Alhamdulillah, satu hari lagi berlalu.
Baru selesai Pemantapan Nuqaba' Ampang Jaya. Penat sungguh malam ni tapi Ust Muhaimin ni memang pandai tackle orang mengantuk.. tak kering gusi dengar cerita ceritinya dicelah-celah penyampaian yang amat berguna sebagai bekalan untuk move forward. Kehadiran amat OK alhamdulillah! penuh PKJ - ikhwah akhawat hampir sama ramai.
Berbaloi berkejar2 'sedia' mee hoon! Dah agak dah Dr Ahmad mesti call tanya ttg makanan malam ni... tapi tak sangka plak lewat benarnya. dah pukul 6 lebih baru minta orderkan! Memang tak sempat, sape sanggup nak sediakn untuk 30 orang at short notice macam tu!
Ting! ting! idea datang! worry not, hari ni kan hari selasa.... terus call Lan kat ofis minta belikan mee hoon ke apa2 ke kat pasar malam.. nanti kami bawakan bekas dari rumah.... wahhh lega.. yang jadi penatnya nak angkut 3 askar kat umah ni, semua dah lentok!
3 hari lepas Lan Wani telefon bgtau flight Olah malam isnin. Aik! cepat pulak nak balik , hari tu kata lepas raya.. rupa2nya..... dia kantoi 3 papers... nak kena resit tengah ogos ni... alahai Olah.... olah...
tak terfikir plak nak ke airport.. banyak benda nak kena settle kat umah.
Tup tup etang semalam dapat sms Kak Soh, 'minta tolong jampi2 sikit olah tu...c u there pukul 11!' alamak! kena gi lah nampaknya... call Lan, dia kata ok, lepas discussion nanti. ingatkan flight pukul 11, dapat sms pukul 8! wah! ni betul2 kena pecut ke airport kalu tidak tak sempat.. kecoh kejap bundle anak2 ke kereta.
Teringat pulak nak call K Soh nak confirm pukul berapa flight. Laa... pukul 2 pagi! boleh lah relax dulu, anak2 pun masuk balik.....
Kalu dah pukul 2, sure lambatnya balik. just to be safe bawaklah satu beg apa2 yang perlu kalau2 nak tidor d putrajaya....... baju tak bawa sebab esoknya nak balik terus, anak2 sekolah... itu rancangan kita lah...
Olah ni, masa pegi dulu botak, balik kali ni mak datok! rambut dah panjang ke bahu. Rimas betul tengok rambut kat depan asyik jatuh tutup sebelah mata! macamana dia nak concentrate belajar ni, kerja menepis rambut je! orang muda... tentu rasa macho habis tu! he he
Lepas kena jampi sikit, olah masuk & kami pun beredar. Ajak K Soh, Lan & Wani tidor di putrajaya. Esok pagi2 boleh balik PJ nak gi kerja. Lan kata dia tengah cuti . Orait! just nice kalu gitu tak payah rush pagi esok.. bertolak balik pukul 9, insyaAllah sempatlah kejar pcik bas Ulfah!
Pagi ni lepas subuh Ulfah complain sakit tekak, rasa macam nak demam je... hmmm.....
Akhirnya....... sms pada Anfal & pcik bas, Zharif & Ulfah tak gi skolah hari ni........ kami pun tak lah kecoh2 nak balik... gi pusing2 putrajaya & cyberjaya, gi shopping sikit pastu gi makan, raikan Lan( Wani) dah confirmed kerja, alhamdulillah! Santai sungguh, rasa macam tgh doliday lah pulak....
By the time sampai balik Melawati dah hampir pukul 6. pastu lah dapat call dari dr ahmad....
Alhamdulillah atas kelapangan masa yang Allah kurniakan. Dapatlah eratkan silaturraheem dengan Kak Soh& anak2 & cucu2 sedara. Dah lama betul tak berpeluang berbual2 macam ni, especially dengan Kak Soh. It really had been a very loooooong time. Masing2 sibuk memanjang.. kalu balik kampung pun jarang boleh jumpa, kalu jumpa pun tak sempat nak duduk2 berbual... namum begitu kasih sayang tetap utuh..cuma masa tidak begitu mengizinkan.
Ya Rabb! Engkau kurniakanlah kepada kami kelapangan masa agar dapat kami terus bertemu mempertautkan hati-hati kami demi Mu ya Allah...
















No comments:
Post a Comment