O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Thursday, January 24, 2008

REASONS & EXCUSES....


Bismillahirrahmanirraheem
Collected the cards on the 5th - thus began the rush, rush, rush of collecting addresses (by sms, mostly), writing down & sending out invitations. as usual...last minute.... promise, won't happen again, insyaAllah.
Forthe record, the first to be officially invited was AJK WJS! couldn't attend the meeting on Dec 29th 2007. Decided to sms the invitation to K Ton & Sila.
Sahabat2 JIM AJ were only told masa hulurkan kad.... 'afwan katheera, x buat d KL. ada yg pertikai, tak sudi kongsi kegembiraan dengan kami ke??? bukan gitu...
Antara rasionalnya

yang paling utama, nakkan atok ayah ada bersama dihari bahagia k long. kalu buat diKL, besar kemungkinan ayoh tak dapat datang
It proved to be the right decision, alhamdulillah. From day 1 of knowing that walimah akan diadakan di Melor, he was the 'busiest' man around! he said he'll take charge of kawasan rumah & take charge he did! lepas subuh dah turun, pottering around, doing what he could (not much actually, but it's the efforts that count!). stopping only for solat & stopping just before maghrib. tu pun kadang2 after isya' turun balik.... we could see that he was happy doing it, alhamdulillah. One night masa duduk2 lepas dinner, he complained sakit belakang - lepas urut sikit, he got up & announced that he's going down again - "duduk sakit belakang, kalu buat kerja tak sakit..." and he came in around midnight! subhanallah.
Cek pernah mention kalu afrah kawin, nak buat kat Melor
but that was a few years back! When we first proposed it, she was worried there's no one around to help her. alhamdulillah , Che Rahimi & Peed sanggup handle , syukur sangat..... it was one HUGE burden taken off our shoulders. Words can't really express our gratitude .. moga diganjari Allah dengan sebaik2 ganjaran, ameen.
Then there were Sir, Namaziah & Zahrin. One very helpful family - who all these while dah memang selalu jengok2 cek & ayah. A BIG THANK YOU to u, sir & yah. Your help & care is greatly appreciated. Thank u for treating afrah as your own daughter, thus making sure that only the best will do, for this auspicious ocassion!
Cek was one busy lady throughout.... we let her decide on most matters, selagi within limits! We gave her the liberty of inviting whom she wished - friends & relatives alike. For this we increased our initial order of 500 to 800, baik lebih dari tak cukup! alhamdulillah, the food was good & enough even to be taken home by some.
Menu pagi
Royal mertabak, akok, agar2, pulut + roti & kuzi courtesy yah sir & an array of kuih sumbangan berbagai pihak.

Menu kenduri
Nasi minyak & putih, ayam percik, gulai kawah, keli masak merah, acar & limau. yum! yum!


Our caterer was K Na(terah) who happened to be anak murid ayah di Nipah, subhanallah! Makanan d meja pengantin K (Masyi)Tah tambah dengan daging keping goreng kicap, sotong sedap(!) & ikan steam. tak lupa pudding special.yum! yum! Pengantin nampak berselera makan... me? hari tu tak berapa lapar, hehehe. rugi btol!

Cek was also happy the house got upgraded!

dapat kolam baru + nice landscaping done by Yi in record time, haha!

house repainted

upgrade aircon di bilik tamu & other aircons serviced, at last!

plumbing work done - dah lama terbengkalai

the same goes with lampu - all overdue!

sambung air dgn kelwater - sadly, sampai hari ni masih ada problem .

cek juga dapat new barang2 dapur - nice kettles (utk teh minum pagi) & lots of new jugs.

The best must be the new dinner set utk hidangan pengantin - she chose the top of the range punya! well, what matters is, she's happy!alhamdulillah

since abah & mak tak ada, baru sekali the whole family from both sides berkumpul.
We thought this walimah would be a good ocassion to get together, after sooooo long! Alhamdulillah, tujuan ni tercapai, with about 90% invited datang hari tu. Terharu juga tengok yang jauh pun balik, walaupun sorang & yang dekat semuanya bawa keluarga. Ayah Cik must be the happiest - credit should go to Izwan for inviting him along. jadi tu lah antara sebab - of 'cos we'd love to have it here in KL as well.. insyaAllah, kita gabung dgn majlis keluarga besan nanti. This needs to be worked out...
****************************
Most cards were posted or handed out by the 10th. 11 th-13th january, balik kampung lagi. This time specifically to settle a few pending matters - catering, accomodation, aturcara etc, & most importantly utk panggil relatives, personally, where possible. The whole of sunday was spent going round Besut, capping off dengan makan gulai ayam kampung kat rumah Yah Wan Daud.
Rasanya dah banyak rumah pegi, ada juga yang tak sempat - so we left it to cek to habiskan.

