O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Tuesday, June 10, 2008

ADUHAI, HOSPITAL KERAJAAN

Bismillahirrahmanirraheem
Hari ahad 25 Mei 08, sepanjang hari di Kompleks Warga Emas, Shah Alam untuk Muzakarah Selangor. Program yang sepatutnya tamat pukul 5 telah disambung sehingga melewati jam 6. Banyak perkara yang perlu di bincang, pelan tindakan yang perlu dilakar. By the time selesai, dah tepu rasa....
Singgah rumah Sila untuk solat maghrib, pastu tumpang dr Rad balik. Alhamdulillah, sempat berehat sementara tunggu Rad yang solat dirumah halipah. Banyak cerita ceriti dengan Sila.....
moga Allah permudahkan segala urusan ..

Isnin 26 Mei 08, gi Klinik Dr Nora untuk dapatkan referral letter nak jumpa dr di HUKM. Dulu dah dapat dari dr kat klinik idzham tp tak sempat nak pegi lagi...
hari tu bawa Arif jumpa dia, dia tanya dah gi jumpa pakar mata? bila cakap belum, tak sempat, boleh dia kata
'anak saya pun juling macam dia, dah besar baru bagitau, lantak dialah!!' aisey .... gerun! gerun! doktor yang ada sejarah & reputasi tersendiri ni.. :)

Selasa 27 Mei08, pagi2 lagi (pukul 7 lebih) bertolak ke HUKM. Nurse tu cakap mesti sampai sebelum pukul 9! punyalah kejar... sampai dalam pukul 8.15, masukkan referral letter dalam kotak & tunggu nama dipanggil.

Sempat berbual dengan Ustazah Zai yang datang nak periksa mata kerana diabetes.
Bila nama Arif dipanggil..... dia bagi balik surat (dah di cop) & suruh datang minggu depan...laaaaaaa..... tu je ke???? padanlah kalau yang mampu tu, tak suka ke hospital kerajaan..bayangkan kalau yang datang dari jauh... naik bas ke, teksi ke... aduuuuhai... gi untuk di cop surat tu je! haru.. haru...
tapi terpaksa jugak pergi untuk dapatkan khidmat pakar yang dikatakan 'amat baik'... bukan tak pernah ke pakar sebelum ni, dah pegi jumpa dr (tak ingat nama) di ampang puteri, so called pakar yang selalu masuk paper. Tapi 'hampeh'! Senyum pun tak nak, cakap sambil lewa & tengok anak kita satu macam je.... tahu lah Arif tu juling, tu yang minta dia check. check pun macam nak tak nak je, tapi chargenya, mak datok!!

Silap jugak sebenarnya ke HUKM, sepatutnya ke Hospital Ampang, ada juga eye specialist di situ & patients pun tak ramai. Macamana boleh overlook... baru last 2 weeks ke sana hadir briefing & ramah mesra sukarelawan hospital ampang, tak terfikir pulak nak bawa 'Arif kesitu..

Ala kullihal, baliklah kami lepas dapat cop kat surat!

Petangnya bawa k long, ulfah & filzah ke 4sisters - nak buat treament kutu! once & for all, nak hapuskan!!
By the time selesai, dah maghrib. Lama betul dikerjakan kami 4 kepala!

No comments: