O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Thursday, January 10, 2008

MUHARRAM

Bismillahirrahmanirraheem
semoga kita semua dilimpahi-Nya dengan kesejahteraan,sihat wa-al'afiat, aman sentosa dalam peliharaan Allah,sejahtera iman,bertambah ibadah dan meningkat semangat perjuangan.
Mari cuba fahami kelebihan bulan Muharrram.
semoga bermanfaat.....Selamat Tahun Baru Hijrah..
semoga Allah mengiringi setiap pergerakan hidup kita dengan taufiq dan hidayat-Nya.

KELEBIHAN MUHARRAM

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan-bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa.
Ayat 36

Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (dari satu bulan ke satu bulan) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkan pada satu tahun dan mengharamkannya di tahun lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan yang diharamkan Allah. Maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir.
Ayat 37

‘Aasyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ). Manakala Taasuaa’ (تاسوعاء) adalah hari yang kesembilan dari bulan yang sama. Zahir daripada himpunan khabar (hadith-hadith) bahawasanya puasa ‘Asyura adalah sesuatu yang dikenali di sisi kaum Quraish (قريش) pada zaman Jahiliyyah, dan demikian juga dikenali (puasa ‘Asyura) di sisi penganut Yahudi.
**********************************
Dari ‘A-isyah r.’anha :
“Hari ‘Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah s.a.w. juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh Umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, Nabi s.a.w. bersabda :
مَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
Maksudnya : “Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
**********************************
Dari Ibn ‘Abbas r.a. :

“Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Lalu Baginda bersabda :
ما هذا ؟ قالوا: هذا يوم صالح، نجّى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال: “أنا أحق بموسى منكم” فصامه وأمر بصيامه
Maksudnya : “Hari apakah ini (di sisi kamu) ?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan padanya Musa dan Bani Isra-il daripada musuh mereka (Fir’aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini (’Asyura).” Sabda Nabi s.a.w. : “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi).” Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut (’Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya.” (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)
**********************************

Dari Abi Qatadah r.a. sabda Nabi s.a.w. :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
Maksudnya : ” Puasa hari ‘Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun : Tahun yang lalu dan yang akan datang. Sedang puasa hari ‘Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lalu.” (Hadith riwayat al-Jama’ah, kecuali al-Bukhari dan al-Tirmizi – al-Muntaqa bersama Nail al-Author, 4/323)
**********************************
Nabi s.a.w. benar-benar mahu membezakan syakhsiah Islamiah (dari yang lain) dalam setiap perkara. Supaya Umat Islam merdeka / berbeza dari penganut yang lain, lalu baginda menganjurkan puasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram) bersama dengan puasa pada hari kesepuluh (dalam bulan Muharram), supaya dapat dibezakan antara puasa Umat Islam dengan puasa Ahli Kitab.

Dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya :
لما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء, وأمر بصيامه, قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليومالتاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم
Maksudnya : “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Sabda Nabi s.a.w. : “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Lalu Ibn ‘Abbas menceritakan : “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

************************************
Kelebihan yang ada pada 10 Muharram atau hari Asyura adalah pada puasa sunatnya sebagaimana yang terdapat didalam beberapa hadith-hadith sahih. Adapun fadhilat-fadhilat lain seperti memakai celak, bersedekah dengan sebagainya datang dari hadith-hadith lemah dan palsu sebagaimana yang di sebut oleh Syeikh Ibn Taimiyah didalam al-Fatwa al-Kubra (Jilid 5):-
“Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi’en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da’if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura,”

Begitu juga dengan seperti matan hadith diatas yang tidak diketahui asalnya. Ibn Taimiyah rh mengatakan :-
“dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya’kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Asyura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}”.

No comments: