Thursday Aug 28th, pagi2 lagi dah ready. Janji dengan Norazian nak temankan ke Palestin talk di Masjid Mujahideen Damansara. Awal2 lagi dia dah pesan, tak payah puasa hari ni, diorang ada sediakan lunch, kecik hati nanti kalu kita tak makan... ok lah..
Anak2 Lan uruskan - Ulfah hantar kerumah Hanny, Zharif ke rumah Anfal & Filzah ke rumah Latifah. TQ sangat for your understanding & support..... Kerja2 gini kalu tak dapat support dari family & friends memang amat payah. TQ Allah atas kurniaan ini.
Punyalah awal bertolak...8.15 dah hit the road.Ingatkan mula pukul 9.30, rupa2nya 10.30!!
Takpelah ada masa sikit untuk berbual - biasanya kalu jumpa tak pernah sempat nak sembang2, asyik rushing je....
Dah dekat nak sampai, jam teruk! sampai dah hampir 9.30, breakfast dulu, nak pegi terus awal sangat :)
The talk was really good! Pakej "Airmata Palestin" was specifically for the ladies. Salute to team JKPA for coming up with presentation packages for various audiences.
Penyampaian amat lancar, confident & terkesan pada jiwa2 yang hadir. Even me, yang dah berapa puluh kali dengar pun , masih menitiskan airmata. Tak tertanggung rasanya penderitaan yang terpaksa saudara2 kita disana hadapi.
Bantulah apa yang mampu kerana mereka telah menggadaikan keluarga, harta ,jiwa serta nyawa mereka mempertahankan bumi alQuds. Dan kita??? nak keluarkan Rm10 pun amat berkira..
Collection for the day adalah RM2020, alhamdulillah. Moga sumbangan ini akan meringankan bebanan mereka disana & dikira amal soleh para dermawan.
Dengan jumlah ini Alhamdulillah tercapai target JIM AJ untuk menyumbang RM15K ketabung Palestin, Allahuakbar!
Walau pun dah tercapai, kutipan akan tetap diteruskan, insyaAllah.

Majlis perpisahan was for:
- Ahmad Mus & Zarina - moving to Ipoh
- Wan Abdullah & Zaidah - moving to Putrajaya
- Sofi & Zid - moving to Rawang
Alahai, kehilangan penggerak lagi kami... Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik insyaAllah.
Majlis juga welcome back ahli2 yang baru balik ke Ampang Jaya
- Tahir & Faridah - back from US
- Mazura & husband - back from Holland
















No comments:
Post a Comment