O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Thursday, January 24, 2008

SENANG, TP X LAH MUDAH......

Bismillahirrahmanirraheem

More on walimah..... sowwy..

Alhamdulillah di berikan Allah ketenangan dari awal hingga selesai majlis. in fact, bila dah pukul 5, rasa cepat betul masa berlalu. Mingling around with the guests, rasanya tidak ada yang terabai. Sempat jumpa & berbual walau sekejap, dengan setiap yang hadir.

Selepas menyambut bakal besan, masing2 mengambil tempat & tunggu K Long keluar

dup! dup! dup!

Sume ok je..Bila K Long dah duduk, Che Rahimi mulakan majlis dengan bacaan ayat2 suci Al Qur'an. di ikuti dengan menjemput wakil2 keluarga kedua belah pihak memberi kata aluan. Majlis kemudiannya di serahkan pada Tuan Imam.

Mar's email to the nets best described the whole proceedings :)

Rupanya, taklah semudah yang disangka...Lan had been practising the whole night, reading the text, even. still.... Well, it at least lightened the mood...keh keh keh

Majlis penyerahan ... now, that's classic! Where did my voice go????? It got stuck somewhere & refused to come out, my, my.... According to Munzir, tiap kali berhenti, makin lebat deraian hujan.. he got proof!

Let's see what Mar had to say, & the pictures tell a thousand stories...
--------------------------------------------------------------------------

-----Original Message-----
From: JIMAJ-net@yahoogroups.com [mailto:JIMAJ-net@yahoogroups.com] On Behalf Of marlina meor
Sent: Wednesday, January 23, 2008 6:55 PMTo: JIMAJ
Cc: naqibnet operasi
Subject: [JIMAJ-net] Walimah Safwan Afrah


Semasa mendapat berita tentang perkahwinan Afrah yang akan dilansungkan pada 19hb Jan,hati ini begitu gembira.Walau pun bukan anak sendiri,tetapi turut tumpang gembira kerana umminya,Uji,telah ku kenal sejak 34 tahun yang lalu.Maklumlah satu kolej,MRSMKB.Kemudian melanjutkan pelajaran ketempat yang sama,Adelaide, Australia.Pernah pula tinggal serumah sewaktu suaminya pulang terlebih dahulu ke Malaysia. Sekarang pula tinggal berdekatan di kawasan Taman Melawati.Suamiku juga mengenali suaminya sejak 1978 lagi.Sama-sama pula membuat kursus Kejuruteraan Awam.Pernah pula tinggal serumah sewaktu suamiku di zaman bujangnya.Apabila mendapat tahu yang Afrah akan mengahwini Safwan,anak sepupuku sendiri, walaupun terkejut tetapi hati ini bertambah gembira.Kini kami mempunyai talian persaudaraan. Semasa mendapat tahu walimahnya akan diadakan di Kelantan,ada yang bertanya kepadaku kenapa dibuat jauh sangat,seolah-olah tidak mahu kawan-kawan meraikan bersama-sama.Uji mempunyai alasannya tersendiri untuk mengadakan walimah di Kelantan..Hubungan antara Afrah yang menuntut di Kelantan dengan datuknya adalah akrab.Walimah ini diadakan di Kelantan untuk membolehkan datuk Afrah melihat hari bahagia cucunya memandangkan datuknya tidak boleh berjalan jauh. JIM Kelantan telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan majlis ini.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dari upacara akad nikah hinggalah ke jamuan kepada para tamu yang hadhir.Terdapat sedikit kesilapan semasa upacara akad nikah dimana pengantin lelaki hanya berjaya melafazkan dengan lancar pada lafaz yang ketiga kali.Darah gemuruh kot sehingga tersasul menyebut mas kahwin sebanyakRM5,bukannya RM5000 pada kali pertama.Kali kedua pula tersasul menyebut Wan Afrah binti Wan Ibrahim,bukannya Wan Afrah binti Wan Ahmad Nizar.Bapa pengantin perempuan pun turut tersasul semasa menjadi wali dalam upacara akad nikah ni.Sama-sama gementar kot.Maklumlah mewalikan anaknya yang pertama. Sewaktu kedua-dua pengantin menunaikan solat sunat,para hadirin telah dihidangkan dengan tayangan yang disediakan oleh Safrah Production.Selesai slot ini,majlis peyerahan anak telah diadakan dimana bapa pengantin perempuan menyerahkan anak perempuannya kepada pengantin lelaki.Ini disusuli dengan ibu pengantin perempuan memberi kata-kata nasihat dan panduan kepada anaknya yang kini telah menjadi tanggung jawab suaminya pula.Sesi ini agak sedih menyebabkan ramai yang yang tidak tahan sehingga mengalirkan airmata.Setelah kedua-dua pengantin bersalam-salaman dengan kedua-dua ibubapa dan mertua, mereka dijemput untuk membuka banner yang dihadiahkan oleh JIM Kelantan.Majlis ini ditutup dengan ucapan dan bacaan doa oleh pengantin lelaki. Jamuan telah diadakan dari pukul 12 tghari hingga petang.Antara tetamu yang hadir ialah Ukth Noriah Idris & suami (JIM Gombak),Ukth Marlina & keluarga(JIM A.Jaya)Akh Presiden Zaid Kamaruddin(bapa saudara pengantin perempuan) & isteri,Abu Dzar & keluarga(JIM IPT),adik-adik Karisma yang terdiri dari Imaduddin & rakan-rakannya & rakan-rakan pengantin perempuan yang terdiri dari Amirah & rakan-rakannya.Sudah semestinya ramai yang hadhir ialah ahli-ahli JIM Kelantan yang menyumbang tenaga mereka dalam melancarkan majlis tersebut.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah rakan sekolej ibu pengantin perempuan.Suasana memang meriah.Maklumlah lama tidak bersua muka.Berbagai cerita yang ingin dikongsikan

ALLAHUMMA BARIK LAHUMA,WABARIK 'ALAIHUMA, WALJAMA'A BAINAHUMA FIL KHAIR

_________________________________

Ini respon dari NorAzian
MashaAllah!....terasalah kami ada bersama di majlis.....jauh dimata dekat d hati....k.uji yang dikasihi.Jazakillah! mar ,kerana sudi berkongsi cerita & gambar2 pernikahan. Walau pun ana baru setahun jagung dalam jim & baru mengenali antum semua...namun ukhuwah islamiah terasa dah lama mengenali... Allahu akbar!....Semoga jodoh pengantin baru & lama(ayahnda,bonda mereka pun!!!) dirahmati,dberkati & diredhai Allah.amin,amin,amin!! Tahniah!!,tahniah!..tahniah!!. ...bilalah agaknya kami2 ni nak dapat menantu plak!.
______________________________
and mine...
Assalamu'alaikum wrb
JZKK Mar! alhamdulillah sungguh terperinci lapuran!!
harapnya terubat rasa gundah sahabat2 yang tidak dapat turut serta.
alhamdulillah dengan pernikahan ini, kami kini juga bersaudara dengan akh Zaid Johan & ukht Latifah MMeerah (sepupu Mar)..

kami juga ingin mengucapkan JZKK pada yang telah berkesempatan hadir meraikan pengantin & meriahkan majlis. moga segala pengorbanan dibalas Allah dengan sebaik ganjaran.
Juga pada yang tidak dapat hadir, JZKK atas doa & ingatan semua.

Kepada Akh Che Rahimi & Dr Hafidzah serta team JIM Kelantan, JZKK yang tidak terhingga atas segala pertolongan & usaha yang memungkinkan majlis berjalan lancar & cantik sekali..kehadiran antum juga menambahkan meriah & keberkatan majlis insyaAllah.

Bagi pihak keluarga, kami mohon berbanyak maaf atas segala kekurangan. Jemputlah lagi ke Melor, jengok2 atok ayah & nenek cek afrah....

Moga Allah rahmati semua.
Wassalam
Wan Ahmad Nizar & Wan Fauziah

>

briefing...bila baba sentap, jawab terus.... Noooo problemo!

.......RM 5! sttttttrrrrike 1 !!

RM,RM malaysia, ringgit.. arrrgh ... sttttrrrrrrike 2!!

aiseyyy!

.....wan afrah wan ibrahim.... oops!! stttrrrrike 3!!!

aisey! aiseyyy!! aiseyyyyy!!!!

oh oh, ramai lah plak peminat...

.......TUNAAAAAAAAIIIIIII...!!!!! alhamdulillah..

phoooooh! lega...... berbaloi datang jauh-jauh...

Ameeen!! ameen!! ameeeennnnnn!!!!

ini lah riwayat hidup menantu ku.... excellent, sarah!

anakku afrah.....

errmmmm...

oh oh...

oh oh oh.....

enough tears...... with this ring....

and with this ring.......

and with this kiss.....

we r one big happy family now, alhamdulillah

Long, take good care of yourself, don't talk to strangers, don't walk alone... bla...bla.... just like the old days.....

THANK YOU JIM KELANTAN!!!!

jutaan terima kasih pada semua yg telah .... bla..bla...

bagi pihak keluarga.... bla..bla...

When cek wanted to put up the pelamin, we insisted that it should be in the room, solely for phototaking purpose. alhamdulillah, Da agreed to do it & it was simple but beautiful, alhamdulillah.

She did mention about acara merenjis, since the idea was dismissed, it was never brought up again. Rupa2nya dalam diam, cek berpakat with Namaziah & Su Sir to go ahead with it.It's OK by me actually, as long as it's in the room & a ladies-only affair. Rasulullah pun benarkan , bersukaria meraikan perkahwinan, sesama wanita - tiada tabarruj, tiada percampuran lelaki wanita.

She was satisfied & happy with it - acara Cek! - and esp knowing that i'd have approved it anyway!

where are all my darling boys...? the only pic of 'atif so far.....sedih & terkilan they were not in the pictures. Semua dah nicely dressed as instructed...somehow.... in the excitement, nobody remembered. i'm sorry..

SELAMAT PENGANTIN BARU!

WELCOME TO THE FAMILY, AFAN - THIS TIME FOR REAL....

MOGA HIDUP SENTIASA DALAM RAHMAT & KEBERKATAN ALLAH

ALHAMDULILLAH, DAH DAPAT MENANTU....

Alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah!
banyak perkara yang patut di syukuri...
syukur majlis berjalan lancar,
syukur ayah & cek puas hati,
syukur perjalanan balik ke KL selamat.
Paling syukur, di kurniakan Allah sahabat2 yang sanggup bersusah payah memastikan segala2nya beres... terima kasih pada Che Rahimi & Peed serta sahabat2 JIM Kelantan. Special mention pada K Tah (kakak Mukarramah rupanya...) , K Na & K Nah yang bersama dari awal hingga selesai
Syukur juga kini sudah menjadi mertua (mermuda??) Moga ditunjukkan Allah jalan2 yang mudah menghadapi hari2 mendatang.