Thursday, January 10, 2008

MUHARRAM

Bismillahirrahmanirraheem
semoga kita semua dilimpahi-Nya dengan kesejahteraan,sihat wa-al'afiat, aman sentosa dalam peliharaan Allah,sejahtera iman,bertambah ibadah dan meningkat semangat perjuangan.
Mari cuba fahami kelebihan bulan Muharrram.
semoga bermanfaat.....Selamat Tahun Baru Hijrah..
semoga Allah mengiringi setiap pergerakan hidup kita dengan taufiq dan hidayat-Nya.

KELEBIHAN MUHARRAM

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan-bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa.
Ayat 36

Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (dari satu bulan ke satu bulan) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkan pada satu tahun dan mengharamkannya di tahun lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan yang diharamkan Allah. Maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir.
Ayat 37

‘Aasyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ). Manakala Taasuaa’ (تاسوعاء) adalah hari yang kesembilan dari bulan yang sama. Zahir daripada himpunan khabar (hadith-hadith) bahawasanya puasa ‘Asyura adalah sesuatu yang dikenali di sisi kaum Quraish (قريش) pada zaman Jahiliyyah, dan demikian juga dikenali (puasa ‘Asyura) di sisi penganut Yahudi.
**********************************
Dari ‘A-isyah r.’anha :
“Hari ‘Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah s.a.w. juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh Umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, Nabi s.a.w. bersabda :
مَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
Maksudnya : “Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
**********************************
Dari Ibn ‘Abbas r.a. :

“Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Lalu Baginda bersabda :
ما هذا ؟ قالوا: هذا يوم صالح، نجّى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال: “أنا أحق بموسى منكم” فصامه وأمر بصيامه
Maksudnya : “Hari apakah ini (di sisi kamu) ?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan padanya Musa dan Bani Isra-il daripada musuh mereka (Fir’aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini (’Asyura).” Sabda Nabi s.a.w. : “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi).” Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut (’Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya.” (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)
**********************************

Dari Abi Qatadah r.a. sabda Nabi s.a.w. :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
Maksudnya : ” Puasa hari ‘Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun : Tahun yang lalu dan yang akan datang. Sedang puasa hari ‘Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lalu.” (Hadith riwayat al-Jama’ah, kecuali al-Bukhari dan al-Tirmizi – al-Muntaqa bersama Nail al-Author, 4/323)
**********************************
Nabi s.a.w. benar-benar mahu membezakan syakhsiah Islamiah (dari yang lain) dalam setiap perkara. Supaya Umat Islam merdeka / berbeza dari penganut yang lain, lalu baginda menganjurkan puasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram) bersama dengan puasa pada hari kesepuluh (dalam bulan Muharram), supaya dapat dibezakan antara puasa Umat Islam dengan puasa Ahli Kitab.

Dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya :
لما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء, وأمر بصيامه, قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليومالتاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم
Maksudnya : “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Sabda Nabi s.a.w. : “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Lalu Ibn ‘Abbas menceritakan : “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

************************************
Kelebihan yang ada pada 10 Muharram atau hari Asyura adalah pada puasa sunatnya sebagaimana yang terdapat didalam beberapa hadith-hadith sahih. Adapun fadhilat-fadhilat lain seperti memakai celak, bersedekah dengan sebagainya datang dari hadith-hadith lemah dan palsu sebagaimana yang di sebut oleh Syeikh Ibn Taimiyah didalam al-Fatwa al-Kubra (Jilid 5):-
“Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi’en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da’if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura,”

Begitu juga dengan seperti matan hadith diatas yang tidak diketahui asalnya. Ibn Taimiyah rh mengatakan :-
“dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya’kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Asyura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}”.

Wednesday, January 09, 2008

SALAM MA'AL HIJRAH 1429!

Bismillahirrahmanirraheem

sedar x sedar, hari ni dah tiba penghujung tahun 1428 . jika dipanjangkan umur, akan bertemu tahun baru esok. Perlu renungi apa yang telah di capai sepanjang tahun yang berlalu & apa azam untuk tahun yang mendatang.
InsyaAllah akan look through apakah perancangan tahun lepas, mana yang terbengkalai :( , nak kena sambung, mana yang dah dicapai, alhamdulillah, perlu maintain apa yang patut - ni lah cabarannya... nak maintain.. untuk tahun ni plak....nantilah, adalah tu..

Mari kita panjatkan do'a, selamat tinggal tahun ini..



ahlan wa sahlan tahun baru...



Azam setiap tahun.... moga tahun ni lebih rancak!! sepanjang tahun lepas, syaitan kuat sungguh keje, tiap kali masuk kelas..menguap..menguap..menguap... aduhai.. tahun ni insyaAllah x nak menguap lagi! sambil2 tu nak juga belajar online, sume orang kata mudah sungguh..nanti cuba..


1. LEARN the QUR'ANIC LANGUAGE the EASY WAY -- Belajar Bahasa Arab online!
Mudah ajer sekarang, hanya klik on the banner below:



azam setiap tahun juga ... nak tingkatkan quality solat.. insyaAllah,insyaAllah. pasni nak cuba yang ni..

2. DON'T MISS ANY PRAYERS - USE your Mobile to alert you of PRAYER TIMES! Easy, click on the banner below:




Semoga dapat manfaat, dapat lebih memahami bacaan dalam solat dan menghayati ilmu Akhirat...

Friday, December 28, 2007

KEMBARA EIDUL ADHA 18-22 DISEMBER 2007


Bismillahirrahmanirraheem

Alhamdulillah, selesai fasa ke2!
pagi ahad lepas subuh, k long & friends & the boys balik ke PKJ, sambung prog ERA. They missed a lot - dengarnya last night's prog was very intetresting. insyaAllah next prog, full attendance!!

my feet ached bad this morning... banyak sangat berdiri & berjalan yesterday. It was worse for nani & ayob. he he he... they ached all over!! somehow Lan still managed to go for gotong royong at the surau, coming back quite late.
Afan came over to return the piring 'ikan' & we returned the fruit basket.
Tuesday morning dapat calls from nani & cek - jalan gua musang -kota bharu collapsed, closed to all traffic! so we decided to go back via kuantan.
After all the ding dong ding dong...at last we were ready to move, before that had to send k long to klinik izham - she wasn't feeling well. Lan picked me up at the clinic around 10.30 pm. we moved after seeing k long off.
The journey was ok - stopped by for dinner at petronas karak hiway for about 1 hour. reached abg di's house around 1.30 am. Ingat nak bertolak awal the next morning...tapi susahnya nak make the move ..we finally started the journey 11.30 am, alhamdulillah.
no banjir! we went thru jabor,it rained a bit, but that's about all...:) the traffic was quite smooth till we reached renek. so we turned to alor lintang & stopped at abg li's house. there goes our plan nak jumpa imam to settle tarikh nikah... :(




still no banjir! we 'tangguk' ikan from the kolam to bring back to melor.reached melor around 8.30pm. there were only us ... prepared the ingredients for laksa penang - only went to bed at around 1am

Thursday ,20 december 2007 - SALAM EIDUL ADHA!

Pagi2 lg dah bangun - sediakan makanan & bersiap sedia utk solat sunat d masjid. masjid penuh, tapi ada ruang lagi d tengah-tengah.Heran kenapa lah pulak berpeluh ni.. ingatkan dah datang awal sket, berjalan dengan tenang tadi.. ( masa eidul fitr, punyalah kecoh, terlewat, akibatnya kena solat kat luar masjid... :( Laaa... kipas semua tak jalan.. masjid tengah d buat ubahsuai.suasana panas gitu jejaskan jugak konsentrasi masa solat & khutbah. Ingatkan diri, apalah sangat panas gini bandingkan dengan panas azab Allah di neraka, na'udzubillah. juga penderitaan umat Islam ditempat2 lain yang ditimpa berbagai musibah. Teringat juga panasnya di Mina semasa menunaikan Haj pada 1993 dulu...
Lucu pulak bila difikirkan - Bas sesat,tinggalkan aje kami dalam kesesakan berjuta manusia. Dalam keadaan biasa memang tak tahan panas, yambah pulak masa tu mengandungkan "arif, anak keempat... dalam kepenatan berjalan (alhamdulillah, Lan sangat memahami & sama2 jalan slow - rasanya kalu dia sorang2 dah lama sampai destinasi.. :) ) nampak lori ais yg dikerumuni beratus2 jemaah. beranikan diri masuk celah2 mereka sambil berpayung (payung tu trademark masa kat sana, org lain segan nak guna.. he he kita yg tak segan ni selamat dari panahan cahaya matahari yg sentiasa terik, alhamdulillah) tiba2 ada sorang pakcik arab ni tarik payung tu, isyy! panik kejap,ingatkan dia marah! rupa2nya dia terbalikkan payung tu, sambut salah satu plastik ais yg memang di baling randomly!!alhamdulillah! alhamdulillah. dah dapat ais tu dia hulur balik payung sambil panggil "hajjah! hajjah!" dah dapat balik payung tu, sambil sengih, sambil angguk2 kepala tanda terima kasih.... jumpa Lan yg tgh tunggu kat luar crowd tu, sengih lagi lebar... Alahmdulillah ,junjung ais, tebuk lubang2 kat plastik tu, sambil jalan,ais yang cair meleleh kat muka & badan.... oooooo ni'matttt!! alhamdulillah. syukur lag, bila jumpa khemah, rupa2nya berhadapan dengan jamrah, just across the road... rezeki anak yang dikandung.alhamdulillah

Lepas solat, balik rumah & sambung makan. tak ramai kali ni ,only our family & abg di's family + azim wakil family abg zaini! sembang2 sambil tunggu lembu tiba utk disembelih. Tahun ni alhamdulillah kami Qurban melalui Qurban JIM. Moga bertambah keberkatan dengan berqurban ditempat yang lebih memerlukan, insyaAllah.
Anak2 pergi tengok lembu disembelih dipadang belakang rumah. Filzah tak mahu balik, kenalah hantar balik kesitu.. takut nak gi dekat, banyak pacat! jadi tengok dari jauh je.. selasai melapah, Lan bawa balik daging utk di agih & utk dimasak. Tolong potong daging utk goreng & buat sup.

Ingatkan takde orang datang, rupanya penuh juga rumah dengan saudara mara petang tu. alhamdulillah, bolehlah jamu laksa & daging Qurban yang dah di masak. yang bestnya, ayoh makan banyak betul..... entah berapa kali ulang. rasanya dari pagi sampai malam, ada dalam 8 kali! alhamdulillah dengan selera yang baik, moga terus diberikan kekuatan & umur panjang.

wahhhh... amad dapat hadiah cemerlang upsr dari cek & ayoh.. alhamdulillah! bagus juga kalu boleh masuk tabung, dah janji ari tu, sebahagiannya nak masuk ke tabung palestin.. jangan wat tak ingat plak ek! ummi tuntut nanti...

aik??? filzah pun dapat jugak???

Bersiap nak balik ke besut. terfikir bagus juga kalu boleh pegi jumpa Peed & Che Rahimi, our wedding planner, utk bincang apa yg patut.sms tanya boleh datang rumah tak? peed balas balik ok, lepas maghrib. Tak jadi balik besut lagi, tinggalkan anak2 di melor & kami terus ke kb. sampai awal sangat, mereka belum sampai rumah lagi.. so kami ke KB mencari banjir! Puas pusing, tak jumpa! adalah sikit2 bekas2 banjir.

Banyak juga bincang & finalise malam tu tentang majlis yang akan diadakan nanti.Kesimpulannya, kami sedrahkan soal makanan & acara pada JIM Kelantan. juga soal penginapan & transport rombongan Afan nanti.yang lain2 kami bincang keluarga insyaAllah.

by the time tiba rumah abg Li it was already way past midnight, tak jadi ke rumah nani & k soh as planned. takpelah jumpa esok insyaAllah.

Tuesday, December 18, 2007

Majlis pertunangan Safwan - Wan Afrah

Bismillahirrahmanirraheem
Saturday, 15-Dec-2007 12:29 Email | Share | Bookmark




Alhamdulillah pada 15 dis yg lepas saya berpeluang menghadiri majlis pertunangan Safwan dan Wan Afrah di Putrajaya
Ini merupakan urusan Bayt Muslim paling ekspress pernah saya dengar, hehehe
Mereka baru sahaja taaruf kira-kira 2 bulan yang lalu, hari ini melangsungkan pertunangan, dan bulan depan akan melangsungkan pernikahan di Melor, Kota Bharu Kelantan...

Afrah merupakan juniorku di sekolah (junior 4 tahun) tapi Safwan cukup merahsiakan siapakah bakal tunangnya (saya pun tak berapa suka nak deseak-desak dan tanya )
Sehingga apabila malam pertunangan, setelah melangkah masuk ke rumah bakal pengantin perempuan barulah saya menyedari siapa dia...

Sebenarnya Safwan sangat mengenali mak kepada Afrah (Makcik Ogy), sebab selalu pinjam LCD projektor dan kenderaan utnuk penganjuran mana-mana program yang biasa kami ikuti bersama...
Sehinggakan ada rakan yang membuat kelakar:
"Safwan rajin pinjam LCD projektor dengan kereta, sampai dapat anaknya sekali " hehe
Nampaknya mereka merupakan 'High Profile Couple' sebab selalu saja disebut-sebut dan dikenali oleh semua rakan walau di mana mereka berada...

Tahniah, Safwan... mudah-mudahan akan berakhir dengan satu pernikahan yang barakah...


Monday, December 17, 2007

PERTUNANGAN AFRAH - AFAN 15 DIS 2007







Bismillahirrahmanirraheem


Last 2 weeks had been really hectic, trying to meet the deadlines... after the first meeting with afan's family on nov 11th, there were lots of sms exchanges with afan to settle matters, which led to another meeting with afan at sakura kristal . this was followed by another mtg with the family on nov 28th in putrajaya (more on this later..) and finally with rosidah at lake club on dec 12th.


The date was fixed for DEC 15th!


We had originally planned to hold it in melawati. so nani & ayob were asked to come over & put up a new porch as planned last december (wahhh.. dah setahun berlalu, time really flies!). they came over on nov 28th to begin work. somehow after further discussions, it was just not possible to complete by the 15th.. ouch!


plan B... we'll have it in putrajaya then! the thing is.... we'll have to start from ZERO!! nothing's done yet, except for the few lightings.
so off they went, camping in the empty house to paint itwhile we were away in Kuching, taking ulfah & zharif along.



back from kuching on dec 3rd, we headed straight to putrajaya to see the progress. rather slow as there were lots of walls to be painted...
Nani then had to go back to Besut to finish off some work there,coming back only on the 13th, insyaAllah. That left us to carry on with whatever needed to be done. which is A LOT!!!!

Thus began our hectic life... almost every other day, we went to putrajaya to mow the lawn, sweep & mop the floors (seemed like never ending..., )buy & fix more lightings (with the help of din , of 'cos!) furniture hunting, etc... Furnitures will only be delivered on the 12th & 13th... oh, lamanya rasa.. :)


Finally 15th dec arrived.....


everybody's still busy....though most things were settled, except for the front lights & mirror + paintwork on the rumah sampah! k long, 'iffah & the bigger boys were at krj programme, ERA, for two days. they only joined us in putrajaya late in the evening.

alhamdulillah k long's friends were around to help - yam, maya, pijah, & syakirah.

mok su arrived later in the evening. so with this strong taskforce, we managed to get things done in time for the majlis , alhamdulillah..

what we did in preparation..


DIRECTOR...

CO-DIRECTOR..... :)
pasang lampu & cermin depan - lan & ayob
sedia bekas hantaran - nani, lina & the girls

hasilnya: 5 bekas yang cun...

- buahan


- buku (alhamdulillah beli masa PPN hari tu,takde niat nak buat hantaran pun..)


-sampin songket(ingat nak bg tangan je, nak minta pakai masa walimah...akhirnya jadi hantaran..)

- sepasang ikan koi & 6 ekor anak2 ikan emas.... puding hasil tangan mak nani, power!

- kek cantik hadiah mc Lah - tq mc lah!



kemas rumah - the girls

sedia katil - me & the girls... :)


what a transformation! bole la... setakat utk bergambar!


everybody arrived shortly before 8, as scheduled , with a few sesat & causing last min disturbances. :( The caterer also sesat.. arriving just shortly after 8.

They arrived at 8.30 pm.. wahh, ramai gak! mulanya 15, then afan called to add another 10. petang before majlis, k sataraiah called confirming 30 will be coming!! ahlan wa sahlan!!


alhamdulillah, everything went smoothly, discussion was led by ayah man


taaruf, peringatan & do'a by Lan (alhamdulillah)


& the majlis sarung cincin was meriah..alhamdulillah !


tahniah darling.... moga bahagia & memantapkan lagi perjalanan da'wah mu, insyaAllah.



RASMI SUDAH PERTUNANGAN ANTARA
WAN AFRAH WAN AHMAD NIZAR & MOHD SAFWAN SAPARUDIN






Moga penyatuan ini membawa seribu rahmat & di limpahi keberkatan, insyaAllah.

WELCOME INTO OUR FAMILY, AFAN!

cuma satu je.... nani wanted to make k long look good for the ocassion, so she put the bedak & light lipsgloss. looked ok bila jenguk malam tu, so it was approved ... malangnya, bila keluar kat gambar, masyaAllah!! tebalnya nampak... putih macam wayang cina!!!!!!!!!
drfinitely masa nikah nanti, we'll need to do something, definitely...

alhamdulillah, the food was good (thumbs up from all..), thanks to
k jah & en suhaimi
main dish:



gulai kuning daging & nangka, ayam berempah, kerabu sayur, ikan kering, bawal masam manis,tembikai, agar-agar telor & fresh mango juice.
koleh....+ saprah, that saved the day! TQ hanny & abae
TQ too to Izwan & adik Maya & my darling boys + nabal & imran for helping with the serving & clearing of the dishes...
TQ,TQ,TQ

TQ to Yam & Pijah, also Ayob for being photographers, completing the 'tunang collection'

TQ all for attending this family do. moga Allah rahmati semua..

List of guests:
Abang Di + Nabal, shajirah & wahidah.
Adik & Ning + Faiz, Amalin & Zaim.
Abang Zainal & K Sah
Ayah Man & MC Lah + Aisyah.
Ayah Tik.
Abang Husni & Hanny + helper, hariz, puteri, hakeem & Alisya.
'Cek & K Na.
Izwan& Maya + adik maya, Mira & ameer.
Rodzi & Ani
Yam, mayam, pijah & syakirah
Nani & Ayob + aiman, ngoh & ahmad
Lina
& our family 2 +8..
total number on our side: 33 adults & 16 children + 30 from afan's side.
alhamdulillah makanan cukuppp.... ordered for 55...alhamdulillah, alhamdulillah!

sent out sms to the guests:
"thank you very much for the help & support pd majlis semalam. mohon maaf atas segala kekurangan & layanan yg kurang memuaskan.doakan keberkatan yang berterusan, insyaAllah"

some of the replies..
"You'r welcomed n the ceremony ran smoothly,evrybody was happy and enjoyed their meals with more than one helpings. I sat with adik Zahran & the wud b cucu saudara baru,seemed pleased with the wud b uncle n interact well with Adik Zahran & Ayah Tik.may Allah bless both of them. Amin!" - Ayah Tik

"Kurang x de, seronok ada. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga selamat & di berkati " - K Sah

"wkmslm.thniah! cek & k na ucapkan ribuan terima kasih krn jemput kami. kami berdua brdoa semoga perkhwnn brjalan lancar, d berktiNya dan berkekalan sampai ke anak cucu. amin" - Cek Bachik

juga pagi2 esoknya terima sms dari Imad !
"Salam, mak cik wan... Mabruk ya makcik wan...sampaikan salam ana pada afrah...semoga family makcik akan dipenuhi golongan p'dakwah dari generasi ke generasi" ameen ameen

followed by another one from him..
"x sangka plak bakal menantu mak cik wan naqib ana.. ha ha..." alhamdulillah


satu fasa telah selamat, alhamdulillah. now, untuk fasa seterusnya...
pernikahan di persetujui pada 19 JANUARI 2008, insyaAllah di Melor.