Bismillahirrahmanirraheem
1st August birthday Imran Hasif,
HAPPY BIRTHDAY IMRAN!!! dah 18 tahun budak ni... ingat, nak kena amek no hp & detail lain , nak bagi pada JIM IPT
31st July, Cek,'Arif, W Aziz, Ha & Labib sampai dari KB. Adik patut amek, dengarnya lambat, sampai pukul 5, pukul 6 baru gi amek..isy! isy!
Rabu 30/7 Lan balik KB ada meeting, sambil tu amek 'Arif & Ahmad. 'Arif cek nak bawa balik, nak bagi perangsang tengok kejayaan Labib dapat anugerah - tinggi harapan cek tu, nak 'Arif gi belajar di Mesir, jadi antara ulama' ditanahair..ameen. Tapi, Mesir..... hmmmm.. takpelah, tengok macamana...
Ahmad pula diberi tugas teman ayah sepanjang cek disini. Ni kes Ahmad jaga tok ayah ke tok ayah jaga ahmad.... tak kisahlah, bagi Ahmad rasa bertanggungjawab sket.
Rabu malam tu,Lan sampai KLIA around 9- katanya hati dalam dua, nak balik Melawati ke, nak balik Putrajaya, pagi2 esok ada meeting di Putrajaya, bunyi macam lebih berat nak ke Putrajaya. Apa-apa jelah,
'mana2 pun ok' kataku,walaupun dalam hati harap2nya balik Melawati... :)
pukul 10.30 dapat call lagi... errrr..
'tayar punctured! ' pastu kete tak nak start. Sian orang PLUS, berpeluh tukar tayar & cuba hidupkan kete.. battery lagilah tu. Baru lagi tukar, apalah nak jadi...semua nya eja 'fulus,fulusss'
Finally kawan dia datang bawa battery baru, alhamdulillah boleh start kete. By then dah hampir pukul 12, so confirmed balik Putrajaya... huhu
Pagi Khamis kelas B Arab takde,
Nadia ta'aban jiddan... bolehlah sembang2 dengan Cek & Ha sambil2 sediakan anak2 ke sekolah.Tengahari rombongan cek ke Amanahraya- ada taklimat, ikrar & macam2 lagi.
Alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang Labib, dia ditawarkan scholarship Amanahraya ke Mesir - tambah dengan adanya Ayah Din :) 'Arif pun ikut sama. Lan joined lepas habis urusan di Putrajaya, sekaligus bawa balik.
Bulan lepas Labib dah datang, terima anugerah cemerlang JAKIM alhamdulillah, the only one dari Kelantan - Hampir2 Hanif dapat , Labib dapat sebab keputusan SPM lebih sikit, walaupun sama2 10A. Keputusan STAM sama2 hebat, mumtaz??? kira top diKelantan.Sebelum anugerah JAKIM, dah dapat hadiah dari Sultan Kelantan, sebab results bagus tu. Untungnya jadi anak Kelantan............
Malam khamis lepas taklimat, kami keluar cari tiket bas balik di Greenwood.Janji dengan ustaz, 'Arif & Ahmad akan balik AlManar pagi Sabtu, ada program.
Laaaa...lupa, nak amek tiket Jumaat malam, orang bas tu kata dah lama habis!! orang Kelantan ramai ulang alik KL -KB, Jumaat malam naik bas ke KB, Ahad malam naik bas balik KL. Tu yang tiket bas dah habis.. ramai rupanya yang rutin macam tu. Tak sanggup rasanya, ada weekend husband..tapi kalu Allah dah takdirkan gitu, terpaksa terima. Kalau boleh, taknak lah, isteri tempatnya disamping suami......
Tiket Sabtu pagi masih ada, so decided nak beli untuk 3 orang , cek & 'Arif balik naik flight friday malam insyaAllah. Sibuk bincang, lupa nak masuk balik beli tiket! dah dekat sampai rumah baru teringat. Alaaaahai, terus ke Putra, sebab Greenwood dah nak tutup tadi. Rasa betul macam Pak Pandir :) By the time sampai umah, semua dah tidurrrr...zzzzzz....
Alhamdulillah, Jumaat pagi2 lagi diorang dah bertolak ke Hilton Central, tempat majlis. Takut terlekat dalam jam.Wah, pukul 8 dah sampai! Punyalah lama tunggu, patut mula pukul 9, dengarnya pukul 10 baru mula, sian Ha, lenguh punggung duduk katanya..hehe.
Selesai majlis, ada kudapan. Rupanya makanan dah sikit kureng!! balik umah berebut2 bilik air!!! Sian Cek, minum 2 gelas teh teramat pekat...
Then off they went to Nilai, nak ziarah Hana di USIM. Last week baru register. Plannya, dari Nilai terus hantar cek & 'Arif ke airport. Dah siap pesan pada Ha, make sure sampai airport by 6.30..... tapi seperti biasa, rush! rush! ke airport.... missed flight lagi!!! isssyyyyyy!! penat je book semalam... reason kali ni, Abang Zaini nak makan dengan cek, lambat habis, tu yang lambat ke airport... apa-apa je lah...... berasap jugak dengar, tapi ingatkan tentu ada hikmahnya... terima dengan tenang.....
'Atif called, blackout di rumah Melor.... Kotak fuse meletup! apa-apa je lah......
Pagi Sabtu lupa nak beli paper - Labib diinterview oleh the Star, mungkin keluar.. nantilah tanya.
Malam Jumaat masa berbual Labib dengan Hanif, Hanif kata ada berita kat TV, muka Labib keluar... dengar Labib tanya..
"Eh! handsome tak ana???" he he ..remaja tetap remaja......