O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Thursday, July 24, 2008

TENTU ADA HIKMAHNYA.....

Bismillahirrahmanirraheem
Dapat berita abg zainal (pok ngoh) di HDU Pantai Medical Ctr.
Hari ni juga brother Hilal akan terbang ke NZ, alhamdulillah.
So we decided to send him off di KLIA, bila dia dah masuk around 7, we'll head to Pantai. cantik perancangan kita..
Tapi Allah ada perancangan lain, yang hikmah disebaliknya hanya Dia yang maha Mengetahui...

Pagi pukul 9 ada kelas Bahasa Arab dengan Nadia di PKJ. Sedap depan komputer, sedar2 dah pukul 9.10!!! berkejar kesana & alhamdulillah sempat ikut sejam, alhamdulillah hari ni banyak benda baru yang dapat
-> maf'ul almutlaq
-> maf'ul al ajlih
dan beberapa lagi jenis2 maf'ul


teranglah sikit, nampaklah apa kaedah2 yang diguna, selama ni baca tp tak perasan pun!! :(
Starting next week insyaAllah kita akan request ada hiwar at least setengah jam, mg tambah lancar percakapan & bertambah vocab. mudah2an... ameen

Kemudian ke bank uruskan t.t duit k long. Semalam tak buat sebab dah agak lewat jadi no point , transaction akan dibuat hari ni juga.... semalam agak sibuk, lega lah bila urusan ke bank boleh tunda kehari ni.
Must get used to this new routine..kalu tak kebulur k long... :(

Sampai umah, Lan & anak2 baru nak gi hantar Ulfah. Lambat pulak, ingatkan latihan pukul 10.30... rupa2nya Ulfah tertidor, pukul 10.30 baru sedar, kawan2 yang dah tiba disekolah untuk berlatih called bagitau latihan cancelled hari ni.. fuh! lega... tu yang lambat tu.. Terus gi hantar Ulfah & juga Zharif . Ulya dah keluar awal lagi ikut Anfal.

Lan janji nak amek Bro Hilal & Ridhuan di HC untuk lunch. so i came back home, nak cari kunci bag purple yang bagi pada bro Hilal.

Aduuuuhhh... pening , loya, nak pitam pun ada mencari... lepas balik OZ hari tu rasanya simpan elok dah.. (as usual..) Rasa macam terbayang2 masa simpan tu. Rasa macam dalam kotak, tapi tak sure kotak mana. Yang dua kat luar tu ada kangaroo & koala je...
Atas bawah depan belakang, semua selongkar! semua cerok korek! rupa2nya....selepas 3 jam mencari(!) kotak tu kat belakang curtain dalam bilik! huh!! geram betul, dah nampak sebenarnya bekas biskut tu, tak sangka plak kotak tu ada atas tu... apa pun alhamdulillah.. ringan sket kepala.

Lepas solat 'asr terus pecut ke Al Amin Gombak, nak amek Ulfah. Janji bertolak dari ofis pukul 5.30 insyaAllah. Tiba di ofis 5.50 terus bertolak ke KLIA.

Dalam perjalanan, banyak bro Hilal ceritakan kisah hidup dia, bagaimana boleh memeluk Islam & apa cabaran yang terpaksa di lalui.

rancak bercerita..

Berasal dari Rep of Burundi, Afrika. Ayah seorang kuat ugama Kristian. Tak miss ke church.

Dia selalu nampak seorang tua berbangsa Belgium mengambil wudhu'. Satu hari dia tanya apa yang orang tua tu buat. "saya bersihkan diri cara Jesus" katanya. Pada satu masa yang lain beliau terjumpa orang tua ni solat didalam gereja,selepas memastikan semua pintu sudah dikunci. Dia tahu itu solat orang Islam.

Orang tua tu minta dia rahsiakan apa yang dia nampak, kalu tidak katanya sesuatu yang dahsyat akan menimpa mereka.


Mulai dari saat itu, dia selalu berbincang dengan orang tua ni ttg Islam. Dia juga kemudiannya berbincang dengan orang2 Islam yang hanya 1% dari jumlah penduduk Burundi. Dia menceritakan pada paderi di gereja apa yang dia buat(kecuali ttg orang tua tadi) Dia kemudiannya diminta mendalami ttg Islam dan keluar berdebat dengan orang Islam dengan tujuan menarik mereka masuk Kristian! Dia mengatakan sebenarnya dia banyak belajar tentang Islam digereja!


