Bismillahirrahmanirraheem
HAPPY BIRTHDAY KAK WAN!!!
my one & only beloved sis-in-law!
080808
... nice number, genap 50 tahun hari ni...... alhamdulillah, moga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki & di berkati hidup sentiasa. Cuba call klinik nak ucap selamat panjang umur.... tak de orang jawab pulak, masih awal, takkan cepat benar klinik tutup..... cuba & cuba lagi... sampailah..tingggg!! baru teringat, hari ni hari Jumaat, mana Klinik kat Besut buka... keh keh keh padan la takde orang angkat!
Panjang pulak berbual bila dapat call kat rumah.... usia meningkat, tali kehidupan yang masih tinggal makin pendek....
Moga sisa2 umur yang diberi Allah akan dapat kita menafaatkan sebaiknya untuk menyediakan bekalan menemuiNya nanti, insyaAllah, Ameen..
Hari ni tak ada kelas B Arab, baru tahu rupanya Nadia dah tak nak ajar kami, katanya 5 orang satu kelas sikit sangat... :( sedih! sedih! kelas kami 5 orang, tapi kami bayar sama ngan yang ada 8 orang.. nak join kelas satu lagi, kami ni dah agak advanced.. cewahhhhh.. tapi gitulah hakikatnya, Nadia pun cakap gitu....
tak taulah pulak apa isunya.. kami banyak sangat tanya kot..... tergagap2, broken sana broken sini Arabic kami, tapi redah je.... itu lah gamaknya yang dia tak minat..wallahua'lam.
Kena cari kelas lagi la nampaknya.... Bagus jugak kalu boleh ke Syria ke, Jordan ke, 2,3 bulan, pulun belajar Bahasa Arab... hmmmmmmmmmm.. idea! idea!
Semangat tetap ada, buat sendirilah, buku yang baru beli tu...
Hari ni memang kerja mengadap komputer saja, kata orang tak ingat makan minum.. banyaknya nak kena buat,mak datok! dah lah tu, bbrp ajk tak bagi gambar pulak, kenalah source dari album2 lama..tu yang banyak masa habis.
Apa pun, sebelum maghrib mesti stop!
Malam ni malam penuh debaran & bersejarah buat Khansa'.
... alhamdulillah, Farhan nak masuk meminang malam ni :)
Tunggu ayah Man terlekat dalam jam, kami sampai umah Ayah Long dah pukul sembilan. Rupanya rombongan lelaki juga terlekat dalam jam, selamatttttt! hehe
KYREZ menunggu dengan penuh debaran... hehe
Terkezut besar kami bila rombongan tiba! Laaa..tak sangkalah pulak ketua rombongan tu rupanya Ustaz Muhaimin! Farhan tu sepupu Ustaz... bersaudara lah pulak kita nampaknya!
"siaran Langsung. Sekarang sedang berjalan upacara pertunangan K Anca' "
Dah agak dah, mesti dia terkejut dengar berita ni!! nantilah nak post banyak2 gambar2 K Anca' tunang....
Bincang...bincang...bincang....
Sah lah sudah...Anca' kini tunangan orang!
Terharu baca SMS ucap selamat K Long & Afan nun jauh dari bumi kanggaroo
Ni rama-rama hinggap kat kepala, tumpang gembira!
Ni pulak kek nya... kami punya!
Ni kami-kami, tumpang GUMBIRA! & syukur..!
Doa kami moga pertunangan ini di berkati Allah & akan berakhir dengan ikatan suci pernikahan yang kekal ke akhir hayat, ameen!
Balik lambat lagi... bila lah boleh habiskan MM tu... tension ni! esok je tinggal..nak tak nak mesti habiskan! Esok mesti pulun......insyaAllah

















2 comments:
salam makcik uji..
ni atikah IIC yang dok pinjam kereta makcik tu..hehe..
wah..tahniah nk dpt bakal menantu..nanti kenduri jangan lupa jemput ye!hehe..
salam,
hehe., salah tu.... kak anca' tu anak sedara makcik, anak kedua tuan presiden JIM, pcik Zaid Kamaruddin.
sori mori, tak dapat lah mcik nak jemput..keh keh
kalu mcik nak dapat menantu, sure jemput atikah & kawan2 insyaAllah !
Apa-apa pun, doakan k anca' ya!
Post a Comment