More on walimah..... sowwy..
Alhamdulillah di berikan Allah ketenangan dari awal hingga selesai majlis. in fact, bila dah pukul 5, rasa cepat betul masa berlalu. Mingling around with the guests, rasanya tidak ada yang terabai. Sempat jumpa & berbual walau sekejap, dengan setiap yang hadir.
Selepas menyambut bakal besan, masing2 mengambil tempat & tunggu K Long keluar
Sume ok je..Bila K Long dah duduk, Che Rahimi mulakan majlis dengan bacaan ayat2 suci Al Qur'an. di ikuti dengan menjemput wakil2 keluarga kedua belah pihak memberi kata aluan. Majlis kemudiannya di serahkan pada Tuan Imam.
Mar's email to the nets best described the whole proceedings :)
Rupanya, taklah semudah yang disangka...Lan had been practising the whole night, reading the text, even. still.... Well, it at least lightened the mood...keh keh keh
Majlis penyerahan ... now, that's classic! Where did my voice go????? It got stuck somewhere & refused to come out, my, my.... According to Munzir, tiap kali berhenti, makin lebat deraian hujan.. he got proof!
Let's see what Mar had to say, & the pictures tell a thousand stories...
--------------------------------------------------------------------------
-----Original Message-----
From: JIMAJ-net@yahoogroups.com [mailto:JIMAJ-net@yahoogroups.com] On Behalf Of marlina meor
Sent: Wednesday, January 23, 2008 6:55 PMTo: JIMAJ
Cc: naqibnet operasi
Subject: [JIMAJ-net] Walimah Safwan Afrah
Semasa mendapat berita tentang perkahwinan Afrah yang akan dilansungkan pada 19hb Jan,hati ini begitu gembira.Walau pun bukan anak sendiri,tetapi turut tumpang gembira kerana umminya,Uji,telah ku kenal sejak 34 tahun yang lalu.Maklumlah satu kolej,MRSMKB.Kemudian melanjutkan pelajaran ketempat yang sama,Adelaide, Australia.Pernah pula tinggal serumah sewaktu suaminya pulang terlebih dahulu ke Malaysia. Sekarang pula tinggal berdekatan di kawasan Taman Melawati.Suamiku juga mengenali suaminya sejak 1978 lagi.Sama-sama pula membuat kursus Kejuruteraan Awam.Pernah pula tinggal serumah sewaktu suamiku di zaman bujangnya.Apabila mendapat tahu yang Afrah akan mengahwini Safwan,anak sepupuku sendiri, walaupun terkejut tetapi hati ini bertambah gembira.Kini kami mempunyai talian persaudaraan. Semasa mendapat tahu walimahnya akan diadakan di Kelantan,ada yang bertanya kepadaku kenapa dibuat jauh sangat,seolah-olah tidak mahu kawan-kawan meraikan bersama-sama.Uji mempunyai alasannya tersendiri untuk mengadakan walimah di Kelantan..Hubungan antara Afrah yang menuntut di Kelantan dengan datuknya adalah akrab.Walimah ini diadakan di Kelantan untuk membolehkan datuk Afrah melihat hari bahagia cucunya memandangkan datuknya tidak boleh berjalan jauh. JIM Kelantan telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan majlis ini.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dari upacara akad nikah hinggalah ke jamuan kepada para tamu yang hadhir.Terdapat sedikit kesilapan semasa upacara akad nikah dimana pengantin lelaki hanya berjaya melafazkan dengan lancar pada lafaz yang ketiga kali.Darah gemuruh kot sehingga tersasul menyebut mas kahwin sebanyakRM5,bukannya RM5000 pada kali pertama.Kali kedua pula tersasul menyebut Wan Afrah binti Wan Ibrahim,bukannya Wan Afrah binti Wan Ahmad Nizar.Bapa pengantin perempuan pun turut tersasul semasa menjadi wali dalam upacara akad nikah ni.Sama-sama gementar kot.Maklumlah mewalikan anaknya yang pertama. Sewaktu kedua-dua pengantin menunaikan solat sunat,para hadirin telah dihidangkan dengan tayangan yang disediakan oleh Safrah Production.Selesai slot ini,majlis peyerahan anak telah diadakan dimana bapa pengantin perempuan menyerahkan anak perempuannya kepada pengantin lelaki.Ini disusuli dengan ibu pengantin perempuan memberi kata-kata nasihat dan panduan kepada anaknya yang kini telah menjadi tanggung jawab suaminya pula.Sesi ini agak sedih menyebabkan ramai yang yang tidak tahan sehingga mengalirkan airmata.Setelah kedua-dua pengantin bersalam-salaman dengan kedua-dua ibubapa dan mertua, mereka dijemput untuk membuka banner yang dihadiahkan oleh JIM Kelantan.Majlis ini ditutup dengan ucapan dan bacaan doa oleh pengantin lelaki. Jamuan telah diadakan dari pukul 12 tghari hingga petang.Antara tetamu yang hadir ialah Ukth Noriah Idris & suami (JIM Gombak),Ukth Marlina & keluarga(JIM A.Jaya)Akh Presiden Zaid Kamaruddin(bapa saudara pengantin perempuan) & isteri,Abu Dzar & keluarga(JIM IPT),adik-adik Karisma yang terdiri dari Imaduddin & rakan-rakannya & rakan-rakan pengantin perempuan yang terdiri dari Amirah & rakan-rakannya.Sudah semestinya ramai yang hadhir ialah ahli-ahli JIM Kelantan yang menyumbang tenaga mereka dalam melancarkan majlis tersebut.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah rakan sekolej ibu pengantin perempuan.Suasana memang meriah.Maklumlah lama tidak bersua muka.Berbagai cerita yang ingin dikongsikan
ALLAHUMMA BARIK LAHUMA,WABARIK 'ALAIHUMA, WALJAMA'A BAINAHUMA FIL KHAIR
_________________________________
JZKK Mar! alhamdulillah sungguh terperinci lapuran!!
harapnya terubat rasa gundah sahabat2 yang tidak dapat turut serta.
alhamdulillah dengan pernikahan ini, kami kini juga bersaudara dengan akh Zaid Johan & ukht Latifah MMeerah (sepupu Mar)..
kami juga ingin mengucapkan JZKK pada yang telah berkesempatan hadir meraikan pengantin & meriahkan majlis. moga segala pengorbanan dibalas Allah dengan sebaik ganjaran.
Juga pada yang tidak dapat hadir, JZKK atas doa & ingatan semua.
Kepada Akh Che Rahimi & Dr Hafidzah serta team JIM Kelantan, JZKK yang tidak terhingga atas segala pertolongan & usaha yang memungkinkan majlis berjalan lancar & cantik sekali..kehadiran antum juga menambahkan meriah & keberkatan majlis insyaAllah.
Bagi pihak keluarga, kami mohon berbanyak maaf atas segala kekurangan. Jemputlah lagi ke Melor, jengok2 atok ayah & nenek cek afrah....
Moga Allah rahmati semua.
Wassalam
Wan Ahmad Nizar & Wan Fauziah
briefing...bila baba sentap, jawab terus.... Noooo problemo!
.......RM 5! sttttttrrrrike 1 !!
RM,RM malaysia, ringgit.. arrrgh ... sttttrrrrrrike 2!!
aiseyyy!
.....wan afrah wan ibrahim.... oops!! stttrrrrike 3!!!
aisey! aiseyyy!! aiseyyyyy!!!!
oh oh, ramai lah plak peminat...
.......TUNAAAAAAAAIIIIIII...!!!!! alhamdulillah..
phoooooh! lega...... berbaloi datang jauh-jauh...
Ameeen!! ameen!! ameeeennnnnn!!!!
ini lah riwayat hidup menantu ku.... excellent, sarah!
anakku afrah.....
errmmmm...
oh oh...
bagi pihak keluarga.... bla..bla...
When cek wanted to put up the pelamin, we insisted that it should be in the room, solely for phototaking purpose. alhamdulillah, Da agreed to do it & it was simple but beautiful, alhamdulillah.
She did mention about acara merenjis, since the idea was dismissed, it was never brought up again. Rupa2nya dalam diam, cek berpakat with Namaziah & Su Sir to go ahead with it.It's OK by me actually, as long as it's in the room & a ladies-only affair. Rasulullah pun benarkan , bersukaria meraikan perkahwinan, sesama wanita - tiada tabarruj, tiada percampuran lelaki wanita.
She was satisfied & happy with it - acara Cek! - and esp knowing that i'd have approved it anyway!
where are all my darling boys...? the only pic of 'atif so far.....sedih & terkilan they were not in the pictures. Semua dah nicely dressed as instructed...somehow.... in the excitement, nobody remembered. i'm sorry..
SELAMAT PENGANTIN BARU!
WELCOME TO THE FAMILY, AFAN - THIS TIME FOR REAL....
MOGA HIDUP SENTIASA DALAM RAHMAT & KEBERKATAN ALLAH
















No comments:
Post a Comment