O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Tuesday, September 02, 2008

Phooh! that was a real scare!!!!!

Bismillahirrahmanirraheem
MAD berjalan lancar, alhamdulillah, di Dewan PIBG, al Amin KL. Infact, terlalu lancar, pukul 2lebih baru selesai!!

Di awal sesi, persembahan istimewa dari Ammar Sahrim & Hanif Zaid, sungguh bersemangat! mak cik pak cik juga diminta participate, terkenang masa muda2 dulu, dengan semangat juang yang tinggi..pun masih belum luntur, alhamdulillah. Moga semangat tidak akan luntur hingga keakhir hayat, semangat yang diiringi dengan kerja, insyaAllah.

Pelancaran Blog JIM AJ - alhamdulillah gimmick yang menarik & cemerlang dari Khawlah! Thumbs up!! Boleh lah lawati Blog ni, walaupun masih banyak yang perlu di tambahbaik...

http://ampangjaya.jim.org.my/


problem, problem.. dah lupa macamana nak upload gambar..... nak masuk ke FileZilla pun tak boleh..nak kena tanya Aziz lagi nih.....huhu
___________________________________________________________________

Perutusan YDP JIM Ampang Jaya

Sempena Pelancaran Blog JIM Ampang Jaya


Assalamualaikum wrt


Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah diatas keizinan dan kekuatan yang dianugerahkan kepada para penggerak JIM Ampang Jaya (JIMAJ), satu lagi usaha dakwah telah dapat dibina dengan pelancaran Blog JIMAJ ini.


Saya ingin merakamkan tahniah dan jzkk kepada Hjh Wan Fauziah dan team beliau yang dapat merealisasikan satu inisiatif murni ini. Semoga kehadiran blog JIMAJ ini akan menyemarakkan lagi dakwah Islamiah yang kita dokong bersama.


Pada bulan Julai 2008 yang lalu, dengan kesedaran pentingnya impak komunikasi maklumat dan media, JIMAJ telah melantik Sdri Khawlah Sahrim sebagai Pegawai Media JIMAJ. Adalah menjadi pengharapan kita bahawa gandingan beliau dan pelancaran blog JIMAJ akan dapat menyebarluaskan lagi aktivisme dan dakwah kita.


Dengan populariti blog yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya kira pelancaran blog JIMAJ tepat pada masanya dan dapat menjadi satu media yang boleh diarusperdanakan. Ianya menjadi satu wadah sebaran, perkongsian maklumat, takungan ilmu dan medan jalinan ukhuwwah bukan saja dikalangan 390 ahli JIMAJ tetapi sesama rakan taulan dan seluruh ummah. Saya yakin blog ini akan disertai ramai berdasarkan sambutan yang memberangsangkan yang diperolehi pada tahun lepas terhadap portal JIMAJ dimana dalam satu kajian “tracking” yang dilaksanakan oleh JIM-IT Pusat, portal JIMAJ menduduki ranking ke 5 selepas portal-portal yang bersifat nasional iaitu JIM, Karisma, Wanita dan PPN.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan warga JIMAJ diatas kesudian Tuan Haji Mazmi Kamal, Yang DiPertua JIM Selangor untuk merasmikan pelancaran blog JIMAJ pada Mesyuarat Agung Daerah JIM Ampang Jaya pada 28 Syaaban 1429 / 30 Ogos 2008.


Sekian. Wassalam.

Syed Saleh Syed Abdul Rahman

YDP JIMAJ
__________________________________________________________________
PP JIM AJ - modify yang wanita punya..tak cukup masa, idea pun kering..takpelah!



Plannnig awal, lepas MAD terus ke Putrajaya.
Planning akhir, nampaknya jauh lari.... Lepas MAD sampai rumah dah hampir 'asr. Report MPWN belum hantar pada Maznah, so curi masa sikit kat depan computer. Sungguh pun ringkas,ambil masa juga. Dah siap, Lan pulak kena sambung report IRBM. So tunggu lagi!

Ulfah ajak Asma & Asiah sekali. Pastu ajak Aisyah & Abas juga.. Asma' & Asiah sampai petang sebab bagitau nak bertolak lepas 'asr :). Aisyah pulak tak henti2 telefon tanya bila nak amek... Finally, lepas maghrib kami bertolak, alhamdulillah..

Berhenti dulu di Carrefour utk beli bahan2 BBQ - kalu esok baru nak beli memang tak sempat.. Van memang penuh, dengan barang2 & kurma yang nak drop pada Yan di Kajang. Bertambah2 penuh bila tambah barang2 makanan yang baru beli...anak2 tak complain, alhamdulillah, walaupun tenggelam dalam barang!

Lepas drop kurma, lega sikit. By the time sampai Putrajaya dah hampir tengah malam.

Sampai je depan pintu rumah, berderau darah bila teringat bil air lama dah tak bayar. Ya Allah! Ya Allah! habislah kalu kena potong, esok nak ada jamuan...
lan rushed to the kitchen, keluar balik geleng2 kepala..oh My God! air kat dapur takde!

Dalam kepala dah ada perancangan... semua akan mandi & lain2 urusan diri di masjid, air tangki simpan utk urusan jamuan..beres!

Went in to check, mmg ya paip dapur kontang! Laaa... kat bilik air pun kering! apa jadi? tangki kering ke??? Lan naik check kalu2 ada paip atas tak tutup masa last datang..ok je, semua tutup, alhamdulillah.

Keluar check, meter intact, lega...belum potong.. Tapi Lan kata potong,they just off the main pipe, tak boleh on kan sendiri, kena guna special gadget..pulakkkk...

Keluar check lagi sekali, ok je...kepala paip masih ada. ohhhh...rupa2nya ada orang tolong tutupkan!! padanlah takde air.

Phooh! that was a real scare!!!!!LEGA!LEGA! LEGA! ALHAMDULILLAH!

Masuk balik & buka semua paip, to create pressure. After sometime, air tangki mula masuk paip, mulanya dripping, pastu laju macam biasa. ALHAMDULILLAH!!

Waduh! dulu letrik, kali ni air plak!! namun ini nothing compared to situasi di Palestin, infact, it is SO SHAMEFUL of me to EVEN THINK of comparing... astaghfirullah...

YA ALLAH,SELAMATKANLAH BUMI PALESTIN, HANCURKANLAH PUAK-PUAK ZIONIS!!

No comments: