O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Tuesday, April 22, 2008

SUBHANALLAH........ALHAMDULILLAH!

Bismillahirrahmanirraheeem

Dah lama & banyak kali tanya, dari bulan lepas lagi...
are u or are u not????

jawapan tetap sama..apala ummi ni.....!!??

hari ni teka teki terjawab! Alhamdulillah!

kalu versi baba :)
subhanallah!......................................................................................alhamdulillah

hmmmmm.....

JUALAN AMAL PALESTIN 13 APRIL 2008

Bismillahirrahmanirraheem



Isu Palestin is very close to my heart.
Buatlah apa yang terdaya demi mengurangkan penderitaan saudara2 kita di sana, agar tidak nanti bila disoal Allah, kita tidak mempunyai jawapan. alangkah parahnya kita di tika itu...

banyak yang boleh kita lakukan:
  • sebarkan maklumat2 tentang kekejaman zionis yahudi
  • berikan kefahaman pada masyarakat tentang kedudukan Palestin , sesungguhnya 'Palestin adalah jantung hati kita'
  • lancarkan kutipan/tabung sumbangan untuk dihantar kesana
  • BOIKOT barang2 Israel & SEKUTU2NYA. yakinlah kita boleh hidup tanpa menggunakan barangan mereka!

    pada 13 april 2008 , WJIM AJ telah mengadakan Roadshow Palestin & Jualan Amal Palestin di Flat ArRidhuan , Hulu Kelang. Alhamdulillah , dalam kecoh ada manisnya :)
----- Original Message ----- To: jimaj
Sent: Monday, April 14, 2008 9:59 AM
Subject: [JIMAJ-net] Al Kisah Jumble Sale


Assalamualaikum,

Ana mengucapkan Jazakumulahukhairan kepada SEMUA yang bertungkus-lumus menjayakan JUMBLE SALE dan ceramah Palestin semalam terutamanya peneraju Kak Latifah dan Kak Azian Anidin.
Ana nak kongsi pengalaman yang tak boleh dilupakan semasa hari tersebut supaya menjadi pengajaran dan jugak motivasi kepada yang lain yang tak dapat menyertai "thrill" nya jumble sale tersebut. Terutama di permulaan pagi.
Sesampainya ana di sana (agak 8.50) bersama husband, dah ramai yang berkumpul. Sebelum sempat kami membentang tikar dan meletakkan barang2 yang telah di asingkan awalnya mengikut harga dari 20 sen, 50 sen, rm 1, rm 2, rm 3 dan 5, kami telah di serbu oleh mereka yang awal lagi dah berkumpul macam menunggu kedatangan kami.
Yang ana ternampak mulanya K Syarifah, K Mala, Jasmina , K Ogy dalam keadaan sungguh kalut dengan duit tukar, tanda harga ,bekas duit dan barang belum disediakan lagi , mereka terpaksa melayan pembeli2 yang terus memunggah sendiri barang2 dan berebut2 memilih barang dan menanya harga. Kita ngomong2 nyuruh sabar dia ngak ngerti gitu........
Habis...lah semua perancangan awal.......opps....lupalak, lepas tu nampak lah akhi Zun Arif, akh Wan Ahmad dan my husband macam terkedu tak leh buat apa2, begitu "kagum" dengan sambutan yang amat menggalakan, agaknya sampai tak leh bergerak.
Semasa ana terus mengasingkan barang ketempatnya masing2, petugas2 yang baru sedikit datang terpaksa jaga 2 longgok barang sekali, terpaksa menyuruh bapak-bapak yang sudah memunggah barang dalam kotak2, beg2 supaya membawa sendiri barang tersebut ke longgokan mengikut harga barang masing2. Dalam keributan tersebut, ramai yang mengambil kesempatan!
Ada volunteer ni, cakapnya bisa saja, bisa saja...., tolong angkat beg yg isi baju rm 5, terus buka dekat loggok rm2..... alhamdulillah ana ikut sama, mcm tak sedap hati ...
On instant ana kaut balik baju tu masuk beg dan suruh dia letak di longgok rm5 ( tempatnya tak de banting harga lagi dan tak de tikar!!!!) Waduh! waduh! gimana ni!? mana satu mau bikin......nak minta tolong yg lain semua dah occupied.
Sampai ter...suruh lah my husband, akh zun dan wan minta jaga beberapa longgok.
Sambil tu tengok jugak kat belakang, makin ramai yang punggah barang dalam kotak.
Ana nampak 3 orang lelaki ajk surau kot, dan sorang perempuan, terus minta jaga longgok yg ada. Ambik JIM Ampang Jaya punya nametag yg k.Ogy buat cantik2 suruh dia orang pakai. Alahai! sebabnya ada Indon (opps) yg ada uncang, buat inisiatif pulak tolong kutip duit.....K yan pun announce....bagi duit pd yg pakai nametag saja.
Yang tengah punggah barang kat kotak tu, kita cakap sabar-sabar nnti kena letak dekat tempatnya dulu......lansung tak faham bahasa, buat dek je. Dah mula bercampur antara barang2 dalam kotak2 tu. Tak leh jadi ni..
Barang2 peribadi pun kena jaga! Bakul k. yan dah di bawak gi..katanya pd k ogy nak pinjam taruk barang....terus lesap.
Stroller baby pun nyaris....ana pun tak tahu apa jadi. Akhawat yg buka gerai pun kena gi jauh2, takut kena ambil pekakas jualan jadi jumble sale!
Yang free gift tu lansung tak jalan, suruh ambil kupon atas belian rm10, tak praktikal kat dia org. Lama....ana curah kat brg 50 sen.
Haaah, habislah cerita aksi-aksi mencemaskan..
Lepas tu lega lah sikit, banyak barang jugak dah di beli, betul ke tidak yg dibayar dgn yang diambil....wallahu'alam!
Mula pulak sesi nak promosi ceramah palestin. Tabung palestin masih tak terisi. Maka di promote lah cabutan bertuah, sambil K Yan kering tekak menyeru penduduk sekitar masuk ke dewan. Sekali lagi dia org macam tak faham apa tu cabutan bertuah, takut2 nak masuk dewan. Akhirnya adalah 23 org yg dengar. Tahniah pd k.yan, nampak airmuka peserta tu berkesan jugak.
Sambil tu team remaja k Dah sibuk dgn anak2 remaja , isi borang soal selidik. Ana dapat tahu dlm 30 org, mengikut gaya bahasanya bukan org melayu.
Rupanya mereka tu ramai dari luar, bukan penghuni rumah flat tu, ini dr kata penghuni situ yg turun lewat 12 tghri. Yg penghuni ni tak sedar ada ceramah palestin dan jumble sale......rugilah dia...Yg melayu, boleh di kira dgn jari bilangannya yg datang.

Cukuplah setakat tu rasanya....rasanya boleh ana umumkan kat sini kutipan jumble sale kasarnya rm1500...Tahniah pd unit kebajikan.
Semoga meningkatkan motivati untuk terus menerobos masuk ke dalam masyarakat! Ini baru permulaan...

KW

----------------------------------------------------------------------------------------
----- Original Message -----
From: wan fauziah ummu 'atif
To: JIMAJ-net@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, April 15, 2008 10:36 AM
Subject: Re: [JIMAJ-net] Al Kisah Jumble Sale

Assalamu'alaikum wrb
err...jangan lupa tufayl.. & menantu saya, safwan... juga bujang2 norazian/en taufik!

'thrill' sungguh!

TAHNIAH! pada

  • KW - yang begitu komited & tak kenal jemu
  • ukht Latifah & gang kebajikan - yang begiti mantap merancang & melaksanakan
  • ukht Norazian & gang Palestin - yang begitu bersemangat, memukau hadirin serta berjaya menarik adik2 karisma international bersama menjayakan prog
  • & esp pada kita semua - yang menolong, yang menyumbang, yang mencari sumbangan, yang membeli, yang menyokong serta yang mendoakan.


Moga segala usaha diterima Allah sebagai 'amal soleh insyaAllah

alhamdulillah, jumble sale (jualan amal palestin) ni is a good platform utk eratkan ukhuwwah sesama kita - before, during & after the sale. dah lama tak duduk makan berlonggok..

kena bw kerusi, kaki paling 'thrill' bila 5 jam lebih berdiri...
btw, baby stroller tu ana ada terima bayarannya.... bakul tu je yang lesap

GAMBAR2 BOLEH DILIHAT DI http://picasaweb.google.com/wfauziah/JUALANAMALPALESTIN?authkey=8PZ9DaCQEo0


Monday, March 17, 2008

TAIPING 15 MAC & WALIMAH BARA' 16 MAC 08

Bismillahirrahmanirraheem
15 mac ada jemputan walimah sepupu afan di Taiping, Jauh tu, tapi mengenangkan 'keluarga baru', we have to go.
lepas hantar anak2 naik bas di Greenwood, niatnya nak terus bertolak. dung dang, dung dang, akhirnya bertolak pukul 12 lebih...aduhai, pukul berapa nak sampai ni? congak2 sempatlah insyaAllah sebelum pukul 4 . makan, sembang2 kejap, terus bertolak balik, nak kejar meeting pukul 9.... itu yang dirancang lah! konon...
The journey was smooth & pleasant, alhamdulillah. Afan tak ikut, ada kelas. kalu kami lah.... sure ponteng punyer!!
sampai Taiping around 3, taklah pecut sangat... jalan all the way clear, jd tak de tersekat kat mana2.
Sekali lagi, sampai je depan pintu, hujan turun dengan amat lebatnya!! memanglah Taiping tempat paling 'basah' di Malaysia, tapi tak sangka plak, sambutan begitu mengharukan! yang herannya, masuk je rumah, hujan pun reda..... masa tu dah hampir basah kuyup, walaupun guna payung.. apalah nasib..
niat nak duduk sekejap, akhirnya pukul 6 baru bertolak balik...... By the time sampai KL dah pukul 10 - masa balik banyak berhenti, beli jambu lah, makan lah, solat lah.... By the time sampai, too pooped to go for the meeting, Lan je lah tang pegi...

Hari ahad 16 Mac walimah Bara' pulak, d Masjid Salahuddin Al Ayyubi. Ramai jumpa kawan2 lama, alhamdulillah.

CEPAT MASA BERLALU - apa bikin masa cuti:2

Bismillahirrahmanirraheem

Pagi2 lagi afan & lan dah balik melawati - kerja. tinggallah kami terkulat2 takde transport, takde makanan.... korek punya korek, jumpa maggi, beli masa last visit. Makanan kenduri yang dibekalkan mak mok pun ada, alhamdulillah.

memang bonding betul dengan anak2, lepak2 baca buku, surat khabar lama, magazines lama.... aman damai tak de tv!

Malam kuar makan kat bangi, tapi tak best sebab terjadi episod yang tak dirancang... tak leh gi situ dah, nanti teringat balik cerita sedih.

Selasa janji nak ke MISA bila k long bawa balik van. tunggu punya tunggu punya tunggu... pukul 2 baru sampai. frust jugak, kalau2 tak sempat. meleset rupanya.

Bunyi je gah, Malaysia International Space Adventure, harga masuk pun gah jugak! Tak de adventure pun, banyak display/exhibits yang dah rosak & malfunction.. perrgh!! tapi boleh lah, something rather than nothing.





pastu gi cari makan di Taman Warisan Pertanian. Ingat nak explore sikit, lewat lagi.... dah tutup , kecuali tempat makan.

CEPAT MASA BERLALU - apa bikin masa cuti:1

Bismillahirrahmanirraheem
Alhamdulillah, seminggu berlalu begitu cepat... Anak2 yang dikasihi terasanya begitu pendek masa bersama , menghabiskan cuti . Kehadiran semua anak2 begitu menggembirakan hati ini, ditambah dengan kehadiran menantu yang dikasihi. Riuh tetap riuh, namun keriuhan ini umpama halwa telinga, menggawatkan suasana, menambahkan kegirangan dihati.
Tidak dapat dibayangkan kehidupan tanpa anak2. Tentu sunyi dan lara. Ya Allah, terima kasih atas kurniaan ni'mat ini. ku mohon Engkau peliharalah keimanan mereka & keturunan kami. Berilah kami petunjuk untuk mmembimbing mereka kejalan yang Engkau redhai. Ameen

'Atif,'Arif & Ahmad sampai pagi jumaat. semua nampak keletihan. alhamdulillah 'arif sanggup tengokkan adik2 - terus ke taman medan bersama jannah dengan k long & 'atif. moga2 penglibatan ini menjadi kenangan manis bagi anak2 walaupun belum lg layak mengundi kali ini!


hari mengundi, sabtu 8/3, pagi2 lagi selepas hantar 'Atif ke program KBM di al Amin, ke pj untuk bertugas sebagai polling agent di sekolah sri petaling. lan jadi driver, bw sekali norliah & juneta juga k long yang bertugas satu syif,11am - 2pm.


alahai, macam2 gelagat pengundi - jaga saluran 1, semuanya tua2 belaka..... :) peringkat umur ni mmg dah payah nak swing .... betul pun! bila kiraan dibuat petang tu, saluran 1 kalah by 8 undi..aisey...


ada yg tak tahu mana nak pangkah, alih2 pangkah belakang kertas undi.. alahai...


ada plak yg tak tahu nak buat apa dengan kertas undi yg di bagi...alahai...


bila petugas bgtau apa kena buat, dah.. kena tengking kat anak yg tunggu kat luar..

'hoi! lu cakap sama dia apa pangkah ka???

terkebil2 petugas... sambil tu merungut jg... lain kali ajar lah mak tu apa kena buat..


macam-macam.. tp bila difikirkan, tentunya makcik pakcik tua ni bukan kali pertama mengundi, macamana boleh lupa....


namun,itulah ketetapan Allah, dalam surah al Hajj, ayat 5 yang antaranya bermaksud


"......dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya....."


ya Allah, aku mohon pada Mu agar tidaklah memanjangkan umurku sampai 'pikun' - agar tidak menjadi bebanan pada anak cucu. Namun aku juga takut andai kembali pada Mu dalam keadaan belum bersedia & bekalan yang sedikit....


habis bertugas pukul 2 lebih, terus gi solat & makan di klgcc. kami belum mengundi sbb pegi pukul 8 pagi, barisan dah sampai ke luar pagar..


kejar punya kejar... laaa...jam lah pulak kat ulu kelang. kencang debaran kalau2 tak sempat mengundi... alhamdulillah, sampai kat pusat mengundi d smk taman melawati tepat jam 4.47pm, 13 minit lagi sebelum tutup.... phew!! dalam termengah2 tu saspen jgk kalu2 salah pangkah.. bbrp kali check nak pastikan, baca satu2, pusing kertas kiri kanan.. by the time keluar dah tinggal bbrp minit , tp nampak ada lg yang datang ...


lepas ronda2 taman melawati tengok suasana meriah pondok2 panas & poster2 dimerata tempat,terus balik rumah rehat ngan anak2 - meriahlah pulak rumah, dengan anak2 nashita & anak2 azian. taklah teruk sangat arif jaga, masing2 ada aktiviti sendiri, alhamdulillah


lepas isya' decide nak gi dengar keputusan di sk sungai pusu. ingatkan sekejap je......

pukul 3.30 pagi masih tak nak isytihar.... bladder dah tak tahan, filzah pun dah meragam..

terpaksalah balik. ingat nak balik kejap je...

kepala rasa berat satu macam....ingat nak baring kejap je...terus lelap sampai subuh.. hehe

sunday morning, dalam pening-pening lalat, ke al Amin untuk sesi anak2 KBM dengan ibubapa. pusing kiri, pusing kanan, ramai lagi nampaknya yang pening lalat.... lalat pun lalat lah, janji puassss...... alhamdulillah

Hari ni ada 3 walimah, aduuuhh...

janji dengan k long & afan, bawa adik2 dari rumah,jumpa rumah zan (azlin kawin), kitorang terus dari sekolah.
kak long sms kata dah sampai... bila kami sampai, intai2.... manalah diorang ni.....

pastu k long sms lagi, ummi katne? nape lambat sangat???
call dia, alih2 dengar bunyi kompang kat belakang.. eh biar betul, tak de pun orang main kompang kat sini!! laaaaaaa..... diorang gi kenduri lain!!! entah rumah sape... rezeki..rezeki... alhamdulillah..

selesai rumah zan/abg din, kami ke Kelang rumah mak mok, anak dia kawin (sepupu afan). Lewat lagi!! sampai je hujan turun dengan lebatnya...sambut pengantin lama.. antara yg masih ada ialah k satariah & en sapa dan mar sekeluarga.

dari situ terus kami semua ke rumah w lina fauzi - mjlis maryam di shah alam. jumpa ina abang & mc lah ayah man. yang lain semua dah balik - mmg terlalulah lewat, majlis patutnya habis pukul 4, kami sampai pukul 6... tak pelah, at least bolehlah besan berbual lama sikit, kalu ramai orang tak ada peluang nak sembang lama2..alhamdulillah..
Sebelum maghrib, bertolak pula ke Bukit Jelutong - nak ziarah mak ucu yang patah ibu jari kaki... wahhh, bukan main bebas lagi filzah, rupa2nya dia dah pernah datang ngan k long & afan...
Lepas solat maghrib ke taman tun sekejap jenguk tapak rumah baru besan. pastu terus ke Putrajaya. sampai sana semua dah nak pengsan...

anak2 sentiasa diingatkan,
jaga silaturrahim, ada peluang pastikan ziarah, ada jemputan wajib pegi kecuali ada sebab2 yang syar'ie. penat memang penat tp hubungan kekeluargaan wajib di utamakan. Moga anak2 akan ingat pesan baba & ummi ini. tidak kita yang menghubungkan, siapa lagi..

Friday, March 07, 2008

Semalam birthday k long - her 21st!

HAPPY BIRTHDAY LONG!!!

ONE SPECIAL DAY, dok fikir2 apa yg special boleh bagi - something to remember by....

Special card for a special daughter on her special day!
Puisi lagi untuk anakku... some special thoughts for a special person.. Moga bait-bait ini akan menjadikan K Long insan yang bertaqwa, sentiasa mensyukuri rahmat dan kurniaan Allah serta lebih menghargai insan-insan yang kan sentiasa kasihkan dirimu.




Tengahari Anfal minta hantarkan Ulya & Zharif, tukar duty, she'll pick them up petang nanti

On the way back, called Lan,tengah jalan balik lepas jumpa Janise.. alhamdulillah! good news.. more on this later, insyaAllah. Janji nak jumpa di Jusco, lunch & ingat nak cari apa2 yg sesuai... nothing...

Tengah makan, Anfal called, tanya Umar ada tak.. oh my gosh! I totally forgot about him! patutnya lepas drop Ulya, amek Umar wat balik.. janji nak gi amek pasni insyaAllah

I had something in mind.. & picking Umar was a good excuse to get away from K Long. Left her in MPH & rushed to Delima Emas after sending Umar home... Hope she likes it .. :)

Tuesday, March 04, 2008

DEMAM PR LAGI.....

Bismillahirrahmanirraheem

Pagi tadi terima SMS, begini bunyinya

"Dollah badawi & samy vellu in helicopter,looking down at KL.Dollah said 'if i throw 2 RM100 notes, 2 ppl are going to be happy'. samy said 'if i throw 200 RM1 notes, 200 ppl will be happy'. pilot heard and said 'if i throw both of u out, 27 million malaysians will be very happy!!!' keh keh keh.....

Petang tadi ke rumah Zai di permata, gotong royong isi surat untuk pengundi kedalam envelopes. Alhamdulillah, sekejap je siap 15000.

Meriahh! meriahh!

Monday morning, pagi2 lagi dah ready nak ke Taman Medan.Hari ni my turn to help out apa yg patut. Janji ke rumah Dah latest 7.30am. aduhai.. nak ke AU4 pun dah jam teruk! dengan orang nak gi keje, budak nak gi sekolah-it took us a good 20 mins to get there, on normal days, 5 min dah sampai...
Naik MRR2, jam lagi... mujurlah Dah tahu jalan & Mus'ab pun cekap. Masuk SMART Tunnel, Federal H'way, pastu entah jalan mana lagi, sedar2 dah sampai Taman Medan alhamdulillah!
Lepas breakfast, joined Niza & Gang di Jalan Templer. Pengalaman baru... berdiri tepi jalan kat traffic lights, kibar bendera, lambai2, senyum, thumbs up, pastu bila kete berenti traffic lights merah, we distributed the flyers! Best jugak!! People kept honking as a show of support, lambai2, thumbs up, wind down windows nak amek flyers. Ada jugak yang berenti tepi jalan minta flyers masa lampu hijau, yang lain kat belakang pun kenalah jugak berenti - bolehlah kami bagi2 pada yg lain gak! Mintaknya janganlah ada yg complain ganggu traffic!!

Chinese & Indians biasanya angkat tangan tinggi2, honk panjang2, sengeh pun memanjang. Tapi ada jugak yang masam mencuka.. hehehe.
Those yang dalam kete kerajaan (syabas, mppj etc) nampak macam nak angkat gak tangan, tapi x berani, last2 angkat kontot je sambil lambai slow2, antara nampak ngan tidak! kelakar!!

Ada abang polis tu, 2,3 kali round. senyum meleret. ada niat nak tangkap kami ke???

After more than 2 hours, beredar ke Restoran Baiduri teman diorang breakfast. Niza berbual panjang dgn En Kamaruzzaman, tuan punya kedai.

Then balik ke bilik gerakan depan masjid. tolong lipat & sort flyers yang berlambak. sian lina tu buat sorang2!

Petang teman Niza ke rumah2 yang 'must visit'. macam2 kerenah manusia

- pak cik nak bendera, ada 15 pengundi kat rumah dia, semua anak(10) menantu mengundi di situ!
- budak pakai baju umno, tukar baju keadilan :)
- rumah yang ada semua bendera sederet!
- m cik tak berapa betul..

kenangan manis PR12! tapi alhamdulillah kali ni tak kena kejar anjing macam PR11 dulu......

By the time sampai umah, dah 'asr.

Thank you Lan for taking care of Filzah, siap bawa ke ofis lagi...
Thank you K Long for picking Zharif & Ulya

banyak lg gambar2 pr -> http://picasaweb.google.com/wfauziah/PRU12MARCH6MARCH9?authkey=BO8Or8jR3kQ

Then Othman sms nak 80 lagi tags! kali ni dah pandai sikit, alhamdulillah almost siap before keluar at 9. Ingat nak bagi terus, tak dapat juga, tak de tali. esok jelah..

Malam ada solat hajat di surau kompleks JIM untuk Syed Uzair followed by majlis di bilik mesyuarat, alhamdulillah.

Dirakamkan doa yang dikirim oleh Sila utk anakanda Uzair....

From: noursila halim
To: JIMAJ-net@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, March 04, 2008 8:17 AM
Subject: Re: [JIMAJ-net] Syed Uzair - kemalangan jalanraya

Dengan nama Allah yang menyembuhkan
dengan nama Allah yang mencukupkan
dengan nama Allah yang menyihatkan
dengan nama Allah yang dengan namaNYA tidak memberi mudarat sesuatu apa jua di bumi dan diatas langit
dan dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Sembuhkanlah dan kembalikanlah kesihatan Adik Uzair
agar dia kembali menjadi hamba yang taat kepadaMu
dan menjadi anak yang berbakti kepada orang tuanya.

Ameen Ya Rabb.
>

Sunday, March 02, 2008

JOM JOIN DEMAM PR!

Bismillahirrahmanirraheem

hee hee hee..enjoy!









dalam banyak2 email, i really like this one... hee hee

In ...@yahoogroups. com, " @... > wrote:
>
> Dari mula hidup hingga sampai ke liang lahat sentiasa kena patuh pada BARISAN..
>
> Bila dah mati .. nak di semayangkan pun kena buat BARISAN.
>
> > Angkat karenda dari rumah ke kubur pun kena patuh pada BARISAN
>
> Nak di tanam di Kubur pun kena pastikan liang Lahat mesti ikut BARISAN
>
> Masuk tiang lahat pun yang mengangkat mayat kena ikut BARISAN juga.
>
> >
> Akhirnya segala BARISAN terpaksa di tinggalkan kerana
>
> Semua yang hadir menghantar ke kubur terpaksa akur dengan
>
> Tok imam dalam satu BULATAN untuk mendengar Talqin si mati...
>
>
>
> Dah mati baru sedar yang BULATAN tu penting...
>
> > Hee hee heee....
>
> > Janganlah kita tunggu dah mati baru nak percatya pada BULATAN..
>
> Ayuhlah sama-sama kita Sokong BULATAN.
>
>

Tuesday, January 29, 2008

OH NO! NOT AGAIN!!!!

Bismillahirrahmanirraheem

27th jan ada mtg WJS, Lan pulak ada mtg kat KL, manalah nak letak anak2 yang 3 ni........ Kak Long & abg Long masih honeymoon di Legend.... kalau tidak, alangkah bagusnya!! he he

Saturday morning sms K Long to wish her well in her IELTS pagi tu, sms juga pada Afan to wish him well in his exams... u both better do well!! honeymoon , honeymoon jugak, exams jangan sekali diabaikan...... he he senang cakap mertua ni..

petang tu alhamdulillah digerakkan hati oleh Allah nak call K Long. tup tup dia kata malam nanti nak check out, esok Afan ada hal lepas exams, tak leh nak amek in time to check out tghari.

worry not! Your baba, as usual had brilliant ideas! Don't check out yet! we'll come and join u on your honeymoon!! tsk! tsk! and so it went, the whole family joined the pengantin on their honeymoon... haru, haru.. but that solved A LOT of problems, alhamdulillah

Sunday morning janji dengan Sila nak gi sekali ke Pej JIM Sepang, tunggu di ESSO MRR2 at 9 since mtg was scheduled at 10. yet another brilliant idea from the father... tumpang Afan g exam di UIA , kenalah kuar awal ..

Sila will pick up me up at home since it was still early. niat dihati nak rehat2, baring2 dulu. Dengan girangnya buka pintu, after Afan dropped me off at the gate.

Drip! drip! drip! what's that??? OH MY GOD!!! NOT AGAIN!!!
water was dripping from upstairs, flooding & wetting everything downstairs....no!no! no! not again! we went through this before, long time ago... when arif was about 4 - yes, that long but it's still fresh in my mind...

He discovered that by covering the water outlet, he could turn the bathroom into a 'swimming pool'..... that morning he had a whale of a time wading in the 'pool'! and of 'cos it overflowed......., by the time we discovered, it was too late. Innalillah to the parquet flooring upstairs

it was only dec 2006 that we managed to persuade pok cek to change the flooring in the boys' room & repair the ones in the master bedroom. The girls' rooms - it was supposed to be changed last dec - tapi sibuklah pulak k long nak bertunang! and now................ boo hoo hoo

slowly crept upstairs to find the cause of the problem this time. Ouch! it was my fault...... didn't tighten the piping to the cistern properly when changing it the night before we went to legend. Everything was soaking wet, everything .... Bilik k long jadi mini swimming pool.....

Oh my! what a way to sambut menantu......

Friday, January 25, 2008

JIM-IPT

Bismillahirrahmanirraheem

"Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a." Sheikh Mustafa Masyhur (rah)

Itu lah realitinya, perjalanan yang panjang ini tidak akan terhenti hingga keakhirnya, insyaAllah. Berhenti seketika dari cerita-ceriti walimah-satu fasa baru dalam kehidupan keluarga kami- kini masa untuk berpijak dialam nyata!

Apalah sangat sumbangan yg boleh diberi dalam usaha2 pembinaan pewaris ini - banyak kekangan, banyak kekurangan & tidak kurang halangan hambatan masa.. namun isu ini is something very close to my heart... demi apa ya, semestinya lillahita'ala. Disamping, ada lagi demi2 yang berbau duniawi...

  • demi anak2 tercinta - ingin sekali melihat zuriat kami bersama dijalan ini.. setiap waktu, doa dipanjat agar kami & keturunan kami ditetapkan dijalan yang diredhaiNya, dipelihara Iman & jangan dipadamkanNya Nur yang telah dicampakkan ke dalam hati2 kami. Gerun sekali melihat berbagai gejala yang melanda generasi akhir zaman - gejala murtad khususnya. Na'udzubillahimindzaliq. Ya Allah, perkenankanlah doa2 seorang ibu ini..
  • demi anak2 sahabat seperjuangan - anak2 ini umpama anak2 kami sendiri & mereka juga rakan anak2 kami - tidak patut anak2 ini diabaikan!
  • demi anak2 yang tidak dikenali, namun semuanya berpotensi & perlu disantuni..
  • demi diri ini - takut juga nanti disoal oleh Allah RabbulJalil, dimana sumbangan kamu????

maka berbekalkan demi-demi ini, tiada cara lain kecuali mainkan peranan, walau sekecil mana

Maka peranan kecil yang diambil adalah menjana dana utk menampung usaha2 pembinaan rijaal ini. Usaha2 ini perlukan sokongan dari semua pendokong & alhamdulillah usaha yg sedikit ini telah membuahkan hasil - walaupun taklah sebanyak mana... JZKK pada SEMUA yang telah memainkan peranan menjayakannya. Moga sokongan ini berterusan ditahun ini, insyaAllah.

For the record, JK Dana JIM-IPT Pusat telah usahakan perkara2 dibawah: Menyemarakkan penyertaan Rayuan Ramadhan - alhamdulillah


Assalamu'alaikum wrb

WAHHH!!! WAHHH!!!! WAHHHH!!!

ALHAMDULILLAH!!!
ALHAMDULILLAH!!!ALHAMDULILLAH!!!ALHAMDULILLAH!!!ALHAMDULILLAH!!!ALHAMDULILLAH!!!

