O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Showing posts with label CUTI. Show all posts
Showing posts with label CUTI. Show all posts

Tuesday, June 10, 2008

ADUHAI, HOSPITAL KERAJAAN

Bismillahirrahmanirraheem
Hari ahad 25 Mei 08, sepanjang hari di Kompleks Warga Emas, Shah Alam untuk Muzakarah Selangor. Program yang sepatutnya tamat pukul 5 telah disambung sehingga melewati jam 6. Banyak perkara yang perlu di bincang, pelan tindakan yang perlu dilakar. By the time selesai, dah tepu rasa....
Singgah rumah Sila untuk solat maghrib, pastu tumpang dr Rad balik. Alhamdulillah, sempat berehat sementara tunggu Rad yang solat dirumah halipah. Banyak cerita ceriti dengan Sila.....
moga Allah permudahkan segala urusan ..

Isnin 26 Mei 08, gi Klinik Dr Nora untuk dapatkan referral letter nak jumpa dr di HUKM. Dulu dah dapat dari dr kat klinik idzham tp tak sempat nak pegi lagi...
hari tu bawa Arif jumpa dia, dia tanya dah gi jumpa pakar mata? bila cakap belum, tak sempat, boleh dia kata
'anak saya pun juling macam dia, dah besar baru bagitau, lantak dialah!!' aisey .... gerun! gerun! doktor yang ada sejarah & reputasi tersendiri ni.. :)

Selasa 27 Mei08, pagi2 lagi (pukul 7 lebih) bertolak ke HUKM. Nurse tu cakap mesti sampai sebelum pukul 9! punyalah kejar... sampai dalam pukul 8.15, masukkan referral letter dalam kotak & tunggu nama dipanggil.

Sempat berbual dengan Ustazah Zai yang datang nak periksa mata kerana diabetes.
Bila nama Arif dipanggil..... dia bagi balik surat (dah di cop) & suruh datang minggu depan...laaaaaaa..... tu je ke???? padanlah kalau yang mampu tu, tak suka ke hospital kerajaan..bayangkan kalau yang datang dari jauh... naik bas ke, teksi ke... aduuuuhai... gi untuk di cop surat tu je! haru.. haru...
tapi terpaksa jugak pergi untuk dapatkan khidmat pakar yang dikatakan 'amat baik'... bukan tak pernah ke pakar sebelum ni, dah pegi jumpa dr (tak ingat nama) di ampang puteri, so called pakar yang selalu masuk paper. Tapi 'hampeh'! Senyum pun tak nak, cakap sambil lewa & tengok anak kita satu macam je.... tahu lah Arif tu juling, tu yang minta dia check. check pun macam nak tak nak je, tapi chargenya, mak datok!!

Silap jugak sebenarnya ke HUKM, sepatutnya ke Hospital Ampang, ada juga eye specialist di situ & patients pun tak ramai. Macamana boleh overlook... baru last 2 weeks ke sana hadir briefing & ramah mesra sukarelawan hospital ampang, tak terfikir pulak nak bawa 'Arif kesitu..

Ala kullihal, baliklah kami lepas dapat cop kat surat!

Petangnya bawa k long, ulfah & filzah ke 4sisters - nak buat treament kutu! once & for all, nak hapuskan!!
By the time selesai, dah maghrib. Lama betul dikerjakan kami 4 kepala!

CUTI KALI INI

Bismillahirrahmanirraheem
Lama betul tak jenguk sini... banyak yang berlaku since the last entry.

Belum cuti lagi dah ada beberapa jemputan walimah
18/5 walimah anak k jas di RISDA. Laaa.. rupa2nya berbesan ngan abang pak abu.
Janji dengan Sila nak tumpang ke Sepang untuk meeting WJS lepas kenduri. Pastu Nahdia sms nak ikut sekali. cakap kat dia 'mcik gi Esso straight dari walimah, mungkin around 1. jumpa sana lah' . dia pun jawab ' ana pun nak kena ke walimah dulu jugak!'Alih2 jumpa kat RISDA! majlis sama rupanya! so teruslah bawa Nahdia sekali ke Esso..... dunia makin kecil...

24/5 mula cuti sekolah. Ahamd & Arif tiba petang Jumaat. Alhamdulillah sekali-sekala semua berkumpul, macam2 kerenah. Nak kena pastikan masa digunakan sebaiknya. Kesian jugak berbulan2 hadap buku, hadap Qur'an utk hafazan, maybe it's best to let them free sikit. Kalu ada masa, mmg tak lain, hadap komputerlah jawabnya... tapi this time dah jumpa formual baru (harap2nya bagus..) Boleh sentuh komputer dengan syarat - dah selesai solat berjemaah & at least 15 minit hafazan... kalu tak buat, masa in between solat tu, NO COMPUTER!! hehe.. bagus jugak ada rule ni, lajulah solat & hafazannya!!

cuba utk maximise aktiviti bersama masa cuti ni.
1. Kenduri kendara semua kena pegi
2. Program2 sepanjang cuti mesti hadir

jenguk sana jenguk sini, bbrp walimah & prog di identify:

Jumaat - Halaqah JIMAJ
Sabtu - Kenduri X 2
Ahad - Muzakarah Selangor di Shah Alam
Isnin - Futsal
Selasa - HUKM & visit to 4sisters shoppe
Rabu-Jumaat - Summerset, Rompin
Jumaat-Isnin - KONTARN ,Walimah JB
Selasa - HUKM , LEaDERS
Rabu-LeaDERS
Khamis - LEaDERS, Prog Aulad d Setiawangsa
Jumaat - Prog Aulad d Shah Alam
Jumaat - Ahad - TITIAN & KBM
Sabtu - Arif & Ahmad balik ke AlManar. Atif ke Bangi untuk Futsal
Ahad- Atif balik ke Al Manar , RJIM2 gombak & aj
Isnin - k Long & Afan balik KB


Wahhhhhh packed sungguh! Sian Atif , niat dia nak tuition cuti ni terpaksa di tunda.... tuition ngan baba je lah....

alhamdulillah, cuti kali ni cukup ok.. nobody complained.. :)