O Allah, please put this world in my hand and not in my heart for I desire the heart which always remember You all the time. Please forgive me for I have sin.
Verily You are the Most Gracious, Most Merciful

8 Ijah dah besarrrr....

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Yang Di Tunggu Dah Tiba!

Yang Di Tunggu Dah Tiba!
WAFIYAH Cucu ku Sayang - Born 24/12/08, Alhamdulillah!

grow baby grow

Sunday, August 17, 2008

NI'MAT ALLAH


Bismillahirrahmanirraheem

Dapat SMS dari Nizam, ada meeting akhir KSPPJ Khamis 9 malam.

Yang kelakanya, baca SMS tu pukul 10.30 malam selasa lepas balik dari jumpa dr Nora. Kelamkabut sms balik, minta maaf baru baca, ingatkan meeting malam tu! siap minta update lagi... cc pada abu dzar lagi...mesti heran budak berdua tu baca..apalah pulak cerita makcik ni!


Jumpa dr Nora, nak tengok results medical check up last week. Alhamdulillah mine clear, cuma cholestrl ada sikit tak cantik.... :( kena mula balik excercise..urrrrghhh..

Lan punya not too good.. satunya cholstrl, bp pun tak cantik - under observation, give another month, kalu tak turun kena go on medication..alahai. Big blow, all these while nampak macam fit sangat. yang lagi membimbangkan indicator of liver problem. problem ni tak lari2 dari dulu, since kena typhoid balik dari bandung a few years back. Dah macam2 test buat, semua clear. Now nak kena buat test lagi, ulang lagi lah nampaknya jumpa dr Ishak..

Ya Allah, berikanlah kami rahmat kesihatan yang membolehkan kami terus beramal & beribadat pada Mu.

Khamis malam, bersama Sila hadir meeting. Tiba2 je last meeting..... tak pernah pun panggil kami ke meeting2 sebelum ni. Bila dah duduk dalam tu & dengar perbincangan... Ya Allah!! banyaknya maklumat tak sampai!!!

Bila diamati... diorang ni bincang, tukar itu tukar ini, tak maklumkan pun pada kami! yang parah, akhawat tak de coordinator langsung!! Nampak gaya bercelarulah Sabtu ni, no PIC acara, no info, nothing.. berasap kepala Sila!!

Malam tu terus email & SMS apa yang patut, pada siapa yang patut... ramai terkezzzut dengan berita mutakhir, ttg tugasan2. Dah agak, mesti kena bashing, last minute info.. terima je lah. tapi alhamdulillah, ada juga yang boleh terima, kita buatlah apa yang boleh...


Jumaat pagi the boys sampai, pukul 5. The whole day cuba selesaikan apa yg patut, niat nak gi tido putrajaya - dekat sikit pagi esoknya.

Semua barang dalam checklist dah masukkan dalam van, baru nak bertolak 'Iffah called,ajak dinner sekali. Tengah jalan dapat sms Zu DHL 'ya ampun! tak jumpa cari bola baling, dah round habis bangi.. Last option ke tesco (isyyy! bencinya nak gi beli kat situ!!!) sebab 'Iffah kata kat jusco, giant & carrefour takde. Lan masuk beli, kami order makanan di kedai asam pedas row klinik dr nora. Tak banyak choice makanan , tapi kami pun takde choice, dah lewat. among other things kami order ikan kembung bakar (rm10). order pun jimat2 sebab harga minyak mahal..hehe.

Bila ikan kembung bakar tiba..... aduuuh keciknya.... geram betul! 'Arif kata " ummi , ni ikan kembung ke ikan kempis!!" hee hee.. terhiburlah sikit hati ni. Malam ni semua licin.. takde tapau2 macam biasa..alhamdulillah! :)


Sampai Putrajaya dah lebih pukul 11.Aik? gelap lah pulak!

Lama tak tengok bil, letrik dah dipotong..lalalalala.. Lan kata dah bayar pagi tu. diaa janji sambung lepas pukul 5. Ada juga dia bagi no telefon, kalu pukul 9 tak datang , call that number.


After a few calls, orang TNB minta tunggu. Bergelaplah kami, dengan panasnya lagi..tapi sebab badan dah letih, anak2 semua terlelap. bagus gak, esok boleh bangun awal.....

Dalam restless tu, dengar motor datang, orang bagi salam. Phooh, dah pukul 1! Dia datang nak sambung letrik... alhamdulillah! Boleh tabik servis TNB kalu gini!!

Alhamdulillah lega dah ada letrik...barulah rasa betapa seksanya bila ditarik balik ni'mat yang begitu kecil pun.... moga kami lebih syukur dengan ni'mat yang Allah kurniakan tanpa batas ini....


Sunday, August 10, 2008

SELESAI... alhamdulillah!

Bismillahirrahmanirraheem
Baru nak lelap mata last night, teet teet! bunyi message masuk... Minah nak kurma lagi! Baru tadi hantar pada Ra, utk dropkan kat rumah Minah on her way back to Melaka..
Kali ni katanya En Abdullah nak ke Keramat pagi sabtu, tolong bagi yang tak muat kete Ra tu.. Ouch!! Pagi ni bila tepon Jawaher, dah nak habis stok! amek jelah mana yang ada. Alhamdulillah, taklah merungut.. rezeki tak boleh tolak! Congak -congak jumlah kali ni ialah:
  • 8 cartons mariami A 10kg
  • 6 cartons AULA
  • 5 cartons Lyna
  • 5 cartons Rotab
alhamdulillah, walaupun masih tak cukup.. dia nak semua 6 except mariami 10kg, nak 8.
Call Minah, dia kata husband patutnya dah sampai KL, "boleh hantar ke LRT Jelatek?'
Aduuuh!! terganggu lagi!! bila nak siap ni?
Kejar sana-kejar sini, selesai by 1pm alhamdulillah.
Bermulalah betul2 pulun, lepas zohor hiiiiiiiiiinggga ke 'asr. alhamdulillah, SELESAI....
inilah hasilnya

TAHNIAH Anca' !!!!


Bismillahirrahmanirraheem
HAPPY BIRTHDAY KAK WAN!!!

my one & only beloved sis-in-law!

080808

... nice number, genap 50 tahun hari ni...... alhamdulillah, moga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki & di berkati hidup sentiasa. Cuba call klinik nak ucap selamat panjang umur.... tak de orang jawab pulak, masih awal, takkan cepat benar klinik tutup..... cuba & cuba lagi... sampailah..tingggg!! baru teringat, hari ni hari Jumaat, mana Klinik kat Besut buka... keh keh keh padan la takde orang angkat!

Panjang pulak berbual bila dapat call kat rumah.... usia meningkat, tali kehidupan yang masih tinggal makin pendek....

Moga sisa2 umur yang diberi Allah akan dapat kita menafaatkan sebaiknya untuk menyediakan bekalan menemuiNya nanti, insyaAllah, Ameen..

Hari ni tak ada kelas B Arab, baru tahu rupanya Nadia dah tak nak ajar kami, katanya 5 orang satu kelas sikit sangat... :( sedih! sedih! kelas kami 5 orang, tapi kami bayar sama ngan yang ada 8 orang.. nak join kelas satu lagi, kami ni dah agak advanced.. cewahhhhh.. tapi gitulah hakikatnya, Nadia pun cakap gitu....

tak taulah pulak apa isunya.. kami banyak sangat tanya kot..... tergagap2, broken sana broken sini Arabic kami, tapi redah je.... itu lah gamaknya yang dia tak minat..wallahua'lam.

Kena cari kelas lagi la nampaknya.... Bagus jugak kalu boleh ke Syria ke, Jordan ke, 2,3 bulan, pulun belajar Bahasa Arab... hmmmmmmmmmm.. idea! idea!

Semangat tetap ada, buat sendirilah, buku yang baru beli tu...
Hari ni memang kerja mengadap komputer saja, kata orang tak ingat makan minum.. banyaknya nak kena buat,mak datok! dah lah tu, bbrp ajk tak bagi gambar pulak, kenalah source dari album2 lama..tu yang banyak masa habis.
Apa pun, sebelum maghrib mesti stop!

Malam ni malam penuh debaran & bersejarah buat Khansa'.

... alhamdulillah, Farhan nak masuk meminang malam ni :)
Tunggu ayah Man terlekat dalam jam, kami sampai umah Ayah Long dah pukul sembilan. Rupanya rombongan lelaki juga terlekat dalam jam, selamatttttt! hehe


KYREZ menunggu dengan penuh debaran... hehe

Terkezut besar kami bila rombongan tiba! Laaa..tak sangkalah pulak ketua rombongan tu rupanya Ustaz Muhaimin! Farhan tu sepupu Ustaz... bersaudara lah pulak kita nampaknya!
Biar betul....eh betul! memang ya tu Ustaz...

SMS kat K Long...

"siaran Langsung. Sekarang sedang berjalan upacara pertunangan K Anca' "

Dah agak dah, mesti dia terkejut dengar berita ni!! nantilah nak post banyak2 gambar2 K Anca' tunang....Bincang...bincang...bincang....

Ameen...ameen...ameen... syukur dah selamat..

Sah lah sudah...Anca' kini tunangan orang!

Terharu baca SMS ucap selamat K Long & Afan nun jauh dari bumi kanggaroo

Amboi..ayu nya! ...

Ni rama-rama hinggap kat kepala, tumpang gembira!

Ni cincinnya... Anca' punya!

Ni pulak kek nya... kami punya!

Ni kami-kami, tumpang GUMBIRA! & syukur..!

Ni kami-kami yg ramai!

Doa kami moga pertunangan ini di berkati Allah & akan berakhir dengan ikatan suci pernikahan yang kekal ke akhir hayat, ameen!

Balik lambat lagi... bila lah boleh habiskan MM tu... tension ni! esok je tinggal..nak tak nak mesti habiskan! Esok mesti pulun......insyaAllah

Friday, August 08, 2008

dalam sibuk ada kurma..


Bismillahirrahmanirraheem

Syukur alhamdulillah, masih dipanjangkan umur di murahkan rezeki & di berikan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan.

Minggu ni memang sibuk memanjang... alhamdulillah, bila rasa masa tak cukup gini, baru appreciate masa lapang- tertunggu-tunggu, terbayang2 apa nak buat bila ada masa lapang nanti..tunggu lah...... Newspaper jangan sebutlah, dah menggunung tak sempat baca!
Mula Isnin malam, ada meeting WJAJ, nak finalise MAWD ahad. PKJ dah di book, so guna iktisas. ingat nak buat kat bawah je, alih2 petang tu Azmil sms ingatkan ada mtg,juga kat Iktisas...... isy!isy! lupa sungguh! takpelah, gi mtg Wanita 8.30 di bilik anggerik, pastu 9.30 join kat bawah. diorang ni sure lambat.... bolehlah lama sikit ngan Wanita.
Selasa malam ada lagi perjumpaan kat PKJ, angkut lagi budak2! balik dah lewat, tangguh lagi nak buat multi media presentation untuk MAWD... sigh... asyik tertangguh je, tak boleh buat last minute, remehnya nak susunatur.. tu memang dah tahu, tapi apakan daya.

Niat dihati nak buat, tapi bila sampai rumah, anak2 pun dah penat, Ijah meragam... kalu dah sebut "nak tido ummi jugak!" memang tak boleh lariii ...hu hu... bila dah tido Ijah, lelaplah sampai ke subuh....

Pagi2 Rabu dapat sms dari Zairul "kurma untuk pagi ni dah siap?" Call Ra, dia kata on the way, lega.....
Gi jugak rumah Jawaher nak tolong, banyak tu, 100kg! Sampai sana, nampak Ra resah dalam kete, masa dah hampir 8.50, Jawaher blom balik, gi hantar makanan kat Tadika Hidayah. Djah pulak tepon, "lambat lagi makcik?" Aduhhhh.. mana Jawaher ni??
8.55am dia sampai terus angkut 2 kotak untuk majlis penyerahan & terus pecut ke PKJ! Sampai atas, found out yang setting belum sedia, banner blom letak.

Tukar plan, minta Zairul bawa Puan Faridah & Puan Fauziah minum dulu, pastu baru buat majlis penyerahan... hehe, brilliant idea!

Mariami & Munefy - 2 jenis kurma sebagai meraikan permintaan Zairul & K Faridah, pasni semua Munefy, insyaAllah

cantik pulakkk dalam gambar, he he

semua sudah sedia, termasuk 2 beg JIM, sebagai cenderahati untuk tetamu
Sempatlah lekatkan banner & tampal stickers kat kotak masa diorang minum....
Perut pun dah keroncong, tak sempat breakfast tadi. Selesai tugas, kami tunggu giliran nak gi makan, apa2 yang ada.....
Puas signal kat Zairul semua dah ready, tak jugak bergerak ke bilik mesyuarat! Isy! panjang lah pulak bercerita!! Perut kami pun dah rancak bernasyid!

Selesai tampal stickers kat semua kotak2 (29 kotak, 242 kg!) terus balik rumah, Ulfah dah gi sekolah, alhamdulillah.

Lepas Zharif gi Tadika, sempat sekejap mulakan projek MM...hmmm long way to go...
Hari ni kna keluar awal amek Zharif sebab last week usrah kami buat resolusi baru, usrah mula pukul 4, habis paling lewat 6.30 insyaAllah. Alhamdulillah, usrah berjalan as planned...

Syukur, sebab pukul 8 kami semua dah kena tunggu kat rumah Nor untuk ke Bangi dengan kete Mar.... Kecoh lagi.... anak2 hantar ke Iktisas, sampai umah Nor ngam2 pukul 8.....

Malam ni ada sesi perkongsian pengalaman dengan Ibu Yuyuk, ahli Parlimen PKS. Beliau kebetulan ada disini bersama anak ke 11(ada 13 anak, Subhanallah!) yang sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.Seronok dengar pengalaman, doakan kami juga boleh segigih mereka.

Hmmmm... ramai sungguh datang malam ni, akhawat dari seluruh pelusuk Selangor. Peluang lagi untuk jual kurma..hehehe... alhamdulillah, pulangan berbaloi angkut naik tangga 3 tingkat!!

Sampai rumah memang dah terlalu lewat, tak dapat lagi nak hadap komputer......

Tuesday, August 05, 2008

KURMA OH KURMA

Bismillahirrahmanirraheem

On the way nak balik, terima call dari Husiah, Karisma UTEM.

Mcik, kami tak jadi balik Melaka malam ni, boleh ke mcik hantar kurma ke Al Amin bangi?

Aduhhh..... kurma tak de kat kete...kalu tidak boleh aje pegi kejap. Pusing balik amek kat rumah Jawaher, terus ke Al Amin Bangi

Bermula lah Musim Kurma Wanita JIM 1429...... kalu ikut tahun lepas, memannnnng akan sibuk memanjang! Alhamdulillah, bila berhenti seminggu sebelum Ramadhan, sales JIM IPT melebihi RM32K! equivalent to more than 150 cartons. MasyaAllah, tak terfikir boleh jual banyak tu sekali. Alhamdulillah, dengan good networking & full support dari semua, esp beloved hubby & anak2 , boleh rupanya..... Tahun ni harapnya boleh capai target sama if not more. tapi tak tahulah, sebab kurma pun dah naik harga....

Sampai Al Amin Bangi, tergamam sekejap! MasyaAllah berubah sungguh kawasan sekitar! dah tak sure mana satu jalan masuk... pusing2 akhirnya jumpa.... rasanya the last time datang - not too long ago - tak lah gini rupanya. pesat benar pembangunan kawasan ni!

Promo dah buat kat net2 yang berkaitan.. alhamdulillah, first order dapat dari K Awi. nak 1 karton AULA. Pas tu ada enquiry utk jadikan cenderahati walimah, last minute tak jadi sebab ada benda lain dah. No problem...tak ada rezeki kat situ. Tapi Hafsa order juga 1 karton untuk kawan2 pengantin, alhamdulillah. WJIM NS pun dah order, one carton of each type. Alhamdulillah dah deliver pun - hari ni dapat repeat order, nak lagi 6 cartons!

Syukur dapat durian runtuh! 2 days ago, Sunday, Zairul called. Masa tu di Putrajaya.

Alahai..lepas hantar kurma pada Hus, terus balik Putrajaya. Silap betul tak tinggalkan makanan tapau walimah sabtu tu kat sana. Tengah malam keluar cari makan. Yang parahnya, bila tahu nak keluar, Filzah siap pakai goggles! Happy betul dia "kita nak gi mandi kolam kat itu kan??? " Aisey! ingat lagi dia, baru 2 kali bawa gi swimming kat precint 11 (or is it 9???) tu. so kena hati2 tak pegi makan kat foodcourt situ malam ni.....

Anyway, Zairul cerita tentang Muslims diVietnam tak pernah makan kurma untuk berbuka. JKPA & Petronita HCMC cadang nak hantar."Boleh ke K Wan supply?" Wah! itu betul2 magic words. Sure Boleh! insyaAllah!! "Berapa banyak nak? " "Dalam 100kg!" Whoa!! ni betul2 durian runtuh... Lepas nego harga & consult Ra, our pengurus projek Kurma - since it's for a good cause, we decided to give at cost price + transport cost . Nak lah jugak kami tanam saham...

Plan JKPA nak dapatkan sponsorship dari ahli2 NaqibNet ,IslahNet & public.

Teet!teet! belum habis bincang, ada SMS masuk, Ra bagi tau ada hamba Allah nak sponsor semua 100kg kurma tu! subhanallah! Tanya sape, dia tak nak bagi tau. I suspect it's her.... dia selalu gitu.... sangat murah hati..Moga Allah rahmati beliau & keluarga serta dimurahkan rezeki.

Zairul teruskan juga cari sponsorship utk hantaran seterusnya. Hantaran pertama akan di buat Khamis ni. Majlis penyerahan akan dilakukan di Kompleks JIM pagi rabu ni insyaAllah. Sungguh murah hati awrga NN ni, alhamdulillah. Sehingga petang ni, pledges sudah mencecah 250 kg on top of the initial 100kg. We expect more coming in since tarikh akhir pledges diterima ialah pada 15 ogos........ Doakan , doakan, doakan....
ni semua kira sales JIM IPT, alhamdulillah!! :)

Mas juga sudah call tadi, minta letakkan kurma di PPIM shop, d The Mall. insyaAllah..

Gitu lah, kalau dah mula, otak fikir pasal kurmaaaa je. itu penting sales ceased a week before Ramadhan, agar dapat lakukan persiapan diri , mentally & physically, untuk menyambut Ramadhan Mubarak!!! moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Ameen...

Malam ni di PKJ, promote lagi - pada Reen dan lain2 yang attend meeting. hehe
Juga mulakan projek Rayuan Ramadhan - kerah semua yang datang tolong tuliskan "JIM IPT" kat borang. sorry kawan2!! hehehe
Balik ni kena cari cop, senang & fun sikit untuk anak2 buat. Ada somewhere, insyaAllah....

Ni Promo dalam net - harap2nya menjadi...
InsyaAllah yang ditunggu sudah tiba! Alhamdulillah!
AULA
akan mula berada dipasaran ESOK!!! Rabu 6 OGOS!!
Ikhwah akhawat boleh membuat tempahan mulai dari sekarang - samada untuk kegunaan sendiri, juga sebagai hadiah kepada rakan, pekerja, jiran , ahli keluarga atau sesiapa saja!!

Kalau mengikut pengalaman lepas, seminggu sebelum ramadhan, operasi jualan mula berkurangan kerana kehabisan stok. Para pengedar juga mula mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan Mubarak
Oleh itu, eloklah tempahan dibuat segera


Assalamu'alaikum wrb

KURMA WANITA JIM MUNCUL LAGI !!!
wajah baru, kualiti & komitmen tetap sama!!

AULA 200G
(MARIAMI GRED A)

AMAT,AMAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN HADIAH MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA INI KEPADA

YANG DISAYANGI - KELUARGA, SANAK SAUDARA & SAHABAT
STAFF ANDA - SEBAGAI PENGHARGAAN USAHA GIGIH MEREKA SEPANJANG TAHUN
TEMAN2 SEJAWAT & JIRAN TETANGGA - MENGHUBUNG & MENGERAT SILATURRAHEEM

& TENTU SEKALI, SESUAI SEBAGAI CORPORATE GIFTS , CENDERAHATI WALIMAH dll

moga bertambah keberkatan ramadhan & bertambah erat ukhuwwah!


JOM BANTU ANA JANA DANA JIM IPT!!!!

usaha pembinaan pelapis memerlukan dana yang besar. Ini peluang antum menanam saham... setiap sen yang masuk amat bermakna pada kami...

apa perlu anda buat?
1. jadi pengguna setia,pastikan tahun ini anda berbuka dengan AULA!!
2.jadi pengedar
peluang menjana dana..... menambah pendapatan..
moga dengan bertambah pendapatan, bertambah infaq Ramadhan tahun ini...

berita baik!!
sebagai menghargai usaha murni anda:

pengedar & pengguna yang membeli lebih dari 1 kartun, kami memberikan HARGA ISTIMEWA , sila lihat lampiran harga pengedar
jika anda menjual kurma untuk mengisi tabung JIM Negeri atau Daerah/Wanita JIM Negeri atau Daerah, kami menawarkan HARGA LEBIH ISTIMEWA ! sila lihat lampiran harga pengedar JIM

*dapatkan harga istimewa dengan pembelian lebih dari 1 kartun, samada untuk kegunaan sendiri atau untuk menjadi pengedar*

JANGAN TUNGGU SEHINGGA KEHABISAN STOK!
untuk maklumat lanjut/tempahan, hubungi SEGERA

wakil JIM IPT anda!
WAN FAUZIAH 019 3374400/ wfauziah@gmail.com

jzkk
Wassalam

KECIK SUNGGUH DUNIA..




Bismillahirrahmanirraheem
3 ogos - Masih lagi dalam mood pegi walimah... Tengahari bertolak dari Kuantan untuk ke walimah Ezral, anak K Zah & Suhaimi, jiran belakang rumah. Berbesan dengan orang Kelantan dia...
Habis makan, niatnya nak terus balik, rehat & sedia untuk minggu baru...
Diluar dewan tan sri mahfoz - first time datang, sebelum ni tak tahu pun ada dewan ni...

Kami keluar dulu,tunggu punya tunggu, Lan masih rancak berbual dengan pihak pengantin perempuan. Aik! macam dah kenal lama...


Masuk jenguk, nak tahu apa cerita... sambil2 tu bergambar
isy!!isy! rupanya besan K Zah orang Melor! Nenek pengantin pulak anak murid Cek! Sabri, bapa pengantin kawan main bola Lan masa kecik2 dulu! Kecik sungguh dunia.......

Anak murid Cek - Kak Yah Mek Nab - nenek pengantin perempuan

Sebelum ni, anak An & Adnan jiran belakang rumah juga, kahwin dengan orang Besut... Bila tanya kat sana nanti duduk mana - ingat nak offer rumah Abg Li kalu belum ada arrangement. Dia pun cerita lah tempat nak duduk ni, tempat sama masa pergi meminang dulu. Bunyi macam familiar je tempat yang dia cerita tu...... Laaaaa... rupanya di Darul Iman, chalet Abg Li!!!!!
Kecik sungguh dunia......

Terus call Abg Li malam tu, tanya kalau2 boleh bagi huge discount!! he he . No problem..... in fact dia pergi sambut & urus sendiri rombongan tu, instead of biarkan staff buat.

That's my brother!!!

REZEKI MELIMPAH RUAH... ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirraheem
2 ogos....phoooh! hari ni memang hari sibuk! bermacam2 perkara hari ni, harapnya by the end of the day, daptlah sikit kerehatan insyaAllah.
Pagi ni ada perbincangan TPSM-IPT Pusat dengan Pengurus2 TPSM Negeri & Daerah. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar, seperti yang dirancang. pembentangan oleh akh Hussen Kari, Nik Aisyah,Danny & WanAm.

Banyak perkara yang di highlight & perlu tindakan segera daerah2 yang ada IPT. Nahar sms, minta summarise isi2 perbincangan untuk dibentang dalam next MJKP. InsyaAllah team kami akan diberikan slot untuk ini. Doakan Allah permudahkan.
Cadangnya nak cabut dalam pukul 11. nampaknya tak kesampaian - van & kete dua2 hantar service, pukul 11 belum siap :(

By the time selesai, dah hampir pukul 2. Aduhhhhhh, gimana ni, banyak plan lari kalu gini!
Tadi sebelum keluar ke PKJ, dah pack semua barang yang nak dibawa, minta Lan settle anak2, angkat barang ke kete, pick me up & off we go!
So off we went at around 2. First destination - hantar 'Iffah balik umah sewa! Gi amek 'Iffah semalam lepas beli tiket bas. Katanya rindu kat adik2.....

Next pecut ke Kelana Jaya - walimah anak Kamaruddin. Dahlah lambat, salah sports complex pulak! sampai dah pukul 3.15. makan laju2, jumpa tuan rumah, salam sana salam sini...off we went to Putrajaya-dewan precint 8.

Selalu lalu depan dewan ni, tapi tak pernah masuk. Kali ni ada peluang masuk... walimah anak Mustafar Kadir & kak Mi. ngam2 sampai pukul 4 ! walaupun di kad kata sampai pukul 4.30, makanan dah mula diangkat. cepat2 amek - masih lapar sebab tadi makan sikit, tambah makanan tadi tak nampak menyelerakan...astaghfirullah...

Ambik tak banyak juga kali ni, takut overeat, lepas ni ada satu lagi.... eh, selera pulak zharif & filzah makan, sekali bila nak gi tambah, meja dah kosong!! laaaa..dah kena angkat semua....

Sambung borak dengan Pah jamaluddin & Ana khairon sampai dewan dah hampir kosong.. uhuk uhuk..

Nasi & lauk2 sungguh sedap! tanpa diduga, bila nak keluar, anak K Mi datang bagi satu plastik untuk tapau, alhamdulillah.

Pastu pecut hala ke Melawati. Ada satu lagi jamuan - juga tak boleh miss! Mar & Syed buat jamuan untuk Muslim yang akan ke UK mid- september nanti. Makanan sedap jg, tp perut dah penuh.... end up makan buah2an - manggis, duku & rambutan.

Dari rumah Mar, terus menghala ke Kuantan. Teringat nasi tapau tadi, singgah sebentar dirumah untuk simpan dalam fridge. Tadi masa kat Putrajaya, Lan cadangkan tinggal je kat rumah sana. Ada ke...entah bila nak pegi lagi....

6.30 baru betul2 bertolak ke Kuantan. Kali ni untuk ke walimah anak ke-2 Din & Ani , ayoy & zailene. dah bagitau sampai lewat, tapi tak sangka pulak lewat gini sekali!
Dalam rancak bersembang & tak kisahkan speed , tiba2 dah keluar dari highway! baru pukul 8.30! phew! sure pecutnya tadi... Sampai destinasi sebelum pukul 9. Perut masih kenyang, tapi makan juga untuk raikan tuan rumah tunggu & siapkan makanan.

Tema perkahwinan ni hitam & gold! Semua benda hitam! bilik pengantin pun dihias hitam! Baju pengantin pun hitam! seluruh ahli keluarga juga berpakaian hitam!! hmmmm
Ani cerita tempah kek pun hitam... punya lah mengamuk pengantin bila terima pagi tu, kek kuning (supposedly gold!) berbunga dark brown.... sangat lari dari tema! Padanlah bila masuk dapur, kek 3 tingkat tu tersorok je...

hitam-hitam si tampuk manggis....

peribahasa kalu gi kenduri:late birds get the best worms!! ni dapat kek yang diletak atas par.... kalu datang awal, sure tak dapatnya!
ini lah kek yang teramat lah lari dari warna tema!!!!

Mata sangat mengantuk... pukul 11 lebih kami beransur dari rumah Ani ke tempat penginapan - rumah Abg Di Nah. Tuan rumah tak ada, jadi joli lah kami! Sebelum ke Bandung hari Jumaat, Nah hantar kunci kerumah. Sungguh nyenyak sekali tidur... badan letih, perut kenyang, tak ada gangguan.... lethal combination!!!

amboi! relaxnya, tuan rumah takde!!

alhamdulillah ada anak pompuan - ulfah tengah berkemas nak balik. TQ ulfah!

Ahad tengahari balik ke KL untuk walimah Ezral anak Kak Zah

TAHNIAH LABIB! ANUGERAH LAGI... ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirraheem
1st August birthday Imran Hasif, HAPPY BIRTHDAY IMRAN!!! dah 18 tahun budak ni... ingat, nak kena amek no hp & detail lain , nak bagi pada JIM IPT

31st July, Cek,'Arif, W Aziz, Ha & Labib sampai dari KB. Adik patut amek, dengarnya lambat, sampai pukul 5, pukul 6 baru gi amek..isy! isy!

Rabu 30/7 Lan balik KB ada meeting, sambil tu amek 'Arif & Ahmad. 'Arif cek nak bawa balik, nak bagi perangsang tengok kejayaan Labib dapat anugerah - tinggi harapan cek tu, nak 'Arif gi belajar di Mesir, jadi antara ulama' ditanahair..ameen. Tapi, Mesir..... hmmmm.. takpelah, tengok macamana...
Ahmad pula diberi tugas teman ayah sepanjang cek disini. Ni kes Ahmad jaga tok ayah ke tok ayah jaga ahmad.... tak kisahlah, bagi Ahmad rasa bertanggungjawab sket.

Rabu malam tu,Lan sampai KLIA around 9- katanya hati dalam dua, nak balik Melawati ke, nak balik Putrajaya, pagi2 esok ada meeting di Putrajaya, bunyi macam lebih berat nak ke Putrajaya. Apa-apa jelah, 'mana2 pun ok' kataku,walaupun dalam hati harap2nya balik Melawati... :)

pukul 10.30 dapat call lagi... errrr.. 'tayar punctured! ' pastu kete tak nak start. Sian orang PLUS, berpeluh tukar tayar & cuba hidupkan kete.. battery lagilah tu. Baru lagi tukar, apalah nak jadi...semua nya eja 'fulus,fulusss'
Finally kawan dia datang bawa battery baru, alhamdulillah boleh start kete. By then dah hampir pukul 12, so confirmed balik Putrajaya... huhu

Pagi Khamis kelas B Arab takde, Nadia ta'aban jiddan... bolehlah sembang2 dengan Cek & Ha sambil2 sediakan anak2 ke sekolah.Tengahari rombongan cek ke Amanahraya- ada taklimat, ikrar & macam2 lagi.

Alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang Labib, dia ditawarkan scholarship Amanahraya ke Mesir - tambah dengan adanya Ayah Din :) 'Arif pun ikut sama. Lan joined lepas habis urusan di Putrajaya, sekaligus bawa balik.

Bulan lepas Labib dah datang, terima anugerah cemerlang JAKIM alhamdulillah, the only one dari Kelantan - Hampir2 Hanif dapat , Labib dapat sebab keputusan SPM lebih sikit, walaupun sama2 10A. Keputusan STAM sama2 hebat, mumtaz??? kira top diKelantan.Sebelum anugerah JAKIM, dah dapat hadiah dari Sultan Kelantan, sebab results bagus tu. Untungnya jadi anak Kelantan............

Malam khamis lepas taklimat, kami keluar cari tiket bas balik di Greenwood.Janji dengan ustaz, 'Arif & Ahmad akan balik AlManar pagi Sabtu, ada program.
Laaaa...lupa, nak amek tiket Jumaat malam, orang bas tu kata dah lama habis!! orang Kelantan ramai ulang alik KL -KB, Jumaat malam naik bas ke KB, Ahad malam naik bas balik KL. Tu yang tiket bas dah habis.. ramai rupanya yang rutin macam tu. Tak sanggup rasanya, ada weekend husband..tapi kalu Allah dah takdirkan gitu, terpaksa terima. Kalau boleh, taknak lah, isteri tempatnya disamping suami......

Tiket Sabtu pagi masih ada, so decided nak beli untuk 3 orang , cek & 'Arif balik naik flight friday malam insyaAllah. Sibuk bincang, lupa nak masuk balik beli tiket! dah dekat sampai rumah baru teringat. Alaaaahai, terus ke Putra, sebab Greenwood dah nak tutup tadi. Rasa betul macam Pak Pandir :) By the time sampai umah, semua dah tidurrrr...zzzzzz....

Alhamdulillah, Jumaat pagi2 lagi diorang dah bertolak ke Hilton Central, tempat majlis. Takut terlekat dalam jam.Wah, pukul 8 dah sampai! Punyalah lama tunggu, patut mula pukul 9, dengarnya pukul 10 baru mula, sian Ha, lenguh punggung duduk katanya..hehe.
Selesai majlis, ada kudapan. Rupanya makanan dah sikit kureng!! balik umah berebut2 bilik air!!! Sian Cek, minum 2 gelas teh teramat pekat...

Then off they went to Nilai, nak ziarah Hana di USIM. Last week baru register. Plannya, dari Nilai terus hantar cek & 'Arif ke airport. Dah siap pesan pada Ha, make sure sampai airport by 6.30..... tapi seperti biasa, rush! rush! ke airport.... missed flight lagi!!! isssyyyyyy!! penat je book semalam... reason kali ni, Abang Zaini nak makan dengan cek, lambat habis, tu yang lambat ke airport... apa-apa je lah...... berasap jugak dengar, tapi ingatkan tentu ada hikmahnya... terima dengan tenang.....
'Atif called, blackout di rumah Melor.... Kotak fuse meletup! apa-apa je lah......

Pagi Sabtu lupa nak beli paper - Labib diinterview oleh the Star, mungkin keluar.. nantilah tanya.
Malam Jumaat masa berbual Labib dengan Hanif, Hanif kata ada berita kat TV, muka Labib keluar... dengar Labib tanya.. "Eh! handsome tak ana???" he he ..remaja tetap remaja......

Tuesday, July 29, 2008

HARI INI HARI SANTAI...

Bismillahirrahmanirraheem
Alhamdulillah, satu hari lagi berlalu.
Baru selesai Pemantapan Nuqaba' Ampang Jaya. Penat sungguh malam ni tapi Ust Muhaimin ni memang pandai tackle orang mengantuk.. tak kering gusi dengar cerita ceritinya dicelah-celah penyampaian yang amat berguna sebagai bekalan untuk move forward. Kehadiran amat OK alhamdulillah! penuh PKJ - ikhwah akhawat hampir sama ramai.
Berbaloi berkejar2 'sedia' mee hoon! Dah agak dah Dr Ahmad mesti call tanya ttg makanan malam ni... tapi tak sangka plak lewat benarnya. dah pukul 6 lebih baru minta orderkan! Memang tak sempat, sape sanggup nak sediakn untuk 30 orang at short notice macam tu!
Ting! ting! idea datang! worry not, hari ni kan hari selasa.... terus call Lan kat ofis minta belikan mee hoon ke apa2 ke kat pasar malam.. nanti kami bawakan bekas dari rumah.... wahhh lega.. yang jadi penatnya nak angkut 3 askar kat umah ni, semua dah lentok!

3 hari lepas Lan Wani telefon bgtau flight Olah malam isnin. Aik! cepat pulak nak balik , hari tu kata lepas raya.. rupa2nya..... dia kantoi 3 papers... nak kena resit tengah ogos ni... alahai Olah.... olah...
tak terfikir plak nak ke airport.. banyak benda nak kena settle kat umah.
Tup tup etang semalam dapat sms Kak Soh, 'minta tolong jampi2 sikit olah tu...c u there pukul 11!' alamak! kena gi lah nampaknya... call Lan, dia kata ok, lepas discussion nanti. ingatkan flight pukul 11, dapat sms pukul 8! wah! ni betul2 kena pecut ke airport kalu tidak tak sempat.. kecoh kejap bundle anak2 ke kereta.
Teringat pulak nak call K Soh nak confirm pukul berapa flight. Laa... pukul 2 pagi! boleh lah relax dulu, anak2 pun masuk balik.....
Kalu dah pukul 2, sure lambatnya balik. just to be safe bawaklah satu beg apa2 yang perlu kalau2 nak tidor d putrajaya....... baju tak bawa sebab esoknya nak balik terus, anak2 sekolah... itu rancangan kita lah...

Olah ni, masa pegi dulu botak, balik kali ni mak datok! rambut dah panjang ke bahu. Rimas betul tengok rambut kat depan asyik jatuh tutup sebelah mata! macamana dia nak concentrate belajar ni, kerja menepis rambut je! orang muda... tentu rasa macho habis tu! he he
Lepas kena jampi sikit, olah masuk & kami pun beredar. Ajak K Soh, Lan & Wani tidor di putrajaya. Esok pagi2 boleh balik PJ nak gi kerja. Lan kata dia tengah cuti . Orait! just nice kalu gitu tak payah rush pagi esok.. bertolak balik pukul 9, insyaAllah sempatlah kejar pcik bas Ulfah!

Pagi ni lepas subuh Ulfah complain sakit tekak, rasa macam nak demam je... hmmm.....
Akhirnya....... sms pada Anfal & pcik bas, Zharif & Ulfah tak gi skolah hari ni........ kami pun tak lah kecoh2 nak balik... gi pusing2 putrajaya & cyberjaya, gi shopping sikit pastu gi makan, raikan Lan( Wani) dah confirmed kerja, alhamdulillah! Santai sungguh, rasa macam tgh doliday lah pulak....
By the time sampai balik Melawati dah hampir pukul 6. pastu lah dapat call dari dr ahmad....

Alhamdulillah atas kelapangan masa yang Allah kurniakan. Dapatlah eratkan silaturraheem dengan Kak Soh& anak2 & cucu2 sedara. Dah lama betul tak berpeluang berbual2 macam ni, especially dengan Kak Soh. It really had been a very loooooong time. Masing2 sibuk memanjang.. kalu balik kampung pun jarang boleh jumpa, kalu jumpa pun tak sempat nak duduk2 berbual... namum begitu kasih sayang tetap utuh..cuma masa tidak begitu mengizinkan.
Ya Rabb! Engkau kurniakanlah kepada kami kelapangan masa agar dapat kami terus bertemu mempertautkan hati-hati kami demi Mu ya Allah...

Thursday, July 24, 2008

TENTU ADA HIKMAHNYA.....

Bismillahirrahmanirraheem
Dapat berita abg zainal (pok ngoh) di HDU Pantai Medical Ctr.
Hari ni juga brother Hilal akan terbang ke NZ, alhamdulillah.
So we decided to send him off di KLIA, bila dia dah masuk around 7, we'll head to Pantai. cantik perancangan kita..
Tapi Allah ada perancangan lain, yang hikmah disebaliknya hanya Dia yang maha Mengetahui...

Pagi pukul 9 ada kelas Bahasa Arab dengan Nadia di PKJ. Sedap depan komputer, sedar2 dah pukul 9.10!!! berkejar kesana & alhamdulillah sempat ikut sejam, alhamdulillah hari ni banyak benda baru yang dapat
-> maf'ul almutlaq
-> maf'ul al ajlih
dan beberapa lagi jenis2 maf'ul


teranglah sikit, nampaklah apa kaedah2 yang diguna, selama ni baca tp tak perasan pun!! :(
Starting next week insyaAllah kita akan request ada hiwar at least setengah jam, mg tambah lancar percakapan & bertambah vocab. mudah2an... ameen

Kemudian ke bank uruskan t.t duit k long. Semalam tak buat sebab dah agak lewat jadi no point , transaction akan dibuat hari ni juga.... semalam agak sibuk, lega lah bila urusan ke bank boleh tunda kehari ni.
Must get used to this new routine..kalu tak kebulur k long... :(

Sampai umah, Lan & anak2 baru nak gi hantar Ulfah. Lambat pulak, ingatkan latihan pukul 10.30... rupa2nya Ulfah tertidor, pukul 10.30 baru sedar, kawan2 yang dah tiba disekolah untuk berlatih called bagitau latihan cancelled hari ni.. fuh! lega... tu yang lambat tu.. Terus gi hantar Ulfah & juga Zharif . Ulya dah keluar awal lagi ikut Anfal.

Lan janji nak amek Bro Hilal & Ridhuan di HC untuk lunch. so i came back home, nak cari kunci bag purple yang bagi pada bro Hilal.

Aduuuuhhh... pening , loya, nak pitam pun ada mencari... lepas balik OZ hari tu rasanya simpan elok dah.. (as usual..) Rasa macam terbayang2 masa simpan tu. Rasa macam dalam kotak, tapi tak sure kotak mana. Yang dua kat luar tu ada kangaroo & koala je...
Atas bawah depan belakang, semua selongkar! semua cerok korek! rupa2nya....selepas 3 jam mencari(!) kotak tu kat belakang curtain dalam bilik! huh!! geram betul, dah nampak sebenarnya bekas biskut tu, tak sangka plak kotak tu ada atas tu... apa pun alhamdulillah.. ringan sket kepala.

Lepas solat 'asr terus pecut ke Al Amin Gombak, nak amek Ulfah. Janji bertolak dari ofis pukul 5.30 insyaAllah. Tiba di ofis 5.50 terus bertolak ke KLIA.

Dalam perjalanan, banyak bro Hilal ceritakan kisah hidup dia, bagaimana boleh memeluk Islam & apa cabaran yang terpaksa di lalui.

rancak bercerita..

Berasal dari Rep of Burundi, Afrika. Ayah seorang kuat ugama Kristian. Tak miss ke church.

Dia selalu nampak seorang tua berbangsa Belgium mengambil wudhu'. Satu hari dia tanya apa yang orang tua tu buat. "saya bersihkan diri cara Jesus" katanya. Pada satu masa yang lain beliau terjumpa orang tua ni solat didalam gereja,selepas memastikan semua pintu sudah dikunci. Dia tahu itu solat orang Islam.

Orang tua tu minta dia rahsiakan apa yang dia nampak, kalu tidak katanya sesuatu yang dahsyat akan menimpa mereka.


Mulai dari saat itu, dia selalu berbincang dengan orang tua ni ttg Islam. Dia juga kemudiannya berbincang dengan orang2 Islam yang hanya 1% dari jumlah penduduk Burundi. Dia menceritakan pada paderi di gereja apa yang dia buat(kecuali ttg orang tua tadi) Dia kemudiannya diminta mendalami ttg Islam dan keluar berdebat dengan orang Islam dengan tujuan menarik mereka masuk Kristian! Dia mengatakan sebenarnya dia banyak belajar tentang Islam digereja!


Dia keluar dan lakukan apa yang ditugaskan oleh paderi. Namun dengan kuasa Allah, alhamdulillah, sebaliknya yang terjadi. Dia semakin tertarik dengan Islam & akhirnya mereka berjaya menariknya kembali pada agama fitrah & meninggalkan Kristian.
Bila diberitahu pada orangtua tadi, beliau ingatkan agar jangan dihebahkan jika ingin terus berada di Burundi. Jika dia declare keislamannya,sesuatu yang buruk akan terjadi.

Biasanya jika mereka yang selalu ke gereja didapati keluar dari Kristian, mereka akan diracun.

Untuk terus dapat tinggal diBurundi & nikmati segala kemudahan, mereka tidak akan isytihar keluar ugama. tapi somehow, jika terhidu oleh pihak gereja, amat buruk padahnya.

Menjamu makan adalah amalan biasa pihak gereja. Menariknya mengikut cerita beliau, digereja ada satu set pinggan berbeza, khas digunakan untuk meletak makanan beracun yang diberi pada si 'murtad' tadi.Hal ini hanya diketahui oleh mereka2 yang power digereja sahaja, jadi pengunjung gereja tidak akan perasan hal ini

mengimbau suka duka masa silam..


Dalam kes beliau, 'hukuman' amat berbeza..... Bila diketahui beliau telah memeluk Islam. paderi2 & orang kuat gereja amat marah sekali, terutama pada ayahnya yang merupakan salah seorang dari mereka, kerana membenarkan anak 'murtad'. Sungguh kejam! ayahnya telah disembelih, anggota badan dipotong2 & dimasukkan ke dalam plastik. Tidak dapat dia ceritakan perasaannya masa tu, yang pasti dia merasakan mereka ini bukan manusia lagi - yang sedihnya,they were the people he grew up with, the people who had been good to him, his father & family all these years....
Semua ahli keluarga tidak lagi mengaku sedara, putus hubungan kekeluargaan , untuk mengelak dari diperlakukan seperti keatas ayahnya. Segala asset keluarga dibekukan.
Kini ibunya yang sudah tua menderita disana, sebatang kara, kehilangan suami & keluarga, setiap saat merindui anak tunggal yang kini dalam pelarian. Semua itu berlaku pada tahun 2002.

Alhamdulillah minggu lepas beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di New zealand dengan segala kos ditanggung. Dia hanya perlu kesana.. namun dalam situasi beliau, mana mungkin dapat kesana kerana kos penerbangan adalah beyond his means. Namun Allah itu maha Kaya, HC memain peranan & Alhamdulillah, dengan usaha serta sumbangan mereka2 yang rindukan syurga, tiket berjaya dibeli.


setiba di KLIA

Riang sungguh bro Hilal sepanjang perjalanan ke KLIA.Terpancar kegirangan. Tempiasnya mengenai kami....

kita merancang, namun Allahlah sebaik2 perancang.

Ujian datang lagi... beliau tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana tidak mempunyai visa.... katanya beliau telah mohon untuk membuat visa, namun dikatakan tidak perlu.Hanya perlu bawa borang khas yang telah siap diisi dengan surat tawaran universiti. Namun segala dokumen tersebut telah tidak diterima pakai...

beg & kerenah kuncinya....


Dengan longlai kami menolak troli ke kereta untuk membawa bro Hilal pulang ke HC. Tiada lagi suara ria disepanjang perjalanan pulang.Makanan kegemaran juga nampak begitu pahit untuk ditelan. Kami hanya mampu memberi kata perangsang
InsyaAllah esok kita cuba selesaikan ... Doakan dipermudahkan

Hasbunallahu wani'mal wakeel

..dan rancangan kami untuk ke Pantai juga hanya tinggal perancangan. Allah jua yang maha Mengetahui hikmah disebalik segala apa yang ditetapkan untuk hamba2Nya. Dan perancangan Allah itulah yang terbaik....

Tuesday, July 22, 2008

UMMI

Bismillahirrahmanirraheem

Found this today. Lagunya tak lah best sangat - not to the oldies' taste anyway.. haha. But i like the lyrics, moga2 begitulah perasaan & pandangan anak2 terhadap diri ummi.
dedikasi khas untuk diri ku (ehem....husnuzon..mungkin anak2 tak come across ni lagi, tu yg tak dedicate kat ummi... ehem), ibu2 yang solehah & juga bakal2 ibu, sebagai panduan....

Sebuah luahan hati
Dari seorang anak
Untuk semua ibu
Ibu yang banyak berjasa
Dan khas
Buat umiku yang tercinta
Dengarlah


Sejak aku dilahirkan
Tak pernah henti kau berkorban
Mengajar ku menjadi insan
Yang berbudi punya pegangan

Kala ku tak mendengar kata
Tak pernah kau doa ku binasa
Cintamu terhebat di dunia
Tiada lagi yang sepertinya

Bagiku kau segalanya
Kau sentiasa dalam jiwa
Umi engkaulah ratuku
Permaisuri dalam kalbu

Ummiiii….Ummiii…..Ummii….Ummii

Khilaf antara kita lumrah
Buat ku sering rasa bersalah
Wahai umi ketahuilah
Kan ku terus melangkah gagah

Sejuta harapan ku bawa
Semangatmu tetap bersama
Sungguh kau tiada gantinya
Walau ku cari serata dunia

Umi engkaulah maharani
Senyum untukku sekali lagi
Usah bimbang wahai ummi
Andai jatuh ku bangun lagi

Ummiiii….Umiii…..Ummii….Ummiii

Mungkin engkau sangka aku
Tak peduli tak ambil tahu
Sedang aku teringat kan mu
Senyum tangis dalam rindu

Manis pahit legar di minda
Aku harap dikau percaya
Bahwa aku tetap setia
Doakanlah aku bahagia

Bahtera ini kan ku layar
Hidup ini terus mengajar
Wahai umi engkau penawar
Kau tetap nyalakan sinar

Ummi yaa lahnan a\'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ini janji ikrar anakmu
Berjuang betuli yang lalu
Daku ingin engkau tahu
Kan ku penuhi hasratmu

Walau hidup dengan caraku
Dibina dari petunjukmu
Usah kau bimbang dan pilu
Ku kenangmu dalam doaku

Rindu pasti terlerai nanti
Engkau kan tetap ku ingati
Andai ku tiada di sisi
Di hati tetap menemani

Ummiiii….Umiii…..Ummii….Ummiii

Akbar feat Mirwana Anuruddin - Ummi - Akbar feat Mirwana Anuruddin

Sunday, July 20, 2008

BIBIT-BIBIT KASIH SAYANG..

Bismillahirrahmanirraheem

Pukul 5 tadi ada SMS, dari Mr X rupanya..

' Salam. jzkk krn membantu.Ana dgn mak ana sgt gembira dan senang hati dgn bantuan makcik dan pakcik.Terasa mcm ayah ana ada dkt situ bila pakcik ada skali. Ayah ana dah beri persetujuan. Nk cepat2kan pun boleh katanya.."

aik!!! ni macam dah tukar skrip.. ingatkan dua tahun.... kita tunggu.. :)

lepas solat subuh, dengar hp berkokok lagi, tanda ada message masuk ... eh, dari Mr X lagi! kali ni bunyi bersemangat sekali..

"Salam. my answer is YES! i want to proceed..."

wahhh... cepat betul buat keputusan! kalu gini gayanya, betullah kata pakcik, tak nampak tempoh dua tahun tu boleh diterima pakai, heehee

Memang ginilah selalunya urusan bait muslim - sebelum jumpa kata lain, bila dah jumpa skrip akan bertukar! Kalau tiada halangan keluarga, baguslah dicepatkan proses, benda baik tak payahlah ditangguh.... kita tunggu.... :)

inilah bibit2 kasih sayang yang disebut Allah swt dalam alQur'an.

"dan antara tanda kekuasaan & rahmatNya...................dan dijadikan Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang......" arRum:21

Moga permulaan yang baik membawa barakah & rahmat yang berpanjangan insyaAllah

Saturday, July 19, 2008

Hari ini hari sibuk :)

Bismillahirrahmanirraheem

Hari Rabu lepas, tengah usrah dapt call dari no yang tak dikenali
"K Wan ingat lagi tak ana, NARS?" "yang mana satu ni ya?" " yang dok Seremban!" " ya! ya! mesti lah ingat, yang putih melepak tu, ....bla..bla... "

The last time jumpa NARS masa walimah Abu Dzar beberapa tahun lalu. Dia anak usrah diakhir2 tahun 80an dulu.... suaminya pula anak usrah Lan. Sejak pindah dari Ampang Jaya, dah banyak tempat dia merantau, Gombak, Damansara dan beberapa tempat lagi rasanya, sebelum akhirnya menetap di Seremban.

Sembang punya sembang, rupanya ada cerita tentang anak teruna sulung ..... anak ni sama baya dengan Afrah. Masa tu, ya Rabbi, kecoh sesi usrah, masing2 ada anak kecik, masing2 berlumba2 beranak!! :) Tapi alhamdulillah, dengan segala rencah & rencam, usrah tetap jalan.
K Long , make sure dah beranak pinak nanti jangan jadikan anak2 sebagai excuse nohh...!!

Tugasan Bayt Muslim rupanya yang datang, alhamdulillah. Selepas bersms dengan kedua2 belah pihak, dapatkan detail & history, semua setuju untuk jumpa hari ni....

Pagi ni lepas hantar Ulfah kesekolah untuk latihan Boria Ko-Ku, terus ke ofis iktisas utk meeting WJS.
Dapat message, meeting hari ni di PKJ. Petang semalam masa Atiqah IIC datang amek van, nasib baik tanya program diorang kat mana.Sekali dia jawab "bla..bla.. & pagi esok di PKJ"! Laaa... alhamdulillah dapat tahu awal, sempatlah minta kunci ofis dengan Lan sebelum keluar pagi ni.

Meeting habis pukul 1 lebih. Kesian Ulfah tunggu dari pukul 12 lagi...sampai umah dah dekat pukul 2. Hampir pukul 3 baru boleh ke walimah anak Mas & K Tim... hehehe kesian kami...., sampai2 makanan dah habis!! Perut dah keroncong tapi semua buat muka tabah.....

Miss Y janji nak datang awal sikit, nak kenal2 mcik dulu.... Jadi rush balik umah sebab janji pukul 3.30.Lan bawa anak2 gi amek 'Iffah - minta dia babysit adik2 d JJ. Kalu ada kat umah sure kecohnya...

Hampir pukul 4 terima call dari NARS, sesat entah kemana-mana, mulanya di setapak, pastu di zoo... laa... alhamdulillah lepas bagi direction satu persatu, akhirnya sampai jugak...

Sesi ta'aruf berjalan amat lancar sekali, alhamdulillah. Kami yang veteran ni pun banyaklah menyampuk nak redakan gemuruh! Banyak persoalan terungkai, pengharapan diluah & perancangan di bentang... Moganya selepas istikharah seterusnya, jalan terang akan terbentang & boleh kita proceed ke step seterusnya, insyaAllah.
Selesai bincang, solat 'asr bersama & makan2 sikit - menu special - meehoon goreng, kek lapis, nangka , karipap & badak goreng dengan jus oren! Alhamdulillah, good reward atas ketabahan tak dapat makan masa kenduri! hehe

Sebelum ambil anak2 di JJ, hantar dulu miss Y balik, tak jauh, dikawasan Taman Melawati je..

Quoting Lan dalam kata2 'penggulungan' " Alhamdulillah, moga semua akan berjalan lancar & dimudahkan Allah. Cuma pak cik tak nampak tempoh dua tahun tu boleh diterima pakai...... :) " Sama-sama kita tunggu.....

Wednesday, July 09, 2008

SELAMAT HARI LAHIR KE 5 ZHARIF!

Bismillahirrahmanirraheem

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU SAYANG!!





Hari ni genap 5 tahun umur Zharif. Moga besar menjadi anak soleh wa musleh,mujahid yg akan menegakkan deenMu ya Allah.

untuk kakak2 & abang2 yg tak dapat bersama, tenunglah kek ni lama-lama,bayangkan.... yumyum!



"Hai anakku, sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam didalamnya.Oleh itu jadikanlah

ketaqwaan kepada Allah itu sebagai kapal mu,


keimanan itu sebagai muatannya dan


tawakkal itu sebagai layarnya.


Mudah2an engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihat mu melainkan dalam keadaan yang selamat"


Luqmanul Hakim


Setiap anak amat istimewa. Tentunya juga Zharif ! Di umur begini, anakku ini adalah penyejuk mata & penyejuk hati. Keletahnya kadang amat mencuit hati, terutama semenjak duamenjak dah masuk tadika.

Mula masuk tadika hari tu, bila tanya sekolah kat mana, laju je jawab dengan bangganya "HIDAYAH PRESKULL"!!! brutalnya!!


sekarang dah pandai, preschool, bukan lagi preskull..., hehe

Anak2 umur ni, teacher's words are everything. kita sebagai ibu pun dah jadi nombor 2!


itu pentingnya anak2 dihantar ke pusat pendidikan yang guru2 berakhlak islami, agar fikrah anak tidak tersasar.

Hari tu sabtu 5 julai '08 hari sukan Tadika. hari Jumaat, bila balik umah, macam biasa main dengan Filzah. tengah main tiba2 Zharif berhenti & gi baring di sofa. senyap je... risau tengok, terus tanya, "nape zharif? penat ke?"

" tak lah... teacher cakap balik rumah rehat, esok sukan.." :)) laaa.... innocent sungguh...

Alhamdulillah, sukan main lari bawa bola,dapat nombor 1!! 'Atif hutang satu coklat !!!



perhatikan betul2 pelari ke 3!!! dan suara pengulas sampingan...




beratur nak amek hadiah






wahhh!! banyaknya! satu pushchair penuhhhhh..


Tuesday, July 08, 2008

BERBUAT BAIKLAH...

Bismillahirrahmanirraheem

Semalam, hari malang...kelam rasa bila dapat sms dari Edi
" dah cuba mmg x boleh, hard disc rosak, x blh buat apa2"
dengan penuh harapan sms balik " xde ke jalan utk retrieve data tu?"
dibalas balik dgn " mmg x blh langsung sbb hard disc yang rosak"

Ya Allah! habisla... segalanya dalam tu - data, gambar, articles pilihan & bermacam lagi , bertahun punya collection......

Memang rasa lesu, tapi alhamdulillah dalam semangat goyah, mengenangkan banyak perkara yang akan tergendala , teringat ada antara bahan2 yg sempat di backup dlm external hd, jg dalam bbrp thumbdrives disamping dlm cd. alhamdulillah!

Bbrpa hari lepas, screen notebook tiba2 gelap. x blh nak start, keluar message 'irr harddisc error' . Masa tu tak risau sangat sbb pernah terjadi pd pc sebelum ni & Edi dapat retrieve semua data. Namun hati ada juga rasa kurang sedap sebab banyak juga kerja2 sebelum ke Australia hari tu belum smpat di save ke external hd...betul rupanya intuition ni....

Kata Lan ada budak Melayu sebarkan virus Mawar, makan hard disc.....aduhhhh, napelah Melayu suka berlumba dalam hal2 yg merosakkan. Alangkah baiknya kalu kemahiran yang dikurniakan Allah di gunakan untuk kebaikan. Pokok pangkalnya iman, tanpa iman tiada rasa pertanggungjawaban

Dalam kita ingin berbuat sesuatu, ingatlah ayat2 Allah , antaranya dalam surah Al Qashash,ayat 83&84.
  • Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang2 yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan dimuka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang2 yang bertaqwa
  • Barangsiapa yang datang dengan membawa kebaikan, maka baginya pahala yang lebih baik daripada kebaikannya itu, dan barangsiapa yang datang dengan membawa kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang2 yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.
Segala amal perbuatan kita akan dipertanggungajawabkan, dibalas setimpal dengan amalan tersebut.Maka berhati2lah & takutlah pada Allah, yang Maha Mengetahui & Maha Menguasai segala sesuatu.

Hari ni mula operasi retrieve data2 dari pelbagai sources. Bimbang juga kalau ada yang penting tidak ditemui dimana2...... ya Allah, permudahkanlah

Pertama2 search gmails- alhamdulillah semua incoming & ouTgoing mails di arkib - dapatlah kumpul data2 yang pernah dihantar sebagai attachments.... alhamdulillah

Masih jauh lagi perjalanan, banyak lagi sources yang perlu di selongkar!

Tuesday, July 01, 2008

OZ TRIP JUN08 : SYDNEY2ADELAIDE

Bismillahirrahmanirraheem
Hari ni Afan hantar 'berita bergambar' - video clip of our journey from KLIA to Adelaide.
Alhamdulillah di kurniakan Allah kelapangan masa & tenaga untuk merehatkan badan & minda dari tugasan yang tidak pernah surut...
moga ditambah Allah kekuatan & iltizam untuk terus istiqamah..

Enjoy!

Friday, June 13, 2008

ANUGERAH KIMB-SUMMERSET RESORT

Bismillahirrahmanirraheem

Masa PPN tahun lepas di USM Transkrian, tanpa di duga, alhamdulillah telah di anugerahkan 'pencarum terbaik/tertinggi' 2007. Memang tak sangka betul!

Masa Muzakarah Nasional di Bangi, KIMB buka kaunter. Dah lama tak masukkan duit, biasanya kami mencarum untuk setahun masa KONTARN atau 'aktifkan' akaun bila anak2 dapat keputusan cemerlang... maklumlah KIMB akan bagi anugerah cemerlang pada anak2 yg ibu/bapa ahli aktif KIMB :) :) - syarat manjadi ahli aktif ialah ada caruman dalam tahun tersebut!

Alhamdulillah, masa tu ada rezeki lebih, Lan masukkan 5K seorang. Actually sebelum tu, terfikir juga nak masukkan rm25, tiap kali lalu KIMB bila nak naik ke pejabat JIM.(Caruman minima adalah RM25 sebulan)
kalulah masa tergerak tu terus buat, sure anugerah tu menang sorang , bukan bersama...kalahkan by RM25!!!! hehe (my caruman would be RM5025, lan's 5000! )
anyway, alhamdulillah... malam tu naik stage dalam rasa tak percaya.... dapatlah voucher penginapan 3hari2malam di Summerset Resort milik KIMB.

Fikir punya fikir, we decided to take up the offer masa cuti sekolah, sebelum k long & afan ke Australia -dapatlah semua berkumpul , relax & santai.

Kebetulan KONTARN tahun ni di JB, cantik tu... boleh terus kesana dari Summerset.
Lepas booking dengan Zai di KIMB, surf internet cari maklumat ttg Summerset. Tak banyak yang ada, kalu ada pun bunyi macam tak best je... x pe lah, bukan kena bayar pun, at least boleh lepaskan lelah..
Antara description : 'a place to go if u have nowhere else to go' , 'in the middle of nowhere' , bring all the boardgames to keep away boredom' , 'a rundown place' dan banyak lagi yang sewaktu dengannya!

of 'cos i didn't tell anyone about this! was a bit disappointed, so got the boys to bring all the boardgames that we have + badminton rackets + table tennis bats + whatever we have that should keep us busy & entertained during the stay..........

To lift our spirit, i invited Nani & Ayob to join us. Hopefully their presence will cheer things up! Nak ajak Lina, dia baru balik dari Korea, furthermore we were going on weekdays. Ajak Ina, dia ada hal diSemenyih. Oh well, we'll get thru the 3 days before we'll head to JB, or so i thought!!

Frankly speaking, we were not really looking forward to the trip... pack barang pun last minute. Anak2 pun rasa macam 'aduh , lamanya....!' So did the father! lamanya nak tinggal office..pasni nak tinggal lagi...aduuuuhhh...mengeluh panjang.. Understandably,we didn't talk much about this trip.........................

Tengahari, Wednesday May 28th 08, kami bertolak. Jalan mana nak amek pun tak sure. Dah sampai halfway atas MRR2, Lan decided to go thru Kuantan. Pusing balik...

Masa nak bertolak, anak2-'Iffah esp - were not in so good mood. Awal2 lagi dah complain in horror " WHAT????ALL of us going in this van????" terjegil mata dia. Can't blame her...... 11 of us + all the stuff..hehehe. But i told her, the more the merrier. Furthermore Afan would be coming home earlier, ada program KONSIS. so nanti taklah sempit sangat...I wasn't that confident actually , everybody, everything would fit in... tapi alhamdulilla we did!!

The journey wasn't too bad. Everybody behaved, or rather slept most of the way to Kuantan. It was OK alhamdulillah, until we reached the Muazzam -Rompin road.....!!
Good grief! rasa macam naik kuda mengawan!! turun naik,turun naik jalan atas tanah gambut... Poor K Long , she kept shrieking! finally , she changed places ngan Afan, seat depan less bumpy & more comfy.

Nani petang lagi dah sampai. Told her to check in first. Called the reception to give the keys to her. Masa call hari tu, was informed that we'll be given 2 villas. tanya villa tu macam mana? Katanya, 2 villas, 2 bilik. So bila ajak Nani, told her so..ada dua bilik..nanti kita sumbat lah ramai2,ek!! as usual, ladies dalam 1 bilik, men can sleep outside... No problem, dia kata, janji boleh holidays! Good ol' Nani! They make good company, no hal bila di ajak -as they say, jenis tak ssolek!!! hehe. Nak gi Rabu, Sabtu semua barang dah ready!! how about that!!

Petang tu masa call Nani dia kata baru balik dari pantai. Comel pantai , katanya. ahhhhh..lega...at least something!! :) kurang sikit bimbang. If nothing else, at least there's the pantai....

Reached the junction to Summerset around 8pm. semua lapar...so we turned back cari kedai makan. Decided to bawa balik & makan dgn Nani. Laaaa.. lama lah pulak tunggu!! segala macam diordernya! Trust Lan, he & his sea food..... by the time we got to Summerset, it was past 9pm.....

Tuesday, June 10, 2008

ADUHAI, HOSPITAL KERAJAAN

Bismillahirrahmanirraheem
Hari ahad 25 Mei 08, sepanjang hari di Kompleks Warga Emas, Shah Alam untuk Muzakarah Selangor. Program yang sepatutnya tamat pukul 5 telah disambung sehingga melewati jam 6. Banyak perkara yang perlu di bincang, pelan tindakan yang perlu dilakar. By the time selesai, dah tepu rasa....
Singgah rumah Sila untuk solat maghrib, pastu tumpang dr Rad balik. Alhamdulillah, sempat berehat sementara tunggu Rad yang solat dirumah halipah. Banyak cerita ceriti dengan Sila.....
moga Allah permudahkan segala urusan ..

Isnin 26 Mei 08, gi Klinik Dr Nora untuk dapatkan referral letter nak jumpa dr di HUKM. Dulu dah dapat dari dr kat klinik idzham tp tak sempat nak pegi lagi...
hari tu bawa Arif jumpa dia, dia tanya dah gi jumpa pakar mata? bila cakap belum, tak sempat, boleh dia kata
'anak saya pun juling macam dia, dah besar baru bagitau, lantak dialah!!' aisey .... gerun! gerun! doktor yang ada sejarah & reputasi tersendiri ni.. :)

Selasa 27 Mei08, pagi2 lagi (pukul 7 lebih) bertolak ke HUKM. Nurse tu cakap mesti sampai sebelum pukul 9! punyalah kejar... sampai dalam pukul 8.15, masukkan referral letter dalam kotak & tunggu nama dipanggil.

Sempat berbual dengan Ustazah Zai yang datang nak periksa mata kerana diabetes.
Bila nama Arif dipanggil..... dia bagi balik surat (dah di cop) & suruh datang minggu depan...laaaaaaa..... tu je ke???? padanlah kalau yang mampu tu, tak suka ke hospital kerajaan..bayangkan kalau yang datang dari jauh... naik bas ke, teksi ke... aduuuuhai... gi untuk di cop surat tu je! haru.. haru...
tapi terpaksa jugak pergi untuk dapatkan khidmat pakar yang dikatakan 'amat baik'... bukan tak pernah ke pakar sebelum ni, dah pegi jumpa dr (tak ingat nama) di ampang puteri, so called pakar yang selalu masuk paper. Tapi 'hampeh'! Senyum pun tak nak, cakap sambil lewa & tengok anak kita satu macam je.... tahu lah Arif tu juling, tu yang minta dia check. check pun macam nak tak nak je, tapi chargenya, mak datok!!

Silap jugak sebenarnya ke HUKM, sepatutnya ke Hospital Ampang, ada juga eye specialist di situ & patients pun tak ramai. Macamana boleh overlook... baru last 2 weeks ke sana hadir briefing & ramah mesra sukarelawan hospital ampang, tak terfikir pulak nak bawa 'Arif kesitu..

Ala kullihal, baliklah kami lepas dapat cop kat surat!

Petangnya bawa k long, ulfah & filzah ke 4sisters - nak buat treament kutu! once & for all, nak hapuskan!!
By the time selesai, dah maghrib. Lama betul dikerjakan kami 4 kepala!

SAHABAT

Bismillahirrahmanirraheem
Pagi sabtu ke APSH, hantar Iffah ganti Afan teman K Long. Afan ada exam hari ni. Tengahari sebelum ke APSH singgah di Masjid Ridhuan ulu kelang untk walimah anak Ummi Urut. Alhamdulillah lama tak jumpa Ummi yang urut masa bersalin Zharif hari tu. Ni anakUmmi ke 7 dari 10!
Alhamdulillah Lan habis meeting awal, dari APSH sempat pula ke walimah Syamil anak k Poji/Alauddin di Bangi. Ramainya ikhwah akhawat yang datang!! Tautan ukhuwwah terus segar...
Dalam menghadapi saat2 resah semalam, ingatan & doa sahabat amat menenangkan jiwa. Nilai persahabatan tidak mungkin diukur disukat. Pilihlah sahabat, mereka adalah cermin diri kita.

Hargailah mereka dan tentunya, kita sendiri, jadilah sahabat yang baik...

AMBULAN OH AMBULAN: KITA RANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG..

Bismillahirrahmanirraheem

Petang Jumaat 23 Mei 08, awal2 lagi bgtau anak2 - kita ke AlAmin malam nanti - ada Halaqah JIMAJ . Ada penyampaian dari ustaz Major Shukri & penerangan DERU oleh Dr Sam.
Masih berpegang pada prinsip, 'start 'em young' - perlu selalu ingatkan anak2 the importance to be involved - tentunya akan ada bangkangan2 & rungutan2. :(
Moga Allah sentiasa buka hati2 anak2 untuk berada dijalan dakwah - merebut peluang2 yang ada, mengisi ruang2 yang terbuka. Buatlah apa yang mampu agar ada jawapan didepan Allah nanti. Moga kita thabat dijalan ini, dalam kelemahan & halangan yang sentiasa mendatang.
Carilah sudut2 yang boleh kita mainkan peranan. Jangan rasa diri & sumbangan tidak penting. Dimata makhluk mungkin usaha kita nampak kerdil, moga disisi Allah ianya amal soleh yang menjadi tiket ke jannah...ameen. ikhlaskan diri dalam beramal, itu yang utama.

Lepas solat maghrib, bersiap2 untuk pergi. sebelum solat dah ajak k long, tapi nampak letih sangat, jadi kami solat dulu. pukul 8.15 k long masih belum solat, panggil tak jawab. Afan kesofa tempat k long baring untuk kejutkan sekali lagi. Tiba2 k long bergolek jatuh kelantai. 'Eh Long, bangunlah! kalu letih sangat nanti Afan wudhu'kan disitu, solat sambil duduk pun ok, bangunlah!'
bila bawak air untuk wudhu, k long tak respon. eh apa jadi ni! Panggil tak jawab, badan dah sejuk. Ya Allah! k long pengsan ke??
Terus panggil ambulance. banyak soal lah pulak... 911 divert ke HKL, HKL pulak divert ke PBSM... Ya Allah lambatnya! dekat pukul 9 belum tiba lagi. K long masih belum sedar.
Call pulak ampang puteri utk notify & minta ambulance kalu ada. diorang pun kena divert ke private ambulance service (mujurlah tak amek yang ni, kalu x, it could have cost us a bomb!!)
alhamdulillah 9.15 baru ambulance sampai.

Malam tu berkampunglah kami di ampang puteri - there goes plan nak ke halaqah... the boys sure happy nyer...

Pengalaman pertama naik ambulance - wahh power driver meredah traffic jam! Glamour lah jugak rasa, orang sume bagi laluan. Hee hee, naik ambulance dah rasa glamour, hebat (entah apa yang hebatnya tak taulah..). Padanlah sultan2 , menteri2 & orang2 yang ada kuasa rasa gah sangat, ada outriders, orang sume bagi laluan........ it could have gotten to their heads!! tu yang setengah nya tak sedar diri... na'udzubillah!

Allah lah yang maha hebat!

CUTI KALI INI

Bismillahirrahmanirraheem
Lama betul tak jenguk sini... banyak yang berlaku since the last entry.

Belum cuti lagi dah ada beberapa jemputan walimah
18/5 walimah anak k jas di RISDA. Laaa.. rupa2nya berbesan ngan abang pak abu.
Janji dengan Sila nak tumpang ke Sepang untuk meeting WJS lepas kenduri. Pastu Nahdia sms nak ikut sekali. cakap kat dia 'mcik gi Esso straight dari walimah, mungkin around 1. jumpa sana lah' . dia pun jawab ' ana pun nak kena ke walimah dulu jugak!'Alih2 jumpa kat RISDA! majlis sama rupanya! so teruslah bawa Nahdia sekali ke Esso..... dunia makin kecil...

24/5 mula cuti sekolah. Ahamd & Arif tiba petang Jumaat. Alhamdulillah sekali-sekala semua berkumpul, macam2 kerenah. Nak kena pastikan masa digunakan sebaiknya. Kesian jugak berbulan2 hadap buku, hadap Qur'an utk hafazan, maybe it's best to let them free sikit. Kalu ada masa, mmg tak lain, hadap komputerlah jawabnya... tapi this time dah jumpa formual baru (harap2nya bagus..) Boleh sentuh komputer dengan syarat - dah selesai solat berjemaah & at least 15 minit hafazan... kalu tak buat, masa in between solat tu, NO COMPUTER!! hehe.. bagus jugak ada rule ni, lajulah solat & hafazannya!!

cuba utk maximise aktiviti bersama masa cuti ni.
1. Kenduri kendara semua kena pegi
2. Program2 sepanjang cuti mesti hadir

jenguk sana jenguk sini, bbrp walimah & prog di identify:

Jumaat - Halaqah JIMAJ
Sabtu - Kenduri X 2
Ahad - Muzakarah Selangor di Shah Alam
Isnin - Futsal
Selasa - HUKM & visit to 4sisters shoppe
Rabu-Jumaat - Summerset, Rompin
Jumaat-Isnin - KONTARN ,Walimah JB
Selasa - HUKM , LEaDERS
Rabu-LeaDERS
Khamis - LEaDERS, Prog Aulad d Setiawangsa
Jumaat - Prog Aulad d Shah Alam
Jumaat - Ahad - TITIAN & KBM
Sabtu - Arif & Ahmad balik ke AlManar. Atif ke Bangi untuk Futsal
Ahad- Atif balik ke Al Manar , RJIM2 gombak & aj
Isnin - k Long & Afan balik KB


Wahhhhhh packed sungguh! Sian Atif , niat dia nak tuition cuti ni terpaksa di tunda.... tuition ngan baba je lah....

alhamdulillah, cuti kali ni cukup ok.. nobody complained.. :)