SUKA HATI BETUL KITA PAGI NI!! (BARU DAPAT BACA MEL)JZKK ATAS BANTUAN, MERAMAIKAN PENYUMBANG UTK JIM IPT. MOGA ALLAH BERKATI & RAHMATI JUN SELALU.
EID MUBARAK!
JUMPA DI PROJEK QURBAN LAK, INSYAALLAH :)

Wassalam

SAYANG SOKMO.....
MC WAN
- berbaloi lengoh2 tangan menge'cop' !! hehehe


----- Original Message -----
From: JK Dana JIM Pusat
To: Naqibnet Operasi
Cc: JIM Tn Hj Rashid ; JIM Tn Hj Tn Yaakob ; JIMHQ Juwita ; a.j.u.n
Sent: Thursday, October 18, 2007 4:54 PM
Subject: [NaqibNet-Operasi] Hebahan 6: Pemenang Rayuan Ramadhan 1428H

Assalamualaikum wbt,
Terkini dari rayuan Ramadhan;
Alhamdulillah.. Segala sumbangan iftar dari penderma budiman telah selamat diagihkan sebelum berakhirnya Ramadhan 1428H. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan untuk saudara-saudara kita yang kurang berkemampuan di luar sana.
Di antara penerima sumbangan adalah;
1. Human Relief for Development Society, Beirut
2. Tmn Pendidikan Al Quran Al Hamasah, Meulaboh
3. Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja
4. Ittihadun Nisa
5. Ba'atu Zakat Awqaaf, Malawi City Philliphines
6. Anak Yatim Acheh
7. Hidayah Centre
8. Mangsa gempabumi, Selatan Sumatera
9. Jawatankuasa Madrasah Ar Rahmaniah, Selatan Thai
10. Yayasan Pendidikan Islam Aman
11. Muslim Foundation for Culture and Development
12. Turath Charity Organization, Sudan
13. Anak Yatim dan Fakir Miskin di Sulawesi dan beberapa negara lain
14. GMI
Jumlah sumbangan yang telah dihantar adalah;
Iftar RM 61,000.00
Sedekah RM 26,500.00
JUMLAH RM 87,500.00
Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul adalah;
Jumlah kutipan iftar RM 65,318.40
Jumlah kutipan sedekah RM 54,321.60
Jumlah keseluruhan RM 119,730.00
*(setelah ditolak kos pengurusan)
Sumbangan sedekah yang masih dalam proses penghantaran RM 32,140.00. Mohon doakan sekali lagi, mudah-mudahan Allah permudahkan lagi urusan kali ini. Jazakumullahu khairan katheera.

Jumlah kutipan terkini ( 6 Syawal 1428H / 18 Oktober 2007);

JIM
Penyertaan
Iftar
Sedekah
Jumlah
yang berjaya dikumpul
Ampang Jaya
12
RM 1,355.00
RM 1,525.00
RM 2,880.00
Barat Daya
3
RM 750.00
RM 250.00
RM 1,000.00
Batu
35
RM 4,225.00
RM 4,470.25
RM 8,695.25
Batu Pahat
2
RM 960.00
RM 500.00
RM 1,460.00
Cheras
1
RM 200.00
RM 200.00
RM 400.00
DHL
7
RM 1,450.00
RM 650.00
RM 2,100.00
Dungun
2
RM 1,360.00
RM 700.00
RM 2,060.00
Gombak
12
RM 1,500.00
RM 2,312.83
RM 3,812.83
HQ
123
RM 24,124.00
RM 21,289.00
RM 45,413.00
Hulu Selangor
3
RM 1,100.00
RM 700.00
RM 1,800.00
Hulu Langat
1
RM 100.00
-
RM 100.00
Ipoh
4
RM 405.00
RM 205.00
RM 610.00
IPT Pusat
40
RM 5,930.00
RM 6,180.00
RM 12,110.00
Johor
4
RM 550.00
RM 650.00
RM 1,200.00
Johor Bahru
4
RM 3,719.80
RM 50.00
RM 3,819.80
Kangar
1
RM 213.00
-
RM 213.00
Karisma
22
RM 3,419.00
RM 3,361.00
RM 6,780.00
Kedah
6
RM 525.00
RM 285.00
RM 810.00
Kelantan
2
RM 600.00
-
RM 600.00
Kemaman
6
RM 350.00
RM 1,000.00
RM 1,350.00
KL
11
RM 2478.70
RM 1,178.70
RM 3,757.40
Klang
2
RM 200.00
RM 100.00
RM 300.00
Kluang
2
RM 275.00
RM 25.00
RM 300.00
Kota Bharu
5
RM 350.00
RM 50.00
RM 400.00
Kota Kinabalu
9
RM 700.00
RM 330.00
RM 1,030.00
Kuala Langat
4
RM 450.00
RM 550.00
RM 1,000.00
Kuala Terengganu
9
RM 990.00
RM 460.00
RM 1,450.00
Kuantan
3
RM 150.00
RM 150.00
RM 300.00
Melaka
5
RM 585.00
RM 375.00
RM 1060.00
Muar
1
RM 25.00
RM 25.00
RM 50.00
Negeri Sembilan
12
RM 1,370.00
RM 2,390.00
RM 3,760.00
Pahang
1
RM 50.00
RM 50.00
RM 100.00
Perak
9
RM 995.00
RM 2,002.55
RM 2,997.55
Perlis
6
RM 750.00
RM 110.00
RM 860.00
Petaling
12
RM 2,150.00
RM 1,637.00
RM 3,787.00
Petaling Jaya
7
RM 350.00
RM 1,350.00
RM 1,700.00
Pulau Pinang
14
RM 1,625.00
RM 1,050.00
RM 2,675.00
Sabah
1
RM 300.00
RM 300.00
RM 600.00
Sepang
3
RM 175.00
RM 75.00
RM 250.00
SPU
4
RM 800.00
RM 1,000.00
RM 1,800.00
Sungai Petani
1
RM 250.00
RM 250.00
RM 500.00
Terengganu
2
RM 150.00
RM 950.00
RM 1,100.00
Timur Laut
16
RM 2,271.50
RM 556.00
RM 2,827.50
Titiwangsa
9
RM 1,765.00
RM 870.00
RM 2,635.00
WJIM Petaling
5
RM 425.00
RM 85.00
RM 510.00
WJIM Pusat
2
RM 60.00
RM 60.00
RM 120.00
TOTAL
446
RM 72,576.00
RM 60,357.33
RM
133,033.33


Perhatian:
Bersama-sama ini dikepilkan senarai nama penyumbang rayuan Ramadhan 1428H untuk makluman semua.

Sepertimana yang dijanjikan, komisen akan diberikan kepada JIM Negeri / Daerah yang berjaya mengumpul kutipan yang tertinggi. Berdasarkan pada jadual di atas, pemenang pada tahun ini adalah;

JIM IPT (Pusat)
JIM Batu
Karisma
TAHNIAH!! diucapkan kepada pemenang2 pada tahun ini.Keep up the good work !! Kepada JIM Negeri / daerah yang tidak berjaya boleh mencuba sekali lagi untuk projek Qurban yang akan datang November ini, InsyaAllah..

Syukran jazilan atas perhatian semua,
_ _ _
Jun
Sekretariat Rayuan Ramadhan 1428H
03-41089669 / 03-41053159
6 Syawal 1428H / 18 Oktober 2007
*************************************************
Qurban-Aqiqah 1428 - alhamdulillah!

----- Original Message -----
From: Sekretariat Qurban / Aqiqah
To: JIM ; JIM AJ ; JIM Salam
Cc: Email RamadhanQurban
Sent: Tuesday, December 25, 2007 11:54 AM
Subject: [JIMAJ-net] Hebahan 12: Makluman terkini qurban / aqiqah 1428H

Assalamualaikum wbt,

Terkini dari rayuan qurban / aqiqah 1428H

Segala puji bagi Allah… Dengan izinNYA, agihan qurban / aqiqah telah berjaya dilaksanakan pada eiduladha yang lepas. Alhamdulillah. Berkat doa dari semua.

Jazakumullahu khairan katheera kepada semua YDP, pengurus kutipan (PK) dan semua yang terlibat secara lansung @ tidak lansung dalam program ini. Semoga Allah memberkati dan merahmati antum semua, wallahu’alam.

Dikesempatan ini juga, ana ingin memohon maaf di atas kelewatan memaklumkan makluman terkini mengenai program qurban 1428H.

Terkini;
Agihan qurban / aqiqah telah diagihkan ke;

Agihan
Qurban
(Ekor)

Aqiqah
(Ekor)

Kemboja
62
14
Mindanao
15
-
Palestin
10
-
Acheh
6
-
Selatan Thai
130
-
Jogja
3
-
Makassar
3
-
Sri Lanka
5
-
Afghanistan
2
-
Daffur, Sudan
2
-
HC
5
-
RS
3
-
DERU Johor
3
-
Lain-lain
105
-

354
14

Di antara organisasi yang menerima qurban / aqiqah adalah;
1. Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja
2. Ittihadun Nisa Foundation Inc
3. Mindanao True World Association
4. Baitu Zakat Awqaaf Foundations Inc
5. Wakef Of Al-Raafa Social Association
6. Human Charity for Relief and Development
7. Human Relief for Development Society
8. Partai Keadilan Sejahtera
9. Dayah Darul Hijrah
10. Taman Pendidikan Al Quran Al Hamasah
11. Maahad Muhammadi
12. Jawatankuasa Madrasah Ar Rahmaniah
13. Aksi Cepat Tanggap
14. Yayasan Ar Rahmah
15. Muslim Foundation for Culture and Development
16. Humantarian Assistance Society
17. Turath Charity Organization
18. Hidayah Centre Bukit Beruntung, Negeri Sembilan, MACMA Kajang, Pulau Pinang
19. Pesantren As Salam Kalimantan
20. RS Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang
21. Mangsa banjir di Johor

Jumlah qurban / aqiqah yang telah dihantar adalah;
Qurban RM 363,842.26
Aqiqah RM 4,684.40
JUMLAH RM 368,526.66

Jumlah qurban / aqiqah yang berjaya dikumpul adalah;
Jumlah kutipan qurban RM 395,100.00
Jumlah kutipan aqiqah RM 24,725.00
Jumlah keseluruhan RM 419,825.00

Makluman:
Bersama-sama ini dikepilkan senarai nama peserta qurban / aqiqah 1428H untuk makluman semua.

Untuk komisen, mohon beri sedikit waktu lagi.

Alhamdulillah, semua resit telah diposkan semalam.

Laporan program dan sijil masih dalam proses. InsyaAllah, kami akan poskan kepada semua peserta dalam tempoh yang terdekat ini. Mohon beri tempoh sebulan untuk kami menghantarkannya.

Jumlah kutipan terkini ( 25 Disember 1428H / 15 Zulhijjah 2007);


JIM
Penyertaan
Qurban
Aqiqah
Jumlah
yang berjaya dikumpul
Alor Gajah
3
RM900.00
-
RM900.00
Ampang Jaya
6
RM1,800.00
-
RM1,800.00
Barat Daya
2
RM600.00
-
RM600.00
Batu
43
RM21,300.00
RM 500.00
RM21,800.00
Batu Pahat
6
RM1,500.00
RM300.00
RM1,800.00
Bintulu
12
RM3,300.00
RM600.00
RM3,900.00
Cheras
4
RM1,200.00
-
RM1,200.00
DHL
40
RM11,100.00
RM1,100.00
RM12,200.00
Gombak
22
RM6,900.00
-
RM6,900.00
HQ
247
RM76,400.00
RM4,900.00
RM81,300.00
Hulu Langat
8
RM1,800.00
RM600.00
RM2,400.00
Hulu Selangor
2
RM600.00
-
RM600.00
Ipoh
22
RM6,300.00
RM300.00
RM6,600.00
JIM IPT
77
RM22,800.00
RM1,000.00
RM23,800.00
JIM KL
1
RM300.00
-
RM300.00
Johor
7
RM2,100.00
-
RM2,100.00
Johor Bahru
16
RM5,100.00
RM300.00
RM5,400.00
Kangar
7
RM2,400.00
-
RM2,400.00
Karisma
86
RM26,700.00
RM800.00
RM27,500.00
Kedah
6
RM1,800.00
-
RM1,800.00
Kelantan
14
RM4,200.00
-
RM4,200.00
Kemaman
11
RM3,900.00
RM300.00
RM4,200.00
Klang
28
RM8,400.00
-
RM8,400.00
Kluang
69
RM20,700.00
-
RM20,700.00
Kota Setar
2
RM600.00
-
RM600.00
Kuala Terengganu
12
RM3,600.00
-
RM3,600.00
Kubang Pasu
1
RM300.00
-
RM300.00
Kulim
8
RM2,400.00
-
RM2,400.00
Manjung
3
RM900.00
-
RM900.00
Melaka
56
RM14,100.00
RM3,600.00
RM17,700.00
Negeri Sembilan
7
RM3,000.00
RM900.00
RM3,900.00
Pahang
3
RM900.00
-
RM900.00
Perak
1
RM300.00
-
RM300.00
Perlis
16
RM4,800.00
-
RM4,800.00
Petaling
34
RM9,700.00
RM300.00
RM10,000.00
Petaling Jaya
19
RM9,000.00
RM1,200.00
RM10,200.00
Pulau Pinang
38
RM11,400.00
RM1,000.00
RM12,400.00
Sarawak
9
RM2,700.00
-
RM2,700.00
Selangor
10
RM3,000.00
-
RM3,000.00
Seremban
6
RM1,800.00
-
RM1,800.00
SPT
1
RM300.00
-
RM300.00
SPU
4
RM1,200.00
-
RM1,200.00
Sungai Petani
5
RM1,500.00
-
RM1,500.00
Terengganu
9
RM2,700.00
-
RM2,700.00
Timur Laut
16
RM4,800.00
-
RM4,800.00
Titiwangsa
6
RM1,800.00
RM625.00 (Sumbangan)
RM2,425.00
WJ Gombak
1
RM300.00
-
RM300.00
WJIM Pusat
23
RM 6,300.00
RM 800.00
RM 7,100.00
Tiada cop
207
RM74,400.00
RM5,600.00
RM80,000.00
TOTAL
1,241
RM 395,100.00
RM
24,725.00
RM 419,825.00

Akhirul kalam, doa dari semua didambakan agar Allah memudahkan segala urusan. Wallahu’alam.

Syukran jazilan atas perhatian dan keprihatinan semua,
_ _ _
Jun
Sekretariat Rayuan Qurban / Aqiqah 1428H
03-41089669 / 03-41053159
25 Disember 2007 / 15 Zulhijjah 1428H
********************************************************
Kurma MUMTAZ - alhamdulillah

alhamdulillah jualan JIM-IPT melebihi RM30K. bila difikir2. kat mana lah jual sampai banyak tu, dalam masa sebulan lebih sikit. Subhanallah! tak nak fikir lah. nak kena rancang untk Ramadhan depan insyaAllah. Moga diperluaskan pintu rezeki oleh Allah. untuk musim ni. JIM -IPT dapat RM1055,alhamdulillah

----- Original Message -----
From: JIM IPT
To: JIM-IPT-Pusat@yahoogroups.com ; JIM-IPT ; KARISMA-Operasi@yahoogroups.com
Cc: NN-O
Sent: Tuesday, July 31, 2007 4:50 PM
Subject: menjana DANA JIM-IPT melalui KURMA WANITA JIM MUSIM 1428H!!!