Sejak bergelar pak mertua, Lan tak habis2 bercerita pasal anak menantu, menantu esp! dah lah tu!! hehe
Allah ArRaheem, ditanamkanNya rasa kasih pada menantu umpama kasih pada anak sendiri, alhamdulillah. Azamku menjadi mertua sepertimana almarhumah Mak, insyaAllah. Mak was great, she treated all her menantu with love & care, the same way she treated us, her children. Ya Allah, perkenankanlah doa & harapan ini.
Quoting Jit in her sms :
'Tahniah! semoga jadi ibu mertua mithali, BUKAN ibu mertua kasim slamat! he he"
*******************************************
malam sebelum majlis, tried to retire early, ingatkan pesan Yong who called up to remind me to do so. Penat nanti, katanya... tapi......
Friday , we went for last minute shopping - ada a few things lagi yg tertinggal - such as... kasut pengantin! horror! horror! baju Ulfah pun belum beli... the most convenient place was KB Mall. Then we went to Renaissance to settle accomodation rombongan Afan, alhamdulillah, settled, kunci sume dah dapat. Masa solat jumaat, K Long went to Billion , looking for something - i waited in 1901, rehat & solat. Then we went to Mydin, K Long nak beli a few more things.. (arrrgh, selagi kat sini, it'll never end!).
Headed back to Melor, ingatkan nak hantar K Long balik, then we realised it was already late... so pusing balik towards the airport. Alahai, cepatlah pulak sampai... so went for lunch dulu. Tgh sedap makan, dapat sms
"Alhamdulillah. Dah sampai..."
Alamakkk! cepat2 habiskan nasi, harap2nya diorang lambat kluar... :)
First to come out was Aleemi, then 'Iffah followed by Munzir. Eddie from Jaiputra was also there with the unser. Alhamdulillah, 7 ahli rombongan selamat sampai, Selesai masuk bilik, we went back to Melor, coming back to fetch them for dinner around 8.30 nanti
****************************************************************
we went for dinner at new horizon. selesai around 11 pm. semua dah penat.... big day tomorrow!!....better get a good night rest...
*****************************************************************
alhamdulillah, bila sampai umah, everything's almost settled. Thanks to ALL!!

    Che Rahimi & team siap pasang & test PA system, banner, projector dll

    K Tah & Fatimah still hard at work hias tempat aqad

    Goghi se round...

    Usamah & Aleemi laminating & putting up the signage

    Cek & her pemajaengae!

    Sir & Namaziah sediakan coffee corner
    Has, Sha & friends from Jaiputra siapkan cenderahati utk tamu

    Nani sibuk testing bedak!

    gubahan hantaran semua beres, alhamdulillah! Trust my sis!
    alQ
    cincin - hampir2 terlupa...phew!

    sejadah - specially flown from Mekah
    baju & tie - baba's choice!

    pulut manis. ada yg ingat buah ciku.... Lan thought it's telor pindang.. :( whateverrrr
    wallet & belt - again, baba's choice! last minute addition - minyak attar, alhamdulillah,mujur jgk ada yg beli kat jeddah ari tu

    buah cohlet..

    Then Izwan & Ayah Cik arrived, with the dinar mas!!! tambah lagi tugas, masukkan harta karun dalam peti... ole-ole khas untuk rombongan besan esok. he heand the kids were fast asleep upstairs.......

    By the time semua beres, it was already 1 am...aduuuuuhhh. Talking about going to bed early.........

    ***************************************************************************

    Pagi 19, alhamdulillah, bangun dengan rasa tenang - good sign, insyaAllah!!

    'Atif dah tolong iron semua baju yesterday & that helped A LOT!

    'Arif tolong tengokkan Filzah - another BIG help there....

    By 9.30 alhamdulillah semua dah ready. tak lalu breakfast pagi ni..keh keh keh
    Sedia menerima pengantin...

    Sedia menerima suami...he he he
    dayang2 pun dah sedia menunggu....

    Haaa..TokImam pun dah sampai... tak lama dah ni... Dia dataaaaaaaaang......
    ***********
    The aqad went smoothly, with a few hitches, here & there (ehemmm...) TEPAT JAM 10.40 PAGI, MY DARLING DAUGHTER SAH MENJADI SEORANG ISTERI, ALHAMDULILLAH




    how do i feel? happy? of 'cos , alhamdulillah
    Reflecting the past events, IT WAS RATHER SUDDEN, & QUICK! Tapi alhamdulillah, Allah telah permudahkan . 11th Nov 2007 was our first meeting. 1month 4 days later (15th Dec) dah bertunang & another 1 month 4days (19th Jan 2008) - and they are married......

    Syukur alhamdulillah, both families tak banyak kerenah - we want the best for both our son & daughter insyaAllah. It all worked out well ,alhamdulillah
    but of 'cos, behind it all, there's THAT VERY DETERMINED GUY!!! amazing how he could convince his parents!!! ***************************************************************************

    Almost everybody expected to turn up, did. THANK U ALL, for taking the trouble & making time to share this joyous moment with us. Long lost relatives & friends came in drove. It turned out to be mini reunions - of out-of-touch relatives, MRSM KB, SMSI , SIC etc...the coffee corner served as the sembang corner. alhamdulillah, alhamdulillah

    A number turned up malamnya. Among them dr awang nila. good see him again.

    ***************************************************************************
    Esoknya we went to Tok Bali with Munzir for photograpy - catching the sunrise!

    Then had breakfast with Fauzi, Lina & Wan in Pasir Puteh. Went to Rumah Abg Li for lunch. Ayah Do & family + Yah Wan daud & family were there too. After 'asr we proceeded to Pasir Putih , rumah Sir & Yah. As usual, they were great hosts - THANK U for making my new son felt welcomed!

    there were also Hisham & Hah + Abg Tar & K Mek.

    aaaahhhhhh... the speeches...... :))

    Then off we went to Mak Cik Jah's place in KB. Our besan were there too. It was already late when we got back home....

    REASONS & EXCUSES....


    Bismillahirrahmanirraheem
    Collected the cards on the 5th - thus began the rush, rush, rush of collecting addresses (by sms, mostly), writing down & sending out invitations. as usual...last minute.... promise, won't happen again, insyaAllah.
    Forthe record, the first to be officially invited was AJK WJS! couldn't attend the meeting on Dec 29th 2007. Decided to sms the invitation to K Ton & Sila.
    Sahabat2 JIM AJ were only told masa hulurkan kad.... 'afwan katheera, x buat d KL. ada yg pertikai, tak sudi kongsi kegembiraan dengan kami ke??? bukan gitu...
    Antara rasionalnya

    yang paling utama, nakkan atok ayah ada bersama dihari bahagia k long. kalu buat diKL, besar kemungkinan ayoh tak dapat datang
    It proved to be the right decision, alhamdulillah. From day 1 of knowing that walimah akan diadakan di Melor, he was the 'busiest' man around! he said he'll take charge of kawasan rumah & take charge he did! lepas subuh dah turun, pottering around, doing what he could (not much actually, but it's the efforts that count!). stopping only for solat & stopping just before maghrib. tu pun kadang2 after isya' turun balik.... we could see that he was happy doing it, alhamdulillah. One night masa duduk2 lepas dinner, he complained sakit belakang - lepas urut sikit, he got up & announced that he's going down again - "duduk sakit belakang, kalu buat kerja tak sakit..." and he came in around midnight! subhanallah.
    Cek pernah mention kalu afrah kawin, nak buat kat Melor
    but that was a few years back! When we first proposed it, she was worried there's no one around to help her. alhamdulillah , Che Rahimi & Peed sanggup handle , syukur sangat..... it was one HUGE burden taken off our shoulders. Words can't really express our gratitude .. moga diganjari Allah dengan sebaik2 ganjaran, ameen.
    Then there were Sir, Namaziah & Zahrin. One very helpful family - who all these while dah memang selalu jengok2 cek & ayah. A BIG THANK YOU to u, sir & yah. Your help & care is greatly appreciated. Thank u for treating afrah as your own daughter, thus making sure that only the best will do, for this auspicious ocassion!
    Cek was one busy lady throughout.... we let her decide on most matters, selagi within limits! We gave her the liberty of inviting whom she wished - friends & relatives alike. For this we increased our initial order of 500 to 800, baik lebih dari tak cukup! alhamdulillah, the food was good & enough even to be taken home by some.
    Menu pagi
    Royal mertabak, akok, agar2, pulut + roti & kuzi courtesy yah sir & an array of kuih sumbangan berbagai pihak.

    Menu kenduri
    Nasi minyak & putih, ayam percik, gulai kawah, keli masak merah, acar & limau. yum! yum!


    Our caterer was K Na(terah) who happened to be anak murid ayah di Nipah, subhanallah! Makanan d meja pengantin K (Masyi)Tah tambah dengan daging keping goreng kicap, sotong sedap(!) & ikan steam. tak lupa pudding special.yum! yum! Pengantin nampak berselera makan... me? hari tu tak berapa lapar, hehehe. rugi btol!

    Cek was also happy the house got upgraded!

    dapat kolam baru + nice landscaping done by Yi in record time, haha!

    house repainted

    upgrade aircon di bilik tamu & other aircons serviced, at last!

    plumbing work done - dah lama terbengkalai

    the same goes with lampu - all overdue!

    sambung air dgn kelwater - sadly, sampai hari ni masih ada problem .

    cek juga dapat new barang2 dapur - nice kettles (utk teh minum pagi) & lots of new jugs.

    The best must be the new dinner set utk hidangan pengantin - she chose the top of the range punya! well, what matters is, she's happy!alhamdulillah

    since abah & mak tak ada, baru sekali the whole family from both sides berkumpul.
    We thought this walimah would be a good ocassion to get together, after sooooo long! Alhamdulillah, tujuan ni tercapai, with about 90% invited datang hari tu. Terharu juga tengok yang jauh pun balik, walaupun sorang & yang dekat semuanya bawa keluarga. Ayah Cik must be the happiest - credit should go to Izwan for inviting him along. jadi tu lah antara sebab - of 'cos we'd love to have it here in KL as well.. insyaAllah, kita gabung dgn majlis keluarga besan nanti. This needs to be worked out...
    ****************************
    Most cards were posted or handed out by the 10th. 11 th-13th january, balik kampung lagi. This time specifically to settle a few pending matters - catering, accomodation, aturcara etc, & most importantly utk panggil relatives, personally, where possible. The whole of sunday was spent going round Besut, capping off dengan makan gulai ayam kampung kat rumah Yah Wan Daud.
    Rasanya dah banyak rumah pegi, ada juga yang tak sempat - so we left it to cek to habiskan.

    Thursday, January 10, 2008

    MUHARRAM

    Bismillahirrahmanirraheem
    semoga kita semua dilimpahi-Nya dengan kesejahteraan,sihat wa-al'afiat, aman sentosa dalam peliharaan Allah,sejahtera iman,bertambah ibadah dan meningkat semangat perjuangan.
    Mari cuba fahami kelebihan bulan Muharrram.
    semoga bermanfaat.....Selamat Tahun Baru Hijrah..
    semoga Allah mengiringi setiap pergerakan hidup kita dengan taufiq dan hidayat-Nya.

    KELEBIHAN MUHARRAM

    Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan-bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa.
    Ayat 36

    Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (dari satu bulan ke satu bulan) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkan pada satu tahun dan mengharamkannya di tahun lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan yang diharamkan Allah. Maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir.
    Ayat 37

    ‘Aasyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ). Manakala Taasuaa’ (تاسوعاء) adalah hari yang kesembilan dari bulan yang sama. Zahir daripada himpunan khabar (hadith-hadith) bahawasanya puasa ‘Asyura adalah sesuatu yang dikenali di sisi kaum Quraish (قريش) pada zaman Jahiliyyah, dan demikian juga dikenali (puasa ‘Asyura) di sisi penganut Yahudi.
    **********************************
    Dari ‘A-isyah r.’anha :
    “Hari ‘Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah s.a.w. juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh Umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, Nabi s.a.w. bersabda :
    مَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
    Maksudnya : “Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    **********************************
    Dari Ibn ‘Abbas r.a. :

    “Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Lalu Baginda bersabda :
    ما هذا ؟ قالوا: هذا يوم صالح، نجّى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال: “أنا أحق بموسى منكم” فصامه وأمر بصيامه
    Maksudnya : “Hari apakah ini (di sisi kamu) ?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan padanya Musa dan Bani Isra-il daripada musuh mereka (Fir’aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini (’Asyura).” Sabda Nabi s.a.w. : “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi).” Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut (’Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya.” (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)
    **********************************

    Dari Abi Qatadah r.a. sabda Nabi s.a.w. :
    صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
    Maksudnya : ” Puasa hari ‘Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun : Tahun yang lalu dan yang akan datang. Sedang puasa hari ‘Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lalu.” (Hadith riwayat al-Jama’ah, kecuali al-Bukhari dan al-Tirmizi – al-Muntaqa bersama Nail al-Author, 4/323)
    **********************************
    Nabi s.a.w. benar-benar mahu membezakan syakhsiah Islamiah (dari yang lain) dalam setiap perkara. Supaya Umat Islam merdeka / berbeza dari penganut yang lain, lalu baginda menganjurkan puasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram) bersama dengan puasa pada hari kesepuluh (dalam bulan Muharram), supaya dapat dibezakan antara puasa Umat Islam dengan puasa Ahli Kitab.

    Dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya :
    لما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء, وأمر بصيامه, قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليومالتاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم
    Maksudnya : “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Sabda Nabi s.a.w. : “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Lalu Ibn ‘Abbas menceritakan : “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

    ************************************
    Kelebihan yang ada pada 10 Muharram atau hari Asyura adalah pada puasa sunatnya sebagaimana yang terdapat didalam beberapa hadith-hadith sahih. Adapun fadhilat-fadhilat lain seperti memakai celak, bersedekah dengan sebagainya datang dari hadith-hadith lemah dan palsu sebagaimana yang di sebut oleh Syeikh Ibn Taimiyah didalam al-Fatwa al-Kubra (Jilid 5):-
    “Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi’en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da’if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura,”

    Begitu juga dengan seperti matan hadith diatas yang tidak diketahui asalnya. Ibn Taimiyah rh mengatakan :-
    “dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya’kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Asyura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}”.

    Wednesday, January 09, 2008

    SALAM MA'AL HIJRAH 1429!

    Bismillahirrahmanirraheem

    sedar x sedar, hari ni dah tiba penghujung tahun 1428 . jika dipanjangkan umur, akan bertemu tahun baru esok. Perlu renungi apa yang telah di capai sepanjang tahun yang berlalu & apa azam untuk tahun yang mendatang.
    InsyaAllah akan look through apakah perancangan tahun lepas, mana yang terbengkalai :( , nak kena sambung, mana yang dah dicapai, alhamdulillah, perlu maintain apa yang patut - ni lah cabarannya... nak maintain.. untuk tahun ni plak....nantilah, adalah tu..

    Mari kita panjatkan do'a, selamat tinggal tahun ini..



    ahlan wa sahlan tahun baru...



    Azam setiap tahun.... moga tahun ni lebih rancak!! sepanjang tahun lepas, syaitan kuat sungguh keje, tiap kali masuk kelas..menguap..menguap..menguap... aduhai.. tahun ni insyaAllah x nak menguap lagi! sambil2 tu nak juga belajar online, sume orang kata mudah sungguh..nanti cuba..


    1. LEARN the QUR'ANIC LANGUAGE the EASY WAY -- Belajar Bahasa Arab online!
    Mudah ajer sekarang, hanya klik on the banner below:



    azam setiap tahun juga ... nak tingkatkan quality solat.. insyaAllah,insyaAllah. pasni nak cuba yang ni..

    2. DON'T MISS ANY PRAYERS - USE your Mobile to alert you of PRAYER TIMES! Easy, click on the banner below:




    Semoga dapat manfaat, dapat lebih memahami bacaan dalam solat dan menghayati ilmu Akhirat...