AHLAN RAMADHAN KAREEM!
Syukur sangat diketemukan Allah sekali lagi dengan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan didalamnya dijanjikan rahmah, keampunan & pembebasan dari api neraka! InsyaAllah tidak akan dipersiakan peluang yang terbentang luas, peluang mengutip pahala & ganjaran dimana pada bulan mulia ini Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi setiap amalan hambaNya.
Seperti Ramadhan yang lepas, kami berazam menghabiskan masa di Masjid AsSyakirin, KLCC seawal waktu berbuka sehingga selesai tarawikh. Anak-anak juga sudah bersedia & menunggu-nunggu kedatangan bulan mulia ini.
InsyaAllah bila berada dimasjid, masa-masa luang dipenuhi dengan tadarrus al Qur'an. Berbuka dimasjid juga mengajar kami dan anak-anak tidak mengutamakan juadah yang beraneka macam semasa iftar. kalau nak dihitung, memang banyak kelebihan berbuka & seterusnya berada di masjid sehingga selesai terawikh - untuk menikmatinya, cubalah!
Satu kenyataan yang perlu kita faham & terima hakikatnya adalah kita hanya akan lepas dari neraka dan masuk kesyurga dgn rahmat Allah yg maha besar,kerana kalau kita ingin masuk syurga dengan amal kita, sebiji mata yg diberi Allah tidak dapat kita bayar dengan semua amal2 kita.
Berikut juga adalah satu kenyataan yang juga perlu difahami...
Perutusan Mursyid ‘Am Ikhwan sempena bulan Ramadan
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba’d
Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan
Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan. Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ”.... supaya kamu bertakwa”. (al-Baqarah:
Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (al-Baqarah268). Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan dari segala belenggu di dunia dan akhirat. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)
Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. ”Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Ahqaf:31)
Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. ”Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Ahqaf:32) “Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira” (al-Rum:4)
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
محمد مهدي عاكف
المرشد العام للإخوان المسلمين
Ramadhan 1429.
















No comments:
Post a Comment