Assalamu'alaikum wrb

Sebagai satu usaha menjana DANA JIM-IPT PUSAT, kami telah membuat MOU dengan pembekal kurma Wanita JIM, yang insyaAllah akan memberi pulangan lumayan jika mendapat kerjasama penuh & mantap dari SEMUA yang PEDULI ISU PEMBINAAN PELAPIS...

Mohon kerjasama ikhwah akhawat membeli kurma kita....
Bagi yang berminat menambah pendapatan, peluang terbuka luas dengan mendaftar diri sebagai PENGEDAR. (tiada yuran pendaftaran dikenakan....)
jika berminat , Sila hubungi WAN FAUZIAH - 019 3374400/ wfauziah@gmail.com) - SEGERA!!!

Moga segala usaha di berkati Allah & dipermudahkanNya segala urusan
JZKK

wassalam

MUMTAZ 250G & 500G
(HARGA JUALAN RM7.50 & RM13.50)

DEGLET NOUR(KURMA BERTANGKAI 500G) RM 15.00 SAHAJA
PACKING YANG MUDAH & MENARIK!
KURMA WANITA JIM MUNCUL LAGI !!!
KALI INI DENGAN
"OUR VERY OWN BRAND"!!!
MUMTAZ!!!
(.. satu lagi product of Islah group..)

insyaAllah SUPREME QUALITY DATES yang tiada di pasaran,kecuali melalui pengedar2 sah WANITA JIM

pastikan tahun ini anda berbuka dengan MUMTAZ!!

Disamping menjadi pembeli/pengguna, anda juga ditawarkan menjadi PENGEDAR
peluang menjana dana..... menambah pendapatan..
moga dengan bertambah pendapatan, bertambah infaq Ramadhan tahun ini...

Kami juga menawarkan khidmat penyediaan
corporate gifts
cenderahati untuk walimah dll
juga sesuai untuk dijadikan hadiah menyambut ramadhan pada kakitangan pejabat, sanak saudara & jiran tetangga. moga bertambah keberkatan ramadhan & mengeratkan lagi ukhuwwah!

untuk maklumat lanjut/tempahan hubungi SEGERA

WAN FAUZIAH 019 3374400/ wfauziah@gmail.com

Wassalam

----- Original Message -----
From: marlina meor
To: JIMAJ ; naqibnet operasi ; kwjnet
Sent: Friday, September 14, 2007 11:46 PM
Subject: [NaqibNet-Operasi] Kurma Mumtaz
Assalamu'alaikum wrb,

Ramadhan Mubarak untuk semua.Semoga kita dianugerahkan kesihatan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang berkat & mulia ini.

Di sini ana ingin memanjat kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memudahkan urusan projek kurma Mumtaz.Ana juga ingin mengucapkan jazakumullahukhairan kathira kepada semua yang terlibat :

1) Ukht Nora Mohamad dari Fajar Nida' Ent

2) Ukht Ros dari WJIM Kemaman

-Fajar Nida' Ent & WJIM Kemaman telah bergabung dengan WJIM Ampang Jaya untuk menjalankan projek ini.

3) Penyumbang modal terutama yang menyumbang sebanyak RM25000 untuk memulakan projek ini.InsyaAllah kita akan sama-sama berkongsi keuntungan sebagaimana perjanjian tempoh hari.

3) Ukht Suzibazura Wahid - Pengerusi Operasi yang begitu gigih sekali

4) AJK Kurma & Wakil Kawasan WJIM Ampang Jaya

5) Ukht Wan Fauziah Wan Kadir - Wakil IPT yang begitu giat sekali melakukan pemasaran.Ana rasa Ukht Uji ini boleh diberi gelaran Wakil Yang Paling Aktif.

6) JIM Pusat

7) JIM Daerah & Negeri yang terlibat memasarkan kurma Mumtaz ini.

dan juga tidak lupa kepada suami-suami yang membenarkan isteri-isteri mereka terlibat dalam projek ini dan juga sesiapa sahaja yang terlibat secara lansung atau tidak lansung di dalam projek ini.

Alhamdulillah kami telah dapat membekalkan kurma Mumtaz dari bulan Rejab lagi dan Insya Allah akan melabuhkan tirai pada pertengahan Ramadhan.Sambutan di luar jangkaan adalah satu kejutan buat kami dan kami dapat menjual hampir tiga kali ganda berbanding tahun lepas.Kami meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi pesanan yang makin mendatang kerana kehabisan stok kurma Mumtaz.Kurma yang kami tempah tempoh hari dibuat secara konservatif memandangkan kami tidak mempunyai modal yang banyak.

Alhamdulillah projek secara muafakat ini membawa berkat.Apa kata kita bersama-sama bergabung tenaga di projek kurma Mumtaz akan datang agar lebih banyak modal yang dapat dikumpulkan dan kita sama-sama beroleh untung.Semakin banyak dana yang kita kumpulkan semakin banyaklah aktiviti dakwah yang dapat kita jalankan.

Akhir kalam,SELAMAT BERIFTAR dengan kurma MUMTAZ.

Marlina Binti Meor Abd Ghani

Ketua Unit Ekonomi WJIM Ampang Jaya

*******************************************************

  • zakat MAIPS

Thursday, January 24, 2008

SENANG, TP X LAH MUDAH......

Bismillahirrahmanirraheem

More on walimah..... sowwy..

Alhamdulillah di berikan Allah ketenangan dari awal hingga selesai majlis. in fact, bila dah pukul 5, rasa cepat betul masa berlalu. Mingling around with the guests, rasanya tidak ada yang terabai. Sempat jumpa & berbual walau sekejap, dengan setiap yang hadir.

Selepas menyambut bakal besan, masing2 mengambil tempat & tunggu K Long keluar

dup! dup! dup!

Sume ok je..Bila K Long dah duduk, Che Rahimi mulakan majlis dengan bacaan ayat2 suci Al Qur'an. di ikuti dengan menjemput wakil2 keluarga kedua belah pihak memberi kata aluan. Majlis kemudiannya di serahkan pada Tuan Imam.

Mar's email to the nets best described the whole proceedings :)

Rupanya, taklah semudah yang disangka...Lan had been practising the whole night, reading the text, even. still.... Well, it at least lightened the mood...keh keh keh

Majlis penyerahan ... now, that's classic! Where did my voice go????? It got stuck somewhere & refused to come out, my, my.... According to Munzir, tiap kali berhenti, makin lebat deraian hujan.. he got proof!

Let's see what Mar had to say, & the pictures tell a thousand stories...
--------------------------------------------------------------------------

-----Original Message-----
From: JIMAJ-net@yahoogroups.com [mailto:JIMAJ-net@yahoogroups.com] On Behalf Of marlina meor
Sent: Wednesday, January 23, 2008 6:55 PMTo: JIMAJ
Cc: naqibnet operasi
Subject: [JIMAJ-net] Walimah Safwan Afrah


Semasa mendapat berita tentang perkahwinan Afrah yang akan dilansungkan pada 19hb Jan,hati ini begitu gembira.Walau pun bukan anak sendiri,tetapi turut tumpang gembira kerana umminya,Uji,telah ku kenal sejak 34 tahun yang lalu.Maklumlah satu kolej,MRSMKB.Kemudian melanjutkan pelajaran ketempat yang sama,Adelaide, Australia.Pernah pula tinggal serumah sewaktu suaminya pulang terlebih dahulu ke Malaysia. Sekarang pula tinggal berdekatan di kawasan Taman Melawati.Suamiku juga mengenali suaminya sejak 1978 lagi.Sama-sama pula membuat kursus Kejuruteraan Awam.Pernah pula tinggal serumah sewaktu suamiku di zaman bujangnya.Apabila mendapat tahu yang Afrah akan mengahwini Safwan,anak sepupuku sendiri, walaupun terkejut tetapi hati ini bertambah gembira.Kini kami mempunyai talian persaudaraan. Semasa mendapat tahu walimahnya akan diadakan di Kelantan,ada yang bertanya kepadaku kenapa dibuat jauh sangat,seolah-olah tidak mahu kawan-kawan meraikan bersama-sama.Uji mempunyai alasannya tersendiri untuk mengadakan walimah di Kelantan..Hubungan antara Afrah yang menuntut di Kelantan dengan datuknya adalah akrab.Walimah ini diadakan di Kelantan untuk membolehkan datuk Afrah melihat hari bahagia cucunya memandangkan datuknya tidak boleh berjalan jauh. JIM Kelantan telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan majlis ini.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dari upacara akad nikah hinggalah ke jamuan kepada para tamu yang hadhir.Terdapat sedikit kesilapan semasa upacara akad nikah dimana pengantin lelaki hanya berjaya melafazkan dengan lancar pada lafaz yang ketiga kali.Darah gemuruh kot sehingga tersasul menyebut mas kahwin sebanyakRM5,bukannya RM5000 pada kali pertama.Kali kedua pula tersasul menyebut Wan Afrah binti Wan Ibrahim,bukannya Wan Afrah binti Wan Ahmad Nizar.Bapa pengantin perempuan pun turut tersasul semasa menjadi wali dalam upacara akad nikah ni.Sama-sama gementar kot.Maklumlah mewalikan anaknya yang pertama. Sewaktu kedua-dua pengantin menunaikan solat sunat,para hadirin telah dihidangkan dengan tayangan yang disediakan oleh Safrah Production.Selesai slot ini,majlis peyerahan anak telah diadakan dimana bapa pengantin perempuan menyerahkan anak perempuannya kepada pengantin lelaki.Ini disusuli dengan ibu pengantin perempuan memberi kata-kata nasihat dan panduan kepada anaknya yang kini telah menjadi tanggung jawab suaminya pula.Sesi ini agak sedih menyebabkan ramai yang yang tidak tahan sehingga mengalirkan airmata.Setelah kedua-dua pengantin bersalam-salaman dengan kedua-dua ibubapa dan mertua, mereka dijemput untuk membuka banner yang dihadiahkan oleh JIM Kelantan.Majlis ini ditutup dengan ucapan dan bacaan doa oleh pengantin lelaki. Jamuan telah diadakan dari pukul 12 tghari hingga petang.Antara tetamu yang hadir ialah Ukth Noriah Idris & suami (JIM Gombak),Ukth Marlina & keluarga(JIM A.Jaya)Akh Presiden Zaid Kamaruddin(bapa saudara pengantin perempuan) & isteri,Abu Dzar & keluarga(JIM IPT),adik-adik Karisma yang terdiri dari Imaduddin & rakan-rakannya & rakan-rakan pengantin perempuan yang terdiri dari Amirah & rakan-rakannya.Sudah semestinya ramai yang hadhir ialah ahli-ahli JIM Kelantan yang menyumbang tenaga mereka dalam melancarkan majlis tersebut.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah rakan sekolej ibu pengantin perempuan.Suasana memang meriah.Maklumlah lama tidak bersua muka.Berbagai cerita yang ingin dikongsikan

ALLAHUMMA BARIK LAHUMA,WABARIK 'ALAIHUMA, WALJAMA'A BAINAHUMA FIL KHAIR

_________________________________

Ini respon dari NorAzian
MashaAllah!....terasalah kami ada bersama di majlis.....jauh dimata dekat d hati....k.uji yang dikasihi.Jazakillah! mar ,kerana sudi berkongsi cerita & gambar2 pernikahan. Walau pun ana baru setahun jagung dalam jim & baru mengenali antum semua...namun ukhuwah islamiah terasa dah lama mengenali... Allahu akbar!....Semoga jodoh pengantin baru & lama(ayahnda,bonda mereka pun!!!) dirahmati,dberkati & diredhai Allah.amin,amin,amin!! Tahniah!!,tahniah!..tahniah!!. ...bilalah agaknya kami2 ni nak dapat menantu plak!.
______________________________
and mine...
Assalamu'alaikum wrb
JZKK Mar! alhamdulillah sungguh terperinci lapuran!!
harapnya terubat rasa gundah sahabat2 yang tidak dapat turut serta.
alhamdulillah dengan pernikahan ini, kami kini juga bersaudara dengan akh Zaid Johan & ukht Latifah MMeerah (sepupu Mar)..

kami juga ingin mengucapkan JZKK pada yang telah berkesempatan hadir meraikan pengantin & meriahkan majlis. moga segala pengorbanan dibalas Allah dengan sebaik ganjaran.
Juga pada yang tidak dapat hadir, JZKK atas doa & ingatan semua.

Kepada Akh Che Rahimi & Dr Hafidzah serta team JIM Kelantan, JZKK yang tidak terhingga atas segala pertolongan & usaha yang memungkinkan majlis berjalan lancar & cantik sekali..kehadiran antum juga menambahkan meriah & keberkatan majlis insyaAllah.

Bagi pihak keluarga, kami mohon berbanyak maaf atas segala kekurangan. Jemputlah lagi ke Melor, jengok2 atok ayah & nenek cek afrah....

Moga Allah rahmati semua.
Wassalam
Wan Ahmad Nizar & Wan Fauziah

>

briefing...bila baba sentap, jawab terus.... Noooo problemo!

.......RM 5! sttttttrrrrike 1 !!

RM,RM malaysia, ringgit.. arrrgh ... sttttrrrrrrike 2!!

aiseyyy!

.....wan afrah wan ibrahim.... oops!! stttrrrrike 3!!!

aisey! aiseyyy!! aiseyyyyy!!!!

oh oh, ramai lah plak peminat...

.......TUNAAAAAAAAIIIIIII...!!!!! alhamdulillah..

phoooooh! lega...... berbaloi datang jauh-jauh...

Ameeen!! ameen!! ameeeennnnnn!!!!

ini lah riwayat hidup menantu ku.... excellent, sarah!

anakku afrah.....

errmmmm...

oh oh...

oh oh oh.....

enough tears...... with this ring....

and with this ring.......

and with this kiss.....

we r one big happy family now, alhamdulillah

Long, take good care of yourself, don't talk to strangers, don't walk alone... bla...bla.... just like the old days.....

THANK YOU JIM KELANTAN!!!!

jutaan terima kasih pada semua yg telah .... bla..bla...

bagi pihak keluarga.... bla..bla...

When cek wanted to put up the pelamin, we insisted that it should be in the room, solely for phototaking purpose. alhamdulillah, Da agreed to do it & it was simple but beautiful, alhamdulillah.

She did mention about acara merenjis, since the idea was dismissed, it was never brought up again. Rupa2nya dalam diam, cek berpakat with Namaziah & Su Sir to go ahead with it.It's OK by me actually, as long as it's in the room & a ladies-only affair. Rasulullah pun benarkan , bersukaria meraikan perkahwinan, sesama wanita - tiada tabarruj, tiada percampuran lelaki wanita.

She was satisfied & happy with it - acara Cek! - and esp knowing that i'd have approved it anyway!

where are all my darling boys...? the only pic of 'atif so far.....sedih & terkilan they were not in the pictures. Semua dah nicely dressed as instructed...somehow.... in the excitement, nobody remembered. i'm sorry..

SELAMAT PENGANTIN BARU!

WELCOME TO THE FAMILY, AFAN - THIS TIME FOR REAL....

MOGA HIDUP SENTIASA DALAM RAHMAT & KEBERKATAN ALLAH