O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Tuesday, August 05, 2008

REZEKI MELIMPAH RUAH... ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirraheem
2 ogos....phoooh! hari ni memang hari sibuk! bermacam2 perkara hari ni, harapnya by the end of the day, daptlah sikit kerehatan insyaAllah.
Pagi ni ada perbincangan TPSM-IPT Pusat dengan Pengurus2 TPSM Negeri & Daerah. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar, seperti yang dirancang. pembentangan oleh akh Hussen Kari, Nik Aisyah,Danny & WanAm.

Banyak perkara yang di highlight & perlu tindakan segera daerah2 yang ada IPT. Nahar sms, minta summarise isi2 perbincangan untuk dibentang dalam next MJKP. InsyaAllah team kami akan diberikan slot untuk ini. Doakan Allah permudahkan.
Cadangnya nak cabut dalam pukul 11. nampaknya tak kesampaian - van & kete dua2 hantar service, pukul 11 belum siap :(

By the time selesai, dah hampir pukul 2. Aduhhhhhh, gimana ni, banyak plan lari kalu gini!
Tadi sebelum keluar ke PKJ, dah pack semua barang yang nak dibawa, minta Lan settle anak2, angkat barang ke kete, pick me up & off we go!
So off we went at around 2. First destination - hantar 'Iffah balik umah sewa! Gi amek 'Iffah semalam lepas beli tiket bas. Katanya rindu kat adik2.....

Next pecut ke Kelana Jaya - walimah anak Kamaruddin. Dahlah lambat, salah sports complex pulak! sampai dah pukul 3.15. makan laju2, jumpa tuan rumah, salam sana salam sini...off we went to Putrajaya-dewan precint 8.

Selalu lalu depan dewan ni, tapi tak pernah masuk. Kali ni ada peluang masuk... walimah anak Mustafar Kadir & kak Mi. ngam2 sampai pukul 4 ! walaupun di kad kata sampai pukul 4.30, makanan dah mula diangkat. cepat2 amek - masih lapar sebab tadi makan sikit, tambah makanan tadi tak nampak menyelerakan...astaghfirullah...

Ambik tak banyak juga kali ni, takut overeat, lepas ni ada satu lagi.... eh, selera pulak zharif & filzah makan, sekali bila nak gi tambah, meja dah kosong!! laaaa..dah kena angkat semua....

Sambung borak dengan Pah jamaluddin & Ana khairon sampai dewan dah hampir kosong.. uhuk uhuk..

Nasi & lauk2 sungguh sedap! tanpa diduga, bila nak keluar, anak K Mi datang bagi satu plastik untuk tapau, alhamdulillah.

Pastu pecut hala ke Melawati. Ada satu lagi jamuan - juga tak boleh miss! Mar & Syed buat jamuan untuk Muslim yang akan ke UK mid- september nanti. Makanan sedap jg, tp perut dah penuh.... end up makan buah2an - manggis, duku & rambutan.

Dari rumah Mar, terus menghala ke Kuantan. Teringat nasi tapau tadi, singgah sebentar dirumah untuk simpan dalam fridge. Tadi masa kat Putrajaya, Lan cadangkan tinggal je kat rumah sana. Ada ke...entah bila nak pegi lagi....

6.30 baru betul2 bertolak ke Kuantan. Kali ni untuk ke walimah anak ke-2 Din & Ani , ayoy & zailene. dah bagitau sampai lewat, tapi tak sangka pulak lewat gini sekali!
Dalam rancak bersembang & tak kisahkan speed , tiba2 dah keluar dari highway! baru pukul 8.30! phew! sure pecutnya tadi... Sampai destinasi sebelum pukul 9. Perut masih kenyang, tapi makan juga untuk raikan tuan rumah tunggu & siapkan makanan.

Tema perkahwinan ni hitam & gold! Semua benda hitam! bilik pengantin pun dihias hitam! Baju pengantin pun hitam! seluruh ahli keluarga juga berpakaian hitam!! hmmmm
Ani cerita tempah kek pun hitam... punya lah mengamuk pengantin bila terima pagi tu, kek kuning (supposedly gold!) berbunga dark brown.... sangat lari dari tema! Padanlah bila masuk dapur, kek 3 tingkat tu tersorok je...

hitam-hitam si tampuk manggis....

peribahasa kalu gi kenduri:late birds get the best worms!! ni dapat kek yang diletak atas par.... kalu datang awal, sure tak dapatnya!
ini lah kek yang teramat lah lari dari warna tema!!!!

Mata sangat mengantuk... pukul 11 lebih kami beransur dari rumah Ani ke tempat penginapan - rumah Abg Di Nah. Tuan rumah tak ada, jadi joli lah kami! Sebelum ke Bandung hari Jumaat, Nah hantar kunci kerumah. Sungguh nyenyak sekali tidur... badan letih, perut kenyang, tak ada gangguan.... lethal combination!!!

amboi! relaxnya, tuan rumah takde!!

alhamdulillah ada anak pompuan - ulfah tengah berkemas nak balik. TQ ulfah!

Ahad tengahari balik ke KL untuk walimah Ezral anak Kak Zah

No comments: