O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Friday, September 19, 2008

HARI-HARI YANG DILALUI

Bismillahirrahmanirraheem
Hari ni hati rasa berbunga.... pagi esok insyaAllah Lan akan sampai dari Jeddah - lamanya kali ni, pegi sejak 10 Sept lagi :(
muuuaaaahhhh..... ijah rindu baba...
Perit juga rasa semua benda kena handle sendiri, dari hal kewangan hingga ke hal anak2 & segala urusan harian. Kena pulak dalam masa sepuluh hari ni lah segala macam berlaku...
bila Ijah buat hal.... aduuuhhh, tu yang jadi payah!
Sejak lan takde, solat dirumah je, gerun jugak nak ke Masjid KLCC sendiri.
When it comes to travel & direction, i am awful & hopeless... Kalu tempat tak biasa memang hati berdebar je kalau2 tersesat. Bila berdebar dah tak boleh concentrate driving, bahaya tu!
Jumaat 12 sept 'Arif balik untuk appointment mata di HUKM. Alhamdulillah, anak2 hantar ke rumah Hanny, kalu tidak haru nak bawa semua. Bertolak pukul 8 am & sampai ngam2 5 to9.
Hari tu banyak test yang dibuat - boleh kira 1st class service - very friendly & professional! By 1pm dah siap, not bad for a govt hospital - kalu gi private hospital pun kena tunggu giliran jugak, bukan pegi terus dapat jumpa doktor pun. So kira ok lah - no complaint kali ni.... :)
glamournya 'Arif..............



Sampai balik Melawati just on time habis azan Jumaat. Amek anak2 & terus gi ke masjid UTM untuk hantar kurma pada Zairul. Masa kat HUKM dia call minta hantarkan ke carpark KLCC.... oh oh.. cakap kat dia tak reti... pastu dia tanya kalu jumpa kat Wisma Getah boleh?? he he "tak tahu lah nak ke situ""Kat mana tahu? " "masjid KLCC boleh?" " tak practical, ramai sangat orang, kat mana lagi tahu?" wah, ni sudah bagus... "masjid UTM boleh?" "ok boleh!" senang cerita..masjid UTM memanglah tahu, sebab selalu gi jumpa 'Iffah kat situ.. alhamdulillah....
Malamnya beranikan diri bawa anak2 ke Masjid KLCC - nak bagi 'Arif rasa. Suka dia - makan sedap, imam bagus. 'Arif siap tapau moreh lagi! keh keh
seronok iftar jamai'e..
Sabtu pagi hantar 'Arif kat bas - kurang tension kali ni sebab sorang saja, barang pun tak ada. Lepas tu terus ke UIA untuk MPWN. Pastu stayed back untuk MPN, ganti Lan. Kali ni MPWN & MPN kurang menyengat.
MPWN mungkin sebab pegi dah half way through - tak dapat hayati rohnya dari awal!
MPN pulak mungkin sebab dah letih, satu hari duduk di Audi A tu.
Apa-apa pun, alhamdulillah kedua2nya berjalan lancar.
Dr Har dengan cenderahati dari kami, masa bagi tak sempat amek gambar!
Amek anak2 lepas tu dari rumah Hanny (again!) & terus ke Iftar K'ga AJK WJS. Yang jauh2 tak datang, jadi kami2 yang berdekatan je yang enjoy, alhamdulillah. Peluang untuk kenal keluarga & anak2 masing2... Terawikh Sila jadi imam - suara dia memang merdu, jadi seronoklah berterawikh. Agak santai jugak sebab yang tinggal hanya kami & Dr Roy & anak2. Memang jarang dapat duduk2 sembang2 macam tu..Alhamdulillah atas ni'mat masa yang dikurniakan Allah.
Anak-anak Dr Roy 3/5, Maryam, Hudzaifah & sikecik Italiano...

Ahad ke al Amin KL untuk tadarrus & usrah gabungan. Hari minggu ok sebab banyak aktiviti. Tapi sepanjang minggu memang terasa Lan tak de, esp bila malam - bangun sahur pun dengan Ulfah saja... Tu pun, 3 kali terlajak, tak bangun sahur, kesian ulfah.................

Semalam Zharif demam, hari ni Filzah pulak. Mungkin cuaca panas sangat sekarang. Cuaca pun dah tak menentu, kiamat makin hampir.....
Ijah demammmm..........
Ke demam sebab potong rambut...... semalam khamis pagi potong rambut Ijah, petang potong rambut Zharif.... persediaan AidilFitri!! he he

rambut lama...............

rambut baru............... baba mesti terkezut esok....

Thursday, September 04, 2008

AHLAN RAMADHAN!

Bismillahirrahmanirraheem
AHLAN RAMADHAN KAREEM!

Syukur sangat diketemukan Allah sekali lagi dengan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan didalamnya dijanjikan rahmah, keampunan & pembebasan dari api neraka! InsyaAllah tidak akan dipersiakan peluang yang terbentang luas, peluang mengutip pahala & ganjaran dimana pada bulan mulia ini Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi setiap amalan hambaNya.

Seperti Ramadhan yang lepas, kami berazam menghabiskan masa di Masjid AsSyakirin, KLCC seawal waktu berbuka sehingga selesai tarawikh. Anak-anak juga sudah bersedia & menunggu-nunggu kedatangan bulan mulia ini.
InsyaAllah bila berada dimasjid, masa-masa luang dipenuhi dengan tadarrus al Qur'an. Berbuka dimasjid juga mengajar kami dan anak-anak tidak mengutamakan juadah yang beraneka macam semasa iftar. kalau nak dihitung, memang banyak kelebihan berbuka & seterusnya berada di masjid sehingga selesai terawikh - untuk menikmatinya, cubalah!

Satu kenyataan yang perlu kita faham & terima hakikatnya adalah kita hanya akan lepas dari neraka dan masuk kesyurga dgn rahmat Allah yg maha besar,kerana kalau kita ingin masuk syurga dengan amal kita, sebiji mata yg diberi Allah tidak dapat kita bayar dengan semua amal2 kita.

Berikut juga adalah satu kenyataan yang juga perlu difahami...

Perutusan Mursyid ‘Am Ikhwan sempena bulan Ramadan

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna…” (al-Anfal:24)

Wahai ikhwan dan akhawat

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba’d

Moga-moga setiap tahun kamu dilimpahi kebaikan. Kini kamu dipayungi bulan mulia lagi berkat. Di dalamnya kebaikan berantai-rantai tiada putus, hembusan rahmat bertali arus, limpahan kasih al-Rahman mengalir laksana arus. Sesungguhnya Ramadan benar-benar bulan rahmah, maghfirah dan bebas dari belanggu api neraka. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” (al-Baqarah:185)

Ketahuilah sesungguhnya perjalanan yang panjang itu memerlukan bekalan. “….dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”. (al-Baqarah:197)

Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan siam (puasa), qiam, wirid, i’tikaf, sedekah dan solat sebagai bekalan dalam perjalanan mengadap Tuhan. Daripada bekalan itu kita bisa berdiri, membangun cita-cita yang tinggi, memperkuat keazaman yang murni. Saat kita beramal di bulan yang mulia, hati bertaut dengan Kekasihnya, tidak lucut ikatannya, tidak putus pengharapannya, sedang jiwa mencapai keberuntungan berjual beli dengan Allah Yang Maha Esa. ”Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (al-Baqarah:207)

Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan. Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ”.... supaya kamu bertakwa”. (al-Baqarah:183)

Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (al-Baqarah268). Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan dari segala belenggu di dunia dan akhirat. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. ”Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Ahqaf:31)

Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. ”Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Ahqaf:32) “Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira” (al-Rum:4)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

محمد مهدي عاكف

المرشد العام للإخوان المسلمين

Terjemahan Ustazah Maznah Daud

Ramadhan 1429.

Wednesday, September 03, 2008

BERTAMBAH LAGI USIA

HAPPY BIRTHDAY, DARLING!!
Hari ni genap 50 tahun, menghirup ni'mat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Doaku moga terus istiqomah dengan amal2 yang baik & memperbaiki & menampung apa-apa kekurangan dalam menyediakan bekalan menemuiNya nanti.Setiap kita seharusnya keredhaan Allah yang dicari dalam setiap amal perbuatan & tutur bicara, lagi2lah diusia begini.
Moga hidup kita dipayungi rahmat & maghfirahNya.
Ameen


BBQ berjalan lancar, alhamdulillah. TQ Izwan for your help,really appreciate it.
Lepas solat zohor,doa selamat, syukur atas kurniaan Allah & moga di panjangkan umur dalam kebaikan & dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dijalan Mu.

Abang & Ina hadiahkan kek - anak2 sedara ramai2 ucapkan selamat hari lahir pada Ayah Lan - tak pernah2 dalam hidup, hari ni dapat ucapan berlagu!! hehe

verybody turned up alhamdulillah
Ambil peluang promote kurma - alhamdulillah boleh tahan jualan, hehe. harapnya janganlah ada yang beli paksarela......


bersama besan, en sapar & kak satariah + sarah comel

abis dikerjakannya katil.......

bincang-bincang... pasal grill rumah baru...

bincang-bincang...... pasal macam-macam....

Tuesday, September 02, 2008

Phooh! that was a real scare!!!!!

Bismillahirrahmanirraheem
MAD berjalan lancar, alhamdulillah, di Dewan PIBG, al Amin KL. Infact, terlalu lancar, pukul 2lebih baru selesai!!

Di awal sesi, persembahan istimewa dari Ammar Sahrim & Hanif Zaid, sungguh bersemangat! mak cik pak cik juga diminta participate, terkenang masa muda2 dulu, dengan semangat juang yang tinggi..pun masih belum luntur, alhamdulillah. Moga semangat tidak akan luntur hingga keakhir hayat, semangat yang diiringi dengan kerja, insyaAllah.

Pelancaran Blog JIM AJ - alhamdulillah gimmick yang menarik & cemerlang dari Khawlah! Thumbs up!! Boleh lah lawati Blog ni, walaupun masih banyak yang perlu di tambahbaik...

http://ampangjaya.jim.org.my/


problem, problem.. dah lupa macamana nak upload gambar..... nak masuk ke FileZilla pun tak boleh..nak kena tanya Aziz lagi nih.....huhu
___________________________________________________________________

Perutusan YDP JIM Ampang Jaya

Sempena Pelancaran Blog JIM Ampang Jaya


Assalamualaikum wrt


Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah diatas keizinan dan kekuatan yang dianugerahkan kepada para penggerak JIM Ampang Jaya (JIMAJ), satu lagi usaha dakwah telah dapat dibina dengan pelancaran Blog JIMAJ ini.


Saya ingin merakamkan tahniah dan jzkk kepada Hjh Wan Fauziah dan team beliau yang dapat merealisasikan satu inisiatif murni ini. Semoga kehadiran blog JIMAJ ini akan menyemarakkan lagi dakwah Islamiah yang kita dokong bersama.


Pada bulan Julai 2008 yang lalu, dengan kesedaran pentingnya impak komunikasi maklumat dan media, JIMAJ telah melantik Sdri Khawlah Sahrim sebagai Pegawai Media JIMAJ. Adalah menjadi pengharapan kita bahawa gandingan beliau dan pelancaran blog JIMAJ akan dapat menyebarluaskan lagi aktivisme dan dakwah kita.


Dengan populariti blog yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya kira pelancaran blog JIMAJ tepat pada masanya dan dapat menjadi satu media yang boleh diarusperdanakan. Ianya menjadi satu wadah sebaran, perkongsian maklumat, takungan ilmu dan medan jalinan ukhuwwah bukan saja dikalangan 390 ahli JIMAJ tetapi sesama rakan taulan dan seluruh ummah. Saya yakin blog ini akan disertai ramai berdasarkan sambutan yang memberangsangkan yang diperolehi pada tahun lepas terhadap portal JIMAJ dimana dalam satu kajian “tracking” yang dilaksanakan oleh JIM-IT Pusat, portal JIMAJ menduduki ranking ke 5 selepas portal-portal yang bersifat nasional iaitu JIM, Karisma, Wanita dan PPN.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan warga JIMAJ diatas kesudian Tuan Haji Mazmi Kamal, Yang DiPertua JIM Selangor untuk merasmikan pelancaran blog JIMAJ pada Mesyuarat Agung Daerah JIM Ampang Jaya pada 28 Syaaban 1429 / 30 Ogos 2008.


Sekian. Wassalam.

Syed Saleh Syed Abdul Rahman

YDP JIMAJ
__________________________________________________________________
PP JIM AJ - modify yang wanita punya..tak cukup masa, idea pun kering..takpelah!



Plannnig awal, lepas MAD terus ke Putrajaya.
Planning akhir, nampaknya jauh lari.... Lepas MAD sampai rumah dah hampir 'asr. Report MPWN belum hantar pada Maznah, so curi masa sikit kat depan computer. Sungguh pun ringkas,ambil masa juga. Dah siap, Lan pulak kena sambung report IRBM. So tunggu lagi!

Ulfah ajak Asma & Asiah sekali. Pastu ajak Aisyah & Abas juga.. Asma' & Asiah sampai petang sebab bagitau nak bertolak lepas 'asr :). Aisyah pulak tak henti2 telefon tanya bila nak amek... Finally, lepas maghrib kami bertolak, alhamdulillah..

Berhenti dulu di Carrefour utk beli bahan2 BBQ - kalu esok baru nak beli memang tak sempat.. Van memang penuh, dengan barang2 & kurma yang nak drop pada Yan di Kajang. Bertambah2 penuh bila tambah barang2 makanan yang baru beli...anak2 tak complain, alhamdulillah, walaupun tenggelam dalam barang!

Lepas drop kurma, lega sikit. By the time sampai Putrajaya dah hampir tengah malam.

Sampai je depan pintu rumah, berderau darah bila teringat bil air lama dah tak bayar. Ya Allah! Ya Allah! habislah kalu kena potong, esok nak ada jamuan...
lan rushed to the kitchen, keluar balik geleng2 kepala..oh My God! air kat dapur takde!

Dalam kepala dah ada perancangan... semua akan mandi & lain2 urusan diri di masjid, air tangki simpan utk urusan jamuan..beres!

Went in to check, mmg ya paip dapur kontang! Laaa... kat bilik air pun kering! apa jadi? tangki kering ke??? Lan naik check kalu2 ada paip atas tak tutup masa last datang..ok je, semua tutup, alhamdulillah.

Keluar check, meter intact, lega...belum potong.. Tapi Lan kata potong,they just off the main pipe, tak boleh on kan sendiri, kena guna special gadget..pulakkkk...

Keluar check lagi sekali, ok je...kepala paip masih ada. ohhhh...rupa2nya ada orang tolong tutupkan!! padanlah takde air.

Phooh! that was a real scare!!!!!LEGA!LEGA! LEGA! ALHAMDULILLAH!

Masuk balik & buka semua paip, to create pressure. After sometime, air tangki mula masuk paip, mulanya dripping, pastu laju macam biasa. ALHAMDULILLAH!!

Waduh! dulu letrik, kali ni air plak!! namun ini nothing compared to situasi di Palestin, infact, it is SO SHAMEFUL of me to EVEN THINK of comparing... astaghfirullah...

YA ALLAH,SELAMATKANLAH BUMI PALESTIN, HANCURKANLAH PUAK-PUAK ZIONIS!!

PALESTIN, JANTUNG HATI KITA..

Bismillahirrahmanirraheem

Thursday Aug 28th, pagi2 lagi dah ready. Janji dengan Norazian nak temankan ke Palestin talk di Masjid Mujahideen Damansara. Awal2 lagi dia dah pesan, tak payah puasa hari ni, diorang ada sediakan lunch, kecik hati nanti kalu kita tak makan... ok lah..

Anak2 Lan uruskan - Ulfah hantar kerumah Hanny, Zharif ke rumah Anfal & Filzah ke rumah Latifah. TQ sangat for your understanding & support..... Kerja2 gini kalu tak dapat support dari family & friends memang amat payah. TQ Allah atas kurniaan ini.

Punyalah awal bertolak...8.15 dah hit the road.Ingatkan mula pukul 9.30, rupa2nya 10.30!!
Takpelah ada masa sikit untuk berbual - biasanya kalu jumpa tak pernah sempat nak sembang2, asyik rushing je....
Dah dekat nak sampai, jam teruk! sampai dah hampir 9.30, breakfast dulu, nak pegi terus awal sangat :)

The talk was really good! Pakej "Airmata Palestin" was specifically for the ladies. Salute to team JKPA for coming up with presentation packages for various audiences.
Penyampaian amat lancar, confident & terkesan pada jiwa2 yang hadir. Even me, yang dah berapa puluh kali dengar pun , masih menitiskan airmata. Tak tertanggung rasanya penderitaan yang terpaksa saudara2 kita disana hadapi.

penyampaian yang power dari ahli team JKPA JIM - Norazian Anidin

mak-mak datin yang murahati & prihatin, alhamdulillah

hidangan ala masakan padang...hmmmm sedapppppp.memang suka masakan padang....

sebelah malamnya, penceramah muda, Syed Umar, memberi penyampaian pada anak2 muda MIAT, Bangi

Bantulah apa yang mampu kerana mereka telah menggadaikan keluarga, harta ,jiwa serta nyawa mereka mempertahankan bumi alQuds. Dan kita??? nak keluarkan Rm10 pun amat berkira..

Collection for the day adalah RM2020, alhamdulillah. Moga sumbangan ini akan meringankan bebanan mereka disana & dikira amal soleh para dermawan.

Dengan jumlah ini Alhamdulillah tercapai target JIM AJ untuk menyumbang RM15K ketabung Palestin, Allahuakbar!
Walau pun dah tercapai, kutipan akan tetap diteruskan, insyaAllah.



Malamnya ada Iftar Keluarga di Al Amin. Quite a large turn out - ada majlis perpisahan & ihya' Ramadhan sekali. Menu nasi kerabu. Nice!!! alhamdulillah. lama dah tak rasa yang ori..


Majlis perpisahan was for:
  1. Ahmad Mus & Zarina - moving to Ipoh
  2. Wan Abdullah & Zaidah - moving to Putrajaya
  3. Sofi & Zid - moving to Rawang

Alahai, kehilangan penggerak lagi kami... Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik insyaAllah.
Majlis juga welcome back ahli2 yang baru balik ke Ampang Jaya
  1. Tahir & Faridah - back from US
  2. Mazura & husband - back from Holland
Alhamdulillah, moga kehadiran mereka akan lebih menyemarakkan kerja2 Islah di Ampang Jaya khasnya & di bumi Malaysia umumnya.

Wednesday, August 27, 2008

U PROMISED....

Bismillahirrahmanirraheem
Last 2 years or so, when there was a birthday do at Namazi's house, Lan announced to the cousins of his intention to invite all to a makan2 to mark his 50 years di bumi Allah, biiznillah.

As time drew near, we were wondering if we should go ahead.. at first, we decided it'll be for adik beradik only. so everybody was informed to join us in Putrajaya August 31st afternoon. Initial plan was for a quiet family gathering.
Then Lan one day came back and said that Mohd Ghani came over to the office, so he was also invited as he 's staying just nearby, desa Al Amin.
What if the other cousins got to know of it??? Boy! Alright, we'll invite a few more - those cousins close & dear to him... uhhhh.. but ALL cousins are close & dear to Lan!! Alright then, cousins only! So i started smsing the cousins... The responses were good

What about Ayah Tik? he's staying right 'next door' in Putrajaya, takkan lah tak jemput.... Ok, we'll include one uncle! Now, what if the other uncles & aunties found out???? Oh alright! so i started smsing the uncles & aunties... & of course our besan who are also staying right 'next door'.
From the rseponses, 90% or so will be there..and that's a huge crowd!!boy! boy! boy!

It'll be BBQ. no cooking! disposables, no washing ups!! hehe

Tuesday, August 26, 2008

HANCUR HATI SEORANG IBU

Bismillahirrahmanirraheem
Cek arrived early Wednesday morning. The drama began, long before the honeymooner arrived...
Rabu & khamis the boys went for the teenetwork@work prog di al amin kl. Bawa sekali Afnan to clear his head from all the haru biru kat rumah.
Lepas program, bukan main semangat lagi budak2 ni, bincang pasal ondeh2 & tgh malam buta buat ondeh2... maklumlah dah expert!! Jumaat pagi ani datang terkejut besar tengok segala macam periuk belanga kat luar... :)
Cek balik Khamis malam & the boys pagi sabtu. Sekejap pulak rasanya... really miss them & their antics..... Ulfah, zharif & filzah lagi lah.....For the next few days, Filzah asyik tanya "abang mane???"

Pagi sabtu lepas subuh dapat call from someone bgtau cek & ayah dah naik flight.... tak sedap duduk Cek 7 Ayah, Ayah esp wanted to see adik, confront him & find out for himself why he did it.... We didn't meddle..just let father & son , mother& son had their moments. The way things were, looked like bad moments.....

To ease the tension, malam tu we had family dinner at Pha Pha Garden. Abang & Ina were around. It was ok until adik & Ning joined later in the evening. So the dinner ended in not so good note.....

After 3 nights, with matters still unresolved, Cek & Ayah went back with heavy hearts to welcome Ramadhan....

Wednesday, August 20, 2008

HOW COULD HE!!

Bismillahirrahmanirraheem
Life for some is full of surprises & uncertainties & lies & deceits....

Pagi selasa sambil tunggu Ulfah & Zharif siap utk program Nadi Asybal 'Lambaian Palestin', duduk depan comp utk check mails.

Lan dapat call from someone, lama jugak on the phone. Then he came over, sat down & without looking at me, kata "adik kawin 2". without thinking, i responded "adik mana?" then he said "adik kita!" Haaahhh!!!!!????
... and i was not supposed to know, yet....

Ning just found the surat kebenaran kahwin, and she's hysterical! so that was what the call was about!... and the urgent call from adik masa ksppj,... and the rush,rush , hush, hush after dropping us home lepas tu,.... and the coming back so late malam tu,....and the moronic behaviour the last 2 days... arrrrgh! so many ands!! it's all out now...

after sending ulfah & zharif, gi rumah Ning. Boy! was she hysterical!! how could a man do this to his wife??!! anyone who knows Ning, wouldn't believe she'll be treated this way..
From his diary, seems that he's been living a life full of lies, lies, lies.. how could he??!
To cut short, he's on his honeymoon... how could he??!

We decided to inform cek........ and began a topsy turvy life for her, and us!

Sunday, August 17, 2008

SELAMAT HARI LAHIR KE 17 'ATIF!!


HAPPY 17 th BIRTHDAY 'ATIF!!!
Moga dengan bertambah usia, bertambah kematangan & bijak menghadapi cabaran2 kehidupan.
'Atif harapan keluarga. Ummi & baba doakan 'Atif sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah.
Ameen.

'Atif terharu merenung hadiah2 harijadi dari kami........

Semalam dapat call dari warden RS Penang, Noreen. Jemput ke walimah di Masjid Wilayah & amek makanan untuk penghuni2 HC Ampang Jaya.
Pagi ni relax sikit, lenguh2 lagi lepas KSPPJ.... keluar dah pukul 12 lebih. Tiba di masjid Wilayah baru masuk zohor. Lepas solat baru ke dewan jamuan. Jumpa ikhwah akhawat Penang yang iringi pengantin....
Noreen senyum bahagia

'Arif pun bahagia ..pinggan dah licin... alhamdulillah

Time to go.....

Hmmm... sedapnya, strawberries & chocs!!

'Atif macho je potong kek

SELAMAT HARI LAHIR!!!

KSPPJ WOW KSPPJ!!



Bendera Selangor & bendera2 Mukhayyam WJS berkibar kencang!


Ulfah, penyokong & peniup semangat yang setia!!


All in the family
Lan Wani jadi referee futsal! 'Atif tak nak masuk, malu2 kucing kononnnn..perrrgh!


Bismillahirrahmanirraheem
Konon2 tido Putrajaya, ingatkan boleh gi pagi sikit... remind semua make sure sampai before 8, kantoi! kami sampai dah 8.30..hehe. sempatlah perasmian & breakfast, alhamdulillah



Agak celaru sikit pastu.. penganjuran tak berapa kemas. I ended up main 2 games, bola jaring senior & pingpong. Nasib tak main bola baling, nampak agak brutal!! ramai pulak yang nak main, agaknya semua geram tengok team KL team terbuka, semua gagah perkasa. Team selangor semua senior, tak sampai 5 minit main semua mengah!! penonton2 muda semua masuk pastu, tapi dah terlambat! dapatlah PERAK!, alhamdulillah.
Jadi team manager ni penat jugak! nasib tiga2 courts tu berdekatan, boleh lah pusing2 bagi semangat! sambil sorak2 sambil2 kibar bendera!
Moksu main volleyball, dapatlah jugak PERAK!, alhamdulillah!


Sampai masa nak main netball senior, ada 2 players je..oh oh... kerah semua yang above 40 kat situ utk main! hee hee, ada yg protes dah lama tak main, ada yang takpernah main... takpelah, janji positions semua terisi, jadi tukang pacak pun takpe!

Masa kat MRSM dulu jadi shooter.... cubalah kali ni, mana tau,bakat masih ada... jadi shooter tak payah lari...hehehehehe betul pun, bakat masih ada..kalu dapat bola, shoot masukkkk!! dalam riuh rendah sorakan penonton, ada suara sumbang... "wahh!! makcik ni kak 'iffah senior lah"
Ada ke???? sepatutnya "wahhh !!k 'iffah tu makcik junior lah"!!! kurengggg..
as expected, dapatlah PERAK!, alhamdulillah!
k 'Iffah senior (terlindung) sedang aim.... untuk pecahkan telor!!
errmmm...gaya boleh tahan.... pastu hampir seminggu jalan macam robot :(

puasss.. rasa hebat pakai bib!! keh keh - bila plak boleh pakai .......

Netball remaja & terbuka dapat EMAS..
Masuk dewan, team badminton Selangor memang mantapp! Kali ni tak main badminton, dah ramai pemain muda, tambah dah tak sanggup risk knee injuries.Team badminton dapat EMAS!, alhamdulillah!
Kat pentas nak mula pingpong, Selangor tak cukup pemain.... cubalah jugak! dulu champion sekolah rendah ! mana tau bakat masih ada... hehehe. alhamdulillah, 2 kali main, kedua2 menang! menang 2 out of 3, terus dinobatkan champion!! alhamdulillah, dapat EMAS kali ni!!!




'Atif & Lan...... 'Atif patutnya dalam Team Selangor A futsal, bila dia gi lapur diri, ketua pasukan kata dah penuh!.Aisey! frust dia... Minta juga Abu Dzar carikan team, alhamdulillah ada kosong. Tapi lepas tu 'Atif complain, tak best main dengan diorang sebab kuat gaduh!!
tetap beraksi dipadang walaupun tak bersedia dengan boot.. tak menang pun takpelah, janji mainnn...
Lan lagi parah! Siap ajak zaini lagi utk main tennis..sekali bila nak main,rupanya Abu Dzar tak register!! Apa daaa... hari tu bukan main minta pak cik wan main.. budak2 ni nak kena belajar lagi the art of menyantuni pakcik makcik... Yang ni memang haru.. nak hilangkan frust, mainlah jugak.. rupanya sorang lagi supposedly selangor player adalah Hamzah, adik Umar Farouk Kay! Rancak jugak nampak berta'aruf! Kira ok lah tu....Tak ramai budak2 muda sekarang minat main tennis, walhal it's one of the easiest games....

dulu kat Adelaide selalu jugak main......masa mula2 balik dulu pun selalu jugak main kat KCP.Berenti main lepas dapat Ahmad. maybe i should start again...

Alhamdulillah, at the end of the day, SEMUA ahli kontinjen wanita Selangor balik dengan at least 1 pingat...
Kalu nak kira Team Wanita JIM Selangor CHAMPION WANITA KSPPJ kali ni!! dengan pungutan pingat 4 EMAS 3 PERAK.
Tapi apakan daya.... bila campur dengan pungutan pingat team JIM Selangor...... uhhhhh what to do....

NI'MAT ALLAH


Bismillahirrahmanirraheem

Dapat SMS dari Nizam, ada meeting akhir KSPPJ Khamis 9 malam.

Yang kelakanya, baca SMS tu pukul 10.30 malam selasa lepas balik dari jumpa dr Nora. Kelamkabut sms balik, minta maaf baru baca, ingatkan meeting malam tu! siap minta update lagi... cc pada abu dzar lagi...mesti heran budak berdua tu baca..apalah pulak cerita makcik ni!


Jumpa dr Nora, nak tengok results medical check up last week. Alhamdulillah mine clear, cuma cholestrl ada sikit tak cantik.... :( kena mula balik excercise..urrrrghhh..

Lan punya not too good.. satunya cholstrl, bp pun tak cantik - under observation, give another month, kalu tak turun kena go on medication..alahai. Big blow, all these while nampak macam fit sangat. yang lagi membimbangkan indicator of liver problem. problem ni tak lari2 dari dulu, since kena typhoid balik dari bandung a few years back. Dah macam2 test buat, semua clear. Now nak kena buat test lagi, ulang lagi lah nampaknya jumpa dr Ishak..

Ya Allah, berikanlah kami rahmat kesihatan yang membolehkan kami terus beramal & beribadat pada Mu.

Khamis malam, bersama Sila hadir meeting. Tiba2 je last meeting..... tak pernah pun panggil kami ke meeting2 sebelum ni. Bila dah duduk dalam tu & dengar perbincangan... Ya Allah!! banyaknya maklumat tak sampai!!!

Bila diamati... diorang ni bincang, tukar itu tukar ini, tak maklumkan pun pada kami! yang parah, akhawat tak de coordinator langsung!! Nampak gaya bercelarulah Sabtu ni, no PIC acara, no info, nothing.. berasap kepala Sila!!

Malam tu terus email & SMS apa yang patut, pada siapa yang patut... ramai terkezzzut dengan berita mutakhir, ttg tugasan2. Dah agak, mesti kena bashing, last minute info.. terima je lah. tapi alhamdulillah, ada juga yang boleh terima, kita buatlah apa yang boleh...


Jumaat pagi the boys sampai, pukul 5. The whole day cuba selesaikan apa yg patut, niat nak gi tido putrajaya - dekat sikit pagi esoknya.

Semua barang dalam checklist dah masukkan dalam van, baru nak bertolak 'Iffah called,ajak dinner sekali. Tengah jalan dapat sms Zu DHL 'ya ampun! tak jumpa cari bola baling, dah round habis bangi.. Last option ke tesco (isyyy! bencinya nak gi beli kat situ!!!) sebab 'Iffah kata kat jusco, giant & carrefour takde. Lan masuk beli, kami order makanan di kedai asam pedas row klinik dr nora. Tak banyak choice makanan , tapi kami pun takde choice, dah lewat. among other things kami order ikan kembung bakar (rm10). order pun jimat2 sebab harga minyak mahal..hehe.

Bila ikan kembung bakar tiba..... aduuuh keciknya.... geram betul! 'Arif kata " ummi , ni ikan kembung ke ikan kempis!!" hee hee.. terhiburlah sikit hati ni. Malam ni semua licin.. takde tapau2 macam biasa..alhamdulillah! :)


Sampai Putrajaya dah lebih pukul 11.Aik? gelap lah pulak!

Lama tak tengok bil, letrik dah dipotong..lalalalala.. Lan kata dah bayar pagi tu. diaa janji sambung lepas pukul 5. Ada juga dia bagi no telefon, kalu pukul 9 tak datang , call that number.


After a few calls, orang TNB minta tunggu. Bergelaplah kami, dengan panasnya lagi..tapi sebab badan dah letih, anak2 semua terlelap. bagus gak, esok boleh bangun awal.....

Dalam restless tu, dengar motor datang, orang bagi salam. Phooh, dah pukul 1! Dia datang nak sambung letrik... alhamdulillah! Boleh tabik servis TNB kalu gini!!

Alhamdulillah lega dah ada letrik...barulah rasa betapa seksanya bila ditarik balik ni'mat yang begitu kecil pun.... moga kami lebih syukur dengan ni'mat yang Allah kurniakan tanpa batas ini....


Sunday, August 10, 2008

SELESAI... alhamdulillah!

Bismillahirrahmanirraheem
Baru nak lelap mata last night, teet teet! bunyi message masuk... Minah nak kurma lagi! Baru tadi hantar pada Ra, utk dropkan kat rumah Minah on her way back to Melaka..
Kali ni katanya En Abdullah nak ke Keramat pagi sabtu, tolong bagi yang tak muat kete Ra tu.. Ouch!! Pagi ni bila tepon Jawaher, dah nak habis stok! amek jelah mana yang ada. Alhamdulillah, taklah merungut.. rezeki tak boleh tolak! Congak -congak jumlah kali ni ialah:
  • 8 cartons mariami A 10kg
  • 6 cartons AULA
  • 5 cartons Lyna
  • 5 cartons Rotab
alhamdulillah, walaupun masih tak cukup.. dia nak semua 6 except mariami 10kg, nak 8.
Call Minah, dia kata husband patutnya dah sampai KL, "boleh hantar ke LRT Jelatek?'
Aduuuh!! terganggu lagi!! bila nak siap ni?
Kejar sana-kejar sini, selesai by 1pm alhamdulillah.
Bermulalah betul2 pulun, lepas zohor hiiiiiiiiiinggga ke 'asr. alhamdulillah, SELESAI....
inilah hasilnya

TAHNIAH Anca' !!!!


Bismillahirrahmanirraheem
HAPPY BIRTHDAY KAK WAN!!!

my one & only beloved sis-in-law!

080808

... nice number, genap 50 tahun hari ni...... alhamdulillah, moga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki & di berkati hidup sentiasa. Cuba call klinik nak ucap selamat panjang umur.... tak de orang jawab pulak, masih awal, takkan cepat benar klinik tutup..... cuba & cuba lagi... sampailah..tingggg!! baru teringat, hari ni hari Jumaat, mana Klinik kat Besut buka... keh keh keh padan la takde orang angkat!

Panjang pulak berbual bila dapat call kat rumah.... usia meningkat, tali kehidupan yang masih tinggal makin pendek....

Moga sisa2 umur yang diberi Allah akan dapat kita menafaatkan sebaiknya untuk menyediakan bekalan menemuiNya nanti, insyaAllah, Ameen..

Hari ni tak ada kelas B Arab, baru tahu rupanya Nadia dah tak nak ajar kami, katanya 5 orang satu kelas sikit sangat... :( sedih! sedih! kelas kami 5 orang, tapi kami bayar sama ngan yang ada 8 orang.. nak join kelas satu lagi, kami ni dah agak advanced.. cewahhhhh.. tapi gitulah hakikatnya, Nadia pun cakap gitu....

tak taulah pulak apa isunya.. kami banyak sangat tanya kot..... tergagap2, broken sana broken sini Arabic kami, tapi redah je.... itu lah gamaknya yang dia tak minat..wallahua'lam.

Kena cari kelas lagi la nampaknya.... Bagus jugak kalu boleh ke Syria ke, Jordan ke, 2,3 bulan, pulun belajar Bahasa Arab... hmmmmmmmmmm.. idea! idea!

Semangat tetap ada, buat sendirilah, buku yang baru beli tu...
Hari ni memang kerja mengadap komputer saja, kata orang tak ingat makan minum.. banyaknya nak kena buat,mak datok! dah lah tu, bbrp ajk tak bagi gambar pulak, kenalah source dari album2 lama..tu yang banyak masa habis.
Apa pun, sebelum maghrib mesti stop!

Malam ni malam penuh debaran & bersejarah buat Khansa'.

... alhamdulillah, Farhan nak masuk meminang malam ni :)
Tunggu ayah Man terlekat dalam jam, kami sampai umah Ayah Long dah pukul sembilan. Rupanya rombongan lelaki juga terlekat dalam jam, selamatttttt! hehe


KYREZ menunggu dengan penuh debaran... hehe

Terkezut besar kami bila rombongan tiba! Laaa..tak sangkalah pulak ketua rombongan tu rupanya Ustaz Muhaimin! Farhan tu sepupu Ustaz... bersaudara lah pulak kita nampaknya!
Biar betul....eh betul! memang ya tu Ustaz...

SMS kat K Long...

"siaran Langsung. Sekarang sedang berjalan upacara pertunangan K Anca' "

Dah agak dah, mesti dia terkejut dengar berita ni!! nantilah nak post banyak2 gambar2 K Anca' tunang....Bincang...bincang...bincang....

Ameen...ameen...ameen... syukur dah selamat..

Sah lah sudah...Anca' kini tunangan orang!

Terharu baca SMS ucap selamat K Long & Afan nun jauh dari bumi kanggaroo

Amboi..ayu nya! ...

Ni rama-rama hinggap kat kepala, tumpang gembira!

Ni cincinnya... Anca' punya!

Ni pulak kek nya... kami punya!

Ni kami-kami, tumpang GUMBIRA! & syukur..!

Ni kami-kami yg ramai!

Doa kami moga pertunangan ini di berkati Allah & akan berakhir dengan ikatan suci pernikahan yang kekal ke akhir hayat, ameen!

Balik lambat lagi... bila lah boleh habiskan MM tu... tension ni! esok je tinggal..nak tak nak mesti habiskan! Esok mesti pulun......insyaAllah