :)
Sampai Putrajaya dah lebih pukul 11.Aik? gelap lah pulak!
Lama tak tengok bil, letrik dah dipotong..lalalalala.. Lan kata dah bayar pagi tu. diaa janji sambung lepas pukul 5. Ada juga dia bagi no telefon, kalu pukul 9 tak datang , call that number.
After a few calls, orang TNB minta tunggu. Bergelaplah kami, dengan panasnya lagi..tapi sebab badan dah letih, anak2 semua terlelap. bagus gak, esok boleh bangun awal.....
Dalam restless tu, dengar motor datang, orang bagi salam. Phooh, dah pukul 1! Dia datang nak sambung letrik... alhamdulillah! Boleh tabik servis TNB kalu gini!!
Alhamdulillah lega dah ada letrik...barulah rasa betapa seksanya bila ditarik balik ni'mat yang begitu kecil pun.... moga kami lebih syukur dengan ni'mat yang Allah kurniakan tanpa batas ini....
















No comments:
Post a Comment