Dia keluar dan lakukan apa yang ditugaskan oleh paderi. Namun dengan kuasa Allah, alhamdulillah, sebaliknya yang terjadi. Dia semakin tertarik dengan Islam & akhirnya mereka berjaya menariknya kembali pada agama fitrah & meninggalkan Kristian.
Bila diberitahu pada orangtua tadi, beliau ingatkan agar jangan dihebahkan jika ingin terus berada di Burundi. Jika dia declare keislamannya,sesuatu yang buruk akan terjadi.

Biasanya jika mereka yang selalu ke gereja didapati keluar dari Kristian, mereka akan diracun.

Untuk terus dapat tinggal diBurundi & nikmati segala kemudahan, mereka tidak akan isytihar keluar ugama. tapi somehow, jika terhidu oleh pihak gereja, amat buruk padahnya.

Menjamu makan adalah amalan biasa pihak gereja. Menariknya mengikut cerita beliau, digereja ada satu set pinggan berbeza, khas digunakan untuk meletak makanan beracun yang diberi pada si 'murtad' tadi.Hal ini hanya diketahui oleh mereka2 yang power digereja sahaja, jadi pengunjung gereja tidak akan perasan hal ini

mengimbau suka duka masa silam..


Dalam kes beliau, 'hukuman' amat berbeza..... Bila diketahui beliau telah memeluk Islam. paderi2 & orang kuat gereja amat marah sekali, terutama pada ayahnya yang merupakan salah seorang dari mereka, kerana membenarkan anak 'murtad'. Sungguh kejam! ayahnya telah disembelih, anggota badan dipotong2 & dimasukkan ke dalam plastik. Tidak dapat dia ceritakan perasaannya masa tu, yang pasti dia merasakan mereka ini bukan manusia lagi - yang sedihnya,they were the people he grew up with, the people who had been good to him, his father & family all these years....
Semua ahli keluarga tidak lagi mengaku sedara, putus hubungan kekeluargaan , untuk mengelak dari diperlakukan seperti keatas ayahnya. Segala asset keluarga dibekukan.
Kini ibunya yang sudah tua menderita disana, sebatang kara, kehilangan suami & keluarga, setiap saat merindui anak tunggal yang kini dalam pelarian. Semua itu berlaku pada tahun 2002.

Alhamdulillah minggu lepas beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di New zealand dengan segala kos ditanggung. Dia hanya perlu kesana.. namun dalam situasi beliau, mana mungkin dapat kesana kerana kos penerbangan adalah beyond his means. Namun Allah itu maha Kaya, HC memain peranan & Alhamdulillah, dengan usaha serta sumbangan mereka2 yang rindukan syurga, tiket berjaya dibeli.


setiba di KLIA

Riang sungguh bro Hilal sepanjang perjalanan ke KLIA.Terpancar kegirangan. Tempiasnya mengenai kami....

kita merancang, namun Allahlah sebaik2 perancang.

Ujian datang lagi... beliau tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana tidak mempunyai visa.... katanya beliau telah mohon untuk membuat visa, namun dikatakan tidak perlu.Hanya perlu bawa borang khas yang telah siap diisi dengan surat tawaran universiti. Namun segala dokumen tersebut telah tidak diterima pakai...

beg & kerenah kuncinya....


Dengan longlai kami menolak troli ke kereta untuk membawa bro Hilal pulang ke HC. Tiada lagi suara ria disepanjang perjalanan pulang.Makanan kegemaran juga nampak begitu pahit untuk ditelan. Kami hanya mampu memberi kata perangsang
InsyaAllah esok kita cuba selesaikan ... Doakan dipermudahkan

Hasbunallahu wani'mal wakeel

..dan rancangan kami untuk ke Pantai juga hanya tinggal perancangan. Allah jua yang maha Mengetahui hikmah disebalik segala apa yang ditetapkan untuk hamba2Nya. Dan perancangan Allah itulah yang terbaik....

No